15 Sep, 2010

Peria Katak

Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan|@Sayur Tradisional

peria

Tahukah anda bahawa Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia merupakan salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Pakar perubatan China telah menggunakannya untuk merawat asma dan haid yang terlewat. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV dan AIDS walaupun setakat kini belum ada kajian saintifik sepenuhya dijalankan bagi menguji keberkesanannya dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. Di samping itu, peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Selain itu, peria juga berguna untuk merawat penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan HIV seperti artritis dan opportunistic infections, misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit. Terdapat pula sejenis protein yang terdapat di dalam peria, iaitu MAP-30 yang dapat mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain.

Kepada yang ingin menurunkan tekanan darah tinggi ataupun stress dengan kesibukan kerja, saya ada mendapat satu petua yang mungkin berguna kepada sesiapa sahaja. Caranya mudah sahaja : Ambil sebiji peria katak dan batang saderi. Kemudian dikisarkan bersama dan di minum jus tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :14327

9 Responses to "Peria Katak"

1 | makcik ani

September 16th, 2010 at 2:44 am

Avatar

belakang rumah makcik ada tanam pokok peria katak ni, mak cik suka makan cicah sambal belacan . la terliornya bila sebut. masa tak ada buah kadang-kadang tak sabar nak makan, ambil pucuk-pucuknya dan direbus, buat budu biar sedap , kasi ikan tawar,cili yg. ditenyeh dan perah asam limau nipis , lagi sedap buat cicah pucuknya.

itu pasal pokok ni tak boleh takada di belakang dapor.

2 | hasan

September 18th, 2010 at 5:05 am

Avatar

Ya di indonesia namanya Paria, tanaman ini mudah ditnam dan berbuah banyak, saya sudah coba tanam dipot juga bisa tumbuh dan berbuah banyak.
Enak dibuat tumis

3 | hasan

September 18th, 2010 at 5:07 am

Avatar

Tak lupa salam buat Ipin dan Upin

4 | pak choo

October 4th, 2010 at 2:53 pm

Avatar

daun peria katak bolih buat ubat lelah … terutamanya kanak2 yang aktif pada waktu siang hari tapi susah bernafas apabila tidur malam … ambil sehelai dua daun peria katak, lumatkan dengan kapur sireh dan sapukan di leher dan tengkuk, .. akan memberi kelegaan untuk bernafas .. ini dari pengalaman sendiri semasa kanak2 dulu

5 | sexy

October 17th, 2010 at 9:52 am

Avatar

biasany arwah nenek rendamkn iany dlm air garam sblm dmasak tumis. pahit tp tak pahit. ah! semua masakan arwah nenek sedap wp dmasak dgn dapur kayu n periuk yg penuh jelaga. yg ptg ianya dmasak dgn penuh kasih sayang.

6 | sexy

October 17th, 2010 at 9:56 am

Avatar

lupa. arwah nenek ada mnanamny. bila putikny agak besar, arwah balut dgn kertas srt kabar. buah yg dh besar kdg dberi kpd jiran. kdg2 jiran bg 50 sen. arwah datuk jg bgtu. jika pkk duku bbuah stangkai, mesti jiran2 mrasa 1 biji sorg…

7 | kak Mar

November 8th, 2010 at 3:14 am

Avatar

Salam, Antara kebaikan peria katak ni juga…boleh menurunkan gula dalam darah… caranya blender 1 biji peria katak yang muda dengan segelas air suam..lps tu tapis dan minum..sesiapa yg tak tahan dengan baunya..eloklah picit hidung sambil minum..sbb adakalanya baunya agak kuat…tapi amat berhasil sekali…lakukan 3x seminggu insyaAllah… tahap gula anda akn terkawal…ini dari pengalaman ibu saya…yg kini menjadi amalan…

8 | hazah

December 2nd, 2010 at 10:26 am

Avatar

baru tengok rancangan bertajuk cooking the world,ada 1 daerah kat jepun klu x silap mereka gemar makan sayur ni untuk kesihatan dan percaya boleh panjangkan umur…rahsia mereka boleh menjangkau usia 100thn.

9 | Peria goreng bercili | Minsal Blog

October 19th, 2014 at 7:12 am

Avatar

[…] ┬áPeria katak. Kacang panjang goreng belacan Sambal kuini Sambal bilis Koay teow goreng cendawan Mi sanggul goreng […]

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2043
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014