14 Oct, 2010

Buah Rotan

Posted by: admin In: @Buah Nadir

buahrotan

Siapa pernah makan buah rotan? Buah Rotan merupakan sejenis buah yang jarang sekali didengari dan ia memang banyak di dalam hutan. Kepada yang biasa masuk hutan terutamanya abang-abang askar, sudah tentu mengenali pokok ini. Penulisan mengenai buah ini sememangnya amatlah kurang. Daripada maklumat yang ditemui, buah ini akan berwarna putih kuning apabila sudah masak. Saya tidak pasti, adakah buah rotan ini mempunyai pelbagai spesis. Anda perlu membuang kulit untuk mendapat isinya. Rasa buah ini dikatakan manis-manis kelat. Mungkin seperti rasa buah salak.

Jika anda mempunyai pengalaman merasai buah ini, bolehlah dikongsikan di sini.

p/s: Siapa pernah dengar Buah Muzi?

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :21747

25 Responses to "Buah Rotan"

1 | pak choo

October 15th, 2010 at 2:31 am

Avatar

.. kalangan orang asli yang arif dengan buah rotan .. tak pasti ia bolih dimakan, kalau pun bolih, ia tentu tidaklah jadi makanan yang di cari, mungkin cara kebetulan sahaja .. rotan species manau yang ada nilai komersial sangat2 dicari .. tapi olih kerana susah nak dapatkan buahnya untuk dicambahkan menjadi pokok, pembiakan cara tissue culture terpaksa diusahakan, walaupun ada pengajian mengatakan, hasil tissue culture tidak memberi rupa rotan manau yang asli, rotan nya lebih berwarna lembut, tidak saperti rotan yang tumbuh meliar di hutan ..

2 | Md Khir

October 15th, 2010 at 5:38 am

Avatar

Buah rotan ada pelbagai jenis mengikut jenis pokok rotan tersebut.Ada pelbagai warna dan saiz tetapi buah rotan tidaklah besar hanya bersaiz lebih kurang hujung jari telunjuk kanak2.Saya yang membesar dikampung yg dikelilingi hutan pernah merasai buah rotan ini..rasanya seperti manis kelat, isinya nipis sahaja .Saya amat tertarik dengan warna dan corak kulit buah rotan ini.

3 | hasan

October 15th, 2010 at 8:52 am

Avatar

Wah, aku baru liat buah rotan ini, apakah ini rotan untuk bahan meubel korsi dsb

4 | ahmadyani

October 15th, 2010 at 1:18 pm

Avatar

Pernah makan masa kecil dulu tapi yang warnanya kelabu macam warna rotan juga. Tak pernah lihat yang merah macam dalam gambar ini

5 | jentayubisu@yahoo.com

October 15th, 2010 at 9:13 pm

Avatar

Pernah makan.Rasanya manis-manis kelat. Isinya nipis dan saya suka makan bijinya kerana rasa lemak.

6 | almo

October 16th, 2010 at 4:28 pm

Avatar

rotan banyak namanya,kalau x silap ada manau@saga yg buat krusi tu,lagi rotan tekuk,batu,sendang dll.seingat saya rasanya macam buah bunga tanjung,manis ada kelat pun ada.

7 | sexy

October 17th, 2010 at 9:10 am

Avatar

ya. sexy prnh masuk hutan d blkg rmh mak dgn mmbr ktika usia +- 12 thn. mungkin sebesar ibu jari. udah lupa gimana kayak buah/ rasany dong.

8 | maimunah

October 17th, 2010 at 11:40 am

Avatar

tak pernah nampak yang fresh dari pokok.. buah rotan sama ke dengan buah kelubi ? kalau buah kelubi biasa makan orang buat jeruk kan. ehm sodap nya.

9 | yinna

October 18th, 2010 at 4:58 pm

Avatar

dulu wkt kecik2 pnh gak msok htn ngan ayah cr daun palas, pnh la jgak nmpk buah 2, ingtkn buah kelubi yg msh kecik…hihi. x pnh mkn pon…p klo buah kelubi 2 biasa la…

10 | izman

October 20th, 2010 at 8:42 am

Avatar

pernah gak makan tapi uiii!masam sungguh +kelat ,bijinya menggerutu….

11 | rosnah

November 11th, 2010 at 4:51 am

Avatar

masa study kat poli KB dulu penah gak beli kat pasar Ketereh, kat situ ada jual buah rotan ni. rupanya mcm kelubi jugak, cuma buahnya kecil dan isinya nipis.

12 | wempy

November 22nd, 2010 at 2:11 am

Avatar

buah rotan pernah dimakan….tapi umbut rotan lagi sedap

13 | Lois

June 19th, 2011 at 1:23 am

Avatar

Buah Muzi adalah Buah Kiwi (scientific name: Actinidia chinensis), yang juga disebut dengan nama monkey pear, vine pear, Yang Tao.

14 | zira

June 22nd, 2011 at 7:49 am

Avatar

buah rotan kalau yg dlm gambar tu rasanya masam.tp mmg sdap.kcik2 dulu slalu la makan.kalau yg saiz kecik rasanya manis n sgt sedap

15 | Bung Turnip

October 10th, 2011 at 10:54 am

Avatar

SIHIM tu namanya kalau di Tanah Batak.

16 | Kamaruddin

February 4th, 2012 at 6:08 pm

Avatar

manis2 kelat… berebut dgn adik waktu kecik2 dulu nk mkn buah ni… nostalgia lebih 30 thn dulu…

17 | Diana

March 25th, 2012 at 3:17 pm

Avatar

buah rotan ni byk terdapat kat Sarawak, itu dulu-dulu la sebelum hutan diteroka untuk tujuan tanaman kelapa sawit, kebun lada hitam dan sebagainya..

rasanya masam2 manis bile dah terlalu masak, you masuk mulut jer isi dia terlucut dari biji.

kalo yang masih muda @ belum masak, rasanya masam dan kelat.. tapi sememangnya rasa masamnya lebih la walaupun dah masak..ehhehe..

saya dah bpuluh2 tahun tak makan buah ni, tliur la nengok gambar tu huhu… nak call bapa saya kat kampung la nak suh dia cari benih & tanam tepi rumah panjang kat Sarikei.. at least dapatlah anak cucu kite nanti merasa buah2 yg dah makin pupus nih..

18 | nur khyra

March 31st, 2012 at 4:18 am

Avatar

Saya pun pernah makan buah rotan ni masa saya masih di sekolah dulu . Ada kat kawasan kebun mak bapak saya kat kampung di Sarawak . Kalau ada nampak buahnya biasa saya jolok tapi pokoknya tinggi juga . amik galah la joloknya ataupun saya minta mak saya yang ambilkan ..rasanya yg masak merah tu masam manis …yg masih mentah tu rasa kelat .

19 | nick

December 13th, 2012 at 6:36 am

Avatar

Saya pernah makan buah rotan, rasa manis2 kelat tapi isinya tak tebal.Nak ambil buah rotan terpaksa panjat pokok lain dulu sebab duri pada batang rotan amat berbebahaya.

20 | spacebar

January 31st, 2013 at 11:17 am

Avatar

macam buah asam kelubi….

21 | SallySalina

December 14th, 2013 at 9:00 am

Avatar

masa kecik pnh makan buah rotan yang kecik2 besar jari kelingking ja..buah muda warna ijau rasa masam..bila masak kulit warna kelabu2..isi merah..manis2 masam rasanya..
dulu kami buat bincok..letak belacan,garam,cili..tumbuk skali ngan buah rotan muda..sedap…

22 | adamzakuan

January 10th, 2015 at 9:21 am

Avatar

salam, buah rotan ada byk jenis, sama mcm pkok rotan tu sendiri, plg sedap buah rotan manau, yg dlm gmbr ni kurang jelas buah rotan manau atau buah rotan yg kurang sedap tu (masam sgt), rotan manau saudara ada tulis buah rotan sarawak, rotan manau byk kt daerah royal belum, hrga rotan manau ni mahal.. ada buah rotan kapas, buah rotan tikus, buah rotan gantung.. pencari rotan mmg tau sgt 🙂 yg dlm gmbr ni rasanya, masam, isi dia lebik, biji dia bujur leper

23 | KLWong

July 1st, 2015 at 4:13 am

Avatar

salam,
Siape ada jual buah ni.
i sedang mencari buah manau.
sila hubungi saya: shipmyparcel@gmail.com

– KL

24 | seti

September 9th, 2015 at 4:55 am

Avatar

jika ada yg minat biji Rotan ..bisa hub 082111146719..tks

25 | A.Syamim

May 10th, 2016 at 6:30 am

Avatar

Saya baru dapat buah rotan pagi tadi.
Rasanya masam & kelat, mungkin belum masak lagi.
Warna kulit coklat2.
Bijinya pula warna putih, keras liat2.
Rasanya kalau rebus, mungkin boleh makan.
Ada siapa2 yang pernah makan biji rotan?
Saya nak tahu.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2094
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014