26 Apr, 2010

Keladi Merawan

Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

Number of View :3123

keladi-merawan

Hari cuti hujung minggu yang lalu.. saya sempat pulang ke kampung. Kebetulan ada pula pasar tani pagi tu.. Jadi sempatlah jalan-jalan sambil cuci-cuci mata melihat macam-macam barang yang dijual.. termasuklah hasil-hasil tani orang kampung. Saya terpandang dan terjeling sejenis sayur yang jarang dijumpai sebelum ini. Apa lagi.. terus aku bertanya kepada tuan empunya gerai tersebut. Setelah selesai menjalankan Edisi Siasat dan sesi Pos mortem barulah aku tahu yang sayur tersebut disebut sebagai  Keladi Merawan. Sayur tersebut tidak ditanam, sebaliknya tumbuh liar dan biasanya banyak terdapat di tali-tali air atau di kawasan sawah padi. Bagaimana pula cara nak makan? Mudah saja.. Biasanya ia direbus atau dicelur..  kemudian bolehlah dicicah sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Memang sesuai sangat kepada yang suka makan ulam-ulaman.

keladi-merawan2

Oleh kerana.. saat dan ketika itu.. saya tidak membawa kamera semasa kejadian itu berlaku. Maka, saya terbeli juga sayur tersebut semata-mata nak ambil gambar. Nasib baik tidak mahal, harga seiikat baru mencecah RM1 sahaja. Lepas ambil gambar terus masuk peti sejuk.. Tak sempat pulak nak rasa. Tak tahu apa dah jadi dengan sayur tersebut. Mungkinkah… ketika aku sedang menulis artikel ini..  sayur tersebut sudah dihadamkan atau mungkin menjadi penghuni tong sampah..

Kalau anda ada cerita ingin dikongsikan mengenai Keladi Merawan ini, harap dapat dikongsikan bersama.. atau anda ingin berkongsikan resepi masakan Keladi merawan, saya amat alu-alukan…

Related Posts with Thumbnails

67 Responses to "Keladi Merawan"

1 | Mohd Asri

April 26th, 2010 at 3:22 pm

Avatar

tempat kami di panggil paku rawan, jenis paku-pakis juga ni, sedap buat sayur n ulam

2 | zackmd

April 26th, 2010 at 4:20 pm

Avatar

lamo dh tk makan pucuk paku rawan ni. rasonyo sodap. pku rawan ni boleh jumpo dokat kwsn berair atau berpayo. selalunyo den celur sekojap baru mkn buat ulam.

3 | yati

April 26th, 2010 at 11:39 pm

Avatar

tempat kami ulam ni dipanggil bunga keloyok. Sedap dibuat ulam cicah sambal belacan dan dibuat kerabu campur tauge…ulam ni tumbuh di kawasan berair…

4 | Ainul Mardiah

April 26th, 2010 at 11:49 pm

Avatar

biasanya keladi jenis ni mmg byk kt kwsn berair/bpaya. klu fmili saya, keladi ni dimasak bersama2 dgn ‘midin’ & paku pakis (bdaun). masak tumis belacan… sedap dimakan dgn nasi panas dan ikan goreng

5 | sabri b hamzah

April 26th, 2010 at 11:49 pm

Avatar

salam. Sebelah utara namanya pokok paku rawan.Banyak kedapatan dikawasan paya atau taliair yg berselut.Selain bolih dibuat ulam dgn dicelur terlebih dulu ia jg bolih dibuat kerabu campur kerang.Kata orang lepas makan paku rawan ni kita akan sakit urat sal angin atau sejuk..

6 | aqcha

April 26th, 2010 at 11:50 pm

Avatar

kt tmpt aku bnyk. tu lh dia tumbh kt kwsn brair. blh d buat sayur. celur skejap je. mula2 potong la. goreng kring dgn udang sungai.of course la bwg mrh n sos tiram pnambah slera.fulamak nyaman kata org swak.

7 | aniluz88@gmail.com

April 27th, 2010 at 12:42 am

Avatar

sama juga di tempat lain.tumbuhan nie banyak tumbuh di kawasan tali air dan kawasan sawah padi..di sarawak bangsa iban memanggil tumbuhan nie ‘ lagung’ emm…mmg sedap kalau di buat ulam..

8 | fauzi

April 27th, 2010 at 12:58 am

Avatar

kat tempat saya (Sungai Panjang) dipanggil centongan (bahasa jawa) memang sedap dibuat ulam atau masak lemak…

9 | zaliha

April 27th, 2010 at 1:14 am

Avatar

Assalamualaikum…. memang di sebelah utara banyak pokok paku rawan, saya tak pernah makan lagi setakat ni sebab saya bukan orang utara. Kata orang sebelah utara, buat sayur, mungkin juga seperti pokok keladi lain yang boleh dijadikan sayur, terima kasih.

10 | siti

April 27th, 2010 at 1:19 am

Avatar

yeke keladi merawan…bukan ada orang panggil asparagus ke…(panggilan keluaga saya kot…hehe..)
kalau pergi pasar tu adala nampak orang jual….bila tanya emak macam mana nak makan makpun tak tahu..tak pernah makan…skurang-kurangnya saya dah tahu sekarang nak buat ape sayur tu….tq semua yang beri rspond….

11 | Nozi

April 27th, 2010 at 1:20 am

Avatar

Salam,

Hmm,nmpak mcm sedap je..tp tk pernah lak makan..hehe…ada rupa mcm asparagus la…hehe..

12 | ct

April 27th, 2010 at 1:58 am

Avatar

Salam.
Saya juga suka sayur ni. Dulu kat kg banyak dalam sawah atau tepi parit. Sedap dicelur dan biasanya buat pecal atau kerabu campur dengan taugeh, pucuk paku, kangkung, pucuk ubi dan tauhu. sedapnyee…

13 | jentayubisu@yahoo.com

April 27th, 2010 at 2:02 am

Avatar

Paku rawan empunya tumbuhan.Tumbuh liar dikawasan berair so banyak lintah dan pacat berkeliaran. Kalau tak mau digigit lintah dan pacat beli je kat pasar.Selain dari ulam, kerabu paku rawan sangat enak dicampur bersama mas,akan pecal ( kuah kacang ,tauge,nangka,pucuk paku,kobis) Paku rawan yang telah dicelur tidak tahan lama kerana cepat busuk dan berlendir. Disyorkan makan selepas dicelur.

14 | roseni

April 27th, 2010 at 2:39 am

Avatar

Salam Semua,
Pernah lihat dipasar tapi tak pernah makan.Satu hari nanti mesti cuba jugak, sayang kalau x cuba kan…..

15 | cik sal

April 27th, 2010 at 4:45 am

Avatar

Assalamualaikum.

D tmpt saya(sbg.perai) tmbuhan ni dpanggil paku rawan.
X tau kenapa dikaitkan dgn paku-pakis sdgkan daunnya
mirip keladi.Pernah buat ulam dan kerabu.Belum cuba msak lemak. Lemak putih ke lemak cili padi. Tentu sedap kan?

16 | Roslan

April 27th, 2010 at 6:18 am

Avatar

sedap di celur dan makan dengan sambal. boleh juga di buat kerabu dan campur dengan kerang rebus yang sudah dikopek. tumis dengan udang kering pun sedap tapi kena campur lada sulah sebab sayur ni sejuk sikit.

17 | nurhidayah

April 27th, 2010 at 7:21 am

Avatar

Assalamualaikum,

pernah makan dgn sambal belacan lepas makan saya terasa gatal2 dlm kerokong.

18 | Mohd Ashraf

April 27th, 2010 at 7:50 am

Avatar

Saya pernah makan ulam ni. Nak kata sedap, tak juga. Rasanya macam ulam la. hik. Tapi memandangkan saya suka test makanan baru, tu yang cuba.

Memang banyak kat kawasan tali air atau sawah. Sebelum ni memang ada saya pernah nampak pokok ni, tapi tak pernah pula nenek atau mak saya buat ulam. Mungkin di kawasan saya, pokok ni kurang dikenali sebagai ulam, tapi pokok yang mengganggu saliran air saja.

19 | Nurshafina

April 27th, 2010 at 8:01 am

Avatar

sayuran ini banyak terdapat di tempat saya (Kuching Sarawak) bagi kami masyarakat bidayuh sayur ini dicelur dulu dan ditumis dengan bahan asas tumisan dan masukkan air asam jawa dan gula sikit.selain itu ia juga dibuat ulam.

20 | Rusnani

April 27th, 2010 at 8:27 am

Avatar

zaman kanak-kanak saya pernah makan keladi ni, masa tu nenek saya yang sediakan , memang sedap dibuat ulam .

21 | rohani leyaknalae

April 27th, 2010 at 9:02 am

Avatar

orang kat yala ni panggil keladi ni keladi sesenduk ,kerana daunnya bulat macam senduk. eh…sedap sekali buat keng-som ( sayur macam pedas)
cubalah kalau tak caya gat…..
syarat antara bahan unt.keng-som tu kasi air asam jawa biar pekat dan masukkan belacan dan bawang putih serta kunyit hidup ,lepas tu masukkanpula lada hitam dan lada burung -jika mau pedas. campur keladi ni dengan ikan puyu atau ikan sepat yang besar 2-3 jari tu…masuk sama buah betik .wau…sedapnya…

22 | R'ry

April 27th, 2010 at 9:22 am

Avatar

hi, kalo tak silap keladi merawan nie, ditempat saya (Tawau, Sabah) dikenali sebagai ‘kelor’. agaknya la (atau ada nama lain)…pasal tak berapa ingat nama sayur nie. sebutan (k- lor). sedap kalo ditumis kering dengan udang kering dan cili api…orang-orang tua pesan, jangan amik pucuk kelor semasa dan selepas hujan, memakannya akan menyebabkan sedikit pening kepala…sesiapa ader migrin..No..No..No..jgn sesekali makan hidangan ini… bole tumbang dibuatnya..hehehe

23 | adi

April 27th, 2010 at 11:11 am

Avatar

kat kampumg aku orang panggil keladi senduk. sebab daun dia macm kepala ular senduk kot. sedap dibuat gulai lemak dan ulam…

24 | Ahmad

April 27th, 2010 at 1:43 pm

Avatar

Di tempat saya sayur ni dipanggil selimpat. Biasanya dicelur dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sayuran pecal. Mungkin jika anda menginap di home stay Sungai Pasu Raub, anda boleh minta pecal selimpat ini.
Biasa juga daun dan batangnya dipotong dan campur dedak padi dibuat makanan itik.

25 | azie

April 27th, 2010 at 2:50 pm

Avatar

macam2 namanya ye.paku rawan ni memang la sedap. buat ulam,tumis cili padi +belacan,masak lemak,campur dlm pecal n macam2 cara memasaknya.da lama x masak sebab kurang masa terluang.

26 | sexy

April 27th, 2010 at 3:12 pm

Avatar

bnyk ditemui di tpt berair n ada djual di pekan sari. x brani memakanny tp tnm utk hiasan dlm pasu air. mati. tnm. mati. tnm lg. skrg x pduli coz bz n blh amik lg kt parit hujung kg tu…

27 | chah

April 27th, 2010 at 3:53 pm

Avatar

Masa dok kg dolu,sayur ni x jeling pun sebab banyak kat bendang & parit2 tepi kg….Tp bila tgk kt bando,deme ikat cantik2…terbeli jg teman akhirnye ,3 ikat $2….buat goreng belacan macam kangkung,xsedar teman menambah nasi …..

28 | Suhaila

April 27th, 2010 at 5:32 pm

Avatar

salam semua…barula saya tau nama dia..sebenarnya kat dlm parit depan rumah ada tumbuh.. kebetulan “bibik” along saya datang dan dia rebus tak silap saya..yela, mkn dengan sambal belacan..cuma da lupa apa nama tumbuhan ni dipanggil kat Indonesia sana.. Bibik ada sebut, lupa la pula..

29 | lyz

April 27th, 2010 at 5:38 pm

Avatar

salam,
saya slalu jumpa sayur ni masa tolong mak buat sawah di tambunan, sabah masa kecil2 dlu, kat sna b’lambak, kat mana2 blh jumpa, subur pla 2.. sy suke masak tumis kering + ikan masin utk mkn tghari.. sedap, da keje jauh sy ada gak cari tp tk jumpa, rindu pla nk mkn. klu nk cari pn kat kedai cina tp da siap masak.. tp btl sayur ni klu mkn bnyk sgt blh pening kpala klu tk biasa..

30 | daudjaafar

April 27th, 2010 at 7:16 pm

Avatar

Salam ;Keladi merawan memang banyak terdapat di parit tali air dan sungai sungai kecil .

31 | mnasir75

April 28th, 2010 at 1:31 am

Avatar

dikelantan namanya keladi senduk. orang kampung selalu buat kerabu campur perut lembu.cukup enak apabila dimakan dengan nasi yang masih panas. keladi senduk tumbuh meliar dalam sawah.cantik bila bunganya kembang.

32 | man

April 28th, 2010 at 3:40 am

Avatar

Tempat saya (kuala kangsar) sayur ni dipanggil kemelin. bagi yang suka makan ulam sedap le kut.. tapi pada saya banyak lagi ulam yang sedap daripada paku rawan ni..

33 | jalie

April 28th, 2010 at 9:47 am

Avatar

ni adalah slah satu perosak sawah padi. keladi senduk.kat tempat saya x pernah orang kampung makan, mereka yang mengusahakan padi sengaja meracun pokok ini.

34 | assappaii ron

April 28th, 2010 at 11:24 am

Avatar

saya pnah makan nie… kurang bminat plak saya makan syo nie..

35 | alia

April 29th, 2010 at 3:32 am

Avatar

Salam
Di tempat saya panggil paku rawan. Sedap kalau dibuat kerabu. Kalau buat ulam rasa biasa je.

Tapi x elok sgt makan kerana mudah sakit urat, lenguh2 badan.

36 | effah

April 29th, 2010 at 5:56 am

Avatar

tak pernah nampak sayur ni di kg saya

37 | mohkita

April 29th, 2010 at 6:25 am

Avatar

MEMANG SEDAP JIKA DIBUAT KERABU.DIREBUS SEBAGAI ULAMAN ADA PULA AIR ASAM/SAMBAL UHHH! PUPALIH
WEH….SEDAP AMAT.

38 | shamsinar ithnin

April 29th, 2010 at 7:38 am

Avatar

wadoi,sedap ulam ni. tmpat sy,bentong..mk mertua panggil kelayau..sejak duduk ngan mk mertua byk sy belajar ttg ulam.. …panaskan air dlm periuk dulu..dh mengelegak air tu baru masuk sayur kelayau ni..nk berkilat masuk 2/3 titik minyak masak..klu air x mengelegak bole rasa gatal tekak..spesis keladi ni kan,adala getahnye..

39 | latifah

April 29th, 2010 at 11:39 pm

Avatar

Assalamulaikum

Kalau di kampung/bandar dimasak lemak sedaplah tapi saya tak pernah mencuba. Di kampung saya pokok ni hidup dalam parit dan saya ada mengambilnya untuk dibuat hiasan untuk makanan ikan belaan dan labi-labi.

40 | MAZLEE

April 30th, 2010 at 7:