19 May, 2010

Buah Avokado

Posted by: admin In: @Buah Nadir

avocado
Gambar di atas telah saya rakamkan semasa melawat ke Taman Pertanian Sabah Tenom pada tahun lepas. Buah Avokado atau nama sainsnya Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan sejenis buah yang mempunyai pelbagai jenis bentuk mengikut tempat dan negara. Ada yang bulat, panjang, bujur dan sebagainya.. Jika buah avocado yang anda lihat di atas ini berasal dari Sabah, jenis buah avocado di bawah ini pula banyak di tanam di Semenanjung. Mengikut rujukan buah ini berasal dari negara beriklim separuh tropika. Jika di Semenanjung, memang sukar menjumpai buah ini di jual. Saya biasa jumpa ia di jual di pasar Chow Kit oleh penjual dari Indonesia. Selain itu, ada juga sesetengah restoren yang menjadikannya sebagai minuman jus yang dicampur dengan susu. avocado2

Biarlah saya ceritakan serba sedikit khasiat buah ini. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dan kaya dengan protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari dipercayai boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk menghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Isi avokado yang kaya riboflavin juga berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering. Selain itu, ia juga sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

Anda biasa ke makan buah avocado? Saya pun tidak tahu cara nak makannya selain dibuat jus. Kalau dimakan secara segar, memang bagi saya tidak sedap. Mungkin anda yang berasal dari Sabah atau yang pernah menanam pokok ini boleh berkongsikan sesuatu..

Iklan Penaja : Nike Cup , YOUTH’10 Festival, 3 Concerts

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :24343

35 Responses to "Buah Avokado"

1 | chah

May 19th, 2010 at 12:00 pm

Avatar

Biasa beli buah ni kat Pasar Satok sekilo $6.00 je…& selalu gak bli kat Giant @ Tesco paling murah pun $1.99 sebiji….Tapi ada gak yang agak mahal $4.99.
Bezanya yang jual kat pasar satok warnanya hijau cerah& kulit licin…Yang selalu beli kat supermarket tu warnanya agak gelap & kulitnya menggerutu.Saya suka rasanya w/p agak agak tawar tp ada rasa lemak & teksturnya yang mulus….

Sekali padang rupanya seakan2 buah pumpong(pokok teduhan tepi2 jalan)

2 | Nor Haslinda...

May 20th, 2010 at 7:55 am

Avatar

Saya pernah makan…sedap jugak..macam saudari chah cakap tu le..lemak2 tawar..saya makan tambah garam sikit, gula sikit…sedap…tak percaya kena cuba..

3 | Lela

May 20th, 2010 at 12:45 pm

Avatar

Selalu mat salleh masukkan buah avocado ni dalam salad mereka….

4 | mardziah

May 21st, 2010 at 3:37 am

Avatar

ada saya terbaca satu artikel biji avacado ni boleh di jadikan ubat altanatif bagi penyakit kencing manis. tapi tak pernah cuba lagi.

5 | hazli

June 2nd, 2010 at 8:43 am

Avatar

salam.
mmg sedap buah avocado ni wat jus.
sng je cara nk wat.
1.basuh & belah 2 buah avocado,buang biji.
2.korek isi buah avocado guna sudu.
3.masukkn dlm blender,campur sket susu pekat,campur sket air masak.
4.blend je smpai hancur isi2 tu..
5.tuang dlm mug,sedia utk diminum.

ada org suka ade ais,@ kita mnum camtu sj pn ok,mmg superb,subhanaAllah 🙂

6 | Ale

June 7th, 2010 at 10:21 am

Avatar

salam,
buah avocado memang byk kat sabah. Bagi yg slalu makan buah ni memang x rasa ada apa yg best. Lg pn x tau apa kegunaan sebenar buah ni. hanya makan mcm tu sj. buah ni warna hijau masa muda. bila dah matang, kena petik dan peram, Tanda masaknya mcm buah pelam. Picit @ tekan, lembik atau warna kulitnya jadi merun atau ungu. Kira dah masak la 2. ada la tanam 2,3 pokok. nak? boleh tp kena tanya jiran dulu. dia tanam laa….

7 | nazim5123

June 17th, 2010 at 11:38 am

Avatar

teringat dulu ketika saya mengembara ke kepulau sumatera ketika tu saya mengikuti satu jamaah pelajar pesanteren ketika di tengah jalan kami berhenti sejenak di kedai makan…

tuan guru yang memimpin jamaah itu meminta saya memesan minuman…

saya pesan milo ais…

waiters terkedu…

tuan guru memberitahu saya disini tiada milo ais…

saya tercengang… kemudian saya lihat menu…

ada dua yang benar benar membuat saya tertanya tanya avacado dan terung belanda…

saya memesan keduanya….

memang sedap… tapi malangnya dalam avacado tu cuma diletakkan 2 atau 3 ketul ais kiub…

tapi rasanya peh…. tuhan yang tau nyamannya…..

cara membuatnya telah di kemukakan oleh bro hazli cuma ada kalanya ada separuh orang akan meletakkan ais parut sebagai ganti ais kiub…

dan sebagai perhiasan diatasnya akan diletakkan sedikit coklat cair dan ditabur coklat yang kecil kecil tu saya lupa namanya… coklat tu hanya perhiasan tidak mempengaruhi rasa….

8 | jue

July 3rd, 2010 at 4:18 pm

Avatar

emmm…buah ovocado mmng sedap….bg sy…just potong2 and campur susu atau madu ja…pas2 mkn mcm ja….ringkas dan senang disediakan…

9 | len Hara

July 10th, 2010 at 11:45 am

Avatar

sng ja tu,kc hancur2 guna susu lepas tu campur susu manis atau gula,lalu mkn ,lebih sedap klu masukkan dalam peti ais sebelum disediakan untk mendptkan rasa yang enak…cubalah… budak kecil yang pura2 tak maupun akan telan bila suap dimulut….,maksudnya sedap rasa…….

sabah.

10 | Eiku

July 20th, 2010 at 6:38 am

Avatar

Sedap dimakan dengan jem, di belakang rumah saya ada 2 batang pokok ini, satu pokok berbuah lonjong, satu pokok lagi berbuah bulat…memang sedap.

11 | efendy

August 26th, 2010 at 8:26 am

Avatar

pokok ni bapak aku tanam kat Kampung Seri Gombak Indah kat Batu Caves, Selangor. Setiap tahun keluarkan buah yg banyak. kadang sampai busuk takde org amik sbb tak ramai org yg tau makan. aku tak penah makan pun. bapak aku jer yg selalu jamah buat jus campur ngan milo, die kate sedap. anyway bapak aku mmg asal riau.

12 | cik din

September 6th, 2010 at 11:59 am

Avatar

Salam Sejahtera Tuan

awal puasa 2 tahun lepas saya ada tanam benih pokok ni kat depan rumah lepas pulang dari kk. Sampai sekarang pokok ni hanya tinggi 4 kaki je, jenuh tunggu dia membesar, lepas tu serangga seakan kulat putih suka hinggap, manis kot pucuk dia.

Buah dia memang best kalu blend letak susu manis, lemak berkrim, campur ais memang memukau. 3 tahun lagi kot baru pokok saya nak berbuah.

13 | hayati

September 23rd, 2010 at 1:08 am

Avatar

ada juga yang tak reti makan buah avocado ni sebab tak de or kurang promosi kot..sama laa macam ubi keledek jepun manis yang dibakar dlm oven tu..fuyooo sedap manisnya lain. cuba try g kat food court jusco mesti ada..

14 | M Jahid

October 17th, 2010 at 6:27 am

Avatar

buah yang masak, belah dua, taruk susu pekat atau serbuk milo… hmmm…. seddaaaappp….

15 | M Jahid

October 17th, 2010 at 6:29 am

Avatar

pokok nya susah nak hidup sebab banyak musuh seperti ulat2 yang merosakkan daun… (keputihan). tanah yang sesuai adalah tanah yang tinggi…tanah bukit.. Saya pernah tengok orang tanam pokok ni di Keramat KL depan rumah je, dan satu lagi di Puncak Setiawangsa..pokok ni subur..jeles nak tanam kat belakang rumah, tapi, susah nak jaga..

16 | mohamad nizam

November 9th, 2010 at 1:17 am

Avatar

x pernah rasa pun….jd kpd kawan2 yg ada buah ni kt rumah..halo-halo la kite….

17 | hafez

November 11th, 2010 at 12:15 am

Avatar

aku ada tanam pokok ni kat kebun, di kluang dan depan rumah. Sekali berbuah, boleh sampai beratus biji. Pastu mcm takde musuh (monyet tak reti makan). Di kampung melayu Kluang, ada pakcik tu tanam, buah dia membesar sehingga sebesar buah sukun. Mcm tak caya, tapi dah tengok dengan mata sendiri. Biji dalam dia sebesar penumbuk. Itulah avacado terbesar yang pernah aku tgk. Nak makan mentah, biasanya aku makan dgn susu pekat. kerana rasa dia yang ‘lemak’. bila ada pemanis baru sedap skit

18 | wan

November 11th, 2010 at 11:54 pm

Avatar

salam..
bila nk mkn buah avacado 2 kena kupas kulit tak…
coz baru 1st time nk mkn…
mohon tunjuk ajar…..

19 | amer

January 7th, 2011 at 2:40 pm

Avatar

Saya ada tanam 3 pokok. Mudah,Tak da musuh perosak pun. Kambing pun tak tahu nak makan.Tak sedap kot. Ulat pun tak sentuh.. Baru setinggi betis, entah bila bole makan buahnya pun tak tahu la. Kawan tanam 5-6 pokok depan rumahnya.Dah besar pun. Mahal juga harganya sekilo. Kalau berbuah…… sama2 kita ulaskan rezekinya dari pokok ni……….

20 | turoimo

January 25th, 2011 at 4:05 pm

Avatar

aku makan buah ni ngan budu. sedap giler. cicah kuah rojak pon ok. mkn ngan kulit2 skali untuk penyakit resdung bole hilang

21 | jue

May 18th, 2011 at 4:24 am

Avatar

salam,
cuma nak tambah buah nie dibuat minuman campurkan dgn aiskrim vanila+ais+gula sikit pehh lagi beb…teringat makan masa ngandung dulu….terangkat punyer..

22 | hjh.faridahibrahim

June 14th, 2011 at 1:44 am

Avatar

macammana rupa pokoknya,saya tak pernah tengok

23 | Danial Abdullah

September 8th, 2011 at 8:51 am

Avatar

Salamm…tuan fazlisyam. saya ingin sangat bersembang dengan tuan tentang bicara tumbuhan dengan kamu. bagaiman boleh saya berhubung dengan tuan.

24 | alini lasimin

February 19th, 2012 at 8:52 am

Avatar

aslm, dulu wktu msh kcl kmi suka mkn buah ni ngan gula. ambl buah yg da msk, kmdian belah. cuma buang bijinya, tbur ngan sedikit gula pasir d permkaannya… buah ni sdp biarnya rasanya ada phit skit (mkin kulitnya yg pahit)

25 | siti

March 28th, 2012 at 7:50 am

Avatar

Sy suka buah avocado tapi mahal sgt kalau beli kat kedai.
kalau nak tanam sendiri nak beli benih kat mana??

26 | CT

March 29th, 2012 at 11:55 am

Avatar

ada kawan ajar cara makan cam gini..
-belah dua cam biasa, keluarkn biji
-dadukan diatas belahan tadi
-kemudian potong dgn cara pisahkn kulit dgn isi
-tuang susu pekat di atas isi yg di potong dadu
-makan dgn sudu dari atas kulitnya..
-rasa sedap

note : kawan orang lombok timur..

27 | mkaz

May 14th, 2012 at 1:45 pm

Avatar

byk tdpt di sebelah negeri di bwhbayu….sedap rasanya lemak manis n byk khasiat

28 | sherie

October 10th, 2012 at 12:00 pm

Avatar

Originally Posted By turoimoaku makan buah ni ngan budu. sedap giler. cicah kuah rojak pon ok. mkn ngan kulit2 skali untuk penyakit resdung bole hilang

mkn ngan kulit? apa rasanya?

29 | sherie

October 10th, 2012 at 12:01 pm

Avatar

Originally Posted By turoimoaku makan buah ni ngan budu. sedap giler. cicah kuah rojak pon ok. mkn ngan kulit2 skali untuk penyakit resdung bole hilang

mkn ngan kulit…? apa rasanya?

30 | eton

January 16th, 2013 at 7:27 am

Avatar

Masa ibu saya kecik2 dulu pokok avokado ni banyak kat kg beliau di Pantai Remis, Perak. Diorang panggil buah mentega..mungkin sebab rasa lemak2 gitu kot.

31 | Andika

February 11th, 2013 at 12:47 pm

Avatar

Buah avokado ini berasal dari Amerika Selatan. Orang putih bawak kat negeri kita ni sama juga macam mereka bawak betik, cili, jagung, nenas, kentang, terung, gajus, tomato, ubi kayu, getah dan sebagainya. Walau pun tidak sedap dikatakan buah avokado ini merupakan buah yang paling berkhasiat di dunia. Saya ada tanam di kebun tapi belum lg berbuah. Buah avokado ni ada nama melayunya tp sy dah lupa. Boleh bagi tahu sapa2 yg tahu. Thanks

32 | Nik Azmani Nik Yaacob

November 12th, 2013 at 6:54 am

Avatar

Saya pernah tanam pokok avokado di tepi rumah saya 15 tahun lepas. Ianya berbuah dan buah pertama saya mencapai 600gm beratnya. Benih asal saya bawa balik dari Indonesia. Semakin berusia pokok ini semakin kecil buahnya tapi semakin lebah ia berbuah. Sayangnya sewaktu saya luaskan rumah akar pokok tertutup dan pokoknya mati. Apa nak buat nasi sudah jadi bubur. Masa untuk pokok ini berbuah lebeh kurang 5 hingga 7 tahun kalau nasib baik lebeh cepat. Di rumah emak ada satu pokok dan baru berbuah tahun ini. Pokok ini berbuah ikut musin atau tidak… tak pasti.

33 | wan..

August 4th, 2015 at 3:49 pm

Avatar

salam..dimne sy nk dptkn ank pkok avokad..sila hubungi sy klu ade 0111-3000364 wan…

34 | ADdy Lee

March 21st, 2016 at 3:17 am

Avatar

Saya hendak mencari pokok ini kerana nak buat ubat , bolehkah saya dapatkan debgan segera di semenanjung . Terima kasih

35 | sabariah

December 18th, 2016 at 7:44 am

Avatar

buah ni senang makannya cedok isinya yang lembut dan gebu tuang susu secukup manis cedok n makan sedap.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1805
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014