15 Jul, 2010

Khasiat Serai

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran| Artikel

serai

Di dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan dalam menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi meningkatkan kelazatannya. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Bagi yang baru ingin mengenalinya, nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus dan ia adalah daripada Famili Gramineae.Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

serai2Bagi tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya. Dipercayai daun yang ditumbuk lumat dan diletak pada dahi mampu meredakan sakit kepala. Malah sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara tersebut. Air perahan serai pula berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk mewangikan pakaian.
Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit sepertiĀ  sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2595

1 Response to "Khasiat Serai"

1 | Abdul Rahim Bin Norhisham

August 6th, 2010 at 7:22 am

Avatar

saya amat berterima kasih kerana saya telah mencuba , segala yang saya praktikkan di rumah saya

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17167 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9740 hits
Buah Keriang Dot - 9692 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8473 hits
Petua Tradisional - 8062 hits