27 Dec, 2010

Meneroka Potensi Buah Dabai Sarawak

Posted by: admin In: @Buah Nadir| Artikel

buah-dabai

Artikel saya kali ini tentang buah Potensi Buah Dabai di Sarawak. Gambar yang anda lihat ini juga merupakan sebahagian pameran di MAHA2010 yang lalu. Memang tidak disangka sama sekali terdapat pelbagai jenis produk hasil dari buah dabai yang dahulunya kurang dikomersilkan. Serba sedikit tentang buah Dabai yang dapat saya coretkan di sini. Buah Dabai juga dikenali buah zaitun sarawak. Ia berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember. Kajian mendapati kandungan asid lemak isi dabai hampir menyerupai minyak kelapa sawit dengan komposisi utama asid palmitik, asid linolik dan asid linolenik.

buah-dabai2

Antara produk-produk dari buah dabai ialah seperti minyak dabai. Saya pun terlupa minyak di atas ini adalah minyak wangi atau minyak pati.

buah-dabai3

Selain itu, terdapat juga produk Dabai Paste dan sos Dabai. Ada sesiapa pernah rasa ke makan sos Dabai ni. Orang Sarawak mungkin dah cuba agaknya.

buah-dabai4

Kepada peminat mayonis bolehlah mencuba mayonis daripada buah Dabai pula.

buah-dabai5

Keropok dari buah Dabai pun nampak macam menarik juga. Mungkinkah setanding dengan keropok ikan terengganu.

buah-dabai6

Ada juga sabun dari buah Dabai. Mungkin tidak lama lagi akan keluar pencuci muka buah dabai dan sebagainya.

buah-dabai7

Bagi anda yang tinggal di Sarawak, pernahkah anda mencuba produk-produk dari buah Dabai ini? Bolehlah berikan sedikit komen tentang produk buah dabai ini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :6405

44 Responses to "Meneroka Potensi Buah Dabai Sarawak"

1 | Pauzi Nong

December 27th, 2010 at 3:26 pm

Avatar

seperti buah pinang …jeee saya tidak biasa dengan buah ini,,

2 | Sunarti

December 28th, 2010 at 12:04 am

Avatar

DiBrunei dikenali sebagai buah kembayau,minyak dihasilkan dari isi dalam bijinya yang telah di rebus terlebeh dahulu sehingga lembut.

3 | mang

December 28th, 2010 at 12:38 am

Avatar

entah lah…ni baru dengar buah ni…tapi ok jugak alternative pada minyak sawit…

4 | Ujang

December 28th, 2010 at 1:17 am

Avatar

Buah Dabai memang sedap. Ia lemak dan sedap dimakan begitu saja (celur dengan air suam, bubuh sedikit garam)atau dabai masin dengan nasi panas. Di Sarawak terdapat menu NASI GORENG DABAI. Potensi pasaran amat baik, di Sarawak dabai terdapat banyak sekali di Bahagian Sibu dan Kapit. Harganya baik, dulu 1kg cuma RM2.00 kini mencecah RM20.00 ikut gred dan jenisnya. Orang Malaysia mesti tahu makan dabai. Tapi saya tak tahu asal usulnya.

5 | Badariah Md Dahlan

December 28th, 2010 at 2:34 am

Avatar

saya tak pernah tengok buah ni..nampak menarik…takkan xde kat Semenanjung…

6 | Fizah

December 28th, 2010 at 3:47 am

Avatar

xpernah lg mkn buah ni..tp pernah dengar namanye..org kata mcm buah kurma bentuknya..mmg betul pun..

7 | tri susila

December 28th, 2010 at 4:16 am

Avatar

belum perna lihat buah ini. dimana bisa mendapatkan….salam

8 | laili

December 28th, 2010 at 4:34 am

Avatar

sabun soap boleh hilangkan jerawat ke? kat mana boleh beli produk ni? sy nak beli untuk anak perempuan remaja sya.

9 | Ujang

December 28th, 2010 at 4:43 am

Avatar

Buah Dabai ikut musim. Dulu Dabai dimakan hanya oleh kaum melayu dan bumiputra di Sarawak daja. Tapi sekarang ni, kaum cina yang suka makan dapai dan harga mencecah RM20.00 sekilo. Asal usul agak-agak, negeri CINA, sebab dulu lagi dah ada dabai masin yang dijual oleh peniaga cina. Bijinya pun sedap, dalamnya ada isi macam pucuk daun, makan begitu sahaja. Harapan saudara kita di Semenanjung menanam pokok ini. Senang di tanam.

10 | hasan

December 28th, 2010 at 4:56 am

Avatar

apakah buah dabai sama dengan kelapa sawit ? kalau berbeda bedanya dimana ya, mohon informasi ? katanya sama dengan minyak zaitun, apakah hasiatnyapun sama dengan minyak zaitun ?
salam,
hasan

11 | JALALUDDIN ASRAM

December 28th, 2010 at 5:03 am

Avatar

pasarannya ada di semenanjung ke? tak pernah nampak le…

12 | isa

December 28th, 2010 at 5:51 am

Avatar

Buah dabai memang popular di Sarawak dan endemic. Buah muda berwarna putih kehijauan dan matang berwarna hitam. Banyak varieti dan kelazatan berbeza2. Ia lemak . Buah yang matang direndam dengan air panas sehingga lembut isinya. Makan terus dicecah dgn garam, kicap atau sambal khas.

Harga ikut musim dan kualiti. Luar musim RM15 - 25
/kg. Semasa musim RM 5 - 15. Paling banyka di Sibu atau sepanjang sungai Rejang. Kalau pergi sarawak cubalah. Sekurang-kurangnya minta nasi goreng dabai.

13 | Rahman

December 28th, 2010 at 6:50 am

Avatar

Saya rasa pokok buah dabai ini banyak tumbuh di Singapura.Tahun 70′an saya tinggal di sana.Pokok ini besar,buah nya warna hijau bila muda…menjadi warna merah dan terus menjadi hitam bila cukup masak.Isinya warna unggu dan sedikit putih.Rasa nya ada manis yg cukup masak dan sedikit kelat…kalau saya tidak silap.

Kami panggil buah ini “Buah Hitam”

14 | jai

December 28th, 2010 at 7:15 am

Avatar

ntah la tak pernah dgr n napak buah nie disini…

15 | pakhabib

December 28th, 2010 at 10:14 am

Avatar

tak pernah tengok lagi buah ni..mcm buah kurma lak bentuknya…

16 | zamri

December 28th, 2010 at 12:02 pm

Avatar

memang pun sedap makan dgn nasi panas sampai tambah2. walaupun rupanya tak comel tapi rasanya enak juga.tapi pokoknya belum lagi kami tengok.

17 | siti

December 28th, 2010 at 12:38 pm

Avatar

Salam, trima kasih atas info yg amat brguna. saya prnh nmpk buah dabai ni n prnh mencubanya dibawa dari sarawak jgak. Rasa kelat , lemak & tawar.. selalu dibuat jeruk. Org sarawak paling suka.

18 | Hjh.Azizan

December 28th, 2010 at 1:03 pm

Avatar

Buah dabai memang terkenal di Sarawak. buah ni perlu direndam dalam air panas selama 5-10minit supaya senang mengupas kulitnya. Isi buah dabai akan menjadi lembut, dan boleh dimakan begitu saja atau dicampur sedikit garam dan digaul bersama nasi panas. rasanya lemak dan menyelerakan apabila dimakan bersamal lauk lain.

19 | Hani

December 28th, 2010 at 1:49 pm

Avatar

Saya pernah makan buah ini tapi rasanya tawar, berkanji ..

20 | p3chandan

December 28th, 2010 at 10:55 pm

Avatar

Tak penah jumpa atau tau pasal buah dabai ni..tapi nampak gambar dia macam buah zaiton. Kalau buah nya boleh menghasilkan minyak macam minyak zaiton, memang berpotensi buah ni untuk dikomersilkan!

21 | suhadn

December 29th, 2010 at 12:20 am

Avatar

Ntah nampak mcm buah keriang dot, tapi memang tak tahu tentang buah dabai ni……………

22 | shaiful

December 29th, 2010 at 5:03 am

Avatar

tuan, mana nk dpt pokok tu kt dalam semenanjung?
kami di Johor nak buat koleksi untuk penyelidikan tempatan. Kalau ada contact nombor pun bleh gak…

23 | ANUM

December 29th, 2010 at 7:47 am

Avatar

tak pernah jumpa buah nie…. sedap sangat ker rasanya??

24 | HAJI MUSTAPHA BUJANG

December 30th, 2010 at 6:59 am

Avatar

Apa yang saya faham bahawa buah dabai sukar diperolehi di Semenanjung Malaysia, Buah dabai ada bermacam jenis, antaranya yang saya ketahui - Buah dabai seluang, buah kecil, buah dabai jernang, buah dabai putih dan lain-lain lagi, yang menjadi gemaran saya adalah buah dabai yhang jenisnyha sebesar iubu jari kaki, di mana rasa amat enak dan lemah, cara memasaknyha adalah sediakan ayer banas (ngilu kuku) masuk buah dabai yang cukup masak (hitam legbam) masukan ke dalam air tersebut beberapa minit, sehingga isi dah tak keras, angkat dan gaul dengan garam, ababila makannya, ibu-mertua lalu tak dan nak tegur

25 | Ujang

December 30th, 2010 at 8:42 am

Avatar

Isi dabai berjenis-jenis ada juga yang unggu, yang warna kekuningan dan bentuk buahnya bulat bujur yang paling best lagi besar lagi tinggi nilai harganya. Di Sarawak dabai dimakan semua kaum, Melayu, Melanau, Cina, India dan masyarakat bumiputra di Sarawak. Selamat mencuba bilan berkunjung ke Sarawak.

26 | ana

December 30th, 2010 at 1:11 pm

Avatar

salam……saya x pernah tengok buah dubi….ini pertama kali saya tengok…macam buah sawit…nmpak macam best je….

27 | Jon

December 30th, 2010 at 5:54 pm

Avatar

Belum pernah nampak buah ini ……………..

28 | Man AK

December 31st, 2010 at 6:52 am

Avatar

Apakah khasiatnya buah dabai? Ada apa-apa penyelidikan tentang khasiat buah ini?

29 | Autumn Belle

January 2nd, 2011 at 8:42 am

Avatar

Saya pun tak pernah dengar tentang buah yang unik ini. Banyaknya hasil dan produk yand dapat dikeluarkan. Selamat menyambut Tahun Baru 2011!

30 | amir asran

January 2nd, 2011 at 12:28 pm

Avatar

Saya pernah makan buah ini. Kalau di Brunei Darussalam dipanggil buah Kembayau. Selalunya ia direbus hingga empuk. Sedap di makan panas panas dicicah dengan gula. sementara bijinya pula dibelah dua dan isinya boleh dimakan.

Disemenanjung mungkin tidak terbiasa memakan buah ini. Rasa rasanya boleh dikomersialkan disini.

31 | Zaini

January 4th, 2011 at 2:15 am

Avatar

Bagus ada sesiapa yang mahir berkenaan buah ini komersilkan agar dapat menyamarakkan lagi industri tempatan berkaitan tumbuhan-tumbuhan unik. Dapat juga menambahkan maklumat berkaitan tumbuhan yang ada di Malaysia.

32 | unggal yam

January 4th, 2011 at 9:46 am

Avatar

Buah dabai memang sedap & ia merupakan diantara buah kegemaran seisi keluarga.Buah ini hanya terdapat di Sarawak sahaja .Kalau nak rasa yang lebih sedap sila cuba cara ini … letakan buah dabai dalam kertas plastik & campurkan dengan kicap dan sedikit gula . Kemudian di letakkan di bawah sinaran cahaya matahari seketika sehingga ia masak . Cubalah .. baru tau betapa lazatnya buah dabai ini .

33 | si kok leong

January 4th, 2011 at 1:28 pm

Avatar

buah dabai memang sedap….setiap orang mesti mecubanya….rasany menang luar biasa….

34 | sahak

January 4th, 2011 at 3:38 pm

Avatar

sape ade gmbr buah ni ngn lebih jelas?

35 | ABIDIN

January 5th, 2011 at 7:46 am

Avatar

tak pernah tengok buah ni, nampak seakan buah perah je

36 | Elsie

January 6th, 2011 at 3:52 am

Avatar

Buah dabai ni banyak juga terdapat di Tawau, Sabah. Asal memang dari Sarawak. Buah ni sebiji macam buah zaitun. Buah yang matang berwarna ungu kehitaman. Biasanya, kita orang akan rendam dalam air panas yang tak terlalu panas, bila dah lembut bolehlah dimakan sama ada dengan garam, kicap atau gula. Buah ni boleh juga di jemur bila matahari terik. Bila lembut, boleh makan dengan mentega dan gula. Rasanya lemak tapi kekadang ada juga yang masam. Bila musim, biasanya dijual pada harga RM6 - RM7 sekilo. Pada yang belum pernah makan buah ni, eloklah mencubanya. Sedap…

37 | ARC

January 7th, 2011 at 7:38 am

Avatar

A’kum wbt..

Buah ini rupanya tak silap macam buah KRIANG ACHEH panggilan di sebelah utara. Rasanya manis, kelat dan sedap dimakan begitu saja. Jika dimakan isinya akan mengeluarkan warna purple dan mengambl masa utk menghilangkannya. Berbuah sungguh lebat mengikut musim.

38 | Halimah Yusof

January 14th, 2011 at 8:59 am

Avatar

Saya suka sangat makan buah ni. Tapi nak dapat susah sebab kena tunggu musim dia. Kadang-kadang harganya sampai RM12.00 sekilo. Sedap dan lemak rasanya. Kalau pokoknya tak besar, rasa teringin nak tanam pokok ni supaya mudah dapat tak payah cari kat Sarawak. Pernah saya berbual dengan seseorang dari Sarawak dan telah berkahwin dengan orang Johor, telah menanam pokok ini di Batu Pahat dan telah dapat menikmati buahnya.

39 | Fakhri

January 16th, 2011 at 5:12 am

Avatar

Assalamualaikum.. apa yg saya tahu, org kata buah dabai ni cuma boleh tumbuh kat sekitar Borneo, xtaulah pulak kesahihannya. Tp kat smennjg memg xda.Kat tmpt sy Kanowit ada. Pokoknya sederhana tinggi, batangnya keputih putihan. Sdp dimakan dgn garam n kicap cmpo nasi sblm tu rendam dulu dgn air suam.. xmahal..

40 | hosnanda

January 22nd, 2011 at 4:08 pm

Avatar

Salam…buah dabai ni tinggi kolestrol. Saya ada pengalaman tinggal di Sarawak.

41 | gavin

July 7th, 2011 at 9:08 am

Avatar

hi,
tanya sikit, ada sesiapa tau supplier untuk buah ini tak? saya nak cari biji dalam jer,isi taknak. nak banyak jugak, nak eksport. kalu ada e-mail saya harga ye, thanks.
tantenguwi@gmail.com

42 | Nizam

December 6th, 2011 at 8:44 am

Avatar

Originally Posted By RahmanSaya rasa pokok buah dabai ini banyak tumbuh di Singapura.Tahun 70′an saya tinggal di sana.Pokok ini besar,buah nya warna hijau bila muda…menjadi warna merah dan terus menjadi hitam bila cukup masak.Isinya warna unggu dan sedikit putih.Rasa nya ada manis yg cukup masak dan sedikit kelat…kalau saya tidak silap.

Kami panggil buah ini “Buah Hitam”

@Rahman -

Untuk pengetahuan, buah dabai berwarna putih bila muda dan hanya menjadi hitam apabila matang. Di Sarawak, buah ini hanya tumbuh subur di sekitar Bahagian Ketiga iaitu sekitar bahagian Sibu, Kanowit, Kapit. Buah ini tidak manis tetapi tawar tapi berlemak. Dimakan dengan menggunakan kicap atau garam. Dan ada yang memakan buah ini dengan meletak gula(ikut selera).

43 | Diana

March 25th, 2012 at 2:57 pm

Avatar

nak lagi sedap, gaul buah dabai dengan sedikit kicap @ gaul dengan minyak masak, taruk secubit gula kasar.. lepas jemur jer bawah cahaya matahari dlm 15-20 minit.. pastu sedia untuk dimakan yummy..

44 | Eli JD

May 10th, 2012 at 4:01 am

Avatar

Dulu, i x pandang pun buah ni.. Pas2 tgok family hbby i suka mkn, i try.. Kelat, berlemak.. x suka sgt.. tp bila i cicah dgn sambal belacan, tmbah lg dgn limau.. Pergghh.. terangkat hbs.. Sjk 2 i mmg menunggu musim dabai ni keluar.. Harga pn mahal.. bleh mencecah smpai 20rgt skilo..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17032 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits