10 May, 2010

Bunga Kekwa Cameron Highlands

Posted by: admin In: Kekwa

Number of View :2866

kekwa0

Maaflah kerana lama tidak menulis artikel baru di Blog ini. Nak kata sibuk tidaklah juga. Cuma kadang-kadang tiada idea nak menulis. Ambil gambar memang mudah tetapi nak cari bahan menulis dan idea mengarang perlukan masa dan hati yang tenang. Baru-baru ni saya bercuti ke Cameron Highland. Sengaja ke sana kerana nak menghirup udara segar pagi dan merasa kedinginan malam. Sekali sekala .. Memang syok ! Walaupun dah banyak kali ke sana tetapi bukan semua tempat  sudah  saya kunjungi.  Kali ini saya  sempat pergi ke Taman Rose. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM4 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak. Bolehlah tahan juga tempat ini kerana banyak jenis pokok yang belum biasa dilihat ada di sini termasuklah pokok epal. Cuma kali ini saya nak tunjukkan beberapa jenis bunga kekwa yang terdapat di sini.

kekwa

Jika bunga ros lebih sinonim dengan India manakala Belanda popular dengan tulip, kita di Malaysia pula boleh berbangga dengan kekwa kerana ia memberi pulangan tinggi di pasaran luar. Kalau mengikut rujukan, terdapat lebih 20 jenis bunga kekwa ditanam di Malaysia dengan lokasi utamanya di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang di Sabah.

kekwa2

Tahukah anda bunga kekwa di Malaysia mungkin hanya berharga 30 sen, tetapi di Jepun ia mencecah antara RM5 hingga RM6 kerana keperluan bunga di negara itu begitu tinggi.

kekwa3

Bunga kekwa memerlukan masa 100 hari daripada hari ditanam sebelum dipetik.  Apa yang menarik, kekwa Malaysia memiliki struktur tangkai bunga yang lebih cantik dan menarik berbanding kekwa yang di tanam di negara lain seperti Korea Selatan dan Vietnam.

kekwa4

Walaupun Malaysia mengeksport pelbagai jenis bunga seperti kekwa, orkid, mawar dan bunga carnation, namun kekwa adalah bunga yang paling tinggi pulangannya untuk pasaran luar. Selain Jepun, Malaysia juga mengeksport bunga untuk pasaran Hong Kong, Taiwan, Australia selain pasaran di Timur Tengah.

kekwa5

Di Jepun, kekwa kuning atau putih lebih mendapat tempat terutama untuk perayaan hari Natal manakala untuk tahun baru, warga Jepun lebih menggemari bunga kekwa berwarna merah jambu, merah, kuning dan putih.

kekwa6

Mungkin anda salah seorang yang meminati bunga kekwa. Jika anda info menarik di sebalik bunga ini, atau ada menanamnya di rumah, bolehlah kongsikan cerita anda di sini.

Related Posts with Thumbnails

50 Responses to "Bunga Kekwa Cameron Highlands"

1 | Zie

May 10th, 2010 at 5:19 pm

Avatar

Salam, maaf kalau saya menegur gambar bunga yang diatas itu bukanlah bunga Kekwa tapi bunga Daisy. Saya pernah menanamnya dulu, sorry

2 | daudjaafar

May 10th, 2010 at 6:38 pm

Avatar

Salam ;bunga nya memang cantik tapi sukar kalau di tanam di kawasan panas.

3 | bai

May 10th, 2010 at 8:35 pm

Avatar

maaf…

ini bukan gambar bunga kekwa…. ini gambar bunga daisy

4 | rinie

May 11th, 2010 at 12:23 am

Avatar

iyelaaa….
memang bukan bunga kekwa.bunga daisy tu sebab kat kampung emak banyak tanam bunga kekwa…bukan camni bunganya.bunga ni mmg payah nak hidup klau di tempat panas.

5 | Patricia

May 11th, 2010 at 12:44 am

Avatar

yang saya tahu nama bunga ini gerbera daisy. bukan senang nak jaga pokok ini.saya letakkannya di tempat teduh, pokoknya tak berapa sihat tapi masih mampu mengeluarkan bunga yang cantik..

6 | roseni

May 11th, 2010 at 1:14 am

Avatar

Salam semua,
Setahu saya namanya bunga daisy.Gambar diatas tu for export kerana ada juga daisy yg local, bunganya kecik sikit dan mudah ditanam.Sekian

7 | admin

May 11th, 2010 at 1:16 am

Avatar

Maaflah.. memang betul bunga daisy.. saya terkeliru pula dengan bunga kekwa.. maklumlah.. pokok ni seakan-akan.. terima kasih kerana memperbetulkannya.. keperihatinan anda amat saya hargai.. Nanti saya cuba perbetulkan apa yg patut..

8 | puziah

May 11th, 2010 at 2:11 am

Avatar

Salam..saya selalu makan sayur leek ini.Selalunya goreng bersama dengan serta sos tiram. Rasanya memang sedap.

9 | Azli

May 11th, 2010 at 2:18 am

Avatar

T kasih berkongsi info saudara :)

10 | chemud86

May 11th, 2010 at 2:40 am

Avatar

Betul tu, bukan bunga kekwa, inilah yang kita nak, kalau tak betul kita perbetulkan.Haa…….ini menunjukkan bahawa kita masih lagi perihatin kepada sesuatu benda atau apa-apa pun.Syukur, alhamdulillah

11 | Rusni Binti Saleh

May 11th, 2010 at 3:54 am

Avatar

yang hampa semua kata tu bunga daisy bukan!.DiCameron Highland cuaca nya sejuk jadi bunganyasemua saiz besar ,gebu dan amat cantik sekali. Kak dah tenguk ,baru baru ni gambar yang diatas tu adalah spesis kekwa! Kalau x percaya pergi sendiri ke Cameron highland dan lihat sendiri Ciptaan Allah yang begitu menakjubkan!

12 | lek ceria

May 11th, 2010 at 5:31 am

Avatar

saya sokong dengan pendapat cik RUSNI BT SALLEH ….saya ada pengalaman selama 2 thn kt CAMERON HIGHLAND…sebagai penanam bunga…memang bunga disana semuanya saiz besar2….dan berbagai jenis kekwa ada disana…klu saudara_saudari pergi kt sana…pergi kekampong RAJA disitu memang tempatnya ….

13 | reefa

May 11th, 2010 at 5:42 am

Avatar

time kasih semua… selame ari ni, aku pgil bunga nie bunga matahari,,, rupernye bunga daisy….

14 | Mahadi

May 11th, 2010 at 12:14 pm

Avatar

Nama kekwa dalam bahasa inggeris tu, chrysanthemum ka?

15 | Mahadi

May 11th, 2010 at 12:28 pm

Avatar

Tenguk pada gambar di wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/File:NIEdot318.jpg bunga diatas juga kelihatan bangsa chrysanthemum.

Kalau daisy = http://www.flowers.vg/flowers/daisy.htm

16 | raja

May 11th, 2010 at 2:02 pm

Avatar

nama sy raja dr jb,sy ingin tahu serba sedikit tentang bunga kekwa, harga ,kos penghantaran kat jb & sebagainya. terima kasih

17 | zackmd

May 11th, 2010 at 2:30 pm

Avatar

slm… den penah poi 4 kali ke cameron ni..plg den suko bilo den g melawat doket MARDI, maso tu pekerjonyo tongah potong pkk bgo kekwa, ponuh bas kami angkut pkk bgo kkwa ni naik bas, mcm2 jonis, maso blk siap mndi bunga kkwa lai… 2 mggu mndi bgo kkwa ajo… hehee… kenangan maso student tu..heeehee…so bilo den tenung pokok kt belakang tu dr segi btg pkk n daunnyo, memang botul pkk bungo kekwa tu.. sobabnya pkk bgo kekwa ni dari jenis pkk renek, btg pkk berkayu. kalau bungo daisy dio dr jonis pkk herbo, btg pkk tidak berkayu… jadinyo tk perlu prbotulkan lai info doket ats tu sbbnyo dh memang botul dh… ok

18 | lili

May 11th, 2010 at 5:00 pm

Avatar

Cantik bunga kekwa saya suka sangat tapi tahu menjaga tanaman ini. selalu sangat dia mati

19 | lili

May 11th, 2010 at 5:07 pm

Avatar

dah pos komen baru baca yg di atas tu! he he he! saya memang tak kenal jenis2 bunga ni. main belasah kekwa semua. tapi memang saya suka bunga ni, dan selalu tanam, namun lebih kerap mati!

20 | latifah

May 12th, 2010 at 12:25 am

Avatar

Assalamulaikum tuan,

Saya ada tanam pokok kekwa, benihnya datang dari Cameron Highlands semasa saya buat lawatan ke MARDI dalam kursus pertanian, tapi tak secantik di Cameron Highlands bunganya terbantut kecil

21 | zaliha

May 12th, 2010 at 2:02 am

Avatar

Salam…. saya seorang peminat semua jenis bunga, terima kasih info dari En. Fazli. Saya pernah juga ke Cameron Highlands, tapi tak pernah sampai ke Mardi, mungkin banyak lagi pokok-pokok menarik. Saya ada beli 3 jenis pokok bunga ros 4 tahun lepas, 1 sahaja yang hidup sampai sekarang, Itu pun penjual pokok tu beritahu yang boleh bawak turun dari sana, cuaca di sana lain, sebab tulah pokok yang kita bawak balik tak sihat macam pokok-pokok bunga di Cameron. Seronok jugak kalau dapat pergi lagi.

22 | sarah

May 12th, 2010 at 3:57 am

Avatar

bunga kekwa tu kan nama melayu….nama org putihnya daisy la kot….betul la tu kekwa

23 | adilah razak

May 12th, 2010 at 5:32 am

Avatar

alamak..kekeliruan telah brlaku..
bunga apkh sbnrnye????
kekwa ke daisy???

24 | ct

May 12th, 2010 at 8:33 am

Avatar

Salam. Saya juga banyak koleksi gambar bunga ni. Saya minat tang warnanya dan susunan kelopaknya. Yg lain tak le saya mengkajinya tapi tahu juga ada kegunaan sebagai herba penyejuk badan utk jenis-jenis tertentu.

25 | Amy

May 12th, 2010 at 10:55 am

Avatar

Memang tu bunga daisy.. susah nak bela dia nih.. kata orang tua-tua. tangan panas!

Baru-baru ni dapat petua dari “hantu” bunga juga.. katanya kalu nak dia hidup, masa beli tu.. nak salin pasu baru, buang semua tanah asalnya.. guna tanah campuran, tanah hitam + tanah merah … pah tu ape ntah.. lupa..

Baru boleh hidup.. kalu dak mati

26 | ima

May 13th, 2010 at 12:18 am

Avatar

walau apapun namanya bunga ini, yang penting saya suka melihatnya. Cantiknya anugerah Allah….

27 | na hashim

May 13th, 2010 at 12:58 am

Avatar

suka tengok gambar bunga…amat menenangkan …

28 | Rusnani

May 13th, 2010 at 1:29 am

Avatar

memang suka tengok bunga , begitu mengasyikkan

29 | Nor Haslinda...

May 13th, 2010 at 3:29 am

Avatar

Saya pun jadi keliru dengan komen-komen di atas..ada yang kata daisy…ada yang kata memang kekwa…ada yang kata daisy tu bahasa inggerisnya, kekwa tu bahasa melayunya…hehehhe.. Apa pun memang saya pernah tanam bunga nie. Bagi saya la, saya kenal bunga nie sebagai daisy. Bunga dia keluar sekuntum-sekuntum dengan tangkai yang agak besar dan sesuai sangat dibuat hiasan meja kalau ada majlis2 rasmi. Kalau yang bergugus-gugus (berjambak-jambak) dengan kuntuman-kuntuman kecik besar tu saya kenal dengan nama kekwa…atau saya kenal dalam Bahasa Inggerisnya Chrysanthemum…betui ke ejanye ntah le.. Kekwa nie kalau musim perayaan Tahun Baru Cina memang murah-murah sangat kalau kat nursery area Ipoh nie…bunganya pun banyak sangat…yang besar ada, yang kecik ada.. Tapi senang nak beza kekwa dengan daisy nie kan…kalau daisy tu pokok dia rendah je…daun dia seakan-akan menempel je pada tanah dan bunga dia akan keluar antara celahan daun tu dengan tangkai yang besar tapi memang bunga dia akan keluar satu tangkai, satu bunga…belum penah lagi le dia silap keluar satu tangkai 2 atau 3 bunga lagi..bunga takde bau pun..hehehe..manakala pokok kekwa nie dia ada dahan, daun akan keluar pada dahan-dahan dia sekali dengan bunga yang bergugus-gugus. Bunganya ada yang besar dan yang kecil..bau pun macam bau bunga tahi ayam.

30 | jamilah

May 13th, 2010 at 6:28 am

Avatar

agaknya bila lah saya berpeluang ke Cameron lagi. Dah 20 tahun rasanya tak kesana

31 | Mohamed Ali Othman

May 14th, 2010 at 11:06 am

Avatar

Kalau tengok bunga sedang mekar - wahh cantiknye
Kalau tengok bunga (awek) senyum - wahh seronoknye
Kalau tengok bunga api - wahh indahnyeee
Kalau tengok bunga tayar botak - waduhh kopak duit den!

32 | jamilah

May 15th, 2010 at 1:24 am

Avatar

kekwa?daisy?apa-apa pun takpe.sama tapi tak serupa.serupa tapi tak sama.whatever.apa pun memang cantik dan menambah keindahan dan warna warni alam ciptaanNya.syukur kita dapat menikmatinya.

33 | Hj Ahmad

May 17th, 2010 at 12:33 pm

Avatar

Dicadangkan info-info ini dilengkapkan dengan cara menanamnya.

34 | Ehsan Ashraf

May 18th, 2010 at 10:30 pm

Avatar

Sekadar ingin berkongsi untuk menjelaskan kekeliruan pembaca2 disini. Walaubagaimanapun saya sangat bersetuju dengan penjelasan oleh Saudari Haslina *komen 28.

Untuk info lanjut, bunga kekwa ialah chrysanthemum manakala daisy ialah daisy.

Kekwa dan daisy kedua-duanya adalah dari Family yang sama iaitu Asteracea tetapi dari genus berbeza. Daisy adalah genus Osteodpermum manakalai Kekwa ialah genus Chrysanthemum.

Daisy ialah bunga yang tahan lama (perenial) manakala Kekwa ialah bunga bermusim ( annual).

Diharap penjelasan ini membantu.

35 | Ehsan Ashraf

May 18th, 2010 at 10:37 pm

Avatar

Tip menjaga daisy:

1) Tambahkan tanah merah bakar ke atas permukaan tanah sedia ada.

2) letakkan daisy yang baru dibeli di kawasan yang redup. Tunggu sehingga bunga yang ada telah kembang semuanya ( kira-kira sebulan). Selepas semua bunga telah kembang barulah daisy boleh dipindahkan ke kawasan yang lebih panas.

3) Gunakan baja semburan bagi menggalakkan pertumbuhan bunga daisy yang baru.

* Ingat , pokok berbunga memerlukan 3 key utama untuk kekal berbunga iaitu cahaya matahari yang cukup, baja yang sesuai dan saliran yang baik.

36 | zainun

May 19th, 2010 at 5:44 am

Avatar

cantiknya bunga apa2 pun tak pa janji cantik ciptaan Allah… dah lama tak p Cameron……. byk lagi tempat tak lawat.. hrp suatu hr nt dapat poi lagi…

37 | suhana

May 28th, 2010 at 11:22 pm

Avatar

memang bunga daisy, bunga kekwa yang india suka buat semayang tu. bau kekwa agak busuk. bunga yang warna kuning boleh dikeringkan buat teh chrysantemum. sedapppp.

38 | suhana

May 28th, 2010 at 11:24 pm

Avatar

betulll, bunga daisy, tak percaya pergi kedai bunga tanya mana daisy dan mana kekwa. sure dapat jawapan. itu mmg daisy,,kawan2

39 | aisha

June 4th, 2010 at 8:24 am

Avatar

bunga kekwa sejenis bunga yang hanya boleh hidup selama 3 minggu pada cuaca sejuk, tetapi akan mati dengan cepat jika berada di kawasan yang panas..

40 | mar

June 9th, 2010 at 10:29 am

Avatar

Salam en. fazlisyam..

Jgn konpius pulak ngn komen2 ni..mmg betul la ni bunga kekwa..
Bunga kekwa n bunga daisy adlh 2 spesies yg berbeza tp dlm famili yg sama iaitu Compositae / Asteraceae..sbb tula dua2 seakan serupa…
Ada byk jenis hibrid kekwa yg menghasilkan plbagai warna dan saiz..=)

41 | Hj Ahmad

June 21st, 2010 at 3:40 am

Avatar

Lama tak dengan cerita dpd saudara.

42 | admin

June 22nd, 2010 at 3:36 pm

Avatar

Cerita apa yang Hj. lama tak dengar tu.. Saya masih lagi sihat walafiat..

43 | diha

July 22nd, 2010 at 3:33 am

Avatar

saya suka gambar bunga yang awak ambil, semuanya cantik2.

44 | diha

July 28th, 2010 at 3:48 am

Avatar

hai, buat lawak pulak mohd ali othman

45 | Hj Ahmad

August 12th, 2010 at 5:26 am

Avatar

Aslamualaikum en fazlisyam. Apa kabar? Selamat menyambut Ramadhan Almubarak. Semoga Allah memberikan kebarkatan kepada tuan di bulan puasa ini. Lama dah tak terima email daripada tuan.

46 | Tg Naimah

August 17th, 2010 at 11:49 pm

Avatar

Assalamualaikum… Selamat berpuasa. Dah lama saya tak terima e-mail. Sejuk mata melihat tumbuhan herba yang saudara paparkan. TQ

47 | Arlia, miri swak

September 22nd, 2010 at 4:58 pm

Avatar

Salam
Saya pengemar bunga2 kekwa, ros, paku dan orkid

Kalau nak kenal bunga Daisy…ianya tumbuh satu batang (batang berbulu lembut) tak bertangkai berdaun besar hijau tebal agak panjang dari bunga kekwa, ada saiz besar dan kecil…lebih subur jika terlindung dari cahaya matahari

manakala bunga kekwa ataupun nama org putihnya
Chrysanthemum…ianya tumbuh bertangkai tangkai
berdaun besar ataupun kecil (terpulang pada kesuburannya) ada jenis bunga saiz besar dan kecil, kuntum tebal dan jenis nipis. Kekwa lebih cantik sebab berbunga lebat sentiasa berbunga. kesemua tangkai keluar bunga

48 | salmi

March 3rd, 2011 at 8:22 am

Avatar

sy akan k cameron ytk mmbuat kajian psl bunga…hrp awk akn mnolong sy

49 | marissa

October 24th, 2011 at 2:46 pm

Avatar

saya nak ke cameron. boleh banu saya cari pemborong bunga?

0127770196

50 | Miera

January 15th, 2012 at 1:39 pm

Avatar

@Nor Haslinda… -
Btol la tu! :) Saya bnyak tnam kat umah sbb nursery dkat ngan umah sya tu murah je die jual. Dalam RM5-10 je (murah la tu kot..) Tapi kan, sush gak la nk jage bnge ni x taw la sebab suhu ke ape.. Bleh x sesaper bgi tips untk jge bunga ni? Yang sye pnye daun die slalu jdi kuning dn kurang segah.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011