19 Dec, 2010

Labu Kayu

Posted by: admin In: @Buah Nadir

labu-kayu

Artikel kali ini mengenai salah satu spesis buah nadir yang masih terdapat di Malaysia yang dikenali dengan nama Labu Kayu. Mendengar namanya sahaja sudah tentu membuat anda tertanya-tanya kenapa ia digelar labu kayu. Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!

Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Daripada maklumbalas, setelah air rebusan diminum,  anda akan kerap ke tandas dan diikuti secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga anda.

Daripada kaji terhadap kaum melayu pula, kebanyakan mereka biasa menjumpai pokok buah ini dan ada juga yang ditanam di halaman rumah, tetapi sayang mereka tidak tahu menggunakannya.  Yang menariknya, ada yang menjadikannya sebagai bola bowling dan ada yang terlebih kreatif menjadikannya sebagai ‘helmet‘.

Mungkin anda di luar sana tahu khasiat dan kegunaan lain buah ini. Di harap boleh kongsikannya di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5800

76 Responses to "Labu Kayu"

1 | Pauzi Nong

December 19th, 2010 at 10:59 pm

Avatar

Assallamualaikum,

Labu kayu, sejenis buah labu yang pokok jenis pokok kayu tidak seperti pokok labu-labu yang lain menjalar.
khasiat perubatan: boleh menjadi penawar darah Tinggi & kencing manis.
menjadkan perjalanan darah lancar.

cara-cara; buah Labu dibelah dikelerai kecil-kecil direbus sehingga air bertukar warna menjadi choklat gelap bak kata rebus sehingga air surut sehingga tinggal 1/3 dari air semasa sebelum dimasak.

amalkan minum setiap pagi & petang

Insallah mujarab,

2 | Aizad

December 20th, 2010 at 12:04 am

Avatar

Maklumat Labu kayu seringkali di gunakan dalam perubatan melayu sebagai penawar kencing manis dan darah tinggi. Pokok Labu kayu sangat unik yang mana ianya pokok berkayu dan buah wujud pada batang utama. Labu kayu masih di jumpai di sekitar Terengganu

3 | Ahmad Mazmi Ngah

December 20th, 2010 at 12:38 am

Avatar

En Fazlisyam, sebenarnya tentang khasiat tu saya kurang tahu sangat. kalau en fazlisyam nak tahu , hubungi Tn Hj Rashid K/U Terengganu. Dia lebih tahu. saya hanya dapat mencari mana nak dapatkan buah tu. Di SPK Hulu Paka hanya terdapat pokok aje, tak berbuah lg setakat ini kerana saya menanam di dalam pasu sahaja.

4 | Ahmad Mazmi Ngah

December 20th, 2010 at 12:41 am

Avatar

Yang saya tahu cara nak makan nya dengan cara di buat jus dengan cara memasak nya.tu adalah dari tuan punya pokok tu sendiri dari Kg.Serdang, Dungun Terengganu

5 | hasan

December 20th, 2010 at 12:50 am

Avatar

Wah, buah yang satu ini saya belum pernah melihatnya “labu kayu” yang saya kenal ubi kayu he he
tapi kalau dilihat bentuk buahnya mirip dengan buah delima, apa benar ya

6 | basar

December 20th, 2010 at 1:18 am

Avatar

Dikampong saya Kg Tumang johol ns banyak buah ni
tapi kami tak pernah makan,sebab buah ni memabukan
bila lembu makan dia pun sakit perut,tapi tak tahu lah
buah lain kod.

7 | fadzilah

December 20th, 2010 at 1:24 am

Avatar

saya tak pernah dengar dan tak pernah tengok buah ni pulak.

8 | dolsaid09

December 20th, 2010 at 1:38 am

Avatar

Tak pernah tengok buah ni….

9 | fathin

December 20th, 2010 at 1:42 am

Avatar

saya mengetahui mengenai pokok ini adalah melalui jiran saya semasa di kampung.pokok ini seringkali di gunakan dalam perubatan melayu sebagai penawar kencing manis dan darah tinggi. tapi dari segi penggunaan lain saya tidak berapa pasti

10 | Syed

December 20th, 2010 at 1:46 am

Avatar

Boleh dikomersialkan?

11 | Johannes Guwandi

December 20th, 2010 at 1:50 am

Avatar

Sorry belum pernah lihat dan dengar, jadi tidak berani kasi komentar

12 | faisal

December 20th, 2010 at 2:18 am

Avatar

baru pertama kali melihat dan mendengar buah ni.

13 | Jasmi

December 20th, 2010 at 3:36 am

Avatar

tak pernah tahu mengenai labu kayu sebelum ni.

Info baru buat saya.

TQ

14 | Yusoff

December 20th, 2010 at 3:42 am

Avatar

maaf, saya belum pernah lihat buah ini, ini baru saya tahu

15 | laili

December 20th, 2010 at 4:40 am

Avatar

kalau tak silap, saya ada melihat buah ni masa kecil dulu, tapi ibu saya bagitau buah ni tak boleh makan kerana memabukkan.

16 | sexy

December 20th, 2010 at 5:00 am

Avatar

pokok n buah ada jual d pasar tani. buah sbesar limau langkat tp licin bkilat + bintik kcoklatn. btg pkok perang muda n daunny sbesar 2 jari (sexyla!) n mruncing spt daun bunga cina. pjual ada bgtau sexy khasiatny tp sexy x ingatla. mulany sexy ingatkn ianya adalah benih pkok bunga ‘loceng gergasi’ yg mk angkat sexy kasi benihny thn lps.

17 | mang

December 20th, 2010 at 6:21 am

Avatar

ok boleh menambah pengetahuan dalam bidang penanaman….

18 | azfar

December 20th, 2010 at 7:08 am

Avatar

saya ta kenal buah ni..tengok pun tak pernah,,ni lah kali pertama..tapi sekali imbas buah ni macam buah pong-pong aje

19 | suhadn

December 20th, 2010 at 7:27 am

Avatar

Tak pernah tengok dan tak pernah dengar nama buah labu kayu ni, nanti cuba2 cari dan tanya2 mungkin ada di tempat saya ni

20 | mastura

December 20th, 2010 at 9:38 am

Avatar

Belum pernah saya mendengar nama dan melihat buah labu kayu nie. mungkin tumbuhan ini ada di kawasan tertentu sahaja.

21 | sulaiman hj ahmad

December 20th, 2010 at 1:31 pm

Avatar

ditaman tempat sya tinggal ni ada pokok tu buahnya hijau berkilatdan dahanya berduri besarnya lebihkurang bola boling

22 | Jon

December 20th, 2010 at 3:09 pm

Avatar

Pernah nampak dihalaman rumah tabib cina tetapi tidak tahu mengenainya pada masa itu.

23 | Hasmah Haris

December 20th, 2010 at 3:12 pm

Avatar

Maaf. Saya pun tak pernah tengok & tek pernah makan. Maklumat baru. TQ

24 | Dayang Chaya

December 20th, 2010 at 9:57 pm

Avatar

Pernah nampak dekat kampung tapi tak tahu sama kah tak?

25 | p3chandan

December 21st, 2010 at 2:24 am

Avatar

Kali pertama tengok dan kenal tentang khasiat buah labu kayu ni. Memang unik buah nya, teringin nak tengok pokok dia macam mane..

26 | puziah

December 21st, 2010 at 4:59 am

Avatar

kalau tak silap saya buah labu kayu ini boleh dijadikan untuk menghalau tikus dalam rumah. cuma letakkan buah labu kayu ini di tempat-tempat yang menjadi laluan tikus pasti tikus cabut lari….

27 | JALALUDDIN ASRAM

December 21st, 2010 at 6:30 am

Avatar

ish..ish..teman tak pernah nampak lah buah labu kayu ni….bagus2 ada info diatas ni boleh share

28 | zaikiah shamsuddin

December 21st, 2010 at 7:28 am

Avatar

Inilah pertama kali saya tenguk dan dengar pasal buah ini. Mungkin saya pernah jumpa tapi tak perasan. Di mana boleh didapati pokok ini dan dia tumbuh di tanah yang macamana?

29 | Abd Ghafar Hassan

December 21st, 2010 at 11:33 am

Avatar

Tak boleh nak komen, sebab tak pergi kawasan situ.
Mengenai buah yang jarang ditemui, saya nak tanya pernah lihat dan dengar buah SAPU KAYA. Buahnya seperti sebuah loceng.

30 | nairazlin

December 21st, 2010 at 1:46 pm

Avatar

buah ni rupa mcm buah markisa kan…..boleh wat syur apa yek?

31 | Aminah

December 21st, 2010 at 1:57 pm

Avatar

Salam, saya pernah menjadikan buah Labu Kayu ini sebagai ubat caranya pecahkan dulu buah ini dgn menggunakan benda keras sebab kulit buah ini terlalu keras dan rebuskan bersama buah Kurma Cina selama 3 & 4jam bila air rebusan itu susut barulah kita angkat. Air rebusan buah Labu Kayu itu akan mengeluarkan satu bau yg kuat dan airnya akan bertukar menjadi warna hitam macam air kopi, barulah kita minum setiap pagi & malam. Kebanyakan buah ini ditanam oleh kaum cina. Saya juga dapat buah ini drp kawan saya dari kaum cina. Isinya berwarna putih tapi bertukar warna bila direbus.

32 | admin

December 21st, 2010 at 2:12 pm

Avatar

Terima Kasih dengan maklumat yang diberi.. Memang benar air rebusannya akan bertukar warna hitam..

33 | Orot

December 21st, 2010 at 2:30 pm

Avatar

Di tempatku sudah tidak terlihat lagi, atau memang sejak dulu tidak ada. Tetapi seperti labu2 yang lain memang mempunyai banyak khasiat.
Salam
Yogyakarta

34 | awi

December 21st, 2010 at 3:35 pm

Avatar

kat kg saya ada tingok buah ini. tapi tak dipanggil labu kayu. tapi sy x ingat nama apa. nanti sy tanya org tua ok. khasiatnya boleh ubat darah tinggi. pasal nenek sy ada penyakit tu. dia yang bagitau pasal buah ini.

35 | jaa

December 21st, 2010 at 5:21 pm

Avatar

assalamualaikum…
mmg coml buah nie…. sy sndiri pun x pernah thu ade jgk buah yg comel cm nie… hehehehehe..
ape2 pn informasi yg awak bg mlalui blog nie mmg amat2 bermakna buat sy yg smemangnya x d pengeetahuan sgt sal tumbuh-tumbuhan yg boleh memberi mafaat kpd manusia… thanks…..

36 | elly

December 22nd, 2010 at 1:01 am

Avatar

sy pn xpnh tgk buah ni…bru ni la jmpa…

37 | rosdi

December 22nd, 2010 at 2:15 am

Avatar

Kalau tengok gambar ni saya rasa buah ni di N9 dipanggil buah gopong. Besar macam limau bali tapi keras. Kulit dalamnya keras macam tempurung kelapa. Zaman dulu org buang isi luar dan dalam tempurungnya dan jemur dan boleh dijadikan gopong (bekas air macm labu tu pasal org panggil labu kayu). Ini kalau tak silap tengok gambar ni lah. Dulu kat kampung den ado sebatang now dah kene tebang.

38 | zaher

December 22nd, 2010 at 5:18 am

Avatar

salam…
terima kasih sgt2 coz dh lama sy tertanya2 nama buah ni. Saya selalu perhati pokok ni setiap kali keluar rumah kerana apa apek kat kampung saya yang tanam pokok ni. Geram tengok buah labu kayu ni..dari jauh macam limau bali.

39 | Noorazzima Mohamad Nor

December 22nd, 2010 at 6:42 am

Avatar

Maaf, ini kali pertama saya melihatnya..
Sungguh menakjubkan. Saya ingat hanya ada labu air dan labu biasa aje. Tak pernah jumpa lagi so…tak boleh nak komen…sorry..

40 | md

December 23rd, 2010 at 1:32 am

Avatar

isi buah ini boleh dijadikan baja kepada pokok dengan melalui proses pemeraman. Ambil isi buah labu ini kemundian peramkan dengan air dari basuhan ikan. peram selama 12 - 15 hari sehingga mengeluarkan bau masam-masam manis. Untuk penggunaan perlu dicairkan pada kadar 1:1000 bagi semburan daun sementara semburan tanah 1:500 selamat mencuba.

41 | Faidzul

December 23rd, 2010 at 7:25 am

Avatar

Salam..sy nak bertanya dimana sy boleh dapatkan labu kayu ni..sy skrg menatap di johor..ader saper saper yg boleh memberi info, boleh email kat sy….

42 | sharil

December 23rd, 2010 at 7:26 am

Avatar

Salam semua… dimana saya boleh dapatkan buah ni..?
ada sesiapa yg menjualnua..?

43 | sharil

December 23rd, 2010 at 7:31 am

Avatar

hubungi saya sekiranya ada sesiapa ingin menjualkanya
snroof@gmail.com

44 | admin

December 23rd, 2010 at 4:41 pm

Avatar

Jika siapa yang rajin, mintalah tolong ambil gambar pokok ini..

45 | Radzi

December 24th, 2010 at 7:18 am

Avatar

Salam, selalu jumpa kat hutan tapi tak tau khasiatnya.

46 | rahmansaaid

December 24th, 2010 at 7:35 am

Avatar

Buah ni saya tak pernah lihat dan ini baru pertama saya dengar nama dan melihat buahnya. t.q

47 | noor haliza bt kader

December 27th, 2010 at 7:16 am

Avatar

salam…menarik buah ni…tapi xpernah jumpapun..

48 | Firo

December 27th, 2010 at 7:54 am

Avatar

Cadagan sahaja:
Kalau boleh pamerkan gambar buah, buah dibelah dan buah atas pokok.
Kalau tak silap, kebanyakan orang kata buah ini racun tak boleh dimakan. Kalau ada recipi baru orang akan cuba.

49 | siti

December 27th, 2010 at 11:26 am

Avatar

baru tahu khasiatnya..byk tumbuh di kawasan tmpat saya tinggal.

50 | Syazwan

December 27th, 2010 at 2:44 pm

Avatar

Assalamualaikum bg yg muslim
dan slam sejahtera bg yg bkn muslim

Setahu saya buah ini bleh dijadikan ubat untuk wanita yg tdk bleh mengandung.Buah ini juga bleh dijadikan ubat kencing manis dan darah tggi.

Buah ini juga seperti limau barli cuma lebih keras
buah ini pernah dipotong menggunakan gergaji..

51 | ANUM

December 29th, 2010 at 8:05 am

Avatar

pernah tengok masa kecik-kecik dulu tapi tak tau boleh dimakan.sekarang dah tak pernah tengok lagi

52 | hudson

December 30th, 2010 at 5:05 am

Avatar

memang pernah merasa air rebusanya..rasanya macam bergas(berkarbonat) payau lasung tak best..bleh wat cuci perut kerana lepas minum biasanya kalu mlm.. paginya akan berulang alik ke tandas ler jawabnyer..abang saya selalu amalkannya.. sekarang perut tarak buncit lg.. kalu nak beli biasanya kalau org yang selalu lalu ikut laluan jerangau jabor akan ketemu org kapung jual di gerai tepi jln.. jarang orang kenai buah nie…

53 | Asri Awang

December 31st, 2010 at 4:24 pm

Avatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya tidak tahu ramai yang belum mengenali buah ini.
sekarang sy ada 4 biji buah labu kayu, pd sesiapa yg memerlukan dan labu kayu blh hubungi sy dgn email algasri@yahoo.com.

Reply - algasri@yahoo.com.’); return false;”>Quote

54 | johari

January 1st, 2011 at 10:31 am

Avatar

Sekali pandang ramai orang akan kata tu dia besarnya buah limau bali, 2 kali pandang bagi yang tidak tahu pasti terkulat-kulat macam ayam berak kapur…. Pokoknya rendang, buahnya berat,licin dan keras. Sesiapa yang sering sembelit boleh mencuba air Labu Kayu ni. Untuk menyediakannya ambil sebiji buah dipotong dibahagian atas macam kelapa muda kemudian rendam sebahagian buah berkenaan dalam periuk yang berisi air dengan api sederhana. Apabila air sudah panas isi Labu Kayu mulai berair. Untuk menghilangkan rasa payau sedikit, letakan sedikit beberapa ketul gula batu..Kalau sesiapa pernah ke Daerah Selama Perak, anda akan dapat melihat pokok tersebut di belakang balai Polis Selama, atau dekat jalan menteri berhampiran balai Bomba….

55 | Zaini

January 4th, 2011 at 10:28 am

Avatar

ini bukan buah yang orang guna buat halau tikus? nampak serupa aje. kena tengok bentuk pokok & keratan buah untuk sahkan…

56 | aimi

January 14th, 2011 at 9:28 am

Avatar

salam ,nak tanya pendapat yg megetahui..adakah buah ni ada nilai comercial?

57 | aimi

January 14th, 2011 at 2:22 pm

Avatar

adakah buah ni boleh dikomersialkan yr?

58 | Zawiah

January 21st, 2011 at 5:40 pm

Avatar

Rupa buah ni macam pokok yg di tanam di bahu jalan, buah yang dikatakan untuk menghalau tikus. Di mana saya boleh melihatnya pokok dan buah yang sebenarnya ?

59 | hosnanda

January 22nd, 2011 at 4:05 pm

Avatar

Salam..tak salah saya di Thailand disebut buah tong. Pernah terbaca di dalam majalah mastika. Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu menjadikannya bahan penting untuk mengubati kanser payu dara. Dia sendiri membawa masuk banyak buah seperti ini untuk dijadikan tonik bagi kanser payu dara..kalau tak salah saya la.

60 | nagasuci79

January 24th, 2011 at 5:31 am

Avatar

Buah nie memang diakui berkhasiat sbb saudara saya ada amalkan minum air rebusanya untuk rawat kencing manis memang berkesan, kalau duk kat kuantan berminat nak dapatkannya..e-mail ke saya : nagasuci79@yahoo.com.my

Reply - nagasuci79@yahoo.com.my‘); return false;”>Quote

61 | fly

January 25th, 2011 at 9:07 am

Avatar

awak pasti ke ini buah labu kayu?saya rasa ni buah pong-pong.rupanya sebiji.atau nama saintifik Cerbera odollam. buah ni racun ,tak boleh dimakan.selalunya digunakan sbg racun tikus.baik awak pastikan betul2.

62 | admin

January 25th, 2011 at 9:32 am

Avatar

Saya pasti ini buah labu kayu kerana saya sendiri yg ambil gambarnya.. Buah pong pong kecil saja.. tapi buah labu kayu lebih besar sedikit dari buah kelapa yang sudah dikupas kulitnya..

63 | matstepe

February 10th, 2011 at 9:40 am

Avatar

buah labu kayu ni banyak terdapat di negeri terengganu,di kawasan kampung tanah berbukit..kawasan pantai berpasir susah sikit nk hidup…buah dia pulak makan masa berbulan bulan nak besar…tapi akan terus berbuah…khasiatnya untuk penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis….saya dah minum air rebusan buah ni dan terbukti ….kalau sesiapa ahli sains kat malaysia ni nak buat kajian pasal buah ni bagus juga….sebab buah ni merawat..tak macam ubat hospital yang menahan aje penyakit….

64 | matstepe

February 10th, 2011 at 9:42 am

Avatar

memang sah gambar tu gambar labu kayu…saya dah tengok kat rumah seorang kawan kt terengganu…kalau anda jumpa cubalah…insyaAllah

65 | sanghayo

February 18th, 2011 at 5:16 pm

Avatar

di kmpung sy la…dgr ade sorg pak cik ni kne strok truk dah la..smua org bca yasin dah..tpi minum air buah ni byk tahun la jgk..leh jln dan bgun pergi msjid smula

66 | anakdesa

February 24th, 2011 at 6:54 am

Avatar

Kalau tak silap buah ni diguna untuk halau tikus. Ketuk kulitnya dan letakkan di tempat yang berpotensi untuk tikus bersembunyi. W’aklam.

67 | Dzull

March 14th, 2011 at 11:50 pm

Avatar

assalamualaikum,

Tempat saya Kulim Kedah seorang pak cik (tuan punya pokok) bagitau saya nama buah itu Delima Batu. Kata pak cik khasiatnya ialah untuk mengubat penykit buasir walaupun tahap kronik. Sebabnya beberapa orang pernah ambil buahnya bagitau setelah minum air rebusannya merea sembuh.
Saya pun pernah minta pada dia dan guna untuk ayah saya yang sakit berak berdarah. Alhamdulliah Baik setelah minum air rebusannya.

Malangnya pokok dan buahnya susah nak dapat. Kalau ada pun orang tak kisah nak jaganya sebab ramai tak tahu khasiatnya.Kebanyakkan orang melayu tak tahu khasiatnya kecuali orang Cina. Pak Cik tu sendiri akui orang cinalah yang selau datang ambil padanya.

68 | syamsul

June 10th, 2011 at 3:39 am

Avatar

Rezeki saya hari ni berborak bersama seorang hamba allah berkenaan penyakit kanser bapa mertua saya dan secara kebetulan di dalam keretanya ada bua Labu Kayu ini .. lalu di berikan kepada saya menyurus saya membelah dan merebus isinya sehingga 2 jam dan air diberikan minum kepada bapa saya ….. insyallah saya akan cuba

69 | admin

June 12th, 2011 at 11:16 am

Avatar

Boleh tahu bapa mertua kena kanser apa..

70 | ros

June 20th, 2011 at 7:15 am

Avatar

baru2 ini saya ke pasar tani, ada pak cik
berumur dlm lingkungan 50-an menjual
labu ni. dia pun cakap ianya penawar
segala jenis kanser.

71 | Manros

July 20th, 2011 at 5:45 am

Avatar

Askum sahabat2. Saya ingin dapatkan anak benih pokok labu kayu ni. Nak tengok bagaimana pertumbuhan pokok ni. Sesiap dapat beri lead pada saya sangatlah dihargai. Saya pesakit 4 serangkai. Kalu dapat buah sekali bagus juga. Mudah2an dapat membantu memulihkan penyakit saya . InshaAllah. Terimakasih saya ucapkan.

72 | Manros

July 20th, 2011 at 11:10 am

Avatar

Askum Basar, saya ingin tahu masih banyak kah buah labu kayu di kampung anda, Kg Johol? Agaknya kalu saya kesana boleh ke ketemu dgn mudah? En Basar tinggal mana? Kg Johol to dekat mana ya? Boleh sms hp anda ke saya. UNak kenal pokok dan nak buah-saya ni pesakit 4 serangkai. Dah bosan makan ubat dr. Nak cuba le dgn labu kayu ni. Saya hargai le budibaik anda kalu anda dapat bantu saya. Hp saya 016 3228 352. Wslam dn terima kasih.

73 | Nahar

November 23rd, 2011 at 3:39 am

Avatar

Memang labu kayu nie byk khasiatnya, rasa air rebusanya boleh tahan,mcm air anggur pior. Sy ada beli anak pokok di pasar tani tp msih blum bbuah. Kalau anda nak tahu, di hulu terengganu byk pokok nie. Cuba la tanya org2 kg disana..

74 | pokya

March 18th, 2012 at 9:04 am

Avatar

Salam….memang betul kat hulu terengganu ada pokok ni, kat kampung Tapu..saya tengok ada 2 pokok, buah pun lebat…ada masa saya nak singgah nak minta benih…

75 | iman

March 27th, 2012 at 3:54 pm

Avatar

Slam saya mula kenal buah labu kayu ini sewaktu di thailand.disana dipanggil buah mufaco. Buahnya keras bila nak dipecahkan kena hempas dilantai simen. Lepas tu direbus n utk lebih sedap sejukan di peti ais. My hubby dah 2 minggu batuk n dah cuba mcm2 ubat tapi x kurang jadi hari nie saya cuba rebus buah labu kayu n syurkur alhamdullilah my hubby tidur lena tanpa batuk. Anda mesti cuba……Call sy utk info selanjutnya 0122205941

76 | Ramli Bin Sidek

March 31st, 2012 at 5:07 am

Avatar

Saya pengamal perubatan air labu kayu atau labu hutan. Buahnya saya jual Rm 50.00 dan pokoknya Rm 30.00 Saya telah membuat ujikaji dengan beberapa orang pesakit saya dapati ada perubahan pada pesakit. kalau muka pucat dapat memberi input yang baik menjadi sehat dan berselera makan. kalau batuk - batuk yang berpanjangan insyaalah. yang paling berjaya dalam ujikaji saya bagi penyakit dalaman bagi wanita.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17032 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits