31 Oct, 2010

Laksana Bunga dedap, Sungguh Merah Tidak Berbau

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

bunga-dedap

Sekali pandang memang cantik si Bunga Dedap ni. Warna merahnya yang menarik menjadikannya pokok hiasan yang popular di kawasan kediaman. Namun, di sebalik bunga dedap ini ada pantun dan kiasannya..

Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah di dalam perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

Rujukan : Puisi Melayu Tradisi, Fajar Bakti, 1985.

Maksudnya; Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

Ada sesiapa nak jawab pantun ni ?

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2948

9 Responses to "Laksana Bunga dedap, Sungguh Merah Tidak Berbau"

1 | hassand38

November 1st, 2010 at 1:01 am

Avatar

Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah di dalam perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

Bunga dedap tidaklah bebau
merah nya terpikat kedalam kalbu
Walau pun merah tidak berbau
Enak nya sungguh dibuat kerabu.

2 | pak choo

November 1st, 2010 at 1:27 am

Avatar

>>>

Sungguh laksana bunga dedap
Cantik merah tidak berbau
Allah jadikan pandangan jer sedap
Kegunaan pokoknya siapa tahu ..??

… pokok dedap ada yang berduri, ada yang jenis tidak berduri .. keratan dahan pokok dedap senang tumbuh, sebab itu selalu di jadikan pagar kerana bolih tahan lama, bahkan kena di `andam’ selalu untuk tidak terlalu besar ..

… pokok dedap juga sesuai di buat junjung lada hitam, sebab bolih jimatkan kos pengganti tiang kayu yang agak mahal kerana kayu junjung lada hitam perlu kayu yang tidak mudah reputdan rosak .. jabatan pertanian telah mengakui langkah ini sungguh sesuai bagi pengusaha ladang lada hitam …

3 | almo

November 3rd, 2010 at 7:01 pm

Avatar

Malang si dedap tidak berbau, Dahan berduri apalah guna,Memang kuharap pada yang tahu, Kasihan diri takut dihina.
Buat hiasan di depan rumah. warna menyeri para tetamu,
Buat kajian bahan ilmiah, Kerana diri saudara tak jemu..

”””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’
warnanya sangat menarik,dalam pengalaman saya pokok ni ada 2 jenis.yg biasa warna merah dan mungkin jarang dilihat ialah warna pink,tapi jenis pink tumbesarannya agak slow dan lebih kecil.pada saya dedap tak disyorkan pada mereka yg malas nak cantas mencantas,sebab setelah habis berbunga dahannya agak serabut.

4 | che sukri

December 4th, 2010 at 10:21 pm

Avatar

Trima kasih atas imfo Memang nak pergi sangat , faham aja lah ,
Tentang bunga dedap Pantun nya saya ta nak jawab Tapi kalau saudara
nak resepi masak bunga dedap bulih saya beri saya masih ingat Bunga
derdap bulih di makan , kalau nak resepi nya Hubungi saya semula ,
Jangan ingat bunga dedap tu ,walau taada bau ia bulih di makan

5 | Zamri Abdollah

January 23rd, 2011 at 10:33 am

Avatar

“sape2 tau kat mane nak cari pokok dedap ni tolong bagitau n hubungi saya atas tujuan perubatan anak saya nazrin shauqi, segala kerjasama anda semua amat dihargai…..”

6 | amer

January 31st, 2011 at 3:13 am

Avatar

Pokok dedap ni dikampung2, sememangnya ada, dibuat tiang pagar, sebab mudah ditanam (guna batangnya ja). Ada yg. seluruh pokonnya hijau dan ada juga jenis yg. hijau / kuning pudar.Berduri kecil di batang/dahan. Boleh jadi peneduh kawasan, ada bunganya tambah lagi serinya. Daunnya dan keseluruah pokoknya amat digemari oleh arnab.(tak caya, cuba bagi makan). Dar segi perubatan, apa gunanya ya? siapa tahu maklum2 kan la. Untuk ubat apa le En. Zamri?

7 | Hanom

February 3rd, 2012 at 6:47 am

Avatar

Siapa yang nak bunga dedap, boleh hubungi saya. Depan rumah banyak di tanam oleh Majlis Perbandaran. Bunganya memang cantik 012-6735569.

8 | royaltown

March 11th, 2012 at 6:32 pm

Avatar

@Zamri Abdollah -askum…dekat rumah saya ada terdapat nya pokok dedap ni…bunga sungguh lebat…jika saudra brminat boleh hubungi sy di no 0134404467…rosyam…

9 | Madzrib

March 30th, 2012 at 6:56 am

Avatar

Jangan terperanjat kalau saya bg tahu ada lagi satu kegunaan kayu derdap ni. Bagi pembuat senjata di kelantan kayu pokok ini di jadikan batu asah senjata spt keris, badik, tumbuk lada dan lain2. daunnya juga digunakan utk ubat gatal2 kulit. Orang kata

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17031 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits