27 Aug, 2010

Buah Pelik apa ni?

Posted by: admin In: Artikel

Number of View :1250

ubi3

Lama pula rasanya tidak update Blog ni. Banyak email yang saya terima bertanyakan tentang tumbuhan dan mencari maklumat sesuatu tanaman. Maaflah, rasanya tidak termampu saya memenuhi permintaan anda buat masa ini. 2 minggu lepas saya ada menerima email dari seorang yang bertanyakan pokok yang mempunyai buah yang pelik ini. Terkejutlah juga sebab tidak pernah melihat buah seperti di bawah ini sebelum ini.

ubi2

Menurutnya, buah ini keluar di celah daun pada batang pokok ini. Mulanya saya saya sangka pokok ubi badak kerana daunnya seakan sama. Namun, ternyata ia bukan. Jadi, saya dan pengirim email tersebut memohon kepada anda yang pernah lihat buah ini atau pernah mencubanya , bolehlah kongsikan sesuatu di sini.

Related Posts with Thumbnails

17 Responses to "Buah Pelik apa ni?"

1 | bangchik

August 28th, 2010 at 3:26 am

Avatar

Kelihatan seperti buah mengkudu yang sangat tua…. bangchik

2 | sabri

August 28th, 2010 at 12:05 pm

Avatar

salam. gambar diatas tu adalah sejenis ubi bukannya buah .ubi ni dikenali dengan nama ubi tum. ubi tum ni dikupas kulitnya dan dimasak kari ikan keli atau ikan haruan.rasanya lebih kurang macam ubi kentang.

3 | sar

August 29th, 2010 at 1:55 am

Avatar

salam. orang Terengganu panggil buah ni dengan nama ubi sentul walaupun ianya adalah buah. Ia boleh dimakan dengan cara merebusnya atau membakarnya.rasanya agak-agak pahit sedikit.boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis.

4 | dan_kedah

August 29th, 2010 at 6:42 am

Avatar

salam…kat rumah mertua ada la pokok ni..tapi buah/ubi ni,nama tak penah tanya pulak… x lah mcm ni…nak bulat sikit…klu dlm bahasa inggeris disebut air potato (kalau silap minta maaf yer)…

5 | admin

August 29th, 2010 at 3:13 pm

Avatar

terima kasih.. satu maklumat yg baik.. tak sangka pulak ada sejenis ubi yang bukan dari tanah..

6 | zex

August 30th, 2010 at 8:57 am

Avatar

Namanya ubi tum ubinya tumbuh di atas pokok juga didalam tanah rasanay cam ubi kentang tapi agak berlendir sikit.sangat sedap jika dibuat gulai dengan ikan darat(air tawar)spt ikan puyu,keli.
pokok ni arwah mak saya pernah tanam tapi semenjak dia tak ada tak ada org ambil tahu .pokok tu entah kemana menghilang…….

7 | mohd sah

September 3rd, 2010 at 10:05 am

Avatar

ORG KAMPUNG SAYA PANGGIL BUAH SUSU GAJAH BERBUAH DI DAHAN POKOKNYE MENJALAR.DARI BUAH DI TANAM AKAN NAIK MENJALAR DAH BERBUAH

8 | adi

September 7th, 2010 at 8:16 am

Avatar

sekali tengok mcm ubi badak. tapi sah, bukan ubi badak. ubi itik pun buka. specis dia lah tu kot.

9 | fazlirda

September 14th, 2010 at 4:48 am

Avatar

inilah ubi gadung , mmg semakin pupus pokok ni dats y ramai yg x kenal , ubi gadung ni elok untuk kecantikan kulit , cuberler taye google , kt kg , ader org usahakan bedak sejuk berasaskan ubi gadung ni

10 | SAB

September 16th, 2010 at 3:27 am

Avatar

meh saya kumpul nama diya…. ubi tum, ubi gadung, buah susu gajah, ubi sentul.. saya pnah dengar ubi sentul je.. ubi lain tak nah dengar.. info baru ni kalu gi ke daerah2 tertentu,, kenala tau nama-nama ni… ubinya satu je,, namanya banyak,,,, wauu.

11 | lekceria

September 16th, 2010 at 3:02 pm

Avatar

ini buah ubi gadong yg org tua2 dahulu wt tuba untuk menuba ikan disungai pada musim kemarau……..buah memang mempunyai racun…….x blh di makan

12 | izzilham

September 29th, 2010 at 9:41 am

Avatar

ini ubi gadong namanya.Boleh dimakan ttp kena basuh di tempat air mengalir…jika tak kena cara beracun jdnya dan boleh memabukkan.

13 | jalie

October 4th, 2010 at 9:35 am

Avatar

ni namanya ubi stong.kat kelate sohor og wat ubat darah tinggi n rendah.rebus n mkn isi dia.dia ad 2 jenis putih n coklat mcm gambar 2. rasanya pahittttttttttt sgt.tapi ad lemak2 skt.

14 | pak su gurun

October 9th, 2010 at 2:46 pm

Avatar

Memang namanya ubi gadong, tapi gadong tum. Boleh dibuat gulai bersama ikan darat/ikan ai tawar. Bila cukup matang dia akan gugur sendiri, ‘ bunyi tum’ satu lagi ubi ni juga dipanggil - ubi takut babi. Itulah sebabnya berubi di atas . Tapi di bawah juga ada ubinya lebih sedap dari yang di atas.

15 | Kak Mah

December 4th, 2010 at 12:58 pm

Avatar

Ni buah ubi itik kalo xsilap, xtau apa khasiat dia

16 | aida

April 11th, 2011 at 3:22 am

Avatar

Macam-macam tafsiran..ubi gadong, ubi tum, ubi gajah, ubi takut babi, ubi stong. Setahu saya ubi gadung tu kalau tak betul cara proses boleh mabuk. Tapi camne ada yang kata boleh buat gulai dengan ikan darat, rasa sedap macam ubu kentang…dan tak mabuk. Tapi kalau ubi gadong betul lah kata En Izziham dicuci ditempat air mengalir, sbb masa sya kecil2 dulu org kg proses ubi gadong macam tu

17 | mamamia

January 23rd, 2012 at 7:32 pm

Avatar

salam sumer….cuma nk kongsi ttg buah ni….kat depan rumah ayh sy ader byk sgt buah ni tumbuh menjalar…tpi sy x der amek port plakttg buah ni,ayh ader cter ttg khasiatnyer,ayh pggil buah MAHARANI..tpi x thu la yg mner 1 btol…u all pgil mcm2 nme…pelik plak..ayh ckp buah mmg sush nk jmpa…tpi sy slalu jer jmpa???sbb byk sgt kat dpan umah ayh,kdg2 smpai terpijak2… u all nk thu x???buah ni sy x pnah tgok ianya berbatang atau berdaun…yg sy nmpak cme akr yg menjalar,buah ni tumbuh tumpang kat pokok2 yg ader berhampiran dgn ia..sy slalu tlg ayh potong untuk dijemo ..erm….aper2 jer la…anyway if u all nk kongsi aper2 contact2 la kt fb kite erk…leh kite sme2 kongsi rahsia buah yg unik ni…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011