04 May, 2010

Buah Keriang Dot

Posted by: admin In: @Buah Nadir| @Teknologi Pertanian

keriang-dot1

(Gambar yang anda lihat ini telah disunting dari sumber - internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :9691

115 Responses to "Buah Keriang Dot"

1 | mohamed hashim

May 4th, 2010 at 2:31 pm

Avatar

Salam,

Saya teringat tahun 70an semasa belajar di Kedah. Waktu itu buah keriang ni masih banyak lagi dan senang didapati. Rasanya memang sedap. Tapi kalau makan lidah jadi merah. Manalah nak cari sekarang. Minggu lepasa saya ke Alor Star tidak pula terjumpa. Kalau rajin pergi nat (pekan sehari) dikampung2 bolah jadi ada lagi.

Terima kasih.

Masukle blogsaya: mohakas.blogspot.com

2 | ejey hassan

May 4th, 2010 at 2:37 pm

Avatar

salam,
pohon kerian ni byk kat tepi2 sungai.
teringat zaman kanak2 duku, sekitar tahun 70an… sebelum mandi sungai sempatlah panjat pokok kerian dulu… habis mulut hitam psl makan byk buah kerian.
dari segi khasiat tak tau plak…

3 | Mahadi

May 4th, 2010 at 3:12 pm

Avatar

Di kelantan kita panggil buah kerieer,,, pokok ni boleh tumbuh dikawasan berair seperti tepi sawah. Mengikut ayah saya, orang siam guna akar pokok kerian sebagai root-stock untuk kawin dgn poko durian..ini adalah supaya poko durian dapat ditanam dikawasan berair..paya.

4 | dan_kedah

May 4th, 2010 at 3:26 pm

Avatar

salam..
dah lama tak tengok buah ni,masa zaman kanak kanak je dapat rasa buah ni,sekarang dah x jumpa dah …buah keriang yang kecil tu ada la lagi(nama dah lupa)…

5 | Tan

May 4th, 2010 at 4:00 pm

Avatar

memang sudah lama tak tengok buah ni. Masa kecilkeil dulu penah makan buah ini. Saya pernah jatuh dari pokok ini. Bila makan kena ati ati, air nya. Bila terkena baju susah nak tanggal. Warna ny biru saperti kulit nya. Buah nya terpulang pada pokok. Ada yang manis dan ada yang masam walaupon buah sudah mantang. Biasa nya bila putik, warna nya merah. Bila dan masak warna nya biru hitam. Bila nak makan buah nya lebih enak, tarok buahnya di tangan dan tepok. jangan tepok sampai kembek, tepok dengan tapak tangan supaya buah nya tak di kena.

6 | wan

May 4th, 2010 at 4:01 pm

Avatar

buah keriang dot ni mmg sedap..pokok keriag dot ni biasanya bersaiz besar..

7 | jentayubisu@yahoo.com

May 4th, 2010 at 5:09 pm

Avatar

Setahu saya spesis buah keriang ni ada 4 jenis. Keriang dot jenis kecil,keriang dot jenis besar, buah muyu dan buah mertajam.Cicah dengan garam sedap. Banyak terdapat dipinggir sungai atau di kampung. Jalan Alor Pongsu Daerah Krian Perak banyak pokok keriang dot disitu. Kenangan masa kanak-kanak kutip buah keriang tepi sungai kumpul dalam daun keladi. Kumpul punya kumpul terambil sekali buah keduduq(gatal) buah ni tak boleh makan tapi bila jatuh ke sungai dia punya kala jadi hitam tu yang terambik sekali tu. Biji keriang dot kecil bulat manakala keriang dot besar biji dia lonjong mcm biji kurma. Keempat-empat jenis buah ni kalau dimakan pasti lidah menjadi biru seketika boleh main hantu-hantu bagi yang ada rambut panjang hehehehe…

8 | Saifuddien Sjaaf

May 4th, 2010 at 9:54 pm

Avatar

Apakah nama sains dari buah ini? Atau nama lainnya di daerah lain?
Kalau melihat dari gambar dan cerita di atas, di daerah saya [Gresik, Jawa Timur], sepertinya ini buah JUWET atau di Madura disebut DUWEK.
Bijinya [kalau tak salah ingat] agak panjang.
Enak dimakan, bila dicuci terlebih dahulu dengan air garam atau ditaburi garam.
Memang sekarang sudah agak langka, tetapi di Madura dan Gresik masih bisa dijumpai bilamana musim buah tiba.

Salam

9 | yati

May 4th, 2010 at 11:36 pm

Avatar

salam. teringat saya di zaman 70an. saya suka cari buah keriang di tepi2 sungai. Bila makan aje lidah pasti biru. Ditepi sungai dekat dgn Hospital Pulau Pinang kat Rumah Gabenor dulu-dulu adalah. Tapi sekarang ni dah jadi kawasan perumahan. Pokok keriang ni biasanya bersaiz besar.

10 | chemud86

May 4th, 2010 at 11:49 pm

Avatar

terkenang di masa lalu, buah ini memang sedap di makan.bagi kita orang kedah dan di sebelah utara sana memang terkenal buah ini.terdapat di kawasan sawah padi pada zaman dulu dengan pokok yang besar dan rimbun.jom pi makan buah keriang lepas tu pi mandi di sungai tangkap ikan……..ok itulah zaman kita dulu, tapi sekarang ni pokok tu dah tak ada dahhhhhhhhhhh!

11 | robis

May 4th, 2010 at 11:53 pm

Avatar

Masa tahun 70an dan awal 80 an kat utara memang banyak buat keriang ni. Keriang dot saiz besar dan ada rasa kelat sikit, tapi kering burung saiz 2 x ganda kecil, rasanya lebih manis. Kedua-duanya jika direndam dalam air garam sebelum dimakan, rasanya akan lebih sedap.

Masa melawat ladang Rempah Nasuha (Johor) pengeluar rempah mak siti awal 20an, saya ada jumpa pokok kering dot dekat kawasan Chalet atas puncak bukit dalam ladang ni.
Harap-harap sekarang masih ada lagi.

Masa tahun 90 an di bandar Bagio City, Filippine pun saya pernah nampak orang jual buah kering dot ni di tepi jalan.

12 | zaliha

May 5th, 2010 at 12:12 am

Avatar

Salam…. Setengah negeri dipanggil juga dengan jambu arang. Rasanya masam, cicah dengan garam, kalau makan gigi akan menjadi biru kemerahan. Pokoknya bersaiz besar, biasanya terdapat di sawah-sawah, sambil menuai sambil makan…. tu zaman dulu. Sekarang anak-anak muda doh tak kenal, mungkin kalau jumpa buah ni pun nak makan takut jugak, bagus jugak ni, untuk makluman semua.

13 | Din

May 5th, 2010 at 12:15 am

Avatar

salam, terkenang tentang buah kerinag dot ni, buah ini merupakan duah yang tergolong dalam ‘favourite fruit’.Buah yang bersaiz sederhana dan boleh dikatakan kembar kepada buah keriang yang dimana pokoknya seakan sama dan rasa buah yang sama tetapi berbeza dari segi saiz.Sekarang saya menetap di Perak and kawan saya masih mengekalkan pokok ni di rumah beliau dan kami akan mengutipnya bila sampai musimnya.

14 | ismail

May 5th, 2010 at 12:45 am

Avatar

maaf pertama kali dgr. nama buah ni..no kemen

15 | Nur Aliza

May 5th, 2010 at 12:55 am

Avatar

Salam…saya baru je tanam anak pokok keriang dot ni kat laman rumah…itupun susah nak dpt, dalam kampung2 pun dah tak byk yg ada pokok ni

16 | Missa

May 5th, 2010 at 12:55 am

Avatar

Saya berasal dari Muar,Johor. Saya dan suami pula sering memancing udang di Sungai Muar berhampiran kampung saya. Buah ni masih banyak di tebing-tebing sungai. Saya memang tak tahu apa-apa pasal buah ni. Tetapi suami saya yang berasal dari Sarawak menyatakan bahawa buah ini boleh di makan. Rasanya masam-masam manis dan kelat. Buah yang muda boleh dibuat pencampur dalam masakan untuk menggantikan asam jawa atau asam keping (asam gelugur) kerana rasanya yang masam. Setakat ini saya rasa spesis ini belum lagi pupus kerana buah ini memang senang2 je dapat kat tebing Sungai Muar.

17 | marina

May 5th, 2010 at 1:10 am

Avatar

masa kecik2 dulu saya selalu makan buah ni, sedap dan ralit sebab buahnya yg kecil2, tapi tak buleh panjat sbb pokok dia besar n tinggi, ranting saja yang sampai ke bawah, sampai sekarang pokok tu masih ada kat kampung saya, lepas makan, mulut, tangan jadi merah, lekat warna buah, ada sungai kecil sempena nama pokok ni, sungai bongkok keriang

18 | adenan bahari

May 5th, 2010 at 1:21 am

Avatar

assalamualaikum..,
Buah keriang dot ni memang sedap dimakan kalau masa budak budak dulu ,balik sekolah memang saya rest atas pokok keriang dot siap ada dangau lagi sambil menikmati buahnya yang unik kelat dan manis, berukuran sebesar jari kelingking .,lidah jadi kala pink.
Buah muyu dan mertajam ?tu dah lain tak kena langsung! warna batang dan kulit dah berbeza apa lagi rasa jauh berbeza..muyu pula selalu dikwsn agak berbukit..keriang dot gemar kwsn berpaya ,dulu saya ada pokok keriang dot diKampung Cemumar Perlis dan pokok mertajam ada diKodiang .kawasan bukit keplu ,bkt rawa dan sepanjang perjalanan keChanglon ada ditepi jalan atau sedikit kedalam belukar .Pokok Muyu pula sesuai agak macam pokok Keriang Dot berpaya .batang/kulit pun tak sama dgn pokok Muyu.,Pokok ni ada dirumah jiran saya ..apa lagi ya? syok cerita keriang Dot ni…la ni payah la nak jumpa .wasallam fakir adenan.

19 | roseni

May 5th, 2010 at 1:25 am

Avatar

salam, saya x pernah dengar/tengok buah ini tapi dari komen teman2 saya rasa seronok membaca pengalaman yang teman2 lalui.Buat Nur Alizza ,bila pokok tu dah berbuah , jemput la kita kerumah ya….

20 | latifah

May 5th, 2010 at 1:38 am

Avatar

Assalamulaikum,

Baru saja saya jumpa pokok ni (3/5/2010 - Isnin) mungkin berlainan dengan cerita Cik Yati Dan En. Wan. Yang saya jumpa ni pokoknya melilit di pohon yang berdekatan dengannya. Cuba juga rasa buahnya ada ssedikit kemasaman. Tak berani nak makan habis sebijik cuma rasa dihujung lidah dan tak tau itu ada buah pokok keriang dot

21 | sally

May 5th, 2010 at 1:57 am

Avatar

emm.. zaman kecik2 dlu rajin masuk hutan cari buah2an liar, tapi ni pertama kali dengar ni buah.. kali kat utara sabah tak de kot..

22 | Razmankasa

May 5th, 2010 at 2:12 am

Avatar

Pokok buah keriang dot sekarang ni susah nak jumpa apatah lagi buahnya. Kalau zaman 60an dan 70an dulu memang banyak, lebih-lebih lagi kat tepi sungai atau sawah. Memang best kalau makan buah keriang ni.. mulut serta lidah pastinya berwarna kebiruan. walau bagaimanapun tk kerana menyediakan artikal ni sbb dapat mengingatkan kembali tentang pokok ni yang semakin dilupakan. tk.

23 | shah

May 5th, 2010 at 2:47 am

Avatar

Buah keriang dot masih ada kat laman rumah. Tujuan asal untuk perubatan, org kata buah keriang dot nih boleh mengubat batuk dan sakit tekak. Skrg pokok tu dibiarkan membesar sbb suka tgk burung-burung hinggap kat pokok tu makan buahnya, mcm terapi. Rasa buahnya kalau warna merah mmg masam dan kelat, kalau dah hitam rasa manis tp kelat tu masih ada. Harap membantu :D

24 | Nor Haslinda...

May 5th, 2010 at 3:13 am

Avatar

Saya pun pernah makan zaman kanak-kanak je..tapi yang best tu dia tumbuh depan rumah kawan sekolah rendah saya, kat Ipoh..tak payah pergi tepi sungai pun heheh. Tak tahu le ntah ada lagi ke tak pokok tu depan rumah dia..masa tu pun pokoknye dah besar dan tinggi, ada dahan yang mencecah ke bawah tu..kat situ je le dapat kait buah keriang…kalau yang kat sebelah atas tu…langut je le tunggu dia jatuh…heheh…saya suka jugak rasa buah nie..kelat + masam manis..

25 | Nor Haslinda...

May 5th, 2010 at 3:37 am

Avatar

geram tengok gambar buah keriang yang En Fazly copy paste tu..banyak betul…susah nak dapat banyak tu..-agaknya deme panjat kot ye..

26 | RAFEDAH BINTI MOHAMED SALLEH

May 5th, 2010 at 4:04 am

Avatar

Salam..buah ni saya suka makan tp tu zaman budak-budak lagi..mmg sedap..pokok nyer masih ader kt kawasan rumah..tp skang dah berbuah lagi..ssh dah nk mencari buah ni..kat kg2 msti ader kan..elk lah di tanam spy x pupus..kta kna jg khazanah alam..

27 | Fyda Salleh

May 5th, 2010 at 4:05 am

Avatar

Teringan zaman dulu..

28 | mariah

May 5th, 2010 at 4:06 am

Avatar

tengok gambar buah keriang dot, teringat masa zaman kanak-kanak dulu sekitar 70an. Kat belakang rumah ada sepokk buah keriang dot, mmg rasanya kelat-kelat manis, bila makan lidah jadi ungu kehitaman. Sayangnya zaman sekarang ni dah susah nak cari.
Batang pokok keriang ni memang besar, jadi masa ayah nak bina tambahan rumah terpaksa la tebang pokok tu.

29 | mansor

May 5th, 2010 at 4:08 am

Avatar

buah ni boleh dimakan rasanya sedikit kelat dan masam. tapi sekarang sudah tidak di kenali oleh generasi muda.

30 | tntza

May 5th, 2010 at 4:10 am

Avatar

Pernah dengar nama buah ni, tapi ingat-ingat lupa sebab kalau tak silap saya pokok buah ni tumbuh tepi sungai dan dalam hutan.

31 | mohd hadi

May 5th, 2010 at 4:18 am

Avatar

buah kerian memang banyak kat kampung aku masa kecik2 dulu. tapi sekarang ni dah banyak kena tebang. buah ni boleh dijeruk dan sedap dimakan. rasanya masam manis dan sedikit kelat. nak tambah kesedapan dia lagi, tambah cuka dan sedikt gula, kemudian gaulkan dengan buah2 kerian.

32 | shamnazli

May 5th, 2010 at 4:35 am

Avatar

bila sebut jer buah keriang dot ni terliur rasa.dulu ade sepokok tepi rumah..tp dh kena tebang..memang sedap nmpak mcm buah anggur bila masak..daun dia pun wangi tau..skg ni susah dh nk jumpa..

33 | abe Mang

May 5th, 2010 at 5:10 am

Avatar

salam tuan,
saya pernah makan buah ni masa kecil2 dulu, rasanya manis, masam,
kelat.Waktu tu (70an,80an) terdapat 2 pokok ni di kawasan rumah atuk
sedara saya. Pada musim pokok ni berbuah dan masak, ramai budak2
datang mengait dan memakan buahnya. Namun pokok kerian tu telah
ditebang, maka pupus lah pokok ni. Ada lagi satu pokok kami panggil
‘kayu kelat’ buahnya seakan2 buah kerian, tapi rasanya lebih manis.

34 | jamilah

May 5th, 2010 at 6:14 am

Avatar

baru pertama kali tengok walaupan saya ni dah berumur. Terima kasih je le

35 | lloni

May 5th, 2010 at 6:30 am

Avatar

kito panggaey….di kg salor…. buah sekiae or sekiye…

36 | moheddin

May 5th, 2010 at 7:14 am

Avatar

kebanyakan kita pernah makan masa budak-budak dulu, bila dah pindah kat bandar memang tak jumpa. Waktu budak2 dulu selalu merayap dalam hutan dan tepi2 sungai, jadi nak makan buah keriang ta ada masalah.

37 | aza

May 5th, 2010 at 7:25 am

Avatar

buah kerian dot juga dikenali sbgi buah jambu arang di trg.on 1st time tgok..mase drjh 4..kat dpn umah nenek..pokok dia besar..kalo nk amek buah,baling dgn kayu..sebb tggi..pai skrg pn ade lg,cume dh jrg mkn.sebb time berbuah je aku xde kat kg.hehehe..tp rase dia masam2 cket.mak marah kalo kene baju sebb warnanya xhilang..kne pkai clorox..kalo wat buah lastik org pun ok gak ni..huhuhu..rasenye manis kalo dia merekah dan isinya berwarna pink2 gitu..sedap cicah ngan cuka+cili+gula+belacan..wa…sodappp…

38 | estet

May 5th, 2010 at 7:45 am

Avatar

pokok keriang setahu saya ada 2 jenis - keriang lada dan keriang dot, keriang lada bersaiz kecil sebesar kacang soya tapi rasanya lebih manis dan sedap dari keriang dot yang rasanya sedikit masam dan kelat. dulu pokok ni memang banyak tapi la ni dah hampir pupus..

39 | Rohani leyaknalae

May 5th, 2010 at 8:40 am

Avatar

sedap buah ni,apalagi musim panas macam ni, kat yala ni, di-tepi dan tengah-tengah sawah diatas batas-batas bendang masih lagi ada pokok ni..apalagi semasa musim mengetam..kat sini masih ada orang mengetam guna tangan..penat mengetam berehat dibawah pokok ni lee…bila pandang kat atas pokok tu buah dah masak ranum…budak- budak panjat,,dan dicantas dahan yg.ada buahnya..lepastu..dipungut buahnya ,direlaikan boleh satu tas-(jelok) dibasuh,disejatkan biar agak kering,lepas tu masukkan sedikit garam debu ,gula dan cuka serta lada,gaul biar rata..sediakan beberapa biji sudu dalam tas tadi…sama-samalah makan sambil berborak…sembang-sembang…rasanya sedaplah… eee meleleh air liur …..

40 | syada

May 5th, 2010 at 8:54 am

Avatar

kt umh my mother di perlis still ada lagi pokok buah ni.. sedap makan buah nyer sambil cicah sambal belacan..

41 | ct

May 5th, 2010 at 9:03 am

Avatar

Inilah buah yang saya cari bila balik utara tapi tak jumpa dah. Dulu memang banyak tepi hutan, parit dan sungai kat kg. Sayang dah pupus agaknya. Tak ada ke inisiatif utk wujudkan taman pertanian yang tanam pokok-pokok yang semakin pupus tu. Sape boleh tolong ye..

