19 Sep, 2010

Pokok Maman

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

maman

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu dan Negeri Sembilan. Menurut pengusaha ulam-ulaman yang saya ketemui, maman juga banyak ditanam di Perak secara komersil bagi pembuatan jeruk. Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan ,   biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok mamanpula  boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :4504

12 Responses to "Pokok Maman"

1 | sabri

September 19th, 2010 at 8:28 am

Avatar

salam. setahu sy pokok maman ni cuma dimakan dalam bentuk jeruk shj. dedahan dan maklumat dari admin /fazli tentang khasiat dan guna maman ni amat dihargai.dalam peroses jeruk maman, nasi digunakan bg memasamkan jeruk?

2 | chah

September 19th, 2010 at 1:32 pm

Avatar

salam…
sekadar nak kongsi pengetahuan…maman yg gambar kat atas tu kami panggil mamam huma.biasanya ditanam dengan cara tabur bijinya terutama di kebun yg baru diteroka(huma).dijeruk bersama nasi & garam.Yg segar juga sedap dimasak cili api @ rendang Ng 9 dgn ayam.Pahit2 skt tp sedap…
Ada satu jenis lg dipanggil maman pasir..selalu tumbuh meliar dengan banyak terutama tepi2 parit @ longkang.Pokok & daunnya sama tp buahnya sy blm pernah nampak..Boleh di jeruk sama seperti maman huma &dari segi rasa…maman huma libih kick sbb ada rasa pahit2 skt…tq

3 | hasan

September 20th, 2010 at 12:55 am

Avatar

Assalamualaikum,
Di indonesia mungkin tanaman buncis kali ya ?

4 | lloni

September 20th, 2010 at 5:12 am

Avatar

Di kelantan jeruk mamae memang merupakan makanan tradisional sejak sekian lama. Kebanyakan makcik2 di kampung memamng pandai buat jeruk maman. Pokok mamame ada dua..putih(ijau) dan merah.

5 | sofeajane

September 24th, 2010 at 9:31 am

Avatar

encik hasan: ini bkn tanaman buncis…buncisnya lain…ini tanaman yg dipanggil maman…

di kedah juga byk maman ni…biasa penduduk sini buat jeruk utk pucuk2 maman ni….sungguh enak skali…..
jeruk maman diperap bersama air dan nasi…pastu dah siap menjadi jeruk boleh makan dgn bawang dan cili padi..

6 | sexy

October 17th, 2010 at 9:31 am

Avatar

arwah datuk n nenek slalu bli. 2 yg sexy pandai mkn jeruk maman ni. masam2 tp sedap. kena plk ngan cili tp sexy x mkn byk. nnt body x cantik. ehek!

7 | izman

October 20th, 2010 at 9:02 am

Avatar

Jeruk maman mmg sedap sebagai pembuka selera,pernah suatu ketika saya pernah kerumah kawan saya di Pekan ,Pahang .Saya disajikan dengan maman masak lemak putih,wui! sedap…..tak sangka pulak maman boleh dimakan tanpa dijeruk

8 | hazah

December 2nd, 2010 at 10:23 am

Avatar

pernah makan masak lemak kuning ikan rebus+jeruk maman…sedap sangat2.

9 | paizah

May 20th, 2011 at 5:35 am

Avatar

cite pasai maman saya kalau dapat jeruk maman mak saya buat, sungguh selera makan nasi nak2 kalau ada goreng pekasam habis seperiuk nasi. tapi buat sendiri kadang jadi kadang tak. Mak saya blend nasi dan tapis airnya campur sama garam lepas tu masuk daun yg telah dipotong. tiga hari sekali balik2kan biar kena rata. agak2 seminggu lebih dah lecur semua boleh la makan. taruk bawang sama cili api. garam tu nak kena pandai agak masinnya. baru masamnya ngam.

10 | hilde aprilia panggabean

July 8th, 2011 at 2:26 am

Avatar

kalau disini x banyak seperti bibit maman….
tapi blom da yg menggunakanny untuk bhan pangan maupun obat2 ,krna aromanya itu sangat menyengat bagi penciuman………..
dan kalau dikonsumsi sangat tidak enakkkkkkkkkkk rasanya,,,,,,,,,,,,,
maka dari itu masyrakat di tempat kami blom tau pa hasiat maupun kegunaan dari tanaman tertsebut………….

11 | saedah

May 4th, 2012 at 6:58 am

Avatar

dtg…nak kepastian pokk maman..nak buat jeruk..tepi umah banyak pokok maman…dulu tengoh arwah maktua buat jerok..2 3 hari g bleh mkan ikn bkar dgn jruk maman..sah! tepi umah ni pokok maman..tqvm

12 | sabri

May 8th, 2012 at 6:44 am

Avatar

assalamualaikum
Maman yang biasa kita jumpa dan makan adalah seperti gambar diatas.Baru ni ada nenek dekat rumah cakap maman tanah pun bolih dimakan , dibuat jerok seperti maman biasa.saya petik dan jerokkan, rasa dan baunya sama macam maman biasa.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17031 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits