23 Dec, 2010

Asam Kelubi

Posted by: admin In: @Buah Nadir

asam-kelubi

Asam Kelubi atau juga dikenali dengan Asam Paya terkenal dikalangan orang Melayu kerana buahnya yang masam. Bagi yang pertama kali melihatnya sudah tentu menyangka buah salak. Kebiasaannya buah kelubi dijadikan jeruk dan air jeruk ini boleh dijadikan cuka. Daripada rujukan, buah kelubi juga boleh dijadikan sambal kelubi dan dicicah bersama ulam-ulaman. Bagi yang tidak mengenali pokoknya, pokok kelubi sejenis palma yang seakan pokok nipah dan banyak didapati di kawasan berpaya. Setahu saya, pokok ini memang jarang ditanam kerana ianya tumbuh liar di kawasan berpaya.

Bagi yang biasa melihat atau pernah makan buah ini, harap berkongsikan pengalaman anda di sini. Mungkin ada rahsia lain yang orang tidak tahu tentang buah ini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5036

66 Responses to "Asam Kelubi"

1 | Pauzi Nong

December 23rd, 2010 at 9:17 pm

Avatar

salam,
Asam Kelubi sejenis buah tumbuhan liar, pokok asam kelubi hidup di tanah berair/ berpaya. Pokonnya satu pisis dengan pokok salak dan pokok rekag. disetengah tempat terutama diselatan tanah air dipanggil Asam Paya, kebiasan buah asam kelubi matang disekitar bulan Nov-january ( akhir Tahun)bak kata selepas musim tenkujuh kalau diPantai timur. buah ini amat sesuai untuk dibuat
jeruk.. terima kasih

2 | khalid ipoh

December 23rd, 2010 at 10:59 pm

Avatar

Memang sedap, masa saya kecil2 dulu memang selalu saya mengambilnya untuk dimakan dan dibuat jeruk tersangat sedap.Ia terdapat 2 jenis satu berasa masam dan 1 jenis manis. Ia terdapat hudup liar dan selalu tumbuh dikawasan paya yg berair , untuk buat jeruk pun sedap kalau nak tahu hubungi saya saya boleh ajarkan..

3 | tri susila

December 23rd, 2010 at 11:06 pm

Avatar

alhamdulillah… saya dapat artikelnya. saya belum pernah tahu dan makan tanaman ini. bisa menghubungi siapa kalau pesan. terima kasih

4 | janggutsemanggol

December 24th, 2010 at 12:26 am

Avatar

Memang sedap makan jeruk asam kelubi. Lebih lagi kalau tengok budak-budak makan diwaktu tengahari yg panas dibulan puasa.Woi tergugat.

Tapi betul ke, siapa yg gemar makan jeruk, nanti bila umur meningkat melebihi 40an giginya mudah rosak. Ini kerana asid jeruk tu yg melemahkan gigi kita. Betul ke?

5 | pza

December 24th, 2010 at 12:48 am

Avatar

janggutsemanggul: mungkin jugak tapi tabiat makan jeruk pn bknnya elok sgt…boleh meningkatkan risiko nyanyuk….he3,

6 | mang

December 24th, 2010 at 12:53 am

Avatar

teringat mase kecik dulu selalu beli jeruk asam kelubi….tapi tak nyayuk pun….hehehehe

7 | peminat asam

December 24th, 2010 at 1:06 am

Avatar

salam, saya pernah lah makan buah kelubi ni sama ada yang jeruk atau pun tidak..pokok kelubi x pernah tengok…buah kelubi yang belum jeruk sedap dimakan dengan cuka,cili padi, belacan, gula buah kelubi dihiris nipis dan diperap sekejap dengan bahan tadi dan makan…selamat mencuba..

8 | Mohd Amran

December 24th, 2010 at 1:06 am

Avatar

Masa arwah ayah saya membuka kebun baru di Seri Gading, Batu Pahat pada tahun 1971/72, beliau selalu membawa buah ini balik ke rumah.

Masamnya buah ini tidak terkira. Entah berapa agaknya pH dia dan berapa score brinx dia.

9 | NORLIZA NAIMAT

December 24th, 2010 at 1:23 am

Avatar

saya memang suka makan jeruk asam kelubi tapi buat masa sekarang belum la sampai peringkat nyanyuk..hehehe…tapi tak tau pulak kalo ada keburukan kalo makan jeruk ini…pernah dgr tapi tak pasti keburukan nya..tq

10 | Hisham

December 24th, 2010 at 1:24 am

Avatar

salam,,,,
Asam kelubi nie sangat terkenal di buat jeruk, banyak di jual di pasaran, rasa nya manis manis masam, tapi tak pernah jumpa secara mentah.

saya baru aje jumpa pokok seduduk berbunga putih, sejenis pokok herba, beli diPesta Peladang di stadium shah alam berlangsung hingga 26hb dec 2010

11 | Azheer

December 24th, 2010 at 1:30 am

Avatar

Asam kelubi kalau di salai lagi lah sedap……..dan boleh di simpan selama bertahun…..ada juga cerita saya dengar ada yg menyimpan salai asam kelubi selama 17 tahun…ada juga masyarakat sarawak menggunakan asam kelubi untuk di jadikan salah satu bahan untuk membuat umai……fuhhhhh sedapnya…melilih air liur…hihihiiii..

12 | Ahmad Mazmi Ngah

December 24th, 2010 at 1:47 am

Avatar

Eb fazlisyam tak pernah makan? masa saya kcil dulu mmg ambik upah kopek buah untuk buat jeruk. 3 rgt/tin mnayk masak yangpersegi saiz dalam 1kax1kax2ka.lbih kurang
tu masa saya kat kg, di kula terengganu

13 | Ahmad Mazmi Ngah

December 24th, 2010 at 1:47 am

Avatar

jeruk tu sedap kalau dibuah Ice cream yang dalam plastik punjut panjang

14 | Badariah Md Dahlan

December 24th, 2010 at 1:53 am

Avatar

pernah makan buah jeruk asam kelubi ni…sedap tp sangat la masammmmmmmmm…

15 | Yahya Abd Karim

December 24th, 2010 at 2:24 am

Avatar

Buah asam kelumbi memang tersangat asam…..tapi yang pelik…saya dapat batu asam kelumbi….

16 | rania

December 24th, 2010 at 3:00 am

Avatar

salam
saya penah makan yg jeruk je…memang kalau makan jeruknye risiko nyanyuk tu biasala…dah bhn awetan,kan?tapi kalau makan yg fresh,saya rasa byk vitamin c..heheh..

17 | p3chandan

December 24th, 2010 at 3:17 am

Avatar

Tau dan penah makan jeruk asam kelubi ni tapi tak penah tengok pokok nya. Ye ke boleh nyanyuk kalau makan buah asam ni..suka hirup air jeruk letak air batu!

18 | Pakmat

December 24th, 2010 at 4:18 am

Avatar

Salam. Banyak didapati di kawasan Baling, Kedah. Dijual ditepi jalan sebagi makanan jeruk. Agak popular di sini

19 | chah

December 24th, 2010 at 5:18 am

Avatar

Ya Allah…..terliurnya….dolu2 klu demam,mak mesti beli jeruk kelubi ni nak hilangkan rasa pahit dan loya di tekak…ada dala 3,4 biji dibungkus bersama airnya dlam plastik panjang macam ais krim malaysia…10 sen….uish..nostalgianya…..

20 | nuraidah

December 24th, 2010 at 5:24 am

Avatar

Salam, saya mcm besela, jrg buah2 kg yg xpernh saya mkn.hehehe,buah ni bnyk kt ladang ayh sy.memg msm tp klu org tu pndai wat jeruk xdela msm mcm yg blm dijerukkn. sdp tau tp mak selalu psn, jgn mkn msm2 nnt cpt lupa. sy ni klu mak ckp tu btl je.hehe. buah kelubi ni saiz dia kcl ckt dr buah salak. kulit dia lg keras dr kulit salak, slh kupas luka jari tau.klu buah salak dlm sebiji ada ulas lg tp buah kelubi dlm sebiji tu xde ulas2 dah, memg sebiji tu jek lah. dpt emagine x sesape yg blm prnh knl buah die tu?

