07 Aug, 2010

Terung Pipit

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

terung-pipit

Teringat sewaktu zaman bujang dahulu, rakan serumah gemar memasak terung pipit bersama dengan cili padi. Tidaklah sedap sangat….  nama pun orang bujang, yang mana asal boleh makan kira masuk mulut telan aje.. Sejak dari itu sehingga sekarang ( lebih kurang 7 tahun kot) saya tidak pernah lagi makan terung pipit.  Izinkan saya memperkenalkan terung pipit ini pada anda.

Terung pipit juga dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas.  Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil.  Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

terung-pipit2

Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :12036

6 Responses to "Terung Pipit"

1 | Madi Isyak

August 8th, 2010 at 12:01 am

Avatar

Informasi yang amat berguna. Terimakasih!

2 | chah

August 9th, 2010 at 3:37 am

Avatar

Baru2 ni sy ada makan dkt 1 kedai nasi campur kt Pekan Sg Besi.Kalu x silap namanya “Ayam Kampung Malaya”.Lauk yang sy amik tu mmg membuka selera…dia buat smbal bodoh je,tp mmg tetingat2 lg rasa lauk tu….Terung pipit + terung telunjuk dibelah2 + bilis garing + petai dimasak sambal kering cili padi….Mak oii..w/p nampak sambal tu bodoh je…tapi sampai hr ni sy masih terkenang….sblm puasa ni ingat nk gi makan lg la kat situ….

3 | fiza

September 12th, 2010 at 10:59 am

Avatar

Best wat sambal pedas terung pipit…pembuka slera waktu mkn tghari..Fuh!peluh jantan tkeluar..actually my parents x reti nk mkn benda2 ni..tp d sbabkan sy ni slalu keja bpindah randah n rakan2 skerja slalu je mempekenalkan pelbagai jenis makanan n masakan kpada saya..x salah kalu kita mencuba kan? saya ni suka mencuba sesuatu yg baru..janji halal n sedap

4 | sexy

October 17th, 2010 at 9:38 am

Avatar

kt kg arwah nenek panggil ianya terung banggol (sexy org hulu tp lawa blh tahanlaa.. la..la..). dauny bbulu n ada duri (ingat2 lupa). tak sempat nk tumis dgn bilis sbb perut dh lapar, cara cepat ialah iany dcelor, cicah budu n dmkn dgn nasi.. oh! ya! iany tmbuh kt celah simen rmh sexy. br 2 inci. nnt dh besar sexy nk pndahknny.

5 | Andika

February 9th, 2013 at 11:20 am

Avatar

sama spt kat semenanjung, kat sarawak pun dikenali sbg terung pipit jugak. Mungkin dah lumrah di alam melayu ni, kalau kecik saja terus dibagi nama pipit atau padi di belakang nama asalnya. Berbalik dengan terung pipit ini hanya buahnya yg muda enak dimakan. Masakan yg paling sy gemari ialah tumis belacan terung pipit,…alaa mak oi sedapnya. Pokok terung pipit ini tumbuh liar di pinggir2 kampung atau di tepi2 jalan, tetapi ada juga orang yang menanamnya Bagaimana pun orang kata buahnya yg sudah tua tak elok dimakan sbb bijinya yg banyak itu tidak hadam dlm perut yg boleh menyebabkan sakit apendik. Waallahualam…

6 | juana

March 8th, 2015 at 12:30 pm

Avatar

Terung ini juga dikenali sebagai terung rembang disesetengah tempat. Di kampung saya dikenali sebagai terung belanda. Sedap dibubuh dalam sambal tumis ikan bilis. Kakak ipar saya orang neg 9 suka masak lemak cili padi terung belanda ni campur pucuk ubi.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

2002
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014