25 Jun, 2010

Khasiat Cili

Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Makanan Kesihatan

cili
Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan.  Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
cili-padi

Jika menurut rujukan yang saya buat,  buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.

Saya tidak pasti sejauh mana amalan ini masih dilakukan di masa sekarang. Jika anda mengetahui atau pernah mencubanya bolehlah berkongsikan pengalaman anda di sini…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3322

3 Responses to "Khasiat Cili"

1 | Bittersweetflavours

July 2nd, 2010 at 7:41 am

Avatar

salam….. saya mcm confiuz le yg ngatakan buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap…. mau pijar jdinye… ni time tumbuk cili pun tangan bleh pijar ni kan plak sesaja nak ditempek…

2 | sharifah intan

August 30th, 2010 at 5:02 am

Avatar

agaknya…mestilah kuantiti yg paling sedikit…mcm sapu myk angin panas…sapu byk2….ah ssh la

3 | jamal

September 28th, 2010 at 10:45 am

Avatar

saya jamal, teringin juga nak bagi sedikit khasiat cili ni, cili padi atau cabai melaka, kalau kita disengat tebuan, patahkan cili padi, tenyeh tempat kena sengat tebuan tu, sakit kena sengat akan hilang, rasa panas cili la pula, tapi panas cili tu kita boleh tahan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17167 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9740 hits
Buah Keriang Dot - 9692 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8473 hits
Petua Tradisional - 8062 hits