42 | mohd zain

May 5th, 2010 at 9:20 am

Avatar

Buah keriang ni kalau kat kampong kawe memang banyak. Arwah bapa kawe buat tiang pagar batangnya akan tumbuh dan berbuah. Kalau lah ke pokok yang manis memang sedap rasanya. Kalau makan banyak susah nak berak kerana masa makan ditelan dengan biji sekali. Sape-sape nak boleh lah gi ke kampong kawe di Jelawat memang banyak kalau kena musimnya.

43 | sabri b hamzah

May 5th, 2010 at 10:23 am

Avatar

salam. Buah keriang dot sebelah utara ni dikenali jg dgn nama keriang aceh.dah payah nak dapat dh buah ni.Kalu pasar siang/nat hari selasa ada lg dijual dipekan sik.Ada sepokok kat kampung dulu, pokok tua dh mati plak.Ada satu lg jenis keriang yg lebih kecil, jg sedap kerana kurang rasa kelatnya.Lagi satu buah macam keriang dot ni jg , rasanya masam2 manis, namanya buah muyu.Buah ni last pernah nampak 20 thun lpas.

44 | zuldesa1

May 5th, 2010 at 11:42 am

Avatar

kalau tak silap saya ,saya pernah makan buah keriang dot ni.lepas makan pasti bibir,mulut dan lidah berwarna ungu.
klau ada gambar mengkuang pandan dan infonya tlg email kat saya

45 | adieela

May 5th, 2010 at 12:48 pm

Avatar

hehhee…kenal pokok ni…sekolah saya pun diambil nama dr pokok ni..
Sek Men Keb Kubang Kerian 1…hehehhe

46 | Mohamad Ramlan Ali

May 6th, 2010 at 2:52 am

Avatar

Salam,

Melihat gambar buah ini teringat zaman kanak-kanak. ketika bermain dengan kawan-kawan dan masuk hutan di kawasan tepi sungai memang jumpa pokok-pokok buah ini dan saya ada memakannya.

Tapi sekarang mungkin ada lagi dan kita patut menghalangnya dari pupus..

47 | roger

May 6th, 2010 at 3:24 am

Avatar

Masa dulu ada sebatang pokok keriang dot kat atas Bukit Dumbar, Jelutong, Penang. Pokoknya besar, tinggi dan berbuah lebat pada musimnya. Entah masih ada kah lagi pokok itu disitu? Masa zaman bebudak dulu selalu mengutip buah-buah yang gugur tapi awas tersilap kutip, terkutip sekali dengan taik kambing kering kerana warna dan saiznya sama. Buah-buah yang di kutip dibubuh dalam kerongsong daun pisang. Selepas dibasuh, taruh garam dan gula….nyaman…yang tak syioknya lidah jadi warna kebiruan dan kalau terkena baju sekolah..tak tau nak kata apa..alghuyub lah jawabnya.

48 | zulkifli

May 6th, 2010 at 4:33 am

Avatar

mi.mg susah nak cari buah ni. zaman skrg mana ada yg tanam pokoknya.buah keriang ada yg kecil. yg besar tu ialah keriang dot.

satu lagi buah yg sudah pupus adalah buah muyu dan buah mertajam.buah muyu agak masam manakala buah mertajam agat kelat tapi manis.

bebudak skrg ni mana kenal dgn buah2 ni.en fazlisyam boleh tak carikan info ttg buah muyu dan buah mertajam.

saya rasa smk kubang kerian bukan diambil dari nama buah ini……..buah ini buah keriang ,tak samakan ejaan nya dgn kerian.tak gitu adileela?

49 | abdullah abdul rahman

May 6th, 2010 at 5:06 am

Avatar

sy stuju yg pokok nih smakinpupus, tp bg yg blum kenal n nk kenal boleh r dtg ke hulu terengganu nih…………..

50 | naharamin

May 6th, 2010 at 6:30 am

Avatar

oh………tak pernah jumpa dan makan buah tu…
no comen

51 | MAZLEE

May 6th, 2010 at 6:47 am

Avatar

EMM..
saya tak pernah jumpa buah ni..tapi nampak mcm sedap je..kalo ada sapa tanam bole la pas2 kat saya..heheheehe

52 | mamat

May 6th, 2010 at 8:30 am

Avatar

keriang burung adalah saiz kecil….masak manis……keriang dot ni yang besar kurma…..ni makan dengan garam…..ketagih oooo hehhehehe

53 | hasnah

May 6th, 2010 at 11:45 am

Avatar

Salam 1 malaysia
Saya masa kecik2 dulu suka mkn…lepas tu akan bertukar warna ke warna agak purlpe…memang kat kg saya di Kelantan makin pupus..
bahkan saya tak lagi merasanya sekarang…hehehe

54 | mansor desa

May 6th, 2010 at 12:32 pm

Avatar

Buah keriang dot lebih besar dari keriang biasa. Rasanya hampir sama. Kat rumah saya di Kedah ada ayah saya tanam kat sawah padi. Pokoknya agak besar, boleh buat peneduh di sawah. Kalau nak tengok pi cari Hj Mahmud Said kat kampung seberang Telaga Mas Pokok sena Kedah kalau nak buat kajian ka, nak tulis buku ka semua boleh.

55 | daudjaafar

May 6th, 2010 at 5:14 pm

Avatar

Salam semua; memang buah tersebut agak kepupusan sekerang ni.bagus lah kalau ada yang cuba menanam nya .

56 | kazam

May 7th, 2010 at 12:07 am

Avatar

kalau tak salah, ni buah ‘endapur’ dalam bahasa tempatan di Kota Belud. Buah ni sebelum masak berwarna hijau, merah dan berwarna purple kalo dah masak. rasa buah ni sedikit kelat dan manis. Pokoknya tumbuh liar di kawasan berbukit. masa kecil dulu selalu pegi ambil buah ni sampai lidah pun berwarna purple sbb makan terlampau banyak….

57 | chah

May 7th, 2010 at 1:19 am

Avatar

OOOOoooo nostalgianya…….buah kriang…!!!!

Dh kategori buah nadir,dah tentulah tak banyak lagi sekarang ni…Nadir tu sendiri bermaksud sesuatu yang hampir pupus.

Lepas hujan je,buahnya akan sedikit membesar(kami sebut kembang)baru sedap nak makan.Kalo xnak bagi buahnya rosak,masa kait tu biar jatuh dlam air(bendang ka,parit ka @ sungai..Pehh,pelerai dari tangkai + skit garam halus…makan sampai gigi biru kehitanman

58 | mohd riduan

May 7th, 2010 at 5:10 am

Avatar

nanum buah ni, lain pula di panggil di kawasan pantai timur. di kg sy buah ini dipanggil buah jambu arang kerana buahnya kelihatan hitam macam arang. rasa memang enak kalau dimakan bersama garam. rasa masam. masin dan manis. Tapi khasiatnya saya tidak ketahuai seperti boleh megurang kandungan gula dalam darah. menyesal la pulak pokok tersebut telah ditebang..

59 | mohamed ali othman

May 7th, 2010 at 6:40 am

Avatar

Salam…terima kasih atas email ini.Tak dapat komen apa2 sebab tak pernah jumpa tumbuhan ini. harap2 kalau ada sesiapa yg ada benihnya area Sg Buluh Selangor hubungilah saya. 0122492947

60 | min

May 7th, 2010 at 1:21 pm

Avatar

salam,

saya ada satu petua dari arwah nenek saya, kalu budak kecil tak lalu nk makan..asik makan benda2 lain je..tk nk makan nasi…

amek daun keriang ni ramas2 dalam air bagi mandi…2 minggu sekali

saya dh cuba dekat anak saya….alhamdullillah….tgh malam pun dia mintak nk makan nasi…

61 | cik sal

May 8th, 2010 at 9:39 am

Avatar

Assalamualaikum.
Saya pernah mkn buah ni.Jiran saya ada 2 pokok.Tapi dia
dah cantas dahan2 pokok d depan rmh tu.Buah2 ranum
yg jatuh ke tanah mjadi tarikan kpd lalat hijau(langau).
Bnyk sngt.lalat & mjijikkan.X sanggup dia dgn keadaan tu.Skrg kedua2 pokok x brbuah langsung.Wallahuaqlam.
Ada kwn dr S’gor panggil buah ni jambu arang.
Daun keriang mmg mcm daun jambu air.
Nama saintifik jambu air–Eugenia aquea ; jambu keling/
melaka/bol–Eugenia malaccensis ; keriang/kerian–
Eugenia pseudosubtilis (rujukan :Kamus Dewan,DBP).
Buah2 ni dr genus yg sama.
Ada org prnah ambil sedikit akar pokok ini (direbus)utk
jadi ubat kencing manis.
Buahnya selalu kami gaulkan dgn.garam,sejukkan dlm
fridge, baru mkn.

62 | sabrina zakaria

May 9th, 2010 at 6:06 am

Avatar

Terima kasih atas info terbaru ni. Buah Keriang ni agak asing bagi saya, saya tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Memang info yang terkini bagi diri saya.

63 | sobri ahmad

May 9th, 2010 at 11:30 am

Avatar

salam, fazli. buah keriang dot byk tumbuh sebelah utara, kat kampong masih lagi ada.musim buah la ne.saya baru 2 minggu lepas dapat makan, teringat masih budak-budak dulu, sekupang satu pot susu, sedap, isinya rasa kelat sikit. yg syoknya tu, mulut,lidah semua jadi biru lps makan buah ne.
buahnya macam anggur hitam, tapi buah memanjang tak bulat, bergugus.
cara tanam, ambil biji benih, semai. pokok rendang, tumbuh macam pokok asam jawa. tahan panas, kemarau.
macam keriang dot, tapi buah kecik-kecik, rasa kelat tapi manis kalau masak ranum. depa panggil keriang lada.
Budak-budak sekarang tak suka buah-buah nadir ne. tak pandai makan. Macam buah kote mamak. ok . tq

64 | alia

May 10th, 2010 at 2:56 am

Avatar

Salam

Di kampung2 masih ada lagi keriang dot ni. Yg pupus tu bukannya apa, pokok ni kalau dibiarkan akan membesar merimbun so banyaklah yg telah ditebang.

Kat dlm kampung saya masih ada sepokok lg. Rumah kakak saya pun masih ada …baru habis berbuah saja.

Sedap tabur garam secukup rasa lepas tu peram kejap dlm peti ais sebelum dimakan. Tapi jgn makan time perut kosong kerana buah ni berangin … kembung perut nanti.

65 | lek ceria

May 11th, 2010 at 5:42 am

Avatar

memang byk pokok ini kt kawasan utara…..sampai org kiaskan kulit seseorang itu dengan warna buah kerian ini…….bunyinya mcm ini…kulit hang hitam macam buah kerian dot…..bukan buahnya saja yg berhasiat akar,kulit,daun semunya berguna sebagai perubatan tradisonial……cthnya cirit birit…ambil kulitnya direbus dan terus diminum….

1…..

66 | Fatir

May 11th, 2010 at 6:33 am

Avatar

Sape ddk kat felda sg.tekam utara mesti pernah nmpk pokok ni kat sebelah masjid. Ntah ada lg ke x pokok ni. Lm dah tinggalkan kampung. Kelat2 rasa buah ni. memang dulu2 kitaorg apnggil anggur malaysia. huhu…

67 | azhari

May 12th, 2010 at 1:41 am

Avatar

seingat saya kali terakhir makan buah ni 5 tahun lepas kat rumah sedara diperlis. rasa mmg manis kelat, sedap lagi cicah ngan garam belacan la org utara cakap. tapi kena hati-hati sebab buah keriang dot ni boleh tinggal kesan kat pakaian kalau terkena air buahnya tu. memang agak kurang populasi pokok ni tapi kat rumah saya masih ada la sepokok, boleh buat tempat berteduh je la sebab jarang berbuah walaupun dah berusia belasan tahun. sape-sape ada tip nak bagi pokok keriang dot ni berbuah boleh la kongsi sama-sama

68 | adilah razak

May 12th, 2010 at 5:38 am

Avatar

salam..klu x silap sayer la kn..
sye prnah nkpk pokokdan buah nie,dlm prjalanan ke kg org asli..di sg kuching jerantut..
buah nie mmg seakn buah anggur…

69 | Mohd Asri

May 12th, 2010 at 7:07 am

Avatar

saya cari buah ni, lama juga baru dapat. Bijinya boleh buat ubat kencing manis. Kawan saya sedang usahakannya tapi kena campur dgn lain-lain herba lagi, baru ada power. Awas, pokok ini rapuh, batang besar paha pun boleh patah. Pokok ini banyak tapi orang dah tak pedulikan lagi sbb tak tau khasiatnya. Insyaalah kalau dah cukup ramuan nanti bolehlah sesiapa yg berpenyakit kencing manis mencubanya, semua bahannya herba tempatan.

70 | mohkita

May 14th, 2010 at 3:00 am

Avatar

bagi orang utara kedah ,perlis memang tau punya buah ni….masak ranum kalu..rendam ayak garam pastu makan le …PUUH PALEEEH meleleh ayak leog org PAHANG.

71 | Ali

May 14th, 2010 at 3:42 am

Avatar

Tempat lain tak de ke buah ni?Teringin juga nak rasa.

72 | sexy

May 16th, 2010 at 2:45 am

Avatar

kt kg. sexy dpanggil buah jambu arang. masa kecil pernah mkn. itupun dgn sopanny bg mengekalkn k’sexy’n. ehek!

73 | milah

May 17th, 2010 at 8:36 am

Avatar

poko buah ni ada kat Taman Rimba Bukit Kiara.
Tekezut masa jumpa poko ni di sana… tak sangka.
Ia ditanam oleh pihak DBKL sbb pokok yang besar dan rendang

74 | zira

May 18th, 2010 at 5:27 pm

Avatar

buah nie sy penah mkn.. mmg rasenye manis2 kelat.. der dpn umh makcik kat langkawi.. lg 1 der sesape penah mkn buah pokok tanjung x? rasenye kelat.. penah cube mkn sbb atok suh cube.. hehe.. pokok ni byk tnm sebagai pokok hiasan kat jln2 skunk…

75 | Bahtera Group

May 19th, 2010 at 4:59 am

Avatar

keriang dot wujud sebelum manusia mewujudkan pelbagai jenis dot.dot, seperti dotcom etc.

tengok…hebat tak orang melayu kita…?

kalu bab khasiat, dah banyak sdra fazlisyam diskus sblum ni.

slamat membaca…:)

76 | zulkefli

May 25th, 2010 at 3:26 pm

Avatar

beberapa tahun dulu saya pernah membeli sekilo di pasar malam changloon.. tapi sejak itu tak kelihatan lagi ia di jual . Saya bimbang juga takut pokoknya pupus…belumkah ada kajian khasiat perubatan… SEmasa kecil , sekitar tahun 60 an dan 70 an memang banyak…warna dan rasa kelat nya sama dengan warna kulit manggis… mungkinkah ia ada khasiat anti oksidan yang sangat tinggi… sebab itu jarang dengar orang kampung zaman dulu ada sakit kanser , jantung ,kencing manis dll…

77 | banjar hanyar

June 2nd, 2010 at 1:35 pm

Avatar

masa tahun 70an dulu buah keriang ni ada di kampung saya.tapi sekarang pupus.buah nya kelat2 manis.nk sedap lagi makan campur sadikt garam..lagi sedap

78 | aisha

June 4th, 2010 at 8:27 am

Avatar

saya tidak pernah mengenali pokok ini, walaupun saya duduk kawasan kampung tepi hutan tapi saya tidak pernah untuk mengenalinya..minta maaf, apa pun terima kasih kerana informasi ini..

79 | imah

June 10th, 2010 at 5:56 am

Avatar

Dulu kg Sg Yu dan sepanjang jalan ke Pantai Merdeka dan Pulau Sayak Kedah,terdapat banyak pokok ini di sepanjang jalan tersebut..nenek saya juga ada menanam pokok keriang dan pokok mertajam..buah ini menjadi makanan kegemaran saya dan abang.pernah satu hari kerana terlalu lapar kami mengutip buah ini untuk dijadikan pengalas perut sementara .Ini kerana kami terpaksa berjalan pergi dan balik ke sekolah sejauh 5km.biasanya kami tiada duit belanja waktu sekolah..jadi kerana lapar terlalu lapar kerana tidak makan ,kami mengutip buah yang jauh tanpa berhati-hati.rupanya-rupanya kami terkutip buah keriang bersama tahi kambing…hijau mulut abang aku kerana termakan tahi kambing bersama buah keriang…

80 | kakkerkup

June 14th, 2010 at 6:56 am

Avatar

Keriang yang cicap kelat ni yang biasa saya temui ada 2 variety, kecil dan besar. Yang lebih manis adalah yang kecil. Apapun perubahan warna pada peringkat perkembangan buahnya sangat menarik. Bermula dengan putik hijau muda then krim and pink, light purple and akhirnya ungu kehitaman yang berkilat.

Ini adalah diantara buah yang saya kategorikan buah2an nostalgia spt rokam (masam) dan sepupunya kerkup (manis2), cermai, jambu air/keling/botol, belimbing (buluh &bintang), mata ayam, seralat, belalai gajah (mamak’s ****), jambu batu dan muyu (besar sikit dari keriang dan masam) dan setiaiyy (sentul) . Dulu masa kecik2 ada budak2 kampung buat biznes jual buah muyu dan kerkup.

Tak silapnya keriang ni termasuk dalam genius Eugenia sp. (jambu air). Sebab tu saya sendiri pun tergumbira bila lihat banyak pokok2 keriang yang ditanam oleh local councils..tapi beberapa tahun kemudian frust sungguh bila tengok buahnya confirmlah bukannya keriang tapi E.grandis.

Banyak kenangan zaman kanak2 - jatuh bangku, ditimpa galah masa cubaan nak ambik buah dia, sanggup bangun pagi2 to be the first ke pokok. Pahit tapi bila cicah dgn garam ..nikmat! Pokok ni hidup subur juga di kawasan berhampiran laut. Masa ikut bapa menjala pun seronok kutip buah2 keriang dot ni. Poket baju bapa sentiasa stained purple bila musim buah keriang. Generasi sekarang ni pernah ka tengok pokok ni, apa lagi merasa buahnya. Memandangkan pokoknya boleh membesar dengan teramat besar, seringkali menjadi mangsa pembersihan kawasan….nampaknya kini kita kena membayar untuk melihat pokok2 buah2 nadir. Disyorkan siapa yang ada kawasan elokla tanam pokok2 yang tak berapa besar spt nanam, cermai, rokam (juga sebagai pokok hiasan kerana mengeluarkan daun /pucuk warna merah) dll.

81 | nora

June 15th, 2010 at 5:14 am

Avatar

di rumah ibu mertua pokok kerian ni hanya tanam dengan biji sahaja pun boleh hidup tapi rasanya atas jenis tangan sejuk jenis apa yang ditanam semua menjadi. buahnya memang sedap tapi mak saya tanam dalam 15 tahun baru berbuah sayangnya sedang elok berbuah tup..tup hujan semua buah gugur tak sempat le nak merasa. terpaksa tunggu tahun depan la nak makan buah kalau ada rezeki.

82 | suhaila

June 17th, 2010 at 3:18 am

Avatar

salam..
pernah nampak, tp tak pernah makan..hmm

83 | Azman

June 18th, 2010 at 3:09 am

Avatar

bagi saya yang diatas tu bukan Keriang Dot tetapi Keriang Aceh. Keriang Dot lebih kecil dan memang sedang pupus. susah dah nak cari dimana2. satu lagi buah yang macam ni nama nya “MUYU”(panggilan orang kampung saya) rasa lebih masam tapi sedap dimakan dengan kicap. Buah Keriang Aceh dan keriang Dot sedap dimakan dengan garam.

84 | Azman

June 18th, 2010 at 4:03 am

Avatar

saya rasa, Cik Latifah telah termakan buah Rokam Sungai. nampak macam sama saiz dan warna cuma pokoknya jenis menjalar. bentuk agak berlainan. buah tu rasanya masam dan gatal kalau dimakan mentah. kat utara orang masukkan buah tu kedalam masakan Asam Pedas (Asam Rebus) untuk menyedapkannya.

85 | zarina

June 24th, 2010 at 7:38 am

Avatar

teringat zaman kanak2 tahun 70an jadi tarzan panjat pokok keriang, biasanya tumbuh ditepi sawah, sebelah utara, kat Hutan Kampung pokoknya besar dan rendang buat peneduh terutama musim menuai. Bentuk dan saiz macam terung pipit warna hijau, merah dan masak warna puple kehitaman, rasanya kelat2 manis airnya kalau kena kat pakaian, susah nak tanggal. Keriang dot pula warna dan rasanya serupa, bentuk seakan buah kurma tapi kecil sikit

86 | man

July 1st, 2010 at 5:46 am

Avatar

Saya pernah makan sekali buahnya, tapi tak pernah melihat pokok asalnya.Sedap cuma sedikit kelat.

87 | rosfazila

July 2nd, 2010 at 4:18 am

Avatar

anda memberi info pada carian saya ttng buah ini yg pada saya cukup nostalgia pada zaman kanan-kanak. selain info dinyatakan diatas, buah ni juga enak dimakan dgn dicecah sedikt dgn garam halus, rasanya perghhh,,susah digambarkan, entah generasi akan dtg kapan berjumpa dgn buah ini lagi…ziarah blog saya fizarose.blogspot.com

88 | mamat kelantan

July 2nd, 2010 at 3:22 pm

Avatar

Kalu tengok ko gambar di atas, ada lah salah kalu budak-budak kelate kata ni buah kerian.. Buah kerian tidak ggini budak awee wei. Buah kerian bulat-bulat kecik macam buah serai kayu tu, cuma dia masak hitam tidak merah macam buah serai kayu. Buah menate apo ni, meh-meh buah terajan. kena gi intai kelih di negeri kedah gamok nya.

89 | diha

July 22nd, 2010 at 3:47 am

Avatar

kat kedah saya tengoh buahnya kecik2 macam tahi kambing tapi, kat depan rumah saya ada pokoknya, besarla jugak, ada yang pangil jambu arang, anggor malaysia. yelah cam buah anggor kan tp rasanya masam2 manis

90 | jack

July 28th, 2010 at 7:31 am

Avatar

teringin sangat nak dapat kan biji buah keriang atau buah mertajam…untuk semai dan buat benih…harap sesiapa yang ada lagi buah2 yang dah hampir pupus ni tolong2 lah semai benihnya untuk tatapan generasi akan datang…

91 | abdull

August 11th, 2010 at 3:03 pm

Avatar

tepi bendang kat depan rumah saya ada sepokok,la ni dah kena tebang, kampong aku kat titi kasai, balik sekolah je aku selalu baling ngan kayu, pokoknya besar tinggi plak tu

92 | rosdi omar

August 16th, 2010 at 5:01 pm

Avatar

Dulu masa zaman kanak2 ada sepokok kat kampung datuk saya kampung Dato’ Murad kat Alor Setar (sekarang kampung tu pun dah pupus to give way for Kompleks Al-bukhary). Buahnya bermusim, bukan selalu ada. Pokoknya tinggi, kena kerabat naik. Buahnya kaler biji remia (ungu) Texture buahnya macam anggur hitam, tapi kalernya lebih gelap dan rasanya kelat diikuti masam pastu baru manis sikit.

Saya nak cari buah ni atau benih pokoknya sebab nak buat research, sapa yang ada tolong lah kelui my email rosdiomar@hotmail.com

Reply - rosdiomar@hotmail.com‘); return false;”>Quote

93 | mdyie

August 20th, 2010 at 4:01 am

Avatar

Kat Tmn Wetland Putrajaya bnyk pokok ni.. Bln Mei lepas bnyk berbuah.. lebat buahnya & masak ranum.. sya cuma dpt mkn yg gugur ke bumi je..tu pun sbb gugur oleh gangguan burung/tupai. nak panjat tinggi pokoknya.. manis sekali buahnya..bentuk bujur mcm buah kurma.. segugus mcm buah anggur.. kalu mkn rasa nak telan dgn biji2nya skali..

94 | pak dee

August 22nd, 2010 at 1:36 am

Avatar

salam,
Buah keriang dot mengingat akan zaman kanak kanak di kampong. Bila musim buahnya aku dan rakan akan memanjat pokok ditepi sungai sambil terjun kedalam sungai sampai ibu ku membawa pelepah nyior menghambat pulang untuk makan.Zaman sekarang tiada lagi memori

95 | MYNN

September 7th, 2010 at 7:59 am

Avatar

saya pernah rasa buah 2….terliur lak nak cite , rasanya masam manis ada kelat skit kalau kurang masak.masa 2 saya kat yan kedah ,rumah nenek ayah…tapi sayang dah kena tebang ngan ayah saya .sebabnya pokok 2 dah besar dan tinggi menganggu pandangan mata dan dekat jalan raya utama di yan.

96 | Nor'aini

September 19th, 2010 at 10:19 am

Avatar

yelaah, baru teringat, akak penah makan buat ni mase belajar kat USM pada tahun 1980-84. Pokoknya tinggi. Pokok ini ada kat belakang Bangunan HBP, Dulu ada bangunan sementara untuk student 1st batch medic berhampiran banguan tersebut. Memang namanya orang utara panggil keriang dot. tak taulah masih ade lagi ke tak pokok ni. akak rasa dah pupus kot. sebab akak masuk kampus baru2 ni. masyaAllah dah tak de ruang. banyak bangunan baru. dah sesak, ,,,,

97 | izman

October 19th, 2010 at 2:50 pm

Avatar

Rasanya kalau tak silap kami sebut buah tu “Jambu Arang” sekarang dah susah nk dapat tp masih ada lagi kat kampung saya ni, masam manis rasa buahnya. kalau dicicah garam wau! cair liur bila teringat, buah yang masak ranum berwarna hitam adakalanya merekah bila terkena hujan .Tapi sekarang budak2 pun dah tak layan.

98 | mohamad nizam

November 9th, 2010 at 3:00 am

Avatar

mansur desa….tang mana pokok keriang dot tu….mertua saya pun orang telaga mas,pokok sena juga….teriginnya nk rasa…ni no hp saya 018 4070433

99 | Ali JKR

December 28th, 2010 at 6:45 am

Avatar

korang nak mkn buah ni meh dtg umah aku di Cheras. Semua ahli surau diminta datang beramai2.

100 | amer

January 6th, 2011 at 4:19 pm

Avatar

Tengok buah keriang ni, teringat zaman kanak2 dulu. Kalau org utara tak tau tentang buah ni, tak tau la nak kata. Buah ni sangat saya suka waktu kanak2 dulu, la ni susah dah nak cari. Kalu ada gambar pokoknya sewaktu ia berbuah, lagi cantik.

101 | nuraidah

January 17th, 2011 at 1:40 am

Avatar

Ohh..buah kerian namenye..baru saya tau..tapi saya pernah tgk n makan buah ni. buahnya kelat2 manis, tapi saya suka pucuk dia, sedap makan cicah sambal. membuka selera makan betul. thanks for this information.

102 | sina

January 22nd, 2011 at 3:00 pm

Avatar

time budak-budak dulu hampir sume buah dlm ruangan ni dh rasa. skg susah nk cari. pokok byk kna tbang utk wat rumah kt kpg. sedih lak rasa. buah keriang ni antara byk pokok yg saya panjat nk mkn. mmg adventurous.

103 | uyun

February 4th, 2011 at 11:45 am

Avatar

buah ne mmg sedap.dulu blkg umah ada pokok ne.tp skrg x nah jumpa pun….sapa yg ada informasi nk dpt mana buah ne…mengidam la…

104 | romieosman

March 16th, 2011 at 9:07 am

Avatar

Pokok kerian dot masih terdapat sepokok berhampiran bulatan Lucky Garden, Bangsar. Tahun Lepas ia berbuah lebat.

105 | Kak Ros

March 18th, 2011 at 6:08 am

Avatar

keriang dot le tu..sekarang ni pokoknya ada lagi kat umah mertua di jalan kuala kerpan, jitra kedah..keriang burung pun ada sebelah pokoknya, keriang mertajam pun ada gak..sedap buahnya…

106 | kadirdin

May 21st, 2011 at 5:17 pm

Avatar

Saya masih ingat buah keriang dot ada di belakang perpustakaan UKM, atas tebing curam. Buah pun banyak burung pun banyak. Saya dah korek tiga lubang besar di taman permainan Taman Teja Dua Changlun dengan niat nak tanam tetapi tak tahu mana nak dapat benih. Kalau boleh bantu bagus. Mudah2an generasi akan datang akan kenal keriang dot, kenal burung yang datang memakannya.

107 | azmijamal

June 6th, 2011 at 8:11 am

Avatar

mana nak dapat buah keriang skrg ni yer…..takde ke kerajaan nak buat kajian ttg buah ni…mana tau khasiatnya sama ngan acai berri ker….

108 | seera

August 20th, 2011 at 9:56 am

Avatar

dkat umah tokwan saya di merbok ada lagi…pokok nya besaq…tapi dah tak berbuah sbb dah tua kot..tapi tokwan kata pokok tu merajuk sbb owg rajin ambek kulit dia buat ubat,,,

109 | Pak Dahalan

September 22nd, 2011 at 4:56 am

Avatar

Saya ada sepohon pokok keriang dot di Kuala Lumpur. Sudah dua tahun berbuah lebat tanpa berhenti….ada bunga…ada putik…ada yang tua…dan ada yang masak hitam dalam satu rumpun.

Ambil masa empat tahun dari anak benih yang saya dapat tepi kuil Hindu di Jalan Kuching.

Rasanya buah manis, masam, kelat………..sedap…lebih menyelirakan jika di rendam dalam air garam…

Saya dapat satu timba dan nak buat jam. Belum tahu rasanya.

110 | admin

September 22nd, 2011 at 9:26 am

Avatar

Pak Dahalan, Boleh tahu pokok itu di mana?

111 | azham

October 18th, 2011 at 7:09 am

Avatar

saya ada terjumpa orang tanam pokok ini (keriang burung)dalam pasu. Macam bonsai je… (sedang berbuah pulak tu!!!). Nama kampongnya dah lupa tapi di Tunjang , Kedah. nanti kalau balik saya akan ke kampong tersebut nak minta benih….

112 | Salmiza

January 12th, 2012 at 7:19 am

Avatar

buah ni memang sedap.. kecil-kecil dulu selalu makan, kebetulan pokok ini ditaman di belakang rumah makcik… kenangan baju terpercik warna buah ni, cuci pun takkan hilang warnanya.. :)

113 | azhar

January 22nd, 2012 at 8:24 am

Avatar

masa kecik dulu selalu makan dengan kawan sambil lastik burung

114 | nnisa

February 9th, 2012 at 4:01 pm

Avatar

Buah keriang dot ni jugak popular sebagai keriang acheh bagi penduduk bhg utara tanah air. Buah muyu juga spesis yang sama cuma dot ni rasa manis2 kelat. Muyu agak masam2 manis. Lidah menjadi biru dan kalau terkena baju jadi seperti dye - takkan keluar dah..sama seperti muyu. Buah ni ada nilai commercial dan jika diskala-besarkan penanamannya boleh luimayan hasilnya.

115 | Pot

March 16th, 2012 at 5:25 am

Avatar

Ishk mmg ngidam nk mkn buah ni.skang dah x tau kat mana nk cari.penah mkn pon zaman skolah dulu.ada saper2sudi nk bg kita x?jual kat sy pon bleh.klu pos pon xper nnti sy byr.tu pun klu harga berpatutn..pls mengidam…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17166 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9691 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8472 hits
Petua Tradisional - 8062 hits