21 | abbynory

December 24th, 2010 at 6:24 am

Avatar

Buah asam kelubi pernah tengok dan jeruk asam kelubi pun pernah makan. Tapi saya tak pernah lihat pokoknya! Walaupun dikatakan serupa macam pokok nipah, camne tang serupanya ye! kalu ada gambar ditunjukkan, lagi best!

22 | rahmansaaid

December 24th, 2010 at 7:27 am

Avatar

Buah asam kelubi saya biasa makan semasa kecil, itu pun dijual di kedai runcit yang telah dijeruk, rasanya memang sedap tetapi masa kini saya belum nampak dijual di kedai, mungkin buah kelubi mengalami kepupusan, di Sarawak atau di Sabah masih ada didapati.

23 | Zarinah

December 24th, 2010 at 7:43 am

Avatar

Assalamualaikum. Buah asam kelubi ini biasanya dibuat jeruk saja. Saya makan juga tapi tidaklah suka sangat sebab rasanya yang masam…belum makan pun dah terasa masamnya.

24 | Nik Idris

December 24th, 2010 at 7:44 am

Avatar

Saya pernah makan jeruk kelubi ni waktu kanak2 dulu, buahnya terlalu masam rupa seakan2 salak.

Isinya nipis biji besar tak boleh dimakan begitu sahaja kecuali dimakan bersama sambal cili gula melaka dan asam atau secara makan ‘colek’ kata orang Kelantan.

Khasiat ubat Allah wa-alam.

25 | Pak Udak @ Abu Bakar Hj Ali

December 24th, 2010 at 7:45 am

Avatar

Salam semua.Buah asam kelubi atau lebih di kenali sebagai asam paya oleh warga sarawak baik dari keturunan melayu,melanau,suku kaum Iban dan lain2 kaum amat terkenal terutama dalam masakan instant
seperti Umai iaitu sejenis masakan yang menggunakan
hidupan laut seperti Ikan dan lain2.Untuk makluman
pembaca2 lain Isi ikan yang di hiris nipis di perap bersama bawang besar selama beberapa minit dan kemudian di gaul bersama bahan2 seperti asam kelubi (di hiris nipis) cili merah & cili padi,sebiji bawang merah,bawang putih,limau kasturi di hiris nipis (sebiji atau dua) sedikit belacan & gula (secukup rasa) & garam (secukup rasa) yang kesemuanya di tumbuk hancur kecuali isi kan dan bawang besar.Peramkan selama 15 ke 20 minit sehingga
isi ikan kelihatan berwarna putih sebagai tanda ianya sudah masak dan seterusnya boleh di makan dengan
nasi.Umai amat terkenal dan di gemari oleh kebanyakan kaum di sarawak.

26 | zahari

December 24th, 2010 at 8:17 am

Avatar

Buah ni memang sedap ada yang masam dan yang manis tapa tak la macam gula bagi orang pernah makan dengar atau lihat pun dah telan air lior.kalau ditunjuk pada orang meniup seruling pasti dia tidak boleh tiup kerana air lior nya sentisa meleleh

27 | JALALUDDIN ASRAM

December 24th, 2010 at 8:31 am

Avatar

rasanya buah dia ni sepesen ngan buah pokok nipah kot! tak pernah la makan..tapi masa kecik2 dulu…buah ni kitaorang buat main perang2 jer…tak pandai nak makan

28 | Nor Hayati

December 24th, 2010 at 8:39 am

Avatar

Kami di johor panggil buah ni asam paya. Memang masam. Tapi masa kecik-kecik dulu boleh makan begitu sahaja.
Tapi sekarang memang susah nak jumpa pokok ni, apa lagi memakannya…… apa pun masih terasa kemasamannya.

29 | admin

December 24th, 2010 at 9:05 am

Avatar

Terima Kasih Pak Udak.. Perkongsian yang menarik dengan resepi yang menyelerakan..

