11 Jun, 2010

Muzium Nanas

Posted by: admin In: @Tanaman Buah| Artikel

muzium-nanas

Artikel kali ini berkisar tentang sebuah Muzium yang terletak di KM 52 Jalan Pontian, Johor. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Pontian pasti tahu mengenai kewujudan Muzium ini kan.   Bagi mereka yang belum pernah melawatnya , bolehlah datang ke sini. Memang tak rugi.

muzium-nanas1

Untuk pengetahuan anda, Muzium ini dibawah jagaan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Secara umumnya, Muzium ini ditubuhkan bagi mempamerkan koleksi, sejarah dan maklumat mengenai industri nanas di Malaysia. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemajuan  industri nanas  dengan penghasilan produk nanas seperti jus nanas, kordial nanas, jem nenas dan pelbagai jenis lagi.

muzium-nanas2

Bagi mereka yang menggemari buah nanas pasti teruja, gelojoh atau tidak sabar-sabar melihat sejarah tanaman ini. Jika anda datang ke sini jangan lupa bawa kamera. Banyak gambar menari yang boleh anda rakamkan.

muzium-nanas3

Permulaan anda masuk melalui pintu hadapan, anda akan terpukau, terpegun atau kaget melihat replika kepelbagaian jenis nanas yang terdapat di Malaysia. Dari sekecil-kecil nanas sehinggalah yang bersaiz besar. Nanas Sarawak adalah diantara nanas yang mempunyai saiz yang besar terdapat di Malaysia.

muzium-nanas4

Antara pameran yang dapat dilihat adalah seperti kitaran pokok nanas. Kematangan pokok nanas yang sesuai untuk dipetik, kaedah pengurusan pokok nanas, peralatan-peralatan yang digunakan dan sebagainya.

muzium-nanas5

Sebagai makluman tambahan untuk anda, dahulu karbaid digunakan bagi pengaruhan pembungaan bunga nanas. Namun, kini bahan kimia yang dikenali sebagai pil ANNA (sejenis asid kalau tak silap) lebih memudahkan mengaruhkan pengeluaran bunga nanas secara serentak.

muzium-nanas6

Selain melihat pelbagai pameran, demonstrasi membuat benang dari daun nanas juga dipertontonkan secara langsung.  Tapi sayang tak dapat nak cuba sendiri. Tak sangka juga daun nenas dapat menghasilkan benang yang boleh dibuat baju. Kalau anda nak lihat baju yang berusia 100 tahun yang dibuat dari benang nanas, bolehlah berkunjung ke Muzium Nanas.

muzium-nanas7

Perhatian :  tangan yang berwarna gelap di atas bukanlah tangan saya.

Akhir sekali setelah selesai melawat pameran di Muzium dua tingkat tersebut, anda juga boleh melihat koleksi nanas yang ada di tanam di kawasan sekitar Muzium terebut. Banyak lagi sebenarnya koleksi nanas yang terdapat di sana. Cuma saya tidak dapat tunjukkan di sini. Harap anda boleh pergi ke sana dan melihat sendiri.

muzium-nanas8

Antara nanas yang anda boleh lihat adalah seperti nanas Yankee, nanas Morris, Braktatus, nanas Josapine, nanas Gandul dan banyak lagi.

muzium-nanas9

Sebelum artikel ini sampai ke penghujungnya, saya nak tunjukkan sejenis lagi nanas yang dikenali nanas merah yang menarik perhatian saya. Jika dijadikan tanaman hiasan memang menarik.

nanas-merah

Jika anda pernah melawat Muzium tanaman yang lain, bolehlah berkongsikan kisah anda di sini.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1406

1 Response to "Muzium Nanas"

1 | sulaiman bin salleh

January 28th, 2011 at 1:22 am

Avatar

assalamualikum
saya rasa museum ini perlu sentohan orang ramai yang berminat dgn nya supaya sekitaran nya lebih cantik dan didalamnya lebih ceria. pendapat dan sumbangan masyarakat perlu kerana peruntukkan dari pemerintah amat sedikit ( jika tak salah )
diharap mereka yang ada ilmu dalam biadang hiasan taman ,dalaman dapat memberi sumbangan fikiran. maaf dan terima kasih

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17167 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9740 hits
Buah Keriang Dot - 9691 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8473 hits
Petua Tradisional - 8062 hits