22 Jan, 2011

Gula Apong dari Pokok Nipah

Posted by: admin In: @Buah Nadir|@Sayur Tradisional|@Tanaman Buah

nipah21

Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami.

nipah

Jika Melaka terkenal dengan gula Melaka atau gula merah, Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah. Bezanya, gula melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasilkan menggunaka nira nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak.

gula-nipah1

Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak.  Antaranya ialah seperti kuih Celorot(gambar di bawah), kuih Keria, dan kuih Bongkol. Selain itu, ia juga sedap di campur dalam minuman cendol.

selorot

Oleh kerana proses menghasilkan gula apong agak rumit dan pengeluarannya dikatakan agak terhad, maka tidak hairanlah ianya dijual dengan harga yang tinggi.

gula-apong

Ada sesiapa orang Sarawak di sini yang biasa menggunakan gula apong, di harap bolehlah kongsikan sedikit cerita anda tentang gula apong..


Related Posts with ThumbnailsNumber of View :33192

16 Responses to "Gula Apong dari Pokok Nipah"

1 | chah

January 22nd, 2011 at 1:20 pm

Avatar

Walaupun orag Sarawak yg diajak berkongsi pgunaan gula apong….sy nk jg mencelah…hehe..

Dolu2 klu mak sy buat cendol,masa masak air gulanya(sirap),mak sy akn masukkan skali beberapa helai rokok daun(daunnyer je la…bukan dengan tembakau)sbb nk kan air gula tu rasa gula apong.Tapi rasa air gula cendol tu mmg interesting la..Ye la sbb rokok daun tu dibuat daripada daun nipah muda yg dikeringkan…

Kat smenanjung pyh la nk jmpa gula apong,yg rasanya hampir sama adalah nisan nipah…iaitu air nira nipah dimasak hingga pekat dan simpan dalam botol…tq

2 | Halimah Yusof

January 26th, 2011 at 4:34 am

Avatar

Sebut pasal pokok nipah. Teringat kat kampung. Dikampung saya, daun nipah selain dibuat atap, yang muda dibuat balut otak-otak, bagus sebab daunnya lebar, kalau dibakar baunya lebih wangi dari daun pucuk kelapa. Buahnya yang muda memang sedap. Dikampung saya, tak ada yang membuat gula nipah sebab buat gula melaka dari mayang kelapa lagi mudah. Teringin juga nak beli gula apong ni kalau ke Sarawak nanti.

3 | kurios

February 4th, 2011 at 3:12 am

Avatar

Kamek jadikan gula apong jadi gula-gula, yang selalu dikenali sebagai gula batu apong, campur dengan sedikit kacang yang sudah dikisar. Tapi prosesnya kena dilakukan segera, sebelum gula apong tadi mengeras.

4 | azhar

February 17th, 2011 at 4:52 am

Avatar

Nipah memang banyak gunanya;
Daun – dibuat atap
Pucuk – dibuat rokok daun
Bunga – dibuat kerabu (bunga yang dah disiang dan
direbus boleh dibeli di Pasar Siti Khadijah, Kota
Bharu). Resepinya kena tanya org PCB hehe..

Buah muda – isinya dimakan spt kelapa muda
Air buahnya – boleh diminum
Tandan – boleh ‘disadat’ untuk mendapatkan niranya.
Rasanya agak payau berbanding nira kelapa.
Nira – diperam utk dijadikan cuka. Cukanya lebih sedap
dimakan buat ‘colik’ dan utk masakan. Cuka nipah
masih boleh dibeli di tepi-tepi jalan di Penarik, Trg.
– dimasak utk dijadikan gula merah/apong

Baru-baru ini keluar kat TV, buah nipah dah jadi ais krim!! Saya teringin sangat nak cuba… kat mana ye?

5 | Rahmat bin Haji Abdul Rahman

March 8th, 2011 at 6:34 am

Avatar

PER: MINTA ALAMAT KILANG MEMPROSES GULA NIPAH/APONG/GULA ANAU.

Sukacita dapat dikirimkan kepada saya alamat kilang memproses gula nipah, apong atau anau.

Kirimkan ke e-mail: rahmatnews@yahoo.com, akhtar1958@yahoo.com dan tokmat@hotmail.com

Sekian, terima kasih.

