16 Jan, 2011

Lempoyang

Posted by: admin In: Lempoyang

lempoyang

Tentu anda biasa mengenali pokok lempoyang ini.  Tahukah anda kegunaan lempoyang ini?  Rizom lempoyang yang masih muda ditumbuk lalu dimasukkan sedikit dalam masakan dan dikatakan rasanya pedas dan pahit sedikit. Rasa pedas ini dapat membuka selera. Air rizom yang ditumbuk juga dikatakan digunakan sebagai tonik dan sebagai ubat sakit perut serta dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat tradisional dan persediaan jamu bagi ibu bersalin semasa dalam pantang.

lempoyang2

Jika anda mengetahui kegunaan lain selain di atas, di harap bolehlah kongsikannya di sini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :6085
Tags:

26 Responses to "Lempoyang"

1 | nuraidah

January 17th, 2011 at 1:26 am

Avatar

Ai…ohh, ini rupenye bentuk lempoyang. baru saya tau. terima kasih di atas info ini..

2 | Pauzi Nong

January 17th, 2011 at 1:27 am

Avatar

Assallamulaikum,

hai.. lempoyan lak…x jadi masalah.. kalau daun boleh masuk sebagai bahan nasi ulam/nasi kerabu jika disebelah kelate.. isi lempoyang rasa/bau bagaikan halia.. boleh buat ulam makan nasi cicah ngan budu.. sedap oh… neleh air liur kalau teringat benda ni..

Rasia Lenpoyan; kalau makan isi mentah bak kata buat ulam cicah budu bagus.. sebagai ubat pejalanan darah , tubuh ahan berasa ringan, mencerahkan mata, baik merika yang hilang selira makan, caranya ambil isi lempoyan belinder , peroh ambil air minum setiap pagi kalau + madu sikit insallah mujarab. baik untuk semua utk diamalkan.
(aku ni bukan pawang hanya pengalaman bersaing dengan orang tua joh. )

3 | mang

January 17th, 2011 at 1:40 am

Avatar

macam lengkuas je…susah nak beza kalu tengok gambar je…tapi good info…thank you

4 | lieya

January 17th, 2011 at 1:54 am

Avatar

salam,
saya peminat tumbuhan tradisional dan eksotik ni..saya nak tanya..isi lempoyang ni rasanya sama sebiji macam halia ke?sebab kadang2 saya beli halia muda sangat..mana la tau itu sbnrnya isi lempoyang..jadi saya makn mentah atau masukkan dalam air suam untuk buang angin je..

5 | na

January 17th, 2011 at 4:11 am

Avatar

buat acar, jg best. ketuk skit , bawang merah dimayang, cuka dan gula garam dicampur semuanya. makan dengan nasi, penambah selera.

6 | firdaos

January 17th, 2011 at 4:16 am

Avatar

Salam, saya pernah dimasukkan ke wad kerana dikesan dijangkiti demam denggi. Selama 4 hari ditahan di wad, seseorang telah mengesyorkan saya supaya minum air lempoyang. Setelah mencari dan minum air tersebut, alhamdulillah palette darah saya naik dan keesokannya saya dapat keluar dari wad. Apa yang saya ingin tahu, adakah air lempoyang ini benar2 dpt membantu memulihkan demam denggi?

7 | Jon

January 17th, 2011 at 6:28 am

Avatar

Pernah dengar/nampak tapi belum rasa lagi.

8 | suhaimi

January 17th, 2011 at 11:52 am

Avatar

Pokok herba ni biasa org kampung buat perubatan buat orang lepas bersalin. Kalau tak salah saya kalau makan sebagai ulam dapat menambah selera.

9 | ahmad hamidi

January 17th, 2011 at 12:43 pm

Avatar

saya selalu makan isi lempoyang.kalau nak makan bior pilih isi yang muda.sesekali rasa macam buah kuini muda. buat ulam cicah dengan budu atau tempoyak.bagi yang belum rasa eloklah cuba dan amalkan.anda akan rasa kesan nya.

10 | mohd harun hasan

January 17th, 2011 at 11:19 pm

Avatar

kalau tak silap saya itu lengkuas. biasanya kalau di sabah terutamanya kaum bugis langkuas diparut dahulu kemudian di masak dengan ayam. kalau nak makan ‘AYAM MASAK LANGKUAS ‘ datanglah ke Tawau sabah terutama sekali pada waktu hari raya… mesti ada punya.

11 | Hermantoro

January 18th, 2011 at 5:12 am

Avatar

Lempoyang (di Indonesia disebut lempuyang/ puyang (jawa) bila dicampur dengan cabe jawa ditumbuk diperas boleh untuk obat lesu/ kurang tenaga/ semangat bisa hilang…..

