09 Jul, 2010

Remayung Merah

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

remayung

Remayung Merah atau dalam bahasa Inggerisnya Ceylon Spinach adalah sejenis herba lembut dan memanjat secara melilit. Terdapat 2 jenis remayung yang dikenali remayung hijau dan merah. Dipercayai, kutivar yang mempunyai daun yang berwarna hijau adalah yang paling digemari.
Ia merupakan sejenis sayuran tradisional yang jarang dimakan oleh masyarakat melayu. Namun, dipercayai masyarakat Cina gemar menjadikan sayur ini sebagai ramuan hidangan dalam sup manakala masyarakat India pula gemar menggunakannya dalam masakan sayur sama ada digoreng, ditumis atau direbus manis. Sayur ini bermusilaj (berlendir) sedikit dan menjadi lembik jika dimasak terlalu lama.

remayung2

Remayung mengandungi khasiat makanan yang tinggi terutama mineral dan kaya dengan vitamin A,B dan C. Herba ini dianggap sebagai ubat yang dapat melawaskan perut. Daunnya yang diramas atau ditumbuk dapat mengurangkan ulser dan bisul. Remayung juga mempunyai sifat menurunkan tekanan darah tinggi. Air rebusan akar jika diminum dipercayai dapat melawaskan air besar dan kecil serta melegakan badan.

Bagi yang berminat menanamnya, pokok ini memang mudah untuk dibiakkan iaitu melalui dengan cara keratan pucuk berdaun atau batang. Remayong tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan air secukupnya. Anda boleh meletakkan baja organik bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan yang baik.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :14843

8 Responses to "Remayung Merah"

1 | waliz

July 9th, 2010 at 3:52 pm

Avatar

selalu makan yang warna hijau.memang berlendir skit.goreng dengan udang kering yg ditumbuk.best!

2 | ROHANI LEYAKNALAE

July 11th, 2010 at 9:03 am

Avatar

tak tau pulak macam tu namanya…yang saya tau, orang tua beritau saya namanya pokok kacang lohor….
pernah masa saya kecik dulu banyak org.tua tanam buat pagar…bila di tanya buat apa mak,pokok ni…mak saya jawab ubat orang pompuan selalu keluar air lohor lah tu…
betul ke tak tau lah….
terimakasih lah kerana beri tambah ilmu lagi…

3 | Deeja

July 13th, 2010 at 4:22 am

Avatar

yang warna hijau sedap… rebus cicah sambal belacan

4 | MamaBoo

July 14th, 2010 at 2:26 am

Avatar

minta maaf kerana kurang berpengetahuan.. senang ke nak dpt remayung merah nie? bole didapati di pasar?

5 | mansor

July 18th, 2010 at 6:22 am

Avatar

tengok macam bayam merah je. atau nama lain.,,

6 | lekceria

September 16th, 2010 at 3:12 pm

Avatar

sayur ini kalau digoreng dgn ikan perkasam lagi sodap……….

7 | nurfa

January 27th, 2012 at 11:21 am

Avatar

ade supply untuk remayung tak? basella alba dan basella rubra…

8 | Andika

June 2nd, 2013 at 11:55 am

Avatar

di tempat saya dipanggil kangkung ceylon. Selalu tengok orang tanam di laman rumah dengan membuat para kayu tempat ia memanjat. Pernah cuba makan sekali, tp tekak rejek sebab banyak lendir. Senang tanam sayur ni kerana begitu cepat tumbuh. Keratan batang boleh ditanam dengan mencucukkannya ke dalam tanah gembur kira-kira 2-3 inci. Siram 2 kali sehari pagi dan petang. Sekali-sekala siram dengan air beras. Tanam dalam pasu pun boleh juga. Sedia kayu tempat mengikat batangnya yang lembut.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1907
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014