15 May, 2010

Bunga Anthurium Cameron Highlands

Posted by: admin In: Anthurium

anthurium

Jika artikel sebelum ini mengenai Kekwa di Cameron Highlands, kali ini pula mengenai bunga Anthurium. Tidaklah banyak spesis yang saya jumpai di sana. Mungkin di tempat lain saya tidak pasti.

anthurium2

Seperti yang anda ketahui, bunga Anthurium ni memang cantik dijadikan tanaman hiasan di luar atau di dalam rumah. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga Flamingo. Mengikut rujukan terdapat hampir 1,000 spesis bunga Anthurium di seluruh dunia.

anthurium3

Saya nak cerita banyak mengenai bunga ini memang tidak berapa pandai. Kalau berminat nak ketahui lebih lagi mengenai bunga ini bolehlah merujuk di lamanĀ  http://en.wikipedia.org/wiki/Anthurium

Anda juga boleh berkongsi pengetahuan anda mengenai bunga ini dengan menulis komen di bawah ini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5354

13 Responses to "Bunga Anthurium Cameron Highlands"

2 | Lela

May 16th, 2010 at 1:55 pm

Avatar

Kat rumah ada cuba tanam pokok bunga neh tapi macam ada yang tak kene je. Tak subur dan bunganya pudar. Supposed to be maroon in color…huhuhu

3 | Ehsan Ashraf

May 18th, 2010 at 8:53 pm

Avatar

Wah..blog yang menarik.. Cuma saya ingin membetulkan bahawa gambar ke-3 itu bukanlah sejenis anthurium tetapi dari spesis spathipyllum cochlearispathum atau biasa dipanggil bunga spat.

Anthurium sangat bergantung kepada kandungan bahan organik yang tinggi untuk subur. Salah satu sebab mengapa bunga dan daun menjadi pudar ialah kekurangan baja.

Nasihat saya, gunakan baja organik seperti vermikompos atau baja tahi ayam untuk daun yang baik serta semburkan baja bunga cecair 2 minggu sekali. InsyaAllah pokok akan berbunga cantik.

4 | admin

May 19th, 2010 at 1:02 am

Avatar

Maaflah saya pun sebenarnya baru belajar mengenali Anthurium ni.. tak perasan pulak ada kelainan sebenarnya antara ke-tiga2 bunga-bunga di atas.. saya pun mendapat komen bahawa gambar bunga ke-2(bunga warna putih dgn spadix kuning) tu bukan ANTHURIUM juga tetapi sebaliknya bunga Cala lily. Ia tergolong dlm genus Zantedeschia.

Terima Kasih kerana memperbetulkannya..

5 | Nor Haslinda...

May 20th, 2010 at 7:51 am

Avatar

Wah…Encik Ehsan nie kira pakar jugak nie tentang bunga-bunga ye…jangan-jangan pakar hortikultur..(betul ke ejanya?) siap dengan nama saintifik sekali tu..saya dulu panggil bunga tu authurium..rupanya bunga anthurium ye..bila baca komen di atas baru tahu selama nie saya sebut silap rupanya..hehe. Saya tak pernah tanam bunga nie tapi saya suka jugak tengok terutama bunga yang berwarna merah berkilat tu…memang cantik dan tahan lama.

6 | Ehsan Ashraf

May 21st, 2010 at 8:10 am

Avatar

Cik/ Puan HAslinda

Saya bukan pakar horticultur pon. Cuma minat yang dalam pasal bunga ni sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami sifat2 sesetengah pokok seperti anthurium dan lain2. Sekarang saya sedang dalam usaha membina blog menjual pokok secara online.
Diharap pembaca dapat memberikan sokongan disamping berkongsi idea penjagaan pkok bunga ini.

7 | Hana Ramli

May 23rd, 2010 at 5:18 am

Avatar

Wah ada jual pokok secara online ke? Anthurium mmg bunga yg cantik…actually sy baru jer berjinak2 tanam pokok bunga & pokok herba….mmg mengujakan nk tgk pokok2 ni membesar…mcm jaga anak..

8 | sexy

June 20th, 2010 at 9:32 am

Avatar

sexy ada tanam jenis yg no.1 dlm 6 warna. 1 cala lily n dlm proses pemasuan semula. ubiny x sama dgn pkk keladi yg kalau tmbuh 1 sulur shj tp cala lili ni byk sulurny. yg no.3 tu sexy krg gemar.

9 | Hana

July 7th, 2010 at 3:22 am

Avatar

Salam,

Hi, sy bru je nk berjinak2 mencari info mengenai cara2 menanam pohon2 di sekitar rumah..dan kini sedang mencari pohon yg sedia dijual di area KL….sy mencari pokok sedap malam, pinang merah, kuping gajah, bunga mawar & matahari…ada sesiapa yg ada info x??
huhuuhuhuu…

10 | MAK CIK ANI

July 26th, 2010 at 4:17 am

Avatar

CANTIK BUNGA-BUNGA KELADI TU, ADA TAK KELADI TIKUS YANG JADI UBAT BERBAGAI JENIS KENSER TU . TOLONG CARIKAN SAYA GAMBAR DAN KETERANGANNYA. BOLEH TAK?

11 | sexy

October 10th, 2010 at 7:35 am

Avatar

pg smlm sexy bli pkk anthurium wrn purple gelap yg sgt cantik. pkk calla lili putih br je migu lps/ bln lps kot, sexy buat semaian smula n dh ada tunas 1cm. migu dpn nk buat pmasuan smula.
*
pkk kladi puyoh/candik jrg dtemui skrg. daun yg dilayur api, blh wt ubat patah. dulu kt kg iany tumbuh kt tepi rmh. 2pun spokok dua jer. bbrp thn lalu mk sexy ada tnm khas dlm pasu n daunny mjd slebar 2 tapak tgn.
*
MAK CIK ANI : sexy cdgkn MAK CIK ANI taip je keladi tikus melalui google , insya Allah ada gmbr n kterangnny 1x.

12 | sexy

October 10th, 2010 at 7:51 am

Avatar

maaf. jgn slh fhm. kladi puyuh/candik pyh dtemui skrg. kladi puyoh bbeza dgn kladi candik(jg dkenali kladi merbah). kladi puyoh blh dguna utk mgubat patah n ada yg guna utk sakit kpala. kladi candik utk mrawat luka.

13 | aisy

February 1st, 2013 at 2:21 am

Avatar

macam jnis nama keladi ni yer.bnyk plak kegunaanya.menakjubkn sungguh ciptaan Allah kn.nak tumpang bertanya.sya bdk bru bljr tnm bunga.mawar saya pudar warna bubga nya.siti zybaidah saya pun xberkilat lgi daunye.kenapa ye.apakh cara rawatan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Karas @ Gaharu - 34010 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 31058 hits
Pokok Stevia @ Pokok Gula - 28621 hits
Ulam-Ulaman - 28315 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 27365 hits
Buah Mentega - 26433 hits
Khasiat Lobak Putih - 24874 hits
Buah Kesusu - 23859 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 22273 hits
Pokok Pecah Kaca - 21994 hits
Buah Markisa - 21993 hits
Pokok Bonsai - 21742 hits
Buah Berembang - 21226 hits
Pisang Raja Udang - 20373 hits
Bunga Ros Jepun - 20117 hits