12 | zawiah

January 18th, 2011 at 3:56 pm

Avatar

Lempoyang saya kenal sangat cuma sekarang ni pokok tu susah nak dapat. Saya pernah merasai juice pokok lempoyang. ianya kelihatan antara kunyit dan halia. Semasa kecil dulu mak saya selalu tumbuk dan ambil jusnya untuk di berikan kepada saya setiap pagi, diminum sebelum sarapan pagi. Mengikutnya… untuk membuka selera makan dan baik untuk wanita katanya. Tapi rasanya teramatlah pahit.

13 | zlieom

January 19th, 2011 at 1:28 am

Avatar

Setau saya lempoyang ini untuk buang angin dan untuk membuka selera makan. Bagi orang baru bersalin pula dimakan untuk memanaskan badan.

14 | Halimah Yusof

January 19th, 2011 at 6:23 am

Avatar

Memang betul, lempoyang ni adalah keluarga ubat-ubatan. Selalunya memang untuk menaikkan selera. Tumbuk, perah dan minum airnya. Baunya kurang menyenangkan. Kalau nak minum kena tutup hidung. Pokoknya lebih kurang halia, tapi warnyanya dan bentuk daunnya lain sikit. Baunya pun berbeza. Selalunya ibu-ibu lepas bersalin disuruh minum airnya. Katanya untuk ubat.

15 | azman

January 20th, 2011 at 11:18 am

Avatar

macam halia ye,bagaimana cara mengunakan atau memasaknya,apa rasa ye,ne lah petama kali saya lihat,tapi kalau pegi pasar sah saya kata halia

16 | Siti Roslinah Sh Abdullah

January 21st, 2011 at 12:53 pm

Avatar

Buat sambal sedap. Tumbuk cili api,lempoyang,ikan bilis dan masukkan sedikit air asam jawa,lecah-lecah sedikit la,bubuhlah sedikit garam,secukup rasa kerana ada ikan bilis yang agak masin. Bagus untuk membuang angin dan awet muda.

17 | Drahman kaili

January 22nd, 2011 at 7:26 am

Avatar

Salam, lempoyang dpt menyembuh kanser servik bg wanita,penemuan terbaru oleh pakar tempatan.dgn izin allah.

@Drahman kaili -

18 | fazian

January 24th, 2011 at 4:28 am

Avatar

Dalam pantang mak sy mesti sediakan jus lompoyang. Caranya blend isinya, tapiskan. Masak dgn gula batu + garam + asam jawa. Suam2 minum + madu. Memberi tenaga & boleh membayakkan air susu ibu. InsyaAllah…

19 | misno bin sana

January 24th, 2011 at 2:24 pm

Avatar

mak mertua sy guna lempoyang buat jamu

20 | norman

January 26th, 2011 at 1:12 pm

Avatar

saya pada mulanya menyangka halia. seorang rakan yang saya temui di hospital memberitahu bahawa lampoyang juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi. mengurangkan kandungan gula. Elok dimakan oleh pengidap kencing manis.Sama-sama lah kita mencubanya. Kat pasar chow kit lampoyang banyak dijual.

21 | suhadn

January 30th, 2011 at 12:59 pm

Avatar

saya memang tanam pokok lempoyang ni tapi tak tau khasiatnya, dan satu lagi pokok ni lebihkurang sama dengan pokok bonglai, mmg sama cuma nak bezakan pada bau dia, insyaallah saya akan cuba makan sb nak tau khasiatnya

22 | azuan

February 5th, 2011 at 12:53 am

Avatar

ooooooo…. camnie

23 | razak

February 19th, 2011 at 3:24 am

Avatar

Salam,
Macam mana kalau saya nak beli benih lempoyang ni?

24 | Waty

January 3rd, 2012 at 10:30 am

Avatar

Mana nak cari lempoyag ni yer?

25 | bitt

February 21st, 2012 at 1:03 am

Avatar

mana nak dapat lempoyang ni??? macam halia pon ya

26 | mukidin

February 25th, 2012 at 2:51 pm

Avatar

Lepoyang ni isinya diparut masukkan dlm kain putih dperah, airnya berwarna kuning tu diminum utk hilangkan demam dg pantas. inilah ubat mujarrab y diuna oran tua dulu.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 23277 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 21432 hits
Ulam-Ulaman - 18852 hits
Buah Mentega - 17952 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 17852 hits
Pokok Karas @ Gaharu - 17517 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 17486 hits
Pokok Pecah Kaca - 16917 hits
Khasiat Lobak Putih - 15922 hits
Buah Kesusu - 15680 hits
Buah Markisa - 15338 hits
Buah Berembang - 14407 hits
Buah Keriang Dot - 13524 hits
Rahsia Buah Delima - 13063 hits
Khasiat Daun Sirih - 12858 hits