30 Jun, 2010

Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2010)

Posted by: admin In: Artikel

Number of View :944

festival-bunga1

Petikan daripada Harian Metro:

Bertemakan Keindahan Tropika, Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2010) kali ketiga yang dijangka berlangsung dari 10 hingga 18 Julai ini akan mengetengahkan Heliconia sebagai bunga tema dalam usaha memperkenalkan keunikan tanaman tropika berkenaan.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman berkata, ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan sesuai digunakan dalam reka bentuk dan landskap sebagai bunga gubahan.

“Bunga Heliconia dipilih sebagai tema Floria 2010 kerana ia adalah tumbuhan tropika yang istimewa dan mempunyai batang, daun dan bunga hiasan yang cantik serta menarik.

Koleksi dan pelbagai keluarga Heliconia akan diperkenalkan kepada pengunjung sepanjang festival ini berlangsung dan kami percaya ia pasti akan memberi kepuasan kepada setiap pengunjung yang datang,” katanya.

Prapelancaran Floria 2010 disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Taman Ekuestrian, Presint 6, di sini, baru-baru ini. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Yaakop Fakir Mohd. Samsudin berkata, spesis lain yang turut dipamerkan adalah halia (alpinia); canna, setawar (costus), pisang (musacea) dan ‘bird of paradise’ (streliziacea).

Beliau berkata, festival sembilan hari yang akan mempamerkan lebih 400,000 bunga dan tumbuhan pelbagai warna dan dijangka menarik kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung.

“Objektif utama penganjuran Floria untuk mempromosi Putrajaya sebagai ‘bandar raya dalam taman’ dan ‘bandar raya berbunga’. “Selain itu, ia membuktikan komitmen PPj membangunkan Putrajaya sebagai bandar raya bertenaga dengan memenuhi keperluan sosio ekonomi, rekreasi dan rohaniah komuniti,” katanya.

Bagi yang berkesempatan berkunjung ke Putrajaya, bolehlah datang ke Pameran Floria ini. Memang rugi kalau terlepas acara yang boleh tahan meriahnya. Kalau mengikut pemerhatian saya dari tahun-tahun yang lalu, acara seperti ini menarik perhatian bukan sahaja peminat dari dalam Malaysia malah pengunjung dari luar negara pun turut serta.

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to "Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2010)"

1 | norani ali

July 1st, 2010 at 1:32 am

Avatar

Terima kasih memberi hebahan berguna. Pastinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikannya setelah terlepas sebelum ini.

2 | waliz

July 1st, 2010 at 8:54 am

Avatar

heheee x sabar nak pegi tengok!!

3 | aza

July 7th, 2010 at 9:22 am

Avatar

sy dh bertahun2 berhajat nk pg tengok pameran ni,tp ble tiba masa..ade saje aral yg melintang..memg rugi xdpt tgok pameran ni..selain ianya menarik..bnyk info kita dpt drp pameran khususnya bg penggemar tanaman hiasan..untk thn ni nmpk nye sekali lg hajat tidak kesampaian.w/pun hati bergelojak nk pg,tp hasrat tu terpaksa dipendam lg..hrpnya nti admin dpt kongsikan gmbr2 menarik disepanjang pameran ini berlangsung supaya dpt mengubat hati yg kesedihan akibat xdpt pg pameran ni..huhuhuhu..TOLONG LAA SY EN ADMIN…

4 | nani

July 14th, 2010 at 11:37 am

Avatar

nak tanya ada tak info tentang penanaman “kenaf” dan tahu tak dimana nak cari durian raja kunyit…maksudnya pokoknya (anak benih)

5 | anis

July 16th, 2010 at 1:51 pm

Avatar

salam aza & sesiapa yg berminat.

pameran, laman seni & semua nursery yg ada di situ saya dah lawati.mmg best!!berhari2 saya mengulang ke situ menikmati ciptaan indah disana.utk pengetahuan aza & semua, ada buku yg dijual dibahagian urusetia (kalau saya tak silap), mengadap ke tepi jln arah ke tempat parkir, berdekatan dgn pintu masuk utama ke pavillion. buku tu harganya rm15, ada semua perkara berkaitan ttg floria 2009.kalau nak yg 2010, kena tggu thn dpn le pulak.. saya ada juga ambik gambar tapi tak tau pulak mcm mana nak upload ke komputer.

6 | aza

July 20th, 2010 at 6:41 am

Avatar

wslm anis..
thanx untk info yg diberikan..thn depan kalo ade lg festival floria ni sy akan pastikan sy pergi..insyaAllah..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011