
Artikel yang ingin saya sentuh kali ini adalah mengenai Buah Rhedia atau nama saintifiknya Rheedia madruno. Buah ini saya pernah merasainya semasa pameran buah nadir sempena MAHA2010 yang lalu. Berbanding buah nadir yang lain, buah Rhedia ini lebih sedap dengan rasanya yang masam manis. Namun, saya tidak pasti samada di Malaysia ada terdapat pokok ini atau ianya dibawa masuk dari luar. Namun, setahu saya pokok ini ada di tanam di Arboretum di stesyen Mardi.
Jika anda ada apa-apa maklumat mengenai buah ini, diharap boleh kongsikannya di sini. Maklumat anda amat saya hargai.

