29 Jul, 2010

Khasiat Terung

Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Makanan Kesihatan

Number of View :2468

terung
Pada pandangan saya, mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang gemar memakan terung. Hakikatnya, terung juga mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik. Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.
terung2
Selain itu, terung yang dikisar dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.

Related Posts with Thumbnails

7 Responses to "Khasiat Terung"

1 | Madi Isyak

July 29th, 2010 at 11:09 pm

Avatar

Kadangkala banyak memakan terung boleh menyebabkan sakit urat dan lenguh-lenguh.

2 | sofeajane

July 30th, 2010 at 8:38 am

Avatar

terung mmg sedap dimakan……tapi biji2 terung tu makan x jd apendiks ker???? musykil…

3 | jentayubisu

August 4th, 2010 at 2:40 am

Avatar

Mak selalu pesan lepas makan jering,petai atau kerdas untuk mengurangkan bau hancing makan sepotong dua ulam terung mentah .Boleh juga ditabur dalam bilik air.

4 | Fida

August 16th, 2010 at 2:26 am

Avatar

Ada pendapat menyatakan bahawa jika selalu makan terung….Badan kita akan senang dapat panau…..Betul ke..?

5 | sharifah intan

August 30th, 2010 at 4:38 am

Avatar

mm…musykil jgk ngn komen2 terdahulu…satu peringatan, makanan hendaklah seimbang…tu amat penting…ada terbaca….eat by colors….pelbagai jenis…
terung mmg sedap digoreng ngan cili atau buat pajeri…tp risau…ngn myk dan santan..yg selamat mkn terung rebus tp kena ngan sambal blacan..betul tak?

6 | mawar putih

December 16th, 2010 at 1:51 am

Avatar

Semua sayur ada khasiat jgn makan berlebihan, seimbangkan smuanya..terung sedap di panggang dan dicicah sambal belacan

7 | mudjiono

January 19th, 2011 at 1:34 am

Avatar

saya suka terung, tp banyak mcam yg bagus itu terung jenis apa,mksh

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011