04 May, 2010

Buah Keriang Dot

Posted by: admin In: @Buah Nadir|@Teknologi Pertanian

keriang-dot1

(Gambar yang anda lihat ini telah disunting dari sumber – internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :29814

123 Responses to "Buah Keriang Dot"

1 | nuraidah

January 17th, 2011 at 1:40 am

Avatar

Ohh..buah kerian namenye..baru saya tau..tapi saya pernah tgk n makan buah ni. buahnya kelat2 manis, tapi saya suka pucuk dia, sedap makan cicah sambal. membuka selera makan betul. thanks for this information.

2 | sina

January 22nd, 2011 at 3:00 pm

Avatar

time budak-budak dulu hampir sume buah dlm ruangan ni dh rasa. skg susah nk cari. pokok byk kna tbang utk wat rumah kt kpg. sedih lak rasa. buah keriang ni antara byk pokok yg saya panjat nk mkn. mmg adventurous.

3 | uyun

February 4th, 2011 at 11:45 am

Avatar

buah ne mmg sedap.dulu blkg umah ada pokok ne.tp skrg x nah jumpa pun….sapa yg ada informasi nk dpt mana buah ne…mengidam la…

4 | romieosman

March 16th, 2011 at 9:07 am

Avatar

Pokok kerian dot masih terdapat sepokok berhampiran bulatan Lucky Garden, Bangsar. Tahun Lepas ia berbuah lebat.

5 | Kak Ros

March 18th, 2011 at 6:08 am

Avatar

keriang dot le tu..sekarang ni pokoknya ada lagi kat umah mertua di jalan kuala kerpan, jitra kedah..keriang burung pun ada sebelah pokoknya, keriang mertajam pun ada gak..sedap buahnya…

6 | kadirdin

May 21st, 2011 at 5:17 pm

Avatar

Saya masih ingat buah keriang dot ada di belakang perpustakaan UKM, atas tebing curam. Buah pun banyak burung pun banyak. Saya dah korek tiga lubang besar di taman permainan Taman Teja Dua Changlun dengan niat nak tanam tetapi tak tahu mana nak dapat benih. Kalau boleh bantu bagus. Mudah2an generasi akan datang akan kenal keriang dot, kenal burung yang datang memakannya.

7 | azmijamal

June 6th, 2011 at 8:11 am

Avatar

mana nak dapat buah keriang skrg ni yer…..takde ke kerajaan nak buat kajian ttg buah ni…mana tau khasiatnya sama ngan acai berri ker….

8 | seera

August 20th, 2011 at 9:56 am

Avatar

dkat umah tokwan saya di merbok ada lagi…pokok nya besaq…tapi dah tak berbuah sbb dah tua kot..tapi tokwan kata pokok tu merajuk sbb owg rajin ambek kulit dia buat ubat,,,

9 | Pak Dahalan

September 22nd, 2011 at 4:56 am

Avatar

Saya ada sepohon pokok keriang dot di Kuala Lumpur. Sudah dua tahun berbuah lebat tanpa berhenti….ada bunga…ada putik…ada yang tua…dan ada yang masak hitam dalam satu rumpun.

Ambil masa empat tahun dari anak benih yang saya dapat tepi kuil Hindu di Jalan Kuching.

Rasanya buah manis, masam, kelat………..sedap…lebih menyelirakan jika di rendam dalam air garam…

Saya dapat satu timba dan nak buat jam. Belum tahu rasanya.

10 | admin

September 22nd, 2011 at 9:26 am

Avatar

Pak Dahalan, Boleh tahu pokok itu di mana?

11 | azham

October 18th, 2011 at 7:09 am

Avatar

saya ada terjumpa orang tanam pokok ini (keriang burung)dalam pasu. Macam bonsai je… (sedang berbuah pulak tu!!!). Nama kampongnya dah lupa tapi di Tunjang , Kedah. nanti kalau balik saya akan ke kampong tersebut nak minta benih….

12 | Salmiza

January 12th, 2012 at 7:19 am

Avatar

buah ni memang sedap.. kecil-kecil dulu selalu makan, kebetulan pokok ini ditaman di belakang rumah makcik… kenangan baju terpercik warna buah ni, cuci pun takkan hilang warnanya.. 🙂

13 | azhar

January 22nd, 2012 at 8:24 am

Avatar

masa kecik dulu selalu makan dengan kawan sambil lastik burung

14 | nnisa

February 9th, 2012 at 4:01 pm

Avatar

Buah keriang dot ni jugak popular sebagai keriang acheh bagi penduduk bhg utara tanah air. Buah muyu juga spesis yang sama cuma dot ni rasa manis2 kelat. Muyu agak masam2 manis. Lidah menjadi biru dan kalau terkena baju jadi seperti dye – takkan keluar dah..sama seperti muyu. Buah ni ada nilai commercial dan jika diskala-besarkan penanamannya boleh luimayan hasilnya.

15 | Pot

March 16th, 2012 at 5:25 am

Avatar

Ishk mmg ngidam nk mkn buah ni.skang dah x tau kat mana nk cari.penah mkn pon zaman skolah dulu.ada saper2sudi nk bg kita x?jual kat sy pon bleh.klu pos pon xper nnti sy byr.tu pun klu harga berpatutn..pls mengidam…

16 | matyie

August 16th, 2012 at 4:49 am

Avatar

ore kelate panggil buah keriang jugak, pokok ada lagi kat kg saya

17 | faa

January 22nd, 2013 at 5:29 am

Avatar

sedapnya.. dah lama takjumpa buah jambu arang nie..
pnh makan 2/3 kali masa sekolah rendah thn 80an dulu…

kot2 ada jual kat p.tani kl nie kan bestt… confirm borong sakannn

18 | Andika

February 15th, 2013 at 4:38 pm

Avatar

di sarawak terdapat buah yg menyerupai buah keriang ini yang kami panggil buah lakum. Ia hidup di tepi sungai dan tepi sawah padi. Pokok ini melilit bukan berbatang kayu. Rupanya hampir sama dengan buah anggur cuma agak leper sedikit. Ia terbentuk dalam gugusan seperti buah anggur. Bila masak warnanya hitam mcm warna anggur black current, masa muda warnanya hijau. Rasanya masam kelat dan membuat rasa gatal di kerongkong bila memakannya terutama bila buah belum masak. Ia dimakan dgn mencicah dengan garam, belacan dan ikan bilis. Ia meninggalksn kesan warna purple pada lidah. Kalau terkena baju putih susah nak tanggalkan. Ia juga digunakan untuk memasak ikan kerana rasanya yang masam. Buah lakum ini memang tidak begitu digemari. Oleh itu saya fikir buah lakum bukanlah buah yang sama dengan buah keriang yang sangat digemari itu. Serupa tapi tak sama…

19 | zack

July 15th, 2014 at 4:56 am

Avatar

saya ada terjumpa pokok keriang dot di hutan melintang perak pada bulan june 2014..sempat beli sikit untuk tujuan buat benih…sudah tumbuh dalam sepuluh pokok…

20 | ariffani

August 3rd, 2014 at 1:56 am

Avatar

kalo di Indonesia di sebut duwet/ juwet , di campur dgn sedikit garam , rasanya asam manis

21 | luqman

May 20th, 2015 at 3:32 am

Avatar

Ada sape2 jual buah keriang dot ni x?

22 | heyley

August 30th, 2015 at 2:03 am

Avatar

Hai,

Saya ada beberapa pokok Keriang tingginya baru kira2 satu meter. Bila ada siapapun yg mau, sila hubungin saya 012-2998065 atau melalui email pun boleh.
Semoga Pokok Keriang akan ada lebih banyak diSemenanjung Malaysia, supaya banyak orang boleh menikmati buahnya dan ada manfaat untuk mengurangi Diabetes. Terima kasih. Dari Puan Heyley

23 | heyley

August 30th, 2015 at 2:06 am

Avatar

Dari Puan Heyley mengenai pokok Keriang Free bagi sesiapa yang mau tanam pokok ini. Saat ini, pokoknya baru kira2 ssatu meter tingginya. Saya tinggal di Kuala Lumpur.

Ini email saya :: heyleyc@gmail.com

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1780
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014