17 Mar, 2011

Daun Lengundi

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

lemuni

Lengundi atau nama saintifiknya Vitex negundo merupakan sejenis pokok renek, di mana permukaan bawah daunnya berwarna hijau keunguan. Ada juga yang mengenalinya dengan nama Lemuni. Daun Lemuni mempunyai aromanya yang tersendiri apabila diramas. Di kampung-kampung pokok ini memang masih lagi banyak dijumpai tetapi tidak ramai yang generasi muda yang mengenalinya.

Pucuk atau daun muda pokok ini memang biasa digunakan dalan ramuan nasi ulam atau nasi kerabu. Antara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya digunakan untuk mencuci luka atau ulser.

Mungkin juga ada kegunaan lain yang orang lain tidak tahu. Jika anda mempunyai info lain mengenai pokok lengundi, diharap boleh kongsikannya di sini…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13940

8 Responses to "Daun Lengundi"

1 | ahmad abdul

March 19th, 2011 at 5:17 pm

Avatar

Maklumat tambahan

1) Kayunya dibuat senduk nasi, kononya memberi khasiat kepada makanan yang dimasak
2) Pucuknya, kalau dimakan segenggam sehari bersama nasi lemak (sarapan) kononnya dapat mengelakkan daripada di hinggapi penyakit. Wallahua’lam.

2 | rosidahabdmanaf

March 21st, 2011 at 7:23 am

Avatar

daun yang lembut(pucuk) dimesin dibuat nasi seperti nasi lemak. Cukup baik untuk orang dalam pantang 35 hari ke atas . sebab dapat memanaskan badan dan membantu pengaliran darah.
Sedap betul dan dimakan dengan ikan talang masin…wow mak mertua lalu tak sedar..
Nasi tu berwarna kehitaman tapi sodap…

3 | mama

March 23rd, 2011 at 1:19 pm

Avatar

Masa berpantang dulu, susah nak dapat daun mengkudu, daun lengundi la gantinya untuk bertungku. 3 hari sebelum habis pantang mkn nasi ulam daun lengundi, mmg tujuannya utk melancarkan peredaran darah. Tambah2 lagi makan dengan sambal tumis, uishh berpeluh dennn….

4 | hjh.faridahibrahim

June 14th, 2011 at 3:32 am

Avatar

saya ada dua jenis warna ungu dan hijau, sesiapa yang nak buat nasi boleh le tel saya 013 4141579

5 | ros

June 20th, 2011 at 8:48 am

Avatar

tak pernah dengar nama dan tengok pokok ni

6 | hafizah

April 14th, 2012 at 2:36 pm

Avatar

salam, mengikut cerita orang tua lagundi unggu tu untuk perempuan, manakala yang hijau berdaun bulat adalah untuk lelaki. lancarkan perjalanan darah , cerita orang tua kayunya untuk buat senduk nasi elok untuk awet muda.

7 | ZAEHMAH SYED HASSAN

December 12th, 2012 at 5:19 am

Avatar

Semasa saya berpantang selepas melahirkan anak sulung emak saya akan masakkan nasi campur air daun lengundi hitam sebagai makanan untuk kesihatan dalaman iaitu mengecutkan rahim dan tidak memudaratkan kerana ada khasiat tersendiri memang sedap. Di kampung saya masih ada lagi orang menanam pokok lengundi ini khasnya untuk rawatan selepas bersalin.

8 | razuan Abd Majid

February 28th, 2013 at 5:13 am

Avatar

Makan nasi lengundi untuk awet muda. Kalau lebih perahan airnya nasi lemah lengundi itu terasa pahit-pahit. Nasi lengundi warna hitam. Bukan hitam sangat. Memang betul kayu digunakan untuk dibuah sudip/senduk nasi juga untuk awet muda.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2440
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014