30 | Fizah

December 24th, 2010 at 9:54 am

Avatar

saya pernah makan buah ni..masa kecik2 dulu..skrg mcm susah nk jumpa je..biasa makan yg telah dijerukkan..mentah belum lg..mesti rasanya masam2 dan sedikit pahit-kelat..skrg dh meningkat usia ni..makan pelam pun dh ngilu gigi..hehehh

31 | HAJI MUSTAPHA BUJANG

December 24th, 2010 at 10:49 am

Avatar

Di Sarawak asam paya ini memang terkenal dan begitu sedap kalau dibuat belacan campur dengan ikan bilis, ianya
membuka selera, apabila kita kena panas badan (demam)

32 | suhadn

December 24th, 2010 at 1:03 pm

Avatar

Wah buah asam kelubi, kecik2 dulu pernah la petik sendiri tapi pokok nye spesis berduri jadi sukar juga nak ambil dan ada yang rasanya agak kemanisan yang berkulit agak kemerahan, tapi sekarang yang saya jumpa semuanya masam belaka, buat jeruk ganti cuka boh kat sambal. Atau dikenali juga sebagai asam paya saya rasa tidak , sebab disemenanjung ni asam paya adalah spesis yang sama dengan pokok rosselle, kalu orang India memang suka makan daunnya masuk dalam kari, memang sedap, tapi orang Melayu daunnya yang agak muda dan lembut buat campuran dalam kuah asam pedas, fuh memang sedapppppppppppppppp.

33 | Dos

December 25th, 2010 at 1:19 am

Avatar

Salam Mesra

Sebenarnya asam kelubi itu tak asing bagi kami, di sini kami sebut buah itu asam kelumbi. Bagi mereka yang minat memakannya sudah tentulah dimakan sebagai ramuan dalam masakan ikan dan juga dimakan begitu sahaja.

34 | Kak N

December 25th, 2010 at 1:27 am

Avatar

Buah ni memang saya tau. Masa keci2 dulu, suka berebut dengan adik beradik. Dah tua ni tak jumpa pulak… sbb dh tinggal jauh dari kg.

35 | sabre

December 25th, 2010 at 2:42 am

Avatar

assalamualaikum. sekarang tengah musim buah kelubi.Kiri kanan jalan hala keBaling dan dari Teloi keSik banyak jeruk ni dijual .Pokok ni banyak tumbuh dikawasan tersebut.Buah seakan buah salak ni masam tapi sedap bila dibuat jeruk.
Untuk peroses jeruk, buah dikupas dan direbus untuk membuang masamnya yang tinggi .kemudian buah diperapkan dengan garam semalaman pas tu toskan.Kemudian perapkan dalam cream soda. selepas 48 jam dah bolih makan.

36 | tarmizi

December 25th, 2010 at 5:32 am

Avatar

jeruk asam kelubi memang sedap. Masam-masam pun kekadang tak sedar nak habis setengah balang dibuatnya.

Terima kasih kerana artikel diatas banyak memberi pengetahuan tentang asam kelubi dengan lebih mendalam.

37 | Hasmah Haris

December 25th, 2010 at 10:34 am

Avatar

Emmm…Buah ni saya biasa makan…Tp kalau belum dijeruk pahit2 masam rasanya….Seakan2 buah salak tapi kecil sedikit….Semasa saya tinggal di Sandakan mudah nak dapat buah ni…..

38 | hakimin

December 25th, 2010 at 1:55 pm

Avatar

spesis macam pokok rotan, ketulan buah macam buah macam buah nipah setiap biji sebesar ibu jari kaki, kulit macam buah salak, warna masak cokolat, rasa teramat KELAT dan tidak ada buah lain yang lebih masam dari buah kelubi. Setahu saya buah ini dimakan selepas dijadikan jeruk. Kalau saya makan mentah akan cirit. Setahu saya belum terdapat lagi ada orang memanam pokok ini, sering terdapat di hutan rimba.

39 | Jon

December 25th, 2010 at 3:27 pm

Avatar

Walaupun tak pernah terlintas di fikiran tetapi saperti ada pernah nampak buah tersebut pada suatu masa dahulu.

40 | aron kid

December 25th, 2010 at 3:28 pm

Avatar

saya tinggal di kawasan felda.kebanyakkan pokok asam kelubi dah tak nampak lg la..dulu2 banyak kat kawasan berpaya.tapi sekarang dah pupus

41 | Zuraida Zakaria

December 25th, 2010 at 3:29 pm

Avatar

Salam,
Yang saya tahu buah kelubi sejenis buah hutan, rasanya kelat2 masam….saya pernah makan 2 kali tapi tidak tertelan..dan biasanya orang buat jeruk…baru enak rasanya. . Itu saya suka. tentang khasiat saya tidak tahu..

Pokok beluntas. Pucuknya boleh dibuat ulam. Bau kurang menyenangkan. TAPI berkhasiat untuk menghilangkan bau badan & mulut/nafas… memang bagus. Saya pernah makan tapi pokoknya dah mati..

Itu sahaja..

42 | Zella Ismail

December 25th, 2010 at 3:30 pm

Avatar

Salam

Saya memang tidak kenal mengenai Buah Asam Kelubi ni, tetapi
biasa dengar arwah ibu sebut - jika makan sesuatu yang terlalu masam
sering mengatakan “masam macam buah kelubi”. Saya memang tidak
pernah melihat buah atau pokoknya.

Buat diri saya, memang minat mengikuti blog saudara kerana ini
adalah pengalaman baru untuk saya. Saya dibesarkan di
Kuala Lumpur sejak lahir (kawasan bandar, Kg Bharu) jadi tiada
peluang untuk mempelajari atau pegalaman mengenai pokok pokok
atau tumbuhan herba. Walau bagaimanapun saya memang
minat mengikuti blog saudara untuk belajar sedikit sebanyak
mengenai tumbuhan, teruatama herba herba. Ini adalah
merupakan “learning process” untuk saya.

Teruskan usaha saudara, semoga terus berjaya.

Sekian, terima kasih.

Zella

43 | capeq

December 26th, 2010 at 1:44 am

Avatar

owh macam nie rupanya buah kelubi… biasanya saya jumpa yang dah jadi jeruk..

44 | rosnah

December 26th, 2010 at 2:42 am

Avatar

Buah kelubi memang banyak di tempat saya. Tp itu dulu, zaman saya kecik-kecik. Skrg susah nak dpt…tp kalau nak juga cubalah lalu sepanjang jalan ke muadzam shah untung nasib ada org asli yang menjualnya ditepi jalan. Buah kelubi sedap juga dicicah dgn kicap….rasanya memang masam.

45 | ajaq majeed

December 26th, 2010 at 12:02 pm

Avatar

salam,
Sebenar nya asam kelubi ini terkenal dikampung saya di Dungun sekitar 70 an ,80an dan 90a n utk dibuat jeruk atau diletak dlm plastik aiskrem untuk budak2 tapi sekarang sudah tiada lagi,dan sekarang hanya terdapat disekitar kuala berang atau dikg 2sebelah daerah KUALA TRG saja.Saya tidak tahu apa khasiatya?
2 Bolehtak cari” BUAH REDANG -macam buah laici tapi sizenya sebesar guli dan hanya tdapat d hutan dan apa guna nya.
3 Pernah tak saudara dengar pokok ‘”PECAH KACA “atau “POKOK BATU KARANG” ataupun ” POKOK LIDAH JIN”

sekian terima kasih

46 | dolsaid09

December 27th, 2010 at 1:18 am

Avatar

Masa kecik dulu biasa le tgk pokok ni….kat paya. Sekarang, kawasan paya tu dah dibuat kawasan perumahan….

47 | norila

December 27th, 2010 at 2:57 am

Avatar

Salam, buah asam kelubi biasa makan tapi pokoknya tak pernah tengok

48 | abidin bin ahmad

December 27th, 2010 at 3:18 am

Avatar

Saya pernah makan yang fresh punya masam sangat lebih baik makan jeruk.Saya cadangkan supaya pokok asam kelubi ditanam secara ladang supaya pokok ini tidak akan pupus.

49 | abdulrahman

December 27th, 2010 at 4:32 am

Avatar

Sapa kata pokok kelubi mcm pokok nipah pulak? jauh panggang dari api..kehkehkeh…dia spesis pokok salak jugak so segala2nya hampir serupa dgn spesis salak, dari pokok sampai ke buah, daun dsb

50 | abdulrahman

December 27th, 2010 at 4:37 am

Avatar

Lagi satu…suma jenis jeruk mmg bahaya dimakan kalo diproses gunakan gula jeruk yg telah diharamkan oleh k’jaan malaysia, nk tahu bezanya lepas makan mesti rasa lelah atau ketat saluran pernafasan ( amat bhy bagi yang ada athma)…kalo jeruk guna gula biasa rasa sedap ajela

51 | nurulnajwa

December 27th, 2010 at 8:28 am

Avatar

salam…
masa kecik dulu biasa le makan..bebudak le kata kan…masammmm pun sodap..tapi la ni pokok pun dh x de..payah nak dapat..elok le kalau ade individu yg berminat nk menanam..x le pupus spesis tu..

52 | Hani

December 27th, 2010 at 1:08 pm

Avatar

ketika zaman kanak2 saya selalu makan buah nie, pokoknya tumbuh rimbun dikawasan paya rasanya kelat ketika masih mentah, bila dah masak manis rasanya…

53 | stefani

December 27th, 2010 at 2:01 pm

Avatar

hati-hati dengan jeruk dari negara luar..penggunaan ibu gula yang merbahaya…boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang..selain kelubi, jeruk salak juga diproses menggunakan campuran ibu gula…sebagai contoh jeruk salak yang dibuat mengikut kaedah kampung tidak dapat tahan lama .Setelah 4 ari..buih2 mula keluar..isi lembik n x segah…tak percaya cubelah..x leh dibandingkan dengan ketahanan jeruk luar ni..bahaya n bahaya….

54 | isa

December 28th, 2010 at 6:04 am

Avatar

Asam kelubi dipanggil asam paya di sarawak. Memang popular untuk pelbagaian masakan. Nampaknya di Semenajung banyak untuk jeruk. Tapi di sarawak digunakan untuk ikan masak asam (tak ditumis), manisan seperti buah kedondong, umai ikan, ubat traditional, cuci tangan dan badan.

Ia berbuah ikut musim. Jadi masa musim, orang kampong mengambil buahnya dan disalai supaya dapat disimpan lebih lama (bertahun-tahun) untuk segala ingredient masakan traditional.

Dulu senang nak dapatkan asam paya tapi sekarang susah disebabkan kawasan paya dah dimusnah. Harganya pun mahal mencecah RM5/kg. Lambat laun pupus jika tidak ditanam secara komersil.

55 | Rahman

December 28th, 2010 at 9:55 am

Avatar

Saya tak elok jika berlebihan…masam boleh menaikan mereka yg ada darah tinggi…

Rasanya tak la sedap tapi untk nyogel sikit 2 boleh kot.

56 | ANUM

December 29th, 2010 at 7:59 am

Avatar

kenal sangat dengan buah nie dulu … selalu ada orang kampong bawa balik kalau masuk rimba cari akar kayu… lepas tu makcik-makcik akan kopek buat jeruk secara tradisional tak guna gula siam atau pengawet rasanya ..fuh sedap gila .. sekarang kalau nak makan yang macam tu bila balik kampong selalu ajak suami ke simpang empat jalan ke Baling untuk dapatkan jeruk kelubi yang orang kampong buat… tapi adagak kedai yang tipu jual yang siam mari… tapi kita boleh kenal .. rasanya lain…sedap.

57 | johari

January 1st, 2011 at 10:09 am

Avatar

Tengok je buah ni terus meleleh air liur bukan pasal sedap sangat tapi kemasamannya cukup terasa hingga berkeriut muka dibuatnya. Bagi orang yang mengidam tiada masalah. Saya pernah lihat adik saya mengidam buah kelubi dapat saja terus kupas masuk mulut dengan selamba je tanpa rasa masam. Lepas saje bersalin bila kita sua buah kelubi terus dia kata masam piang hehehe… Bercakap tentang jeruk kalau sapa nak rasa jeruk sedap dan murah sila berkunjung ke Pulau Pinang berhampiran Supermarket Maidin. Jeruk campuran siap dibungkus satu peket RM 5.00 kalau jeruk campur timbang 1 kilo RM 6.00 ( tuan kedai yang campur sendiri tapi kalau kita yang pilih jeruk campuran tu boleh mencecah 1 kilo RM 12.00 )

58 | Zaini

January 4th, 2011 at 10:14 am

Avatar

Rasanya blog ini kekurangan pakar botani/tradisional yang boleh bantu terangkan lebih terperinci fungsi/khasiat sesuatu. Sesiapa yang ada kenalan tersebut, boleh bantu kita semua. Tak gitu?

59 | johari

January 4th, 2011 at 5:19 pm

Avatar

Walaupun ulasan kawan-kawan tidak dianggap pakar tapi sekurang-kurangnya depa semua ada pandangan masing-masing. Lain la macam En. Zaini pakar komplen. Tak gitu ?

60 | Hanif

January 5th, 2011 at 4:47 am

Avatar

Buah kelubi selain daripada dibuat jeruk, sambal juga mempunyai khasiat yang besar iaitu untuk mengubati penyakit jantong. Bahan-Bahannya ialah a. Buah kelubi 3 biji b. Tawas. Caranya ialah ambil tawas sebesar ibu jari ditumbuk halus dan dicampur hirisan buah kelubi ditumbuk lagi kemudian ambil airnya campuran itu dan sapukan dibahagian dada ( kawasan jantong ) dibiarkan hingga kering dan ulangi setiap hari. Insya Allah jika di izinkan penyakit serangan jantong akan berkurangan.

61 | ABIDIN

January 5th, 2011 at 7:54 am

Avatar

salam semua, saya pernah makan asam kelubi ni semasa kecik-kecik dulu. buah ni dibuat jeruk samada jeruk dengan ibu gula biasa atau jeruk pedas, wow best masa kanak-kanak makan jeruk memang best, tapi sekarang dah terasa masamnya, buah kelubi tak sesuai dimakan begitu sahaja kerana terlalu masam tetapi masih ada rasa kelat-kelat sikit kalau buahnya belum cukup tua.

62 | nemon

January 14th, 2011 at 6:57 pm

Avatar

salam…buah ni kecik2 ke???rase mcm pnah mkn la…kat Kundasang…sgt2 masam..tp xtau la yg sy mkn tu asam kelubi ke x..men blsh je mkn…hehehe

63 | jopianus

January 17th, 2011 at 3:15 am

Avatar

Aaya pernah makan buah ini, rasanya agak asam dan manis, mirip seperti buah salak yang agak sepat jika mau ditelan. tanaman ini tumbuh di daerah rawa/paya dan bisa di jumpai di daerah Aceh singkil.
terimakasih.

64 | ssaba_10@yahoo.com

February 7th, 2011 at 10:25 am

Avatar

salam…ada ada pergi ke tanah merah kelantan bln disember 2010. buah kelubi byk dijual dipasar tanah merah. ada yg mentah dan ada yg sdh dibuat jeruk. rasanya masam2 sedap. buah2nya memang sdh lama dijual di semenanjung malaysia.

pokok kelubi adalah pokok hutan, byk tumbuh dihutan terutama dikelantan n sekitar sempadan siam/malaysia. pokoknya memang terdapat d semenanjung malaysia, tapi nilai komersialnya masih tidak diberi perhatian.

65 | ismayumi

April 14th, 2011 at 1:29 am

Avatar

Salam , Buah kelubi ada khasiat untuk mengubati jantung dan memecahkan lemak didalam salur darah kita . Caranya ialah dengan mengamalkan 5 biji buah kelubi satu hari . Diambil isinya dan dicampurkan sedikit air dan diblend kemudian minum sehingga habis. amalkan insyaallah sembuh penyakit jantung anda. Hanya buah yang belum dibuat jeruk yang digunakan.

66 | adda

May 26th, 2011 at 7:21 am

Avatar

Assalamualaikum…
sy pun suka jgk mkn buah ni…sama ada jeruk @ x…
klu yg xdijeruk tu…hiris kecik2…pastu cmpur ngn cuka, gula, belacan & cili pdi…msuk dlm peti sejuk..dh sejuk baru mkn…..sedapnyaaaaaaa….

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17032 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits