19 Nov, 2010

Mengkudu Siam

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

mengkudu-siam

Mengkudu Siam atau nama saintifiknya Pisonia alba merupakan sejenis tumbuhan yang lebih dikenali sebagai tanaman hiasan. Namun, tidak ramai yang tahu terutamanya generasi muda akan kegunaan lain pokok ini. Pucuk muda tumbuhan ini sebenarnya boleh dibuat ulam dan dimasak sayur. Antara masakan yang biasa digunakan ialah masak lemak cili api dan juga boleh juga dibuat kerabu. Dari segi khasiat perubatan, dipercayai daunnya yang dilayur dan diletakkan di kaki dipercayai dapat merawat kaki yang bengkak, bisul dan luka yang bernanah.

Jika anda resepi masakan atau kegunaan lain pokok ini bolehlah dikongsikan bersama.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3537

32 Responses to "Mengkudu Siam"

1 | Thira

November 20th, 2010 at 6:12 pm

Avatar

Saya sukakan Maklumat-maklumat dlm blog ini.. Artikel ini sungguh elok bukan sahaja untuk saya, bahkan untuk semua masyarakat. Di harap supaya teruskan usaha anda.

2 | iyou

November 20th, 2010 at 7:33 pm

Avatar

ibu selalu masak lemak cili padi dengan ulam ni! wah! rindunya nak balik rumah+makan masakan mak!

ramai tak kenal mengkudu siam =)

3 | oggie

November 21st, 2010 at 1:26 am

Avatar

Salam.pokok Mengkudu Siam ni memang banyak orang buat untuk landscape.bab bab buat ulam ni memang kurang tahu.jadi boleh ler share ngan sapa sapa yang arif.TQ

4 | shahril bin shuib

November 21st, 2010 at 2:11 am

Avatar

Salam,
Sebenarnya Mengkudu Siam ni spt mana Oggie tlah memberi pandangan beliau,mmg byk org buat lanskap dgn pokok ni, apa pon saya mmg tk penah pon makan ulaman jenis ni,

Yang nk d kongsikan d c ni adalah sejenis pokok yang mana d KEDAH mereka memanggilnya dgn nama POKOK KAPUR BARUS yang mana dapat menyembuhkan BATUK2 Ringan,
dan cara penyediaannya adalah spt berikut:
Ambil 5 helai daun tersebut dan dcuci hingga bersih lalu d tumbuk sehingga lumat dan di tapis untuk mengambil air lalu di minum akan air daun tersebut, Insyaallah dgn izin ALLAH, beransur pulih.
Selamat Mencuba…

5 | nurul

November 21st, 2010 at 8:35 am

Avatar

first time tenggok n kenal ulam ne..thankzz..bnyk an lgi infi2 yg menarik:)

6 | azizah wahab

November 21st, 2010 at 10:17 am

Avatar

salam, terimakasih info,,tak kenal ,tak pernah dengar pokok tu ada buah tak..

7 | azfar

November 21st, 2010 at 11:20 am

Avatar

pokok mengkudu sia ni saya tak pernah dengar..setau saya kat sini ada dua jenis mengkudu, yg pertama yg buahnya besar, yang ke dua buah dia kecil, dipanggil mengkudu huta, ada tumbuh meliar dan diambil org buat hiasan juga..tapi kedua-duanya boleh dibuat ulam.

8 | Jon

November 21st, 2010 at 4:46 pm

Avatar

Yang saya pernah dengar ada dua jenis mengkudu iaitu mengkudu hutan dan yang di gelar noni.

9 | che yee

November 21st, 2010 at 11:07 pm

Avatar

Ambil Buah nya dicampur dgn kurma china di rebus hingga 1 pertiga kering air nya baik untukluka dalaman seperti selepas bersalin dan ada juga mengatakan sesuai untuk barah tak rugi men cuba kan lagipun tiada kesan sampingan dan murah harga nya SELAMAT MENCUBA

10 | Mas Anira Tasmin

November 22nd, 2010 at 12:04 am

Avatar

Saya tak pernah tau nama pokok tu mengkudu siam tapi saya pernah nampak pokok ni banyak kali. Baru kali ni saya tau nama pokok ni, klu tidak sampai bila2 saya ingat ini pokok hiasan semata-mata.