6 | Kak Ros

March 18th, 2011 at 5:51 am

Avatar

Saya bukanlah orang Sabah atau Sarawak, tapi orang utara semenanjung. Kat belakang rumah ada pokok nipah. Mak selalu wat nira nipah..sedap..nak wat gula apung atau disebut sebagai nisan nipah, bkn batu nisan ya..punya la susah..dari pagi sampai petang kena kacau kawah sampai kering air nira tapi ambik yang segar dan manis sahaja. yang masam emak wat cuka nipah..buahnya kami mkan macam tu saja. sedapnya sepuluh kali ganda ngn buah kabung..kalu isi tak keras lagi, lembik2 ckit tulah yang paling sedap dan manis..

7 | syairah

June 21st, 2012 at 2:33 pm

Avatar

saya syairah,merupakan seorg student drpd sebuah ipta.
kini sy sdg membuat sedikit kajian mengenai gula apong.
boleh admin berkongsi sumber rujukan penulisan artikel mengenai gula apong ini.. tq, kerjasama amat dihargai..

8 | joblee ramli

July 12th, 2012 at 8:31 am

Avatar

Kampung Tambak, Pusa pengeluar gula apong/garam apong/cuka apong yang paling popular di Sarawak. Sila hubungi kami 0138186454 joblee ramli

9 | Andika

February 9th, 2013 at 8:32 am

Avatar

saya kenal gula apong sjak hingusan lg. Emak sllu suruh sy pg kedai beli utk buat kuih nasi manis. Nasi pulut yang sudah masak digoreng dalam kuali dicampur gula apong ini. Lepas tu nasi ini diuli dalam upeh pokok pinang. Rasanya sungguh sedap dan mengenyangkan.

10 | Andika

February 15th, 2013 at 5:02 pm

Avatar

satu lg kegunaan dari pokok apong ini yg org ramai tak tahu sgt2 iaitu tandan buahnya yang telah kering di mana buahnya telah diluruhkan sangat sesuai utk dijadikan alat penggaru belakang. Rautkan sedikit tandan buahnya untuk mendapat bentuk yg sesuai. Biarkan gagangnya panjang sedikit supaya senang menggaru. Bila garu belakang dengan tandan apong ini memang rasa sedap sangat2 sampai tak terkate-kate . Tak payah nak mintak tolong isteri atau anak atau cucu tolong garukan.Tak caye boleh cube le…

11 | zam

September 2nd, 2013 at 3:34 am

Avatar

gula apong juga boleh digunakan untuk perapan ayam panggang atau daging dicampur dengan serbuk kari adabi( untuk marinette ). anda akan terasa kelainan tersebut. yum3..selamat mencuba. Pokok nipah yang mati boleh jadi sumber rezeki untuk penjual umpun-umpun. Harga mahal tetapi berbaloi untuk digunakan memancing udang galah di sungai batu kawah dan lain-lain tempat.

12 | ikhwan .achem

November 29th, 2013 at 3:37 am

Avatar

untuk makluman semua kpg sya merupakan pengeluar gula
nipah terbesar di sarawak .sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian …..0148795456.

13 | Ummu Amar

December 23rd, 2013 at 6:52 am

Avatar

Bagi anda yg berminat ingin mendapatkan gula apong, boleh ke fanpage saya. Pelbagai produk makanan & kraf dari sarawak juga ada di sini.

Terima kasih

14 | Musttakin

August 28th, 2015 at 12:56 pm

Avatar

Bagaimana saya nak order gulapong mengunakan tin dan berapa harga satu KG dan satu tin?

15 | mira

December 18th, 2015 at 1:24 pm

Avatar

saya paling suka ais krim gula apong .. dekat semenanjung susah nak dapat ais krim gila apong.. 🙂

16 | riah

September 15th, 2016 at 3:36 am

Avatar

Sesiapa boleh saya meminta alamat kampung yang memproses gula apong..URGENT tolong hantar ke emel saya sitinursabariah88@gmail.com

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2300
Share

BlogMalaysia.com


  • Uda@Hashim: Salam..cik/puan Paridah ada byk pokok munggai.Lokasi dimana?Saya berminat nk beli buah2 tu.Call/wssp saya ke 0174298553.Sapa2 yg ada buah munggai ni s
  • Jestar: Saya mengidap penyakit susah nak buang air besar (srmbelit) dan selalu bergantung kpd serat pencuci usus yg dibeli secara online. Di rumah saya ada p
  • Norish: Petola Pulut @ Petola Sarang. Sy penah menanamnya. Pokok ni sama spt Petola Segi ,Petola Ular adik beradik sy rasa. Cuma baunya kuat sikit berbanding

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014