11 Oct, 2010

Buah Bertam

Posted by: admin In: @Buah Nadir

buah-bertam1

Dah lama tak update artikel baru mengenai buah nadir. Kebetulan saya menerima satu email bertanyakan mengenai buah Mokyu. Katanya, dia sedang mencari benih buah tersebut untuk ditanam. Oleh kerana saya baru pertama kali mendengarnya, saya pun try buat carian di Google. Memang tidak jumpa. Cari punya cari rupanya buah ini juga disebut dengan panggilan buah Muyu. Tapi sayang, tiada gambar mengenai buah Muyu ini. Tetapi terjumpa pula si buah Bertam. Anda biasakah terjumpa pokok ini atau makan buah ini?

Di harap dapatlah anda berkongsikan sesuatu mengenai buah Bertam atau buah Muyu ini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :24516

33 Responses to "Buah Bertam"

1 | hasan

October 12th, 2010 at 5:38 am

Avatar

Buah bertam atau buah muyu terdapat banyak di indonesia, namanya “Salak”. Buah salak banyak ditemukan ditiap daerah dan masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan masing masing, yang terkenal adalah dari Jogjakarta (Jawa Tengah) disebut juga salak pondoh rasanya manis dan garing, bentuknya bulat agak kecil-kecil, juga ada salak bali disebut juga salak gula pasir, karena rasanya manis seperti gula salak ini bentuknya besar-besar, banyak jenis dari masing-masing daerah tapi tidak semanis salak yang dari dua daerah ini, sehingga cukup terkenal diindonesia

2 | rohaya

October 12th, 2010 at 11:56 am

Avatar

ini buah salak,memang rasa buah salak ni manis yg terdapat di indon.

3 | ahmadyani

October 12th, 2010 at 12:41 pm

Avatar

Bertam dan salak kelihatannya sama dan orang menganggapnya sama. Tapi pada saya ada sedikit perbezaan, Salak pokoknya tumbuh atas tanah tak berair, manakala bertam biasa hidup di lembah berair. Ada sesiapa nak betulkan fakta ini?

4 | hudson

October 12th, 2010 at 3:22 pm

Avatar

kat tempat ambe org panggil buah “kang”… mcm spesis salak gak laa dia punya pokok..jenis tumbuh kawasan lembah….rasanya masam dan kelat yang amat semasa putik, tapi kalu masak ranum dia berbau “bangin”..wangi. rasanya manis.masam ..dan sedikit kelat .amat mengecurkan air liur bila terhidu..masa kecik2 dulu selalu laa merasa sekarang semua pokok dah kena tebang..

5 | admin

October 13th, 2010 at 2:16 am

Avatar

Ada siapa yg pernah dengar buah Muyu tak?

6 | sri

October 13th, 2010 at 6:06 am

Avatar

Buat itu nampak macam buah salak. Orang di sabah pun suka makan buah salak.

7 | Jon

October 13th, 2010 at 6:23 am

Avatar

Sekali pandang, saya anggapnya Buah Salak. Ada pernah beli kat pasar malam. Yang menjualnya hanya menjual lain dpd yg lain. Hanya Buah Salak dan Buah Susu (Avocado) tempatan.

8 | Halina Yahaya

October 13th, 2010 at 7:53 am

Avatar

kalau tak salah saya buah muyu tu adik beradik buah keriang dot, cuma saiz je beza sikit

9 | Tini

October 13th, 2010 at 8:30 am

Avatar

Buah salak dengan buah bertam ni tak sama walaupun rupa pokok dan buahnya nampak serupa. Saya pernah makan kedua-duanya dan rasanya pun tak sama. Buah salak, banyak dijual, tapi buah bertam ni tak pernah jumpa dijual. Masa saya kecil dulu datuk saya pernah bagi saya makan buah bertam. Kalau tak silap saya, katanya buah bertam ni orang cuma makan semasa buahnya masih muda. Isi yang muda, lembut macam kelapa muda. Bila dah tua, isinya keras ala-ala isirong kelapa sawit, tak ada orang sanggup makan. Seumur hidup saya sekali tu je la saya makan buah bertam..

10 | sexy

October 13th, 2010 at 9:23 am

Avatar

yak kisahla salak ke bertam. kecur liur. sedapny.

11 | Umar Umayyah

October 14th, 2010 at 4:06 am

Avatar

Buah ini namanya buah “salak”. Tidaak perlu pergi sampai ke Indonesia, di Sabah terdapat dengan banyaknya. Semuanya manis-manis belaka. Saiznya lebih kurang sebesar buah pingang masak. Rasanya manis dan isinya rangup jika baru dipetik. Bijinya bewarna seperti kulitnya, cuma lebih terang sedikit. Ada juga dibuat jeruk manisan di Sabah.

12 | yinna

October 18th, 2010 at 5:05 pm

Avatar

yeke salak? nmpk lain je cr buah nye mlkt kt tandan? kalo salak, bhgn hjg yg melekat kat tandan, yg ni bhgn buntut plak? nmpk cam putik bunga g2…rsnye lain la kot….huhu

13 | izman

October 19th, 2010 at 2:18 pm

Avatar

Ambe rasa bukan buah salak,ia adalah dari spesis yang sama dengan salak seperti kelubi, ditempat ambe biasanya orang tua-tua ambil sulurnya “bahagian akar yang keras”untuk dijadikan tongkat.

14 | wan

November 2nd, 2010 at 11:45 pm

Avatar

dlm gmbr di atas tu… itulh mmg buah bertam.
di kmpg saya ni mmg bnyk pokok ni…hidup berumpun. kalau org tak biasa akn salah anggap ingat buah salak…

buahnya besar tapi sabut yg tebal. saya pernah ambil dan belah kerna nak sgt tahu mcm mana isinya…
mmg bnar tbal sabut.

bertam dan rotan jauh bezanya.

dari segi rupas pokok ramai yg x prasan kedua2 spesis palma itu punya fizikal yg berbeza.

pertama daun…
daun bertam halus2, manakala bg salak daunnya agak lebar kira2 seperti lebar daun pinang.

duri…
duri bg pokok bertam halus, berwarna hitan..mcm jarum… baik di btang plepah ataupun pada blkg daun. salak pula durinya cukup ketara…. berwarna terang dan jlas klihatan…

kalau yg rajin pasti akn dapat bezakan kdua2 spesis palma ini.. tapi ingat…yg hidup dlm kawasn paya juga ada asam kelubi… hmpir mirip kpada rumpun salak…. tapi mnurut kata org2 kmpg pucuk daun yg muda kalau berwarna ungu tua maka buah yg terhasil adalh manis dan sdap utk dimakan.

15 | wan

November 2nd, 2010 at 11:46 pm

Avatar

ralat….

bkn rotan tapi ‘salak’.

16 | admin

November 5th, 2010 at 12:06 am

Avatar

Boleh tahu di mana kampung saudara tu.. mana tahu ada kesempatan untuk melawat…

17 | chah

November 28th, 2010 at 12:23 pm

Avatar

Salam..
Jikalah buah muyu yang dimaksudkan itu sama seperti yang saya fikirkan,buahnya bewarna kemerahan dan apbila masak bewarna hitam seakan buah kering dot.Saiznya besar sedikit dan sekali pandang hampir serupa buah dabai Sarawak(rujuk Google)dan juga seakan rupa buah setambun merah(ada dlam bog fazlisyam).Rasa buahnya masam2 manis dan berjus @ sedikit berair warna merah yg jika terkena baju susah untuk hilang warna merahnya.Pokokny juga seakan pokok keriang dan dari kategori buah nadir..

18 | sri

December 13th, 2010 at 8:48 am

Avatar

sokong wan..
ni buah bertam..saya dari kecik sudah mengenal buah nih..beza sgt antara bertam dan salak ..dari segi rasa dan tekstur buah..buah bertam makan masa muda..kalu dah tuaaaa..alahai susahnya nk belah buah nih..terpelanting parang kalu cuba..keras gila..

19 | Adams

December 23rd, 2010 at 6:32 am

Avatar

Buah ni jauh beza dengan salak.. Tempurung dia sangat keras.. Isi pon keras dan tawar.. Daun bole buat atap.. Sapa ada penah makan buah kumbar, buah macam buah salak, tumbuh di kawasan paya berair, sangat masam.

20 | anakdesa

March 13th, 2011 at 5:37 am

Avatar

Betul kata Wan, buah salak dgn bertam mmg jauh beza. Gambar atas ialah buah bertam.
Buah Muyu tak pernah dengar, tapi buah ‘Sisik Puyu’ saya tahu. Mungkin panggilannya berbeza ikut tempat. Sejenis buah nadir yang amat jarang dijumpai tetapi rasanya sedap – masam manis. Buahnya kecil sedikit dari keriang dot tapi warnanya perang kekuningan dan ada sedikit merah bila masak, muncul banyak di hujung dahan. Saya sendiri sedang mencari pokok tersebut. Pokoknya seakan-akan pokok beruas tapi daunnya jauh lebih kecil. Di kampung saya banyak yang telah ditebang. Daunnya jadi favourite kambing. Kalau jumpa saya akan postkan ke blog ini untuk tatapan semua.

21 | mamat

March 15th, 2011 at 8:42 am

Avatar

kata orang tua, sebab buah dikenal pokok….. tapi nampak nya budak budak sekarang tak kenal pun. Gambar di atas kalau di kelantan dipanggil buah bertam. tak sama dengan buah salak..
Pokok bertam tumbuh didalam hutan sbb tu budak budak yg tak pernah masuk hutan tak tahu buah ni.

22 | nyork

September 8th, 2011 at 7:07 am

Avatar

Buah Muyu adalah menyerupai seperti buah keriang dot..tapi saiz dan rasanya agak sedikit berbeza. Pokoknya besar dan rendang…warnanya kehitaman..sebesar ibu jari orang dewasa..berbentuk bujur seperti bola ragbi. Dahulu kala sekitar tahun 70an…pokok muyu ini tyerdapat di sekolah kebangsaan permatang tok dik, padang serai, kedah. pokok tertanam di sebelah rumah guru besar.

23 | rosidah binti othman

March 8th, 2012 at 8:21 am

Avatar

buah bertam tidak sama dengan buah salak. pokok bertam banyak didapati di kawasan pinggir hutan di Malaysia. buahnya hanya boleh dimakan ketika muda. betul isinya tidak mampu dikunyah lagi apabila tua. batang-batang bertam penuh dengan duri, daunnya pula macam daun kelapa. tumbuh dalam rumpun yang bersar. kulitnya boleh dijadikan barang kraft tangan seperti bakul selepas diproses. saya sekeluarga selalu masuk ke hutan semasa zaman sekolah dahulu untuk dijual kepada pemborong kulit bertam. bertam adalah salah satu punca rezeki orang seperti kami.

24 | rosidah binti othman

March 9th, 2012 at 1:37 am

Avatar

Pokok bertam, pokok rotan seperti manau adalah punca rezeki penduduk asli di Malaysia. Kampung kami dahulu berhampiran dengan penduduk asli. Jadi pokok hutan yang mendatangkan hasil amat dikenali di kalangan kami. Batang-batang bertam memang dipenuhi dengan duri-duri tajam. Kami terpaksa memakai sarung tangan untuk memotong batang-batang bertam tersebut.

Selepas di potong, daun-daun bertam yang halus dan panjang seperti daun kelapa itu pula di buang. Semua duri-duri juga dibuang menggunakan parang. Setelah semua nya dibersihkan, batang bertam tersebut diukur sepanjang 2.25 depa. Kemudian dikopek selebar +- 4 inci lalu diikat dalam bilangan 100. Selepas itu diikat pula dalam ikatan seribu. Buat pengetahuan semua, pada masa itu harga 1000 helai kulit batang bertam yang siap dikering hanya dalam lingkungan RM15/. Bukan mudah mencari rezeki dengan cara begini.

Pengalaman mencari batang bertam tak mungkin dapat diperolehi oleh anak-anak zaman sekarang. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam. Selalunya setelah selesai serumpun bertam di tebang, kami akan memotong tandan yang berisi buahnya.

Bertam yang telah diproses boleh menghasilkan bakul, tangguk, lukah dan sebagainya.

25 | zackmohd

April 11th, 2012 at 4:48 am

Avatar

memang bertul ..gambar tu bukan gambar buah salak,tapi buah bertam…pokok pun mmg tak sama..pokok salak seakan2 pokok kelapa sawit tetapi berduri…pokok bertam biasanya serumpun dan di penuhi duri daripada daun ,batang,dan pokoknya..termasuk lah tandan bunga atau buahnya….tapi pokok bertam mmg byk kegunaannya..daun buat atap,kulit batang bertam boleh buat kelarai atau blind..kalau nak bunga bertam untuk hiasan rumah,boleh hubungi saya..

26 | zackmohd

April 11th, 2012 at 4:52 am

Avatar

kalau nak bunga bertam untuk hiasan rumah ,boleh contact saya..

27 | zackmohd

April 12th, 2012 at 6:18 am

Avatar

kalau nak bunga bertam untuk hiasan rumah,boleh contact saya

28 | djali

May 21st, 2012 at 10:23 pm

Avatar

@admin
salam,
buah mukyu tu macam buah keriang acheh..
tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masam dan juga ada yg rasa nya sangat manis..
cerita buah mukyu ni yg saya pernah makan dahulu tu semasa saya masih budak2 lagi tu kurang lebih dah 35 lima tahun yg lalu..
disautu kampong di pulau Pinang. nama kampong tu ialah kampong Jawa. (sekarang semua orang tahu dgn nama baru tempat tu. BAYAN BARU.

29 | razak

September 19th, 2012 at 6:04 am

Avatar

ini gambar buah salak hutan, tak oleh dimakan, salak hutan yang boleh makan tu lain bentuknya, tandannya kebawah. buah rotan kecil2, macam kueh buah rotan tu, kalau masak boleh dimakan isinya sedikit tapi manis. buah muda/masak boleh dikeringkan bersama tandannya, dijadikan hiasan..

30 | Andika

March 14th, 2013 at 3:39 pm

Avatar

bukan buah pantu? Yg tua tak boleh mkn keras mcm batu. Yg muda lembut boleh mkn. Umbutnya sedap walau pun rasa pahit sedikit. Batangnya ada sagu walau pun tak banyak macam pokok sagu.

31 | sjn alias

December 15th, 2013 at 5:17 pm

Avatar

Buah bertam dengan buah salak adalah berbeza, tapi rupa bentuk pokok dan buahnya seakan2 sama. semasa bertugas di zaman komunis selalu berjumpa dengan tumbuhan ini hidup meliar di tengah2 hutan belantara. cuba juga merasa untuk makan buah ini tapi cukup keras membelahnya dengan parang dan isinya keras seakan2 isi kelapa tua serta ada lemak sedikit. Daunnya biasanya dibuat atap rumah oleh orang asli dan tak bertahan lama seperti atap nipah.

32 | adamzakuan

January 10th, 2015 at 9:14 am

Avatar

salam..buah rare, bertam atau btg bertam, btg pokok buat sgkar burung, jauh beza dgn salak, nk mkn msa muda je, rasa xsedap, klau tua2 tu mkn biji yg putih je dlm, nk potong tu mmg pyh gila, guna kapak la..:)

33 | A.Syamim

July 21st, 2016 at 4:36 am

Avatar

Buah Bertam & Salak adalah berbeza.
Buah Bertam isinya seperti buah kelapa.
Luaran saja seakan-akan sama.
Tapi buah Bertam lebih membujur berbanding buah Salak.

Batang pelepah Bertam sesuai dibuat galah, sebab ringan & kuat.
Tapi pastikan buang durinya terlebih dahulu..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2088
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014