17 Jun, 2010

Buah ceri Aserola

Posted by: admin In: @Buah Nadir

aserola
Pernahkah anda melihat Buah ceri Aserola? Buah ini  mempunyai kegunaan tersendirinya dalam membantu manusia mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.  Buah ini  mengandungi vitamin C yang mampu menyihatkan dan menyegarkan badan lalu mengelakkan diri daripada ancaman makanan yang berkalori tinggi dan berkarbohidrat.
Buah ini sesuai dimakan oleh orang-orang tua, wanita-wanita yang hamil, mereka yang berdiet, mereka yang memakan ubatan, perokok, peminum dan mereka yang terdedah pada kawasan-kawasan yang tercemar kerana kebolehannya dalam mengubati sel-sel badan yang rosak akibat kekotoran.

aserola2

Buah ini menghasilkan sejenis asid terpena yang menambah enzim lalu membantu memusnahkan bahan-bahan yang merbahaya dalam tubuh badan manusia. Ia juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti lemah jantung, sakit badan dan lain-lain lagi.

Jika anda biasa makan buah ini atau mempunyai cerita-cerita menarik tentang buah ini di harap bolehlah kongsikan pengalaman anda.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :19511

18 Responses to "Buah ceri Aserola"

1 | brat2104

June 17th, 2010 at 1:41 pm

Avatar

apa rasa dia ye? masam ke?

2 | giza

June 20th, 2010 at 12:34 pm

Avatar

saya baru mendengar ttg keberadaan buah ceri aserola,
kira2 itu banyak tumbuh dimana ya?
trus apakah rasanya seperti buah ceri biasa?

3 | Rusni Saleh

June 22nd, 2010 at 4:59 am

Avatar

Tq fazli with this article.Allah bless u and Your family 2.
Akak dan keluarga serta kumpulan organisasi perniagaan akak telah lama meminum air aserola cerry ini.

Rasanya masam-masam manis dan sungguh lazat jika ditambah ais.kami sekeluarga mengamalkannya setiap hari. Kebaikannya
1) Bagi anak-anak yg tengah membesar ,tidak mudah dihinggapi jangkitan selsema,demam.
2) jika baby -jika diberi minum sebelum membuat suntikan tidak akan mendapat demam
3) bagi orang dewasa yang ada resdung
4)pada bulan puasa jika diminum selepas bersahur tidak akan haus sepanjang hari berpuasa
4)Meningkatkan imune sistem setiap individu mahupun baru lahir hinggalah keperingkat orang tua.
5)bagus di bekal kan kepada anak-anak yang bersekolah pagi dan petang.
6) Khasiat vitamin C pada satu biji aserola cerry bersamaan 4biji oren sunkist saiz sederhana.
** untuk dapatkan yang asli – tanpa pegawaet ,tanpa perisa,tanpa pewarna hubungi kak rusni

01730689216/03-31760620(malam)

4 | admin

June 22nd, 2010 at 3:34 pm

Avatar

Kak Rusni dah jadi pengusaha minuman Aserola ke.. syabas la.. boleh bagi saya try satu..

5 | Rusni Saleh

June 23rd, 2010 at 4:11 am

Avatar

Bagi la contact no .

6 | aza

June 24th, 2010 at 8:40 am

Avatar

ni 1st time sy dgr berkenaan buah ceri ni..kat mana nk dapatkan jus buah ni??

7 | mardziah

June 28th, 2010 at 7:44 am

Avatar

jiran saya ada tanam sepokok kat depan rumahnya, selalu saya makan buahnya, masam, tak tau pulak boleh buat jus dan banyak khasiatnya. terima kasih fazli dan rusni salleh kerana info tersebut. lepas ni boleh le minta kat jiran benihnya

8 | balqis

June 29th, 2010 at 3:22 pm

Avatar

kak rusni tinggal kat pelabuhan klang ke?cmana saya nak dptkan sebotol?

9 | laigd

July 18th, 2010 at 9:29 pm

Avatar

Saya rasa ceri ni juga dikenali sebagai ceri surinam dari Amerika Selatan.
Dulu masa nak pegi Sibu, singgah di pasar Durin ada ditanam di situ, kalau masak petik je,rasa ikut jenis, yang manis okey.

10 | sar

August 19th, 2010 at 5:13 am

Avatar

Salam Rusni Saleh, Macamana cara saya nak dapatkan air aserola cerry ni… untuk digunakan digunakan dalam bulan puasa ni……

11 | mdyie

August 20th, 2010 at 3:50 am

Avatar

kat Tmn Wetlan Putrajaya ada pokok ni.. buahnya lebat sekali.. syg..gugur mcm tu je.. kalu pergi jogging di sana..mmg sya slalu petik + mkn buah ni.. masam2 manis..

12 | abdullah

August 26th, 2010 at 2:13 am

Avatar

saya dah tanam pokok ni dirumah kat Jitra.Benih dia pun saya beli dari nurseri rm 15.00 sepokok . Pokok tu pun dah besar 10 tahun lalu berbuah lebat bolih makan segar atau buat jus tapi cukup masam.Dengar habak daun pokok ni bolih buat ubat darah tinggi dengan minum air rebusan.Lebih sedap dan rasa kurang masam kalau di makan dengan garam atau kuah rojak.Mengenai vitamin c dan untuk mencantikan kulit memang hebat.

13 | hafidz faiz

September 2nd, 2010 at 8:56 am

Avatar

no hp kak rusni tu btol ke.. mcm terlebih no je..
sy berminat nk mencuba minuman ni…

14 | adda

May 26th, 2011 at 9:55 am

Avatar

laaa ni nama dia ceri aserola…..kt umh mmber sy pun ada pokok ni…slalu gk la kitaorg mkn…tp dia pggil ceri india…rasanya msm2 ckit…tp sedap la jgk…

15 | Cikgu Teo

June 20th, 2011 at 12:57 pm

Avatar

rasa macam epal hijau..masam tapi buat jus sedap..

16 | ree

February 20th, 2013 at 12:56 pm

Avatar

xsilap ada orang panggil ceri barbados..rasa masam kan main..dah merah gelap pun masam jugak..camne pun pada sesiapa yang berminat dengan benih ni boleh hubungi saya 012-674 2798 …:)
pertanian adalah perniagaan..
http://www.halaman-bumihijau.blogspot.com

17 | gina marna

June 11th, 2013 at 1:00 am

Avatar

Googling tadi & terjumpa post ni…terus buat post kat blog. Baru je jumpa & mkn buah ni last week kat Thailand. masammm 🙂

18 | Hashim

May 19th, 2015 at 5:08 am

Avatar

Kat mana nak dapat benih pokok ini, saya minat nak beli untuk ditanam di dusun agro farm saya

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1883
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014