20 Feb, 2011

Pokok Alocasia

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

alocasia

Artikel kali ini mengenai pokok hiasan yang boleh dikatakan semakin popular di Malaysia. Pokok Alocasia atau nama saintifiknya Alocasia macrorrhiza juga dikenali dengan nama pokok keladi sebaring di Malaysia. Ada yang menyebutnya ‘Giant Alocasia’ oleh kerana saiznya yang boleh mencecah melebihi ketinggian manusia. Di luar negara pula, ia lebih dikenali dengan nama ‘Giant Elephant Ear’ .

Pokok Alocasia mempunyai pelbagai spesis yang terdiri dari pelbagai saiz, warna dan corak daun. Daripada rujukan, batang pokok ini pernah di makan semasa zaman Jepun dahulu. Namun, ia perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan racun.

Anda ada cerita mengenai pokok ini, boleh kongsikannya di sini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3296

6 Responses to "Pokok Alocasia"

1 | Imah

February 21st, 2011 at 12:47 am

Avatar

Baru tau pokok ni boleh makan, setau saya pokok berbahaya pada kanak-kanak. Kami panggil ‘keladi hutan’. Masa kanak-kanak dulu jumpa di hutan saja. Tapi sekarang jadi perhiasan di rumah-rumah dan di taman-taman. Satu jenis lagi warna hijau berbelang putih…cantik.

2 | hasan

February 21st, 2011 at 5:37 am

Avatar

Kalau di indonesia dinamakan pohon keladi, tanaman ini mudah ditanam dimana saja. Kalau di kampung biasa diberikan untuk pakan ikan gurami/gurame

3 | mohd zukri mohd ramli

February 27th, 2011 at 9:24 am

Avatar

tanaman ini, di kampong saya raub,pahang dikenalii sebagai batang lambok, biasanya ada dijual di pasar sehari (Pekan sari di sekitar daerah raub) Dahulu ibu i saya pernah membeli batang lambok ini di Sentul Pasar Market di Kuala Lumpur tetapi kami sekeluarga mengalami masalah gatal lidah dan lelangit. rujuk perkara itu kepada ibu saudara diKg.Lechar,Dong,Raub,Pahang, ada kemungkinan batang lambok itu diambil semasa ia sedang berbunga.semenjak dari kejadi itu tidak lagi membeli batang lambok di KL, kalau nak cari kat raub sahaja. biasanya di masak lemak kuning daging, Udang, sardin tin,perut panjang(lembu)

4 | admin

February 27th, 2011 at 3:38 pm

Avatar

Terima kasih dengan info tersebut.. mmg tak ramai yg tahu..

5 | sahrid

August 15th, 2011 at 1:38 pm

Avatar

lambuk dan keladi berbeza.. pelepah lambuk hijau pucat atau hampir putih… kemungkinan yang dibeli adalah keladi hiasan seperti gambar di atas

6 | cahaya latifah

February 7th, 2012 at 3:44 pm

Avatar

thanx 4 info.. ok gak cari idea nak buat landskap mini.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17032 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13922 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11559 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits