13 Oct, 2010

Buah Larak

Posted by: admin In: @Buah Nadir

larak

Pernahkah anda melihat buah ini? Saya pun pertama kali melihatnya. Ia seakan buah mempisang. Daripada carian saya di internet, buah ini dikenali dengan nama Buah larak. Sejenis pokok berkayu yang memanjat pokok lain. Buah ini dikatakan mempunyai banyak biji dan rasanya sedikit masam. Dikatakan juga, sesetengah pengamal syirik menggunakan batang larak songsang untuk ilmu tertentu.

Di harap, anda yang biasa melihat pokok ini atau biasa makan buah ini, bolehlah kongsikan sesuatu di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :20709

25 Responses to "Buah Larak"

1 | hasan

October 13th, 2010 at 5:28 am

Avatar

Saya baru pertama kali lihat buah ini, bentuknya lucu juga ya

2 | mansor

October 13th, 2010 at 5:34 am

Avatar

Saya biasa makan buah larak ni rasanya sedap juga. ada 2 jenis buah larak. satu lagi di tempat say di panggil larak pisang. bentuknya seperti pisang dan lebih besar. Rasanya lebih sedap berwarna kunibg.

3 | sekuntum mawar berduri

October 13th, 2010 at 9:20 am

Avatar

salam..

Saya pernah makan buah larak ni dulu masa duduk di kampung di sebelah utara. Buah larak ni kalau muda warnanya hijau tua dan sedap di cicah dengan sambal belacan yang di letak asam jawa sedikit kerana rasanya yang kelat dan boleh di makan dengan biji-bijinya sekali tapi kalau dah masak rasanya memang masam sikit .Tenguk buah larak ni rasa rindu kat kampung dan zaman kanak-kanak dulu.

Satu jenis lagi nama buah yang tak pernah jumpa la ni namanya buah melot warna oren kalau masak warna merah rasanya masam dan jenis memanjat juga.

4 | sexy

October 13th, 2010 at 9:21 am

Avatar

dpn rmh sexy ada bbrp btg pkk larak pisang wrn kuning. kt tmpat sexy iany dpanggil pkk ‘pisang. tinggi pkkny. dlmny mcm buah koko. msm2 manis tp sedap. kecur liur. kulit dlmny pn sedap.
*
2 jari siapa 2? ayuny.. he2!

5 | admin

October 13th, 2010 at 10:52 am

Avatar

kalau ada pokok larak pisang bolehlah kirim kat sini sexy..

6 | lloni

October 14th, 2010 at 4:43 am

Avatar

adakah nama larak itu dah standard..say ingat larak itu dekat kelantan saja…

7 | jalie

October 16th, 2010 at 5:49 pm

Avatar

memang larak pisang.manis..lemak..dan banyak biji.dulu berebut dgn burung nak makan buah ni…hahahah

8 | sexy

October 17th, 2010 at 9:22 am

Avatar

sorila. sexy x reti nk me’uploadkn gmbr pkok tu. skrg ni ianya sdg bbunga wp x lebat.
*
ni brita tbaru. ptg smlm sexy bersihkn daun pkk manggis yg mnyekat alirn air hujan di bumbung rmh (fuh! rajinny.. siapa yg btuah nk jdkn sexy mnantu nih! he2!). d bwh pkk ‘pisang yg sexy sntiasa pastikn bersih dh jd tmpat bdk2 isap rokok pulak.. sblm ni mrk dh x dtg sbb sexy sngaja timbunkn sampah/daun2 kering tp sedih sexy tgok tau.. mrk buat pulak pondok dlm semak utk mrokok. nk d tegur/ dlarang/ diplomasi.. serba tk kena jadiny.

9 | man

November 1st, 2010 at 4:20 am

Avatar

Saya dulu selalu makan buah ni.. x la sedap mana
masam-masam skit,isi yg agak berlendir becampur dengan biji hitam semacan biji selasih
skang ni pn ada lg kat tepi2 rumah tp dah jarang makan
masa budak2 mmg suka sangat

10 | rosnah

November 11th, 2010 at 4:45 am

Avatar

btul r macam buah mempisang… saya x penah tengok buah ni, nampak macam sedap. kalau pokok mempisang tu ada r kat tepi rumah mentua saya. tapi buahnya tinggi x boleh nak ambik

11 | man

November 25th, 2010 at 8:35 am

Avatar

pokok larak ni berakar bentuk macam tahi kucing kat sebelah utara banyak isi masam2 manis… pokok berakar hidup kawasan hutan memanjat pokok

12 | chah

November 28th, 2010 at 12:32 pm

Avatar

Lama juga tak singgah blog ni…
Oh,terasa digamit memory bila melihat buah larak ni.Terkenang zaman kanak2 mencari buah larak masak yg pokoknya memanjat pokok2 getah dan pokok stoi(sentol).Berebut buah yg masak dgn burung & kera hutan…Oh,betapa cepat masa berlalu……

13 | sexy

December 13th, 2010 at 5:38 am

Avatar

man… man. byk2 benda.. tai kucing jgk djadikn sampel. ish2! kucing2 sexy buat aduan sbb x puas ati namany dkaitkn dlm isu ni. he2!
*
brita mnyedihkn : pkk ‘pisang dpn rmh yg hr tu sexy ckp bbunga x menjadila.. gugur krn hjn + angin skrg. lgpun bungany pun xla lebat sgt.

14 | sexy

December 13th, 2010 at 5:43 am

Avatar

sbnrny pkk ‘pisang tu bkn sexy yg pny tp ahmad albab yg pny. iany tmbuh liar d luar pagar rmh sexy. sexy tlg sapu jer bwh pkkny. anak pkkny ada tumbuh d celah pkk nangka n ada jgk sexy tngok ianya djual d pasar tani.
*
jumpa lg. Insya Allah.

15 | sexy

February 16th, 2011 at 5:30 am

Avatar

pokok ‘pisang dpn rmh dh bbunga lagi. agak lebat kali ini. bungany bwrna hijau/ kuning pucat. bentuk bunga ros hiasan kek dgn 3 klopak sbesar jari manis. ianya bbunga d dahan pkk torsobut.
*
Jumpa lg. Slawat n Salam buat Junjungan.

16 | esah

February 20th, 2011 at 8:56 pm

Avatar

@sexy – macamana nak dapat benih pokok ni?boleh email saya aishah_garden@yahoo.com

17 | sexy

March 2nd, 2011 at 9:15 am

Avatar

skrg bungany dh b2kar jd buah spt pin baju dgn lima ‘stigma’ bwrn hijau pucat.
*
kpd saudari (sopannya.. he2!) esah : nk wat per dgn pkok ni. iany tinggi wp blh dtutkn, iany pkok liar wp ada djual d pasar tani. x bbaloi rasany. pun (ayat melankolik nih) jika nk jgk sbg khazanah negara, nnt sexy usahakn utk poskn ank benih yg d celah pkok nangka 2, sexy x janji.

18 | salmahj

June 22nd, 2011 at 12:29 pm

Avatar

salam….pokok larak ni banyak tumbuh kat rumah saya…..buah dia memang cantik macam dalam gambar dan rasanya memang sedap……tapi banyak biji….warna buah ni memang cantik dan sentiasa bertukar warna macam bunga yesterday, today and tomorow (purple tua, purple muda dan putih) tapi larak juga bertukar warna…dari hijau, kuning dan merah…ini adalah informasi untuk semua..kalau nak tengok mailah rumah saya dah hampir macam hutan…suka tanam pokok herba….Pokok2 adalah terapi minda saya …

19 | zanan

November 4th, 2011 at 8:53 am

Avatar

boleh dpt benihnya tak . Sya minat sgt@salmahj

20 | berkathijrah

January 21st, 2012 at 4:46 pm

Avatar

pokok larak ni tumbuhan meliar,memanjat dan hidup subur di kawasan hutan.rasanya agak kelat bila bewarna hijau dan masam2 manis bila masak ranum.kat rumah saya di kedah(pokok sena)ada tumbuh kat tepi pagar walaupun rumah saya tu kat taman perumahan.biasanya pokok larak akan tumbuh bersama dgn. pokok kekait(kit-kit)

21 | Karl

March 3rd, 2012 at 3:32 am

Avatar

Rasanya dah 30 tahun tak tengok pokok larak ni. Ada merah dan kuning bila masak. Baru semalam teringatkan buah buah nadir ni: yg lain buah muyu, keriang dot, keriang macam anggur hitam bila masak.

Di mana tempat yg ada tolong email kan ke: karlanwar@gmail.com. Saya teringin nak lihat khasnya di sekitar Kelantan Terengganu atau Kedah.

Saya pernah ada pokok tersebut di Kedah sehingga pakcik saya tebang untuk besarkan sawah.

22 | Ahir

May 10th, 2012 at 7:59 am

Avatar

Buah larak ni saya makan waktu sekolah rendah dulu. masa tu tahun 1965-1969. Masa tu kat sekolah kebangsaan kubur panjang. Tinggal kat hutan. jadi buah nadir menjadi kebiasaan buat saya. Tapi sekarang dah tak jumpa. Setahu saya buah larak ada tiga jenis. 1. larak yang macam gambar ini. 2. larak pisang. rupanya seakan buah pisang berangan sesikat, 3. larak tahi kucing. yang saya tak sentuh. sebab nama dia pun tak sedap dan rupanya tak sedap.

23 | Idris Talu

May 11th, 2013 at 3:12 pm

Avatar

Nama saintifiknya kalau tidak silap saya ialah Cyathostemma viridiflorum. Boleh di google untuk cari info tambahan.

24 | As

September 16th, 2013 at 12:12 pm

Avatar

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa kecik2 dulu,selalu cari & makan buah ni.Sekarang memang susah nak jumpa.

25 | SallySalina

December 14th, 2013 at 8:52 am

Avatar

masa kecik2 slalu makan buah larak ni..ambik kat area bendang..dia menjalar kat pokok tui..rasa masam2 manis..isi warna putih..
skrg dah pupus kot..kat kg pun takdak dah..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2085
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014