Buah Bertam

buah-bertam1

Dah lama tak update artikel baru mengenai buah nadir. Kebetulan saya menerima satu email bertanyakan mengenai buah Mokyu. Katanya, dia sedang mencari benih buah tersebut untuk ditanam. Oleh kerana saya baru pertama kali mendengarnya, saya pun try buat carian di Google. Memang tidak jumpa. Cari punya cari rupanya buah ini juga disebut dengan panggilan buah Muyu. Tapi sayang, tiada gambar mengenai buah Muyu ini. Tetapi terjumpa pula si buah Bertam. Anda biasakah terjumpa pokok ini atau makan buah ini?

Di harap dapatlah anda berkongsikan sesuatu mengenai buah Bertam atau buah Muyu ini..

Number of View :28572

Orkid hutan

tiger-orkid

tiger-orkid11

Siapa pengumpul koleksi orkid ? Benarkah nama orkid di  atas ini digelar tiger orkid?  Pertama kali saya mengenalinya ialah pada 7 tahun yang lalu di FRIM, Kepong. Saya tidaklah pakar dalam bidang orkid ni. Menurut penanam orkid jenis ini, kebanyakkan orkid ini ditemui di dalam hutan dan tumbuh secara liar. Saya tidak pasti bagaimana ia diambil di dalam hutan, cuma apa yang saya lihat orkid jenis ini memang sesuai di atas tanah. Batang dan daunnya juga menarik mata memandang.

Jika anda ada koleksi orkid jenis ini di rumah, bolehlah berkongsikan rahsia orkid ini di sini..

Number of View :18742

Khasiat Kucai

kucai

kucai21

Ada sesiapa yang menanam pokok kucai dalam pasu di rumah. Tahukah anda Kucai ( Allium schoenoprasum ) adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Kucai sememangnya terkenal sebagai penyedap masakan terutama dalam masakan mee goreng, cucur udang dan sebagainya.
Khasiat Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin . Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Number of View :12462