07 Jan, 2011

Buah Berembang

Posted by: admin In: @Buah Nadir|@Tanaman Buah

berembang-221

Pernah anda melihat buah ini? Buah ini digelar dengan nama buah berembang (Sonneratia alba) atau ada juga yang memanggilnya buah gedabus dan buah perepat. Pokok berembang ini selalunya tumbuh ditepi pantai dan tepi-tepi sungai yang ada air masin . Saya sendiri boleh pernah mencuba makan buah ini tetapi daripada rujukan, rasa buahnya masam. Cara makannya pula cuma cicah dengan garam atau kicap bercampur cili api dan sedikit gula.

buah-berembang31

Yang menariknya tentang buah ini ialah ianya mempunyai kaitan dengan permainan gasing. Ini kerana menurut sumber, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Dalam permainan buah berembang pula, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat, pemusingnya dianggap sebagai pemenang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan.

Begitulah serba sedikit tentang buah berembang. Mungkin anda pernah makan buah ini atau mengetahui khasiat lain buah berembang, di harap anda boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :35706

69 Responses to "Buah Berembang"

1 | onie

March 8th, 2011 at 1:38 am

Avatar

Assalamualaikum..
tempat saya lau tidak silap dipangil “Buah Pendodo” ..ermm memang buah kegemaran ni..selalu dapat di kawasan tepi2 sungai..

2 | Kak Ros

March 18th, 2011 at 5:36 am

Avatar

Pokok kedabu klu kat daerah utara panggil. masa ngandung teringin betul nka makan..masam memangla tapi sedap..biji banyak kat dalam..

3 | Hashimi

May 16th, 2011 at 2:10 pm

Avatar

Pokok berembang adalah tergolong di bawah kumpulan pokok bakau jenis Sonneratia bersama-sama pokok Gedabu dan Perepat. Nama Latin bagi pokok-pokok tersebut ialah:

Sonneratia alba = pokok perepat
Sonneratia ovata = pokok gedabu
Sonneratia caseolaris = pokok berembang

Pokok berembang menjadi habitat kepada kelip-kelip.

4 | lokman bin hj.mahmud

May 30th, 2011 at 6:46 pm

Avatar

Askm kalian. Buah berembang ini selau terdapat di tepi2 pantai.Pokok ini biasanya tinggi menegak dan kadang2 condong merimbun terbentuk oleh tiupan angin laut yg kuat.Buahnya memang spt gasing berwarna hijau pekat sebelum ranum.Rasa nya masam2 kelat berbiji halus.sedikit rangup (keras spt jambu batu) dan kekadang disukai oleh monyet2 liar di hutan bakau.Namun tak ramai orang peduli tentang buah nadir ini kerana barangkali tidak tahu atau tiada nilai komersialnya.Tapi untuk ikhtiarhidup bagi sesiapa yg tersesat dihutan maka buah ini lah yg dicari utk dimakan bagi sambung nyawa.Untuk makan segar buah ini,haruslah dijolok dari pokoknya dan jangan diambil bila gugur kerana ia berulat dan benyek tambahan pula sudah bergaul dengan debu2 pasir di pantai.Tk Wallahu Allam

5 | missqaissara

December 30th, 2011 at 2:39 am

Avatar

Masa kecik2 dulu saya selalu makan buah ni. masam sangat…

6 | azhar

January 22nd, 2012 at 9:04 am

Avatar

salam ,pernah rasa buah ni masa buat kerja survey kolam ikan di Sungai Udang NIbong Tebal P.Pinang.Rasa masam.. kelat..kelat sikit.

7 | farihah

February 7th, 2012 at 5:08 am

Avatar

salam..ingin rasanya mengetengahkan buah ini. en axhar nmpak mcm tahu byk pasal buah ni. tahu x apa khasiat ataw kegunaan buah ini?? selain mjdi ubat2an, n ulaman, ada x orang kampung guna untuk produik makanan lain?tq..

8 | farihah

February 7th, 2012 at 5:09 am

Avatar

tq 4 da info… ada mklumat khasiat buah ni x, yg mgkin en. ada guna sbgai produk makanan selain sbgai ulamn?

9 | ahmad

February 9th, 2012 at 4:11 pm

Avatar

Buah berembang dgn buah gedabu nampak macam sama
tapi pokok nya berlainan kerana daun pkok gedabu lebar tapak tangan bukannya macam pokok berembang
Saya puh dah lama tak nampak pokok gedabu
Dulu tepi paya bakau Pantai remis perak banyak terdapat pokok gedabu sekarang dah jadi kebun sawit

10 | Yatie

April 3rd, 2012 at 5:52 am

Avatar

Kat Brunei kita org panggil Buah Pidada…rasanya masam enak di makan cicah garam + lada padi + belacan…

11 | Zabidi Saleh

June 22nd, 2012 at 1:20 pm

Avatar

Semasa saya mencari-cari gambar buah kedabuk di google, tiada dan saya
lihat buah berembang, saya terjumpa blog anda.

Buah kedabuk dan buah berembang seakan-akan sama tetapi pada bahagian
bawah buah kedabuk, ia masuk ke dalam.

Jika di belah ia kelihatan seperti jambu batu di dalamnya

pokoknya takleh di tanam, ia hanya tumbuh di kawasan air payau.

12 | mrsnur

July 31st, 2012 at 7:33 am

Avatar

masa kecik2 selalu mkn buah ni, masam ya amat… tp sgt2 sedap… ayah sye suke mancing die sllu bwk blk buah ni… ayah kate buah ni dok tpi sg air masin… skrg ssh nk dpt alo ade pn kt area sungai perak… penah srh ayah cr kn buah ni time 2 gah preggy… tp ayh kate tkot nk g amik de buaye… huhu…

13 | Zulkiflee

September 12th, 2012 at 8:38 am

Avatar

Di Sandakan, Sabah buah ni dikenali dengan nama Buah Pedada. Buah ni memang boleh di makan. Sesetengah penduduk kampung dalam kawasan Sandakan percaya Ikan Patin yang memakan Buah Pedada (Berembang) yang masak mempunyai isi yang lebih sedap berbanding Ikan Patin yang dipelihara dalam sangkar.

14 | Zikri Yusof

October 17th, 2012 at 5:36 am

Avatar

pernah try masa kecik2 dulu ambik kat hampir kuala sungai tumpat kelantan…bapa aku cakap boleh makan, ttp aku x suke kerana bila makan rasa mcm pening…walhal mabuk sungai masa pergi memukat ikan…sampai skrg x makan ttp masih ada di muara sungai..

15 | HJ.Siti Hajar

December 2nd, 2012 at 1:07 am

Avatar

65. Mamfaat daun pedada[rambai padi] buat campuran bedak dingin, fungsi bedak dingin tersebut atau bedak basah untuk menghilangkan flek hitam di wajah atau menghilangkan kunat sehabis terkena cacar atau koreng,
dan kebetulan di belakang rumah saya banyak buahnya, yg rasanya masam tapi enak di buat jus atau sirup

16 | jaja

December 27th, 2012 at 8:59 am

Avatar

buah kedabu dengan buah berembang lain walaupun fizikal dia nampak sama.. buah berembang tak boleh makan..buah berembang dlm dia mcm berongga dengan ada habok2.. tapi buah kedabu ni padat dengan bijik.. buah kedabu ni mmg masam sgt.. sedap bila dah masak.. walau pun masam. resepi tradisi keluarga saya bincop. guna buah ni la.. kecoq ayaq lioq.

17 | Andika

February 9th, 2013 at 7:13 am

Avatar

salam untuk semua. Di sarawak kami panggil buah pedada. Pokok ini tumbuh di tebing2 sungai air masin dan air payau. Buah muda rasa kelat dan masam. Buah yang masak rasa sangat masam dan jadi lembik. Buah ini banyak biji kat dalam. Buah muda boleh dijadikan ulam yang menyelerakan. Buah masak boleh dijadikan kerabu buah pedada. Masa kecik2 dulu selalu tengok orang ambik buah ini untuk dijadikan umpan pancing ikan patin atau labang. Bunga buah pedada yang kami panggil “rabong pedado” ini pun boleh dijadikan ulam. Caranya ialah dengan meletakkannya dalam piring ke dalam periuk sebaik saja air nasi itu yang kita tanak mengering. Bunga pedada ini dicicah begitu saja dengan sambal belacan. Fuhhh…sedapnya.

18 | zainal Shah

April 11th, 2013 at 4:08 pm

Avatar

As Salam semua…Ada sesiapa tahu di mana saya dapatkan buah berembang nie…atau ada sesiapa boleh dapatkan buah nie untuk saya…email saya..fisher7474@yahoo.com…terima kasih

19 | abdmanap67

July 31st, 2015 at 1:22 am

Avatar

Perepat,berembang,gedabu adalah satu sepesis,buah gedabu lebih besar,isi nya lebih gebu dan rasa nya lebih sedap dari buah berembang dan perepat.
Dahulu pokok gedabu ada dikawasan sungai air masin dikampung saya tapi kini sudah pupus air sungai pun sudah menjadi payau
Pokok berembang masik banyak lagi,perepat pun dah tak kelihatan lagi

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2246
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014