25 Oct, 2010

Pokok Turi

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

pokok-turi

Pokok turi atau nama saintifiknya sebagai Sesbania grandiflora berasal dari keluarga Leguminosae.  Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Geti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.

Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.
pokok-turi2
Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan. Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan. Ia digolongkan dalam keluarga kekacang. Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.

Anda biasa guna daun turi ini dalam masakan? Di harap boleh kongsi resepi anda atau pengalaman anda menggunakan daun turi di sini. Mungkin ada petua yang anda ingin kongsikan mengenai tumbuhan ini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3837

26 Responses to "Pokok Turi"

1 | pauzi nong

October 26th, 2010 at 12:03 am

Avatar

Daun muda pokok turi memang sedap jika dimasak lemak bersatan / masak tumis air campur keledik.

2 | Iszhar Saad

October 26th, 2010 at 12:45 am

Avatar

Banyak tumbuh secara meliar, mungkin dimakan oleh burung kekacangnya. Tak tahu pulak boleh dibuat masak lemak dan berkhasiat.

3 | Murali

October 26th, 2010 at 1:04 am

Avatar

Saya juga bercadang untuk menanam pokok turi untuk tujuan komersil. Tetapi agak sukar mencambahkan bijihnya. Pernah cuba tanam tapi tak tumbuh.

4 | pak choo

October 26th, 2010 at 3:00 am

Avatar

daun turi muda memang sesuai buat gulai lemak, .. boh udang basah atau ikan bilis .. regu serasi memang keledek atau labu manis ..

.. pucuk muda juga bolih d buat ulam bagi sesiapa yg suka

.. dahan perlu d cantas selalu supaya pucuk muda tumbuh, jika tidak daun tua akan rasa pahit sedikit, .. pucuk muda yg tumbuh setelah dahan d cantas kurang rasa pahit ..

.. cara tanam, senang guna dahan dari biji dalam kekacang ..

.. biasanya turi bunga merah lebih kecil pokoknya dari yang berbunga putih ..

5 | shuib ahmad

October 26th, 2010 at 4:34 am

Avatar

memang sedap spt pak choo cakap tu tetapi daun geti ini menyebabkan lengoh-lengoh badan.

6 | pak choo

October 26th, 2010 at 12:22 pm

Avatar

saya tak pasti kata Shuib tu betoi .. lengoh2 badan bila makan .. saya memang makan banyak2 kalau gulai turi nie .. tapi tak terasa apa2 mudarat ..

.. tapi kalau pucuk manis, memang ada yg `kalah’ ..pening kepala, .. memang terbukti ada toksin dlm sayur pucuk manis, .. ada yg allergic kalau makan banyak .. saya tidak `kalah’ makan pucuk manis tu ..

7 | ahmad

October 26th, 2010 at 2:47 pm

Avatar

saya biasa makan gulai turi masak lemak. memang sedap rasanya. dapat dibeli sekali sekala di pasar tani.

8 | walla

October 26th, 2010 at 3:00 pm

Avatar

Org utara mmg panggil pokok geti.. , masa tgk gambar tu terus saya ckp macam pokok geti.. bila baca lagi.. sah pokok geti.. saya rasa pokok tu boleh cambah dgn biji, sebab tok saya tabur je kat tanah deoan rumah dia,… 2 bulan saya p tengok balik, dah agak tinggi dh. mungkin tgn tok saya sejuk kot… mmg org suka buat masak lemak sayur ni..

9 | almo

October 26th, 2010 at 4:01 pm

Avatar

info yg fazlisyam tu betol sangat.pokok ni suka kat tanah liat sama ngan pokok mother of cocoa (moc),pokok pun hampir sama.aku rasa turi pun sesuai buat teduhan mcm moc

10 | Jon

October 26th, 2010 at 4:40 pm

Avatar

Bila teringin nak makan, saya ke pasar malam. Saya suka pulak belajar makan sayuran yang aneh dpd sayuran biasa. Terlebih lagi, saya ingin pula mengumpul herba. Sudah menjadi hobi. Koleksi ini termasuk Ulam Raja, Selom, Maman, Tenggek Burung dan yang lain itu tidak tahu pulak namanya.

Biasanya saya masak Turi dgn sambal, baunya pun sudah cukup.

11 | Ross

October 27th, 2010 at 8:32 am

Avatar

daun turi nie selalunya saya masak lemak putih campur ngan ikan bilis dan labu manis atau pun keledek.. kalau takde labu atau keledek, saya masak gitu jerk.. makan ngan sambal belacan.. sedapnyerrrrr.. :))

12 | hamidah

October 29th, 2010 at 4:20 am

Avatar

Daun turi memang sedap tapi awas kalau makan banyak sangat boleh menyebabkan kembung perut. Nak menanamnya pun sedang guna sahaja dahan yang tua cucuk sahaja di mana nak ditanam pokok tu.

13 | Anuar Zakaria

October 31st, 2010 at 10:45 am

Avatar

pokok turi ni, orang utara panggil pokok keti, daun macam daun petai selalunya buat masak lemak rasa pahit sedikit,cebisan kulit dalamnya
boleh di buat ubat untuk ulser mulut. untuk meranti gajah saya tak tahu pula harap-harap ada gambar untuk pokok ini.pokok yang mana satu? terima kasih.

14 | ROSLI KASSIM

October 31st, 2010 at 10:46 am

Avatar

Pokok Turi - kalau disebelah utara dipanggil GETI - terdapat 2 jenis yang terdapat di KEDAH - berbunga merah serta berbunga putih, Bagi yang berbunga merah disukai ramai. selalunya bunga dibuat ulam dengan direbus, daun dibuat sayur masak lemak.Itu sahaja yang dapat saya nyatakan disini.

15 | fnd M

October 31st, 2010 at 10:47 am

Avatar

Masa kecik dulu, memang ada tanam pokok Turi. Senang tumbuh. Arwah mak biasa buat sayur turi masak lemak tapi lama dah tak makan. Lupa dah sampai Sdr Fazli tanya ni

16 | zaikiah shamsuddin

November 2nd, 2010 at 4:07 am

Avatar

sayur turi memang sedap samada direbus makan dengan sambal belacan atau masak lemak putih atau lemak. Masaalahnya sekarang pokok ni susah untuk ditemui. Saya harap boleh jumpa satu tempat yang menjual pokok pokok lama agar tidak specis specis tersebut tidak pupus.

17 | sufri

November 3rd, 2010 at 3:57 pm

Avatar

salam..
pokok geti lah antara pokok yg mudah untuk hidup.
caranya: amek keratan batang yg tua..boleh disemai dlm polibeg @ terus k tanah gambut @ sedikit berair(paya)
dlm tempoh tidak kurang seminggu akan bertunas daun2 kecil..cubalah…sekian

18 | mohamad nizam

November 8th, 2010 at 4:55 am

Avatar

klu kt kg aku [pokok ni d pnggl pokok geti…sedap klu buat sayur lemak campur udang kering…tambahkan keledek…rasany pahit2 lemak…sedap ooi…kena jaga2 dengan etah dia…klu keana kt baju baru..beli lain la jawabnya…tok sah bubuh apa..mmg x keluaq…aku dah kena dulu…

19 | Tok Batin Sham

November 11th, 2010 at 7:54 am

Avatar

Salam…bunga pokok geti@turi yang berwarna merah jambu boleh dijadikan ulaman dan sangat baik untuk mereka yang menghidap penyakit asthma. Jika sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mengamalkan petua ini. Terima kasih.

20 | Imam B Sharatun

November 16th, 2010 at 12:09 am

Avatar

Tanaman turi memiliki bintil akar yang dapat mengikat N dari udara. Oleh karena itu sangat baik untuk kesuburan tanah dan produksi tanaman. Daunnya yang mudah terdekomposisi sangat baik untuk pupuk. Caranya, cukup disebar di lahan pada saat pengolahan tanah. Bunga dan buah mudanya sangat enak dimakan dan bergizi tinggi. Rasanya seperti kacang panjang. Kayu atau batangnya sangat disukai oleh hama penggerek. Ulat penggerek batang turi ini sangat enak dimakan dan kaya protein. Caranya, cukup dibakar atau digoreng, lalu langsung dimakan. Hem….lezat!

21 | aidadewie

November 19th, 2010 at 5:47 am

Avatar

nenek saya selalu masak dgn dal.. pas tuh masak rasam (sejenis masakan india) makan dgn nasi…best sgt..boleh tambah 2 pinggan lagi pas tuh..

22 | wawa

November 27th, 2010 at 4:24 pm

Avatar

bukan setakat masak lemak,goreng pun sodap,rase cam kelat2 sikit tapi best….

23 | hazah

December 6th, 2010 at 4:59 am

Avatar

slalu goreng pcah tlur.klu msk lmak suke simpul,bla nk mkn lurutkan…fuh sedappp.tumbuk ikn bilis byk2 @ isi ikan rebus.

24 | sabre

December 6th, 2010 at 2:17 pm

Avatar

salam. daun turi atau geti direbus dahulu sblm di buat sayur lemak campur udang bg menghilangkan rasa pahit.Geti yang berbunga putih lebih sedap dari yang merah.dan bunga nya dari jenis merah atau putih lebih lg enak bila dibuat sayur lemak cili padi.

25 | JALALUDDIN ASRAM

December 27th, 2010 at 2:40 pm

Avatar

Daun mudanya memang sodap dimasak lemak campur keledek atau labu. Nak tanam pun senang guna batangnya yang tua sedikit cucuk jer kat tanah mesti bertunas ler lepas seminggu… Ada terdengar cerita perihal pokok ni org dulu2 tanam untuk mengelakkan jin bertandang kawasan rumah..jin takut sangat pokok ni..wallahhualam…

26 | hilde aprilia panggabean

July 8th, 2011 at 2:14 am

Avatar

woww,,,,,
slm knl z dech buat bibit turi,,,,,,,,,,,,,
soal’a dsinieee sperti bibit turi niee blom ada

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17031 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits