26 Feb, 2011

Costus woodsonii

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

costus-woodsonii

Costus woodsonii merupakan sejenis tanaman hiasan yang juga popular di Malaysia kerana keunikkan bunganya. Warna bunganya yang berwarna merah menyerlahkan lagi kecantikan pokok yang juga digelar “Red Button Ginger”. Di Malaysia saya tidak pasti ia digelar dengan nama apa.. Yang menariknya, bunga tersebut akan mengeluarkan kuntum bunga dari celahan bunga utama ( tak tahu nak panggil apa ) satu persatu dan kemudian akan layu dan gugur.

costus-woodsonii21

Menurut dari sumber yang dipercayai, kuntum bunga yang terkeluar dari celahan bunga utama (gambar di atas) tersebut boleh dimakan dan ia dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Rasanya manis seperti manisan bunga. Macam mana saya tahu? Saya sendiriĀ  pernah merasainya. Jika anda menanamnya di rumah, bolehlah kongsikannya di sini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3393

7 Responses to "Costus woodsonii"

1 | chah

February 27th, 2011 at 9:59 am

Avatar

salam…
Sblm ni sy jg tercari2 nama pokok yg bunganya macam lipstick nih.. sbb tgh wat program ngan ahli kelab(ala… program boh papan tanda nama2 pokok tu..) untuk dedahkan/perkenalkan ahli2 tu dgn tumbuhan..sbulan dua yg lalu terbaca dlm metro nama pokok ni “costus speciosus”….Adakah ianya sama @ mgkin jg spesisnya yg sama…Yg pasti bunganya cantik dan seksi…hehehe

2 | admin

February 27th, 2011 at 3:37 pm

Avatar

Kalau pokok costus speciosus tu lain sikit.. batangnya bentuk spiral.. bunganya pun cantik juga.. costus speciosus ni memang popular juga kerana keunikkannya…

3 | chah

February 28th, 2011 at 1:41 pm

Avatar

Ooooo….sy dh tersalah info lah….kami dh pacak nama pokok ni sbg costus speciosus…..pasni kenalah tukar…apapun tq atas info yg diberi

4 | ZUL

March 2nd, 2011 at 3:53 am

Avatar

Assalam ADMIN………saya memerlukan daun sireh dalam kuantiti yang banyak. Kalu ada info tlg maklum En.Zul @ 010-2911307. TERIMA KASIH

5 | Miz

March 11th, 2011 at 9:14 am

Avatar

Pokok ni ada 3 pasu di rumah saya.Hanya tinggal satu sebab dah bagi orang.Cantik tapi jangan lupa siram sebab kalau kering bunga yang dikeluarkan tak cantik , pendek-pendek.Nama tak tahu tapi sebab cantik saya beli dan semai lagi 2 pasu .Bila bunga telah kering layu akan tumbuh akar dan anak pokok baru dihujung bunga.Bila orang tanya saya hanya gelarkan bunga gincu.Sebab tak tahu nama sebenarnya.

6 | mohd

March 15th, 2011 at 12:17 am

Avatar

Oh ya, semalam baru tanya jiran nama pokok ni, ada beberapa rumpun dia tanam di depan rumah dia. Dia pun dah lupa namanya. Terima kasih informasi ni.

7 | joy

March 15th, 2011 at 4:36 am

Avatar

salam kenal. dah lama mencari apa kah nama pokok bunga ni.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17032 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13922 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11559 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits