19 Aug, 2010

Khasiat Kangkung

Posted by: admin In: @Doktor Pokok| @Makanan Kesihatan| @Tanaman Sayuran

kangkung

Artikel kali ini adalah sejenis sayur yang popular di kalangan masyarakat kita. Sayur kangkung memang tidak asing lagi sama ada dimakan dengan cara menggorengnya atau dicelur untuk dibuat ulam. Terdapat 2 jenis kangkung iaitu kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair dan sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.

Dari segi perubatan tradisional , ia mampu untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya ialah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar bersama-sama batangnya kemudian di tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2616

6 Responses to "Khasiat Kangkung"

1 | Jeff

August 21st, 2010 at 1:57 am

Avatar

kangkung atau ipomea reptans adalah sayur herba yg kaya dgn zat galian dan vitamin. drp kajian yg pernah dibuat didapati bhw kangkung mampu melegakan beberapa ketidakselesaan akibat insomnia, buasir, migrain dan keguguran rambut. cara guna ialah makan dgn cara ulam (dicelur dahulu) atau ditumis mengikut kesukaan. bg memulihkan keguguran rambut gunakan lendir drp ramasan kangkung segar dan lendir td dilumur rata keatas lapisan rambut dan balut dgn tuala bersih selama setengah jam kmdn basuh spt biasa dgn air bersih..klu yakin boleh dicuba…

2 | sabri

August 21st, 2010 at 11:11 am

Avatar

salam. tak tahu plak yg kangkung ada nilai perubatan sblm ni.kangkung dalam gambar tu kangkung cina dan ada lg satu jenis kangkung yg berdaun lebar yg banyak kedapatan kat taliair terutama sebelah utara ni.kangkung jenis ni selalunya dibuat gado gado atau dijadikan campuran dlm yong tau fu

3 | deng

August 26th, 2010 at 4:36 am

Avatar

Kangkung kurang sesuai bagi mereka yang berpenyakit gout dan digalakkan untuk membuang pucuknya bagi mengurangkan kandungan uric asid dalam sayuran tersebut…

5 | hasan

October 8th, 2010 at 1:09 am

Avatar

enakna dibuat pecel

6 | sexy

November 24th, 2010 at 6:19 am

Avatar

kura2 sexy suka sgt dgn kangkung nih! memilih! jika sexy tepuk tgn n acah2 dgn kangkung ni, pasti dia dtg dgn bsmgt n bselera betul jika dsuapkn.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17167 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9740 hits
Buah Keriang Dot - 9692 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8473 hits
Petua Tradisional - 8062 hits