18 Jan, 2011

Buah Rhedia

Posted by: admin In: @Buah Nadir

rhedia
Artikel yang ingin saya sentuh kali ini adalah mengenai Buah Rhedia atau nama saintifiknya Rheedia madruno. Buah ini saya pernah merasainya semasa pameran buah nadir sempena MAHA2010 yang lalu.  Berbanding buah nadir yang lain, buah Rhedia ini lebih sedap dengan rasanya yang  masam manis. Namun, saya tidak pasti samada di Malaysia ada terdapat pokok ini atau ianya dibawa masuk dari luar. Namun, setahu saya pokok ini ada di tanam di Arboretum di stesyen Mardi.

Jika anda ada apa-apa maklumat mengenai buah ini, diharap boleh kongsikannya di sini. Maklumat anda amat saya hargai.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :15095

42 Responses to "Buah Rhedia"

1 | Kak N

January 18th, 2011 at 5:56 pm

Avatar

Tak pernah nampak pn buah ni. Mcm mn rasanya?

2 | ahmad hamidi

January 19th, 2011 at 12:09 am

Avatar

Tak pernah dengar nama buah ini. Banyak terdapat kat mana? Ada jual ke kat mana. Ingin tahu jugak.Mungkin namanya berlainan mengikut daerah2.

3 | Jumirin

January 19th, 2011 at 12:30 am

Avatar

Salam, saya tak pernah tengok buah ini apalagi nak merasa kalau ada tolong bagitau dimana bolih juga saya merasa buah ini manis atau masam.

4 | mang

January 19th, 2011 at 12:31 am

Avatar

macam sedep je….kat mana bole dapat benih…

5 | Jon

January 19th, 2011 at 12:35 am

Avatar

Tak kenal buah ini.

6 | ARC

January 19th, 2011 at 12:49 am

Avatar

A’kum wbt..

Tak salah saya, orang utara memanggilnya buah “Setaq” rasanya masam2 manis dan jarang sekali rasanya manis, boleh dimakan dengan kulitnya sekali. Bijinya mempunyai selaput bersabut dan berwarna ungu seakan2 isi petai.

7 | mudjiono

January 19th, 2011 at 1:31 am

Avatar

bisa gk d tanam d indonesia, gmn dpt dr benihnya mksh

8 | Pauzi Nong

January 19th, 2011 at 1:56 am

Avatar

Maaf saya tidak mengenali buah ini

9 | aniza

January 19th, 2011 at 2:05 am

Avatar

Ya org utara panggil buah staq ( setar ) asal nama bandar Alor Setar. Juga dikenali sebagai buah kundang, biji warna ungu

10 | Hisham

January 19th, 2011 at 2:09 am

Avatar

salam,,,rasanya nama buah nie buah kundang, di utara di panggil buah setaq,,rasanya mmg masam masam manis, tapi sedap,,,lah,,,,

11 | fathir

January 19th, 2011 at 3:30 am

Avatar

buah ni la isteri sy duk sll sebut. mcm buah rambai tp wrn kuning. buah jejentik nm dia… tapi x tau la buah yg sm ke x…

12 | puziah

January 19th, 2011 at 3:39 am

Avatar

Buah ni ada yang masam dan ada yang manis. Bijinya berwarna unggu. Pokoknya besar dan kalau berbuah selalunya banyak dan daunnya amat lebat.

13 | p3chandan

January 19th, 2011 at 3:59 am

Avatar

Tak penah tengok pokok dan buah rhedia ni.

14 | admin

January 19th, 2011 at 4:57 am

Avatar

untuk makluman.. buah Rhedia tidak seperti buah jentik-jentik atau buah kundang..

15 | Halimah Yusof

January 19th, 2011 at 6:10 am

Avatar

Rasanya bukan buah kundang. Macam tak pernah tengok. Daunnya lain dari buah kundang. Tengok warnanya, rasa macam sedap aje. Bestnya kalau dapat tengok sendiri buah dan pokoknya.

16 | nurel

January 19th, 2011 at 8:16 am

Avatar

ini buah asam kundang. di rumah pakcik saya terdapat sebuah pokok. jika berbuah sangat lebat. nak tunggu ia berbuah mmg lame, tapi bila berbuah lebat sungguh. rasanya masam, jika makan dgn kulitnya ada rasa pedas sikit kerana kulitnya bergetah. pakcik saya duduk di kg seri paya, parit raja. jika nak singgah, di hadapan rumah beliau ada pokok kekabu yang besar. orang jawa panggil buah kapuk

17 | Ahmad Mazmi Ngah

January 19th, 2011 at 9:58 am

Avatar

En Fazlisyam, buah Rhedia yang kat MAHA 2010 baru ni adalah dari SPK Hulu Paka, dari koleksi yang saya tanam yang diambil benihnya dari Sarawak. Buahnya sama seperti Kundong, Keluarga buah Manggis. Rasa masam tapi isi mcm manggis. Di SPK Hulu Paka ada kedua2nya, Rhedia dan Kundong. Tapi buah Kundong ada didapati di Jerangau Terengganu. Yang terdapat di Hulu Paka saya ambil di Stesen Layar di Betong Sarawak pada 2005. Pokok Rhedia yang di tanam di SPK Hulu Paka adalah diambil oleh En. Esa kat sabah kalau tak salah saya pada 2004

18 | siti

January 19th, 2011 at 10:47 am

Avatar

salam…
buah ni isinya macam buah rambai ke?
kalau ya mcm pernah makan buah ni masa tinggal di negeri sabah dulu.. tp tak pasti pula nama buah ni…

19 | noor

January 19th, 2011 at 12:56 pm

Avatar

salam,buah ni jenis tumbuh meliar kat hutan ke?

20 | JALALUDDIN ASRAM

January 19th, 2011 at 1:27 pm

Avatar

tak pernah la nampak buah ni.. En. admin tolong belahkan buah tu..kami nak tengok bagaimana isi dalamnya…betul ke macam manggis?

21 | Siti Aminah

January 20th, 2011 at 12:43 am

Avatar

As’salam…..pertama kali lihat buah ni,di kawasan johor tidak ada ke?

22 | Umarz Aziz

January 20th, 2011 at 2:43 am

Avatar

Salam..

Mmg tak pernah rasa.. Kat Johor rasanya mmg takde tanam kot. Agak² kalau jual ada baik tak dia punya market?? Kalau Ok, bleh kita tanam secara ladang.. Tapi market kena tahu mcmane.

23 | Badariah Md Dahlan

January 20th, 2011 at 4:47 am

Avatar

rupa buah Rhedia ni betul2 menambat selera…

24 | Hussain

January 20th, 2011 at 3:59 pm

Avatar

nampak macam buah kundang aja

25 | Maznah Ismail

January 21st, 2011 at 4:39 am

Avatar

saya tak pernah jumpa pokok ni..tetapi kalau sesiapa ada sampel atau boleh
beri maklumat di mana saya boleh dapatkan sampel, saya teringin untuk
melakukan kajia saintifik. sekian, Terima kasih

26 | rahmansaaid

January 21st, 2011 at 7:04 am

Avatar

Kalau tak silap saya ini namanye buah kundang, buah muda berwarna hijau kalau masak berwarna seperti didalam gambar tu. Kalau yang muda tu sedap dibuat sambal belacan dimakan dengan pucuk ubi dicelur. Buah ini terdapat dua jenis ade yang berbuah bulat dan satu lagi berbentuk bujur yang telah diusahakan oleh petani negara Thailand memang manis tiada masam langsung.
Kalau kat perak dipanggil buah ”reme ia”.

27 | brat2104

January 21st, 2011 at 9:45 am

Avatar

tu bukan buah kundang ke?

rasa dia masam.. dah masak warna kuning dan lembik. kalau belum masak, warna hijau. biasa org buat jeruk. biji dia warna ungu.. sebab tu org dulu (nenek saya la) panggil warna ungu dengan nama biru kundang

28 | sabre

January 21st, 2011 at 3:02 pm

Avatar

salam. saya pernah makan buah ni masa kat kuantan.Rasanya masam manis. Kata penjual , buah ni dikenali di terengganu dgn nama manggis hutan.

29 | Zawiah

January 21st, 2011 at 5:27 pm

Avatar

Salam,
Rupa macam buah kundang. Tapi adakah En Ahmad Mazmi Ngah maksudkanbuah kundong tu buah kundang saya confused sikit.

30 | admin

January 22nd, 2011 at 2:40 am

Avatar

untuk makluman.. buah di atas bukan buah kundang.. buah Rheedia ni kecil sedikit dari buah kundang dan bijinya juga bukan warna unggu..

31 | Rahman

January 23rd, 2011 at 2:42 pm

Avatar

Maaf saya tak kenal buah nii….saya percaya ia bukan buah kundang.

32 | Rieyna

January 24th, 2011 at 4:58 am

Avatar

buah ni kalau tak silap pandang macam buah sentol. Panggilan kat kampung saya di sarawak. rasa dia memang masam manis. tapi buah ni bermusim

33 | Rieyna

January 24th, 2011 at 5:20 am

Avatar

maaf..saya tersilap tengok lah…saya memang tak kenal buah ni juga

34 | shukran

January 24th, 2011 at 8:21 am

Avatar

agak pelik buah ni…

35 | amer

January 31st, 2011 at 2:44 am

Avatar

Buah staq orang utara panggil. Ada yg. “masam prit”. Kalau yg. besaq, manis la juga. saya suka buah ni tapi susah jumpa dan jarang2 dijual.

36 | Farah

January 31st, 2011 at 9:06 am

Avatar

Buah ni kat kg arwah bapak saya ada Tg Banja,Parit. Pokok nyer agak besar n merimbun tapi byk kerengga. Mmg orang panggil buah star ataupun buah rembia. Kalau yg muda tu warna hijau. Ranggup mcm mangga muda. Kalau musim durian dulu, kitorang kait, belah dua, buang biji yg kaler purple, bubuh garam n gula jadi jeruk. Sedap gile!!!

37 | azhar

February 17th, 2011 at 5:30 am

Avatar

Saya setuju dgn admin. Buah ini bukan buah kundang atau buah star. Kundang atau star bentuk sedikit lonjong/bujur spt telur.

38 | adda

May 26th, 2011 at 9:47 am

Avatar

oooooo….klau buah setaq baru la kenal….yela slalunya kt kg sy pun pggil cmtu gk…(kelate)….klu wat jeruk sedap ni….

39 | mohd

January 18th, 2012 at 8:45 am

Avatar

Rasanya sy sokong yg ni bkn buah setaq @ kundang, lain je x pernah tengok, lg pun ranting yang ada kat gambar tu macam ranting manggis je… klau setaq buah dalam gugusan… tangkai utama besar sikit pastu baru la buah bergugus pada tangkai utama td…Nak tanya gambar ranting dan daun tu betul ke dia punya…

40 | fatu

October 29th, 2013 at 1:41 am

Avatar

Ni buke buah ngeke ke?tgk macam buah ngeke dh.loghat klate ngeke.kt lain..xtau pggil buah apa.

41 | Jan

September 9th, 2014 at 8:55 am

Avatar

buah ni jarang sgt2 jmpa di malaysia..byk kerengga…di mardi ada tanam….sedap….

42 | dut durian...

September 12th, 2014 at 1:23 am

Avatar

buahhh remia org utara cakap…
dekat rumah tok sy maseh ada lg pokok ni…

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2291
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014