04 Aug, 2010

Pokok Mahkota Dewa

Posted by: admin In: Mahkota Dewa

Number of View :3463

mahkota-dewa3

Lama pula rasanya jari-jemari yang lemah gemalai ini tidak menaip di Blog. Walaupun dunia ini dipenuhi dengan lautan ilmu dan khazanah alam, tetapi kadang-kadang terasa macam dah habis modal nak menulis. Bukan apa.. oleh kerana dek kesibukan kerja dan buat-buat sibuk di pejabat menyebabkan penyakit malas menulis datang tanpa penawarnya.  Saya sememangnya ingin tabik hormat kepada penulis-penulis di Malaysia, kerana memang bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik.

mahkota-dewa2

Artikel kali ingin saya ingin bawa anda mengenali dan merungkai rahsia pokok yang telah lama disebut-sebut dan digosipkan di media-media massa. Pokok yang dikenali Mahkota Dewa atau nama saintifiknya Phalenia macrocarpa memang tidak asing lagi di Indonesia. Di Indonesia, pokok mahkota dewa digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah buah pinggang, darah tinggi, angin ahmar, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain.

mahkota-dewa

Kini, di Malaysia penggunaan produk berasaskan herba Mahkota Dewa semakin meluas kerana dipercayai dapat mengubati penyakit kencing berdarah, batu karang, resdung, gout dan sebagainya. Sejauh mana keberkesannya saya sendiri pun belum pasti. Kata kawan saya, belum cuba belum tahu..

mahkota-dewa0

Jika anda pernah menggunakan herba ini dalam merawat penyakit atau telah menanamnya di rumah bolehlah kongsikan info anda di sini.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to "Pokok Mahkota Dewa"

1 | Madi Isyak

August 4th, 2010 at 4:01 pm

Avatar

Berhampiran tempat tinggal saya ada teman yang mengusahakan tanaman mahkota dewa ini. Namun setakat ini saya sendiri belum pernah menggunakannya.

Dengar ceritanya, memang begitulah khasiatnya, insyaallah!

2 | student

August 6th, 2010 at 4:09 am

Avatar

salam…en fazli memang ada tanam sendiri ke pokok2 nie? kalau ada saya ingin mengambil sedikit sampel untuk projek tahun akhir saya kalau tak keberatan…saya ingin mengkaji tentang keupayaan ekstrak tumbuhan dalam antikanser..

3 | John

August 6th, 2010 at 4:50 am

Avatar

Mahkota Dewa, blog anda amat menarik dan banyak yang dapat di pelajari dari nya.

Saya nak cari nama tempatan utk pokok “Madras Thorn” yang banyak terdapat di Utara Tanah Air…buah nya macam peas dan manis bila masak.

Terima kasih

4 | izzati

September 7th, 2010 at 8:33 am

Avatar

salam.. saya ingin bertanya.. buah mahkota dewa boleh dimakan atau tidak? dan apakah khasiatnya..

5 | ZEK

September 8th, 2010 at 4:35 am

Avatar

Ada banyak artikel tentang mahkota dewa ini. saya difahamkan bahagian biji buah ini sangat beracun. buah (isi buah) biasanya dikeringkan untuk dijadikan teh. Begitu juga dengan daunya kena keringkan dulu sebelum dijadikan teh kerana getah pada daun pun tidak baik untuk digunakan terus. wallahua’lam itu kata pengusaha teh herba. Saya ada dua pokok dah berumur 9 bulan belum berbuah pokoknya cantik untuk hiasan taman boleh tanam dalam pasu besar dan cantas untuk mendapatkan ranting yang cantik.

masa ini saya masih beli teh yang diusahakan usahawan kecil. Bila minum tu badan rasa segar sebab mereka telah campur dengan stevia jadi x perlu risaukan kalori. Jaga badan juga le tu.

6 | sexy

November 24th, 2010 at 8:45 am

Avatar

kat pasar tani harga benih pkk ni blh tahan mahalny. sexy fikir ianya bpatutn coz biasany ada 1-2 pkk shj yg dbawa oleh pjual n agak sukar dperolehi.

7 | shafiq

December 19th, 2010 at 5:44 am

Avatar

aloha….saya baru je beli pokok ni dengan harga RM6. Xdla mahal sgt, rase amat berpatutan.boleh bgtawu saya, cara nk proses kulit n buah ini?untuk dijadikan teh.

8 | susie

January 3rd, 2011 at 1:58 am

Avatar

salam..bole tanye x kat mane nk dptkan buah mahkota dewa nie??saya amat perlukan buah nie tok rawat kanser yg dihadapi mak saya..kalo sesiapa yang tahu bole email saya..susiedarman@yahoo.com..segala pertolongan saya amat saya hargai…

Reply - saya..susiedarman@yahoo.com..segala pertolongan saya amat saya hargai…’); return false;”>Quote

9 | nagasuci79

January 24th, 2011 at 5:36 am

Avatar

Sesiapa minat nak dapatkan pokok atau buah segara atau buah yang dikeringkan ( kat kuantan atau luar kuantan (pos) ) hubungi saya - 013-9194796 (badrul)

10 | Ishak K

March 24th, 2011 at 5:51 am

Avatar

Disini ada sedikit sebanyak tentang info berkenaan Mahkota Dewa

11 | syaida yusof

April 13th, 2011 at 5:02 am

Avatar

kat rumah saya, suami saya tanam atas tanah n pasu. kalu atas tanah tumbesaran dia cepat, 9 bulan dah berbunga n berbuah lebat. tapi dalam pasu pokok ni terbantut sikit, sebab keluasan pasu 2. buah yg terhasil 2 suami saya buat benih n tanam. ia telah menghasilkan anak pokok n dah boleh dijual.

12 | helmy

November 27th, 2011 at 4:17 pm

Avatar

Dalam stok ada 100++ anak pokok Mahkota Dewa. Sesiapa yg berminat nak beli pokok atau buah segera atau buah yang telah dikeringkan hubungi - 019-2161943 (maznah)

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011