11 | dolsaid09

November 22nd, 2010 at 12:55 am

Avatar

Tak pernah dengar pula mengkudu siam ni…pokok mengkudu yang biasa tu biasa le tgk.

12 | Radzi

November 22nd, 2010 at 1:03 am

Avatar

First time tengok ni….

13 | fadzilah

November 22nd, 2010 at 1:20 am

Avatar

Salam. Saya pun tak kenal pokok Mengkudu Siam ni. Yang saya tahu pokok mengkudu yang buahnya besar dan satu lagi buahnya kecik-kecik.

14 | yahaya abdullah

November 22nd, 2010 at 1:24 am

Avatar

memang tak pernah tengok pokok tu, terima kasih atas info, benih boleh dapat kat mana?

15 | faizal

November 22nd, 2010 at 2:04 am

Avatar

buah mengkudu ni byk khasiat..buah nya boleh dimakan untuk yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis..daun boleh di buat ulam

16 | abdul ghani

November 22nd, 2010 at 2:49 am

Avatar

Saya tak pernah dengar namanya, ni baru tama kali dengar nama mengkudu siam. Diamana boleh dapat benihnya dapat juga tanam untuk lanskap

17 | Johannes Guwandi

November 22nd, 2010 at 11:52 am

Avatar

Salam sejahtera:
Saya sih baru dengar tentang mengkudu Siam ini.
Yang saya tahu adalah buah mengkudu yang pernah diramaikan untuk obat, tapi dahulu zaman Jepang dipakai sebagai sabun untuk nyuci/

Saya lebih tertarik pohon buah delima merah. Dimana bisa carinya ?
2. Emping tike yang enaknya melebihi emping belinjo, karena ada rasa manisnya. Katanya adanya di Indramayu yaitu dari puhun rumput teki diambil umbulnya, dikonce dan diketok jadi sati untuk kemudian dijemur sampai kering untuk kemudian di goreng. Apa Anda pernsah coba belum ?

18 | shuib

November 22nd, 2010 at 2:23 pm

Avatar

salam untuk semua,

pernah lihat pokok ini di tanam sebagai tanaman hiasan (lanskap) tetapi tak tahu pula yang pucuknya boleh dibuat ulam dan masak lemak. tentu sedap.

19 | akmal

November 23rd, 2010 at 3:26 am

Avatar

salam.terima kasih kerana berkongsi…sepanjang kehidupan sy bnyk didedahkan oleh keluarga terutama ayah dan nenek mengenai tumbuhan terutama ulam ulaman dan herba..

dulu ilmu in sy hanya anggap sebagai pengetahuan bru dan tidk bgitu pduli ttg kepentingannya.
tapi kini ilmu ini juga bnyk membntu sy dan keluarga.. insyaallah lain kali jika berkesempatan sy ingin kongsikan ilmu yg sy dapt..

20 | jalie

November 23rd, 2010 at 7:57 am

Avatar

perhhh..pokok ni kawe suko.pokok kudu kampung.wat kerabu paling sedap.ore tua kata blh cuci darah.paling simple masak , celur pucuk cicah dgn budu.tapi pahit, namun rasa lemak dia.kalu nak wat kerabu, kena racik daun dia dulu, celur sampai lembut.lps 2 wat macam kerabu kelate biasa.buah dia ore x makan,ore bui make ko lembu sakit mulut jah..ada kala kisar wat balut perut ore tino n sakit lutut.

21 | khalid

November 24th, 2010 at 10:57 pm

Avatar

Saya kenal mengkudu kampong atau mengkudu hutan kalau di malaysia.Kedua-dua mengkudu ini cukup baik …
untuk perubatan tradisional sejak berzaman lagi.Maksud saya dari akarnya hingga kepucuk dan buahnya semuanya boleh dibuat perubatan tradisional dan mujarab.
Saya ada banyak pengetahuan berkenaan khasiat kegunaanya dan selalu mengamalkan pengunaanya secara semulajadi tanpa dicampur sebarang chemical atau pengawit. Tapi mengkudu sian saya tak tahu khasiatnya Tapi mungkin tak banyak bezanya sebab dari specis yg sama kalau puan siam saya tahulah..heheheh

22 | abbynory

November 25th, 2010 at 3:17 am

Avatar

salam semua,
yek elleh..pokok ni!saya dah pernah makan buat ulam.Kalu nak simpan lama, celur dulu pucuknya kemudian jerukkan. Memang sedap!

23 | p3chandan

November 26th, 2010 at 3:47 pm

Avatar

Salam. Memang pernah tengok pokok hiasan ni di taman2 lanskap tapi tak tau pulak nama nye Mengkudu Siam dan boleh dimakan sebagai ulam dan dimasak. Tak pernah pulak tengok bunga dan buah dia, sama ke dengan mengkudu lagi satu tu (vomit fruit) yg daunnya boleh buat balut tungku utk org pompuan dlm pantang?

24 | habibi syabila

December 6th, 2010 at 5:46 am

Avatar

pokok ni pokok mengkudu ye…byk sya jumpa pokok ni di sekitar rumah sy…sy dapt byk ilmu bru dari web ini…tq:)

25 | tooha

December 7th, 2010 at 12:49 am

Avatar

Terima kaseh semua maklumat yg kami terima.Kami biasa buat ulam yg ada kat kampong.kataorang bagus,kami makan,ikutikut je.mengkudu siam x pernah jumpa pulak.Oh ya..nak tanya sikit,pernah tak saudara tau pokok ekor pari.Kalau ada maklumat boleh tak postkan photonya dan kat mana boleh dapatkanya.tq.

26 | suhadn

December 7th, 2010 at 5:04 pm

Avatar

Terima kasih atas maklumat mengenai mengkudu siam ini. Mengkudu ni banyak digunakan sebagai landskap kerana daunnya cantik dan agak kekuningan. Memang dibuat ulam atau kerabu kerana rasanya tidaklah sepahit mengkudu biasa. tk

27 | Pauzi Nong

December 12th, 2010 at 2:35 am

Avatar

penerbit laman; saya ingin ketengahkan dua buah
1. Buah lonan
2. buah lone

28 | johari

December 13th, 2010 at 7:14 pm

Avatar

Banyak-banyak mengkudu, jenis ni la yang kurang pahit.Sangat enak dimakan masak lemak cili api. Spesis ni dibiak melalui keratan batang. Setakat ni saya belum pernah nampak buahnya. Kalau anda pernah ke Tanjung Dawai, Kedah pasti anda akan dapat melihat pokok berkenaan ditanam ditepi jalan yang mana setengahnya usianya hampir 50 tahun. Untuk memetik pucuknya perlu berhati-hati kerana dahan mengkudu jenis ini rapuh serta licin diwaktu hujan

29 | Siti Aminah

December 15th, 2010 at 12:52 pm

Avatar

larrr…pokok ni,sy pernah dengar mak sy ckp yg jiran kami tanam dlm pasu dan selalu dia org msak lemak…..geli hati bila ingat,dia org makan pokok bunga rupanye ULAM.Trima kasih tunjuk gambarnye….

30 | Zaini

January 4th, 2011 at 1:18 pm

Avatar

celur pucuknya & cicah budu je… tak payah susah2 fikir nak masak apa2 lagi. kan3?

31 | Kak Ros

March 18th, 2011 at 6:14 am

Avatar

Boleh juga dibuat kerabu nih..masak lemak pun sodap..

32 | annezara

March 16th, 2012 at 11:29 pm

Avatar

di kg saya sebelah Merbok, Kedah, kami panggil Mengkudu Putih. memang boleh makan, sedap buat gulai lemak atau sayur lemak dengan keledek campur udang…dulu-dulu lagi semasa kanak-kanak kami makan rebus cicah air asam atau sambal belacan dengan temenung rebus…sedap..lawas berak….daun dia rasa ringan, tak kelat atau pahit, lembut mudah hadam jika dimasak…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17032 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits