11 Aug, 2010

Keladi Telur

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

keladi-telur

Bila sebut tentang keladi, mungkin ramai yang biasa makan. Terutamanya ubi keladi goreng. Namun, tahukah anda keladi jenis apa yang anda makan? Sebenarnya saya sendiri kurang arif tentang keladi. Kalau mengikut rujukan, ubi keladi ini ada banyak.

Antaranya ialah keladi minyak, keladi sayur, keladi cina, keladi pinang dan pelbagai jenis lagi yang saya sendiri pun tidak biasa dengar. Keladi telur seperti gambar di atas ini setahu saya jarang dijumpai ditanam secara komersil. Memang jarang dijumpai atau dijual di kedai. Di tempat anda mungkin banyak dijual agaknya..

Diharap anda dapat berkongsi maklumat mengenai ubi keladi ini sekiranya anda ada menanamnya atau biasa menggunakan keladi ini di dalam masakan…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3921

8 Responses to "Keladi Telur"

1 | Irahab

August 14th, 2010 at 4:41 am

Avatar

Salam Ramadhan…
Orang di tempat saya menamakan keladi ini keladi Sarawak… Kenapa namanya begitu mungkin ia berasal dari dari Sarawak agaknya. Biasanya ia dimasak air, lemak, atau hanya direbus atau digoreng sahaja. Ia juga boleh dibuat kerepek. Biasanya ia tidak banyak dihasilkan / jual pada satu-satu masa, tetapi mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.

2 | Fida

August 16th, 2010 at 2:19 am

Avatar

Keladi telur ni sedap jika dimasak bersama batang keladi dalam masakan asam pedas terutamanya….Bertambah-tambah sedap jika dimasukkan ikan puyu….

3 | fatim

August 18th, 2010 at 1:33 am

Avatar

keladi telur masak kari campur udg kering..sodaaap

4 | nurfisza

August 19th, 2010 at 3:57 am

Avatar

Assalamualaikum…

Hmm..bila tengok sume2 hasil bumi kat sini, teringat kat arwah nenek. Kami dulu memang aktif bkebun. Ubi yang ditanam pun banyak jenis, sampai dah lupa nama. Ubi telur ni, selalu musim2 ujan, best layan… sambil2 menikmati kesejukan hujan, kitorng kumpul ramai2 makan ubi rebus ni ngn air kopi panas. Fuhh…terangkat…

1 lagi ubi yang x ditanam tapi tumbuh meliar, kami panggil ubi gado-gado. Tak perasan pulak kat sini dah ditulis ke blum mngenai’n. Ubi gado2 ni, kena rendam dalam air mengalir selama sebulan, kalo x, bahaya sebab de racun. Selalu’n musim bah juga lah paling seronok layan. Bila dah rebus, hiris nipis2, makan cicah kelapa parut. Tapi sekranang…sume tu dah tinggal kenangan…Sob…Sob…Sob…

5 | Hasan

August 23rd, 2010 at 8:02 am

Avatar

Saya juga menanam banyak jenis keladi yang biasa ada di serikin sarawak dan dibeli secara borong oleh tauke tauke sayur di sana. Apa nama keladi jenis ini di sarawak?

6 | fiza

September 12th, 2010 at 10:36 am

Avatar

Kalau kat kpg saya (sri aman) sarawak, kami slalu rebus je kladi ni cicah dgn nyiur n gula apong (gula nipah)..utk minum ptg bsama air teh o or kopi o..hmm..bestnye.tapi kalu da lebih, bleh la dipotong bulat2, wt masak tumis pedas cmpur blacan o d buat masak lemak pekat cmpur cili padi…fuh..sadapnye..trus tringat dgn masakan arwah nenek

7 | admin

September 14th, 2010 at 8:16 am

Avatar

terima kasih dengan resepi tersebut.. bolehlah try..

8 | MAN

November 8th, 2010 at 2:13 pm

Avatar

as,kum saya pernah menanam keladi telur nama lainya keladi minyak dan batangnya boleh dimakan,isinya lemak, dipanggil juga keladi sayur,dgn syarat jgn kena air,jadi gatal.kecil seperti telur kerana masa tanam main pacak je,tak buat lubang.keladi ini boleh besar lagi kalau kena caranya.2-3 kilo atau lebih.adapun keladi cina batangnya kemerah2an,tak boleh makan.isinya sahaja boleh .kalau main cucuk je payah nak besar,

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17167 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9740 hits
Buah Keriang Dot - 9692 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8473 hits
Petua Tradisional - 8062 hits