Powered by Max Banner Ads 

20 Jun, 2010

Khasiat Gajus

Posted by: admin In: @Buah Nadir

gajus
Pucuk Gajus sememangnya sudah terkenal dalam dunia ulam-ulaman. Memang sedap sekali dicicah dengan sambal belacan dan di makan bersama nasi. Selain itu, daunnya juga mempunyai beberapa khasiat yang ramai orang tidak tahu. Daun gajus boleh dijadikan teh bagi merawat diarrhoea, ketidakhadaman perut dan sakit perut.  Patinya pula boleh digunakan untuk mandian, manakala kulitnya pula boleh dijadikan sebagai teh untuk merawat penyakit diarrhoea dan dysenteri.
gajus2

Selain daun, bunganya digunakan bagi merawat batuk dan bijinya boleh digunakan untuk mengatasi asma. Asid anacardic, asid galic, asid salicylic dan rasrcinol yang terdapat dalam bijinya atau jus segera boleh digunakan untuk merawat gastrik dan masalah uterine dan penyakit dropsy (busung). minyak yang terdapat pada kulit bijinya boleh digunakan untuk membuang ketuat dan bintik- bintik pada kulit.

Mungkin ada lagi petua dari orang lama dengan menggunakan bahagian dari pokok gajus ini. Di harap dapatlah anda kongsikan bersama.

Related Posts with Thumbnails
Tags: ,

12 Responses to "Khasiat Gajus"

1 | jentayubisu@yahoo.com

June 21st, 2010 at 1:16 pm

Avatar

Kalau dimakan mentah pasti kerongkong tidak selesa tetapi jika dibuat gulai masak lemak dengan udang makan satu periuk pun kerongkong tak sakit. Teringat zaman kanak-kanak waktu tu susah nak dapat barang mainan so masa tu kalau nak main bot laju kami guna rumput atau daun lalang. Ambik hujung rumput atau lalang dapatkan dalam 1 inci kemudian ambil biji gajus dan ketuk untuk mendapatkan minyak. Titis dibahagian atas pangkal rumput kemudian letak dipermukaan air anda akan dapati rumput atau lalang akan meluncur laju.Selamat mencuba.

2 | Yee

June 22nd, 2010 at 1:35 am

Avatar

Saya nak cari Daun Gelenggang, boleh tak sesiapa tolong di sini, terima kasih.

email saya :- zshiun@gmail.com

3 | alidyangon

June 22nd, 2010 at 2:06 am

Avatar

Salam Tuan

Saya baru membaca dan melayari Blog tuan yang sangat bernilai bagi saya yang kurang arif tentang tumbuhan. Mulanya mencari gambar ‘Buah Putat’, bila saya buat carian di Google, maka terpaparlah tajuk blog ini. Pandangan saya, hebat dan berinformasi. Teruskan usaha anda dalam mengkatalogkan segala jenis tumbuhan herba ini. Syabas

Izinkan saya menambahkan link di Blog saya ye.

Terima Kasih

4 | chah

June 22nd, 2010 at 10:05 am

Avatar

waaa….buah jangguih,sedapnya msk lemak kuning dgan ikan masin…..perah dulu air buah gajus ni & belah 2 serta masak lemak kuning dgn ikan masin…Tapi awas,airnya jgn terkena pakaian terutama pakaian putih…alamatnya bertompok hitamlah…!!!

Pucuknya palak hiris halus2 & wat kerabu dgn sardin pun sedap.potong cili padi & bawang serta perah limau nipis…hiris halus makan dgn laksapun best..nak plak laksa beras dibuat menggunakan kebuk tembaga …Sekampung pakat turun gotong royong pulas kebuk yang besar gedabak tuh…Nostalgianyer…!!!!!

5 | admin

June 22nd, 2010 at 3:32 pm

Avatar

Satu resepi baru yang saya belajar dari chah.. Tenkiu..

6 | admin

June 22nd, 2010 at 3:35 pm

Avatar

Terima Kasih la sebab sudi memberi kata-kata sokongan..

7 | botolsusu

June 23rd, 2010 at 6:28 am

Avatar

Setuju dgn chah…pucuknya dibuat kerabu,mmg sdp. Makan dengan laksa pon sedap. Arwah tok saya cukup suka dgn buah nyer. Potong buah tu, perah sikit untuk buang airnya dan letak garam sikit. mmg sedap di mkn. tekak pon x berapa nak perit sgt bila dh di buang sikit airnya.

8 | balqis

June 30th, 2010 at 3:39 pm

Avatar

good info ar jentayubisu

9 | balqis

June 30th, 2010 at 3:41 pm

Avatar

new resepi frm chah..sabtu nie balik kmpong nak try

10 | chah

July 1st, 2010 at 9:16 am

Avatar

wa…skarang tengah musim ke balqis?
Bawa la skit… meleleh air liur membayangkan kenikmatan & lazatnya lemak kuning gajus + ikan kering….

11 | balqis

July 2nd, 2010 at 5:29 pm

Avatar

walaweh chah..taksure ar kat kmpong ada ke tak..hopefully kat pasar ada la org jual..tk pernah rasa..tu yg nk try tu..tpkan dgn cuaca panas cm nie sedap pekena timun aceh.

12 | sar

August 19th, 2010 at 5:37 am

Avatar

kulit batang gajud direbus dan minum airnya akan jadi penawar penyakit kencing manis… boleh cubala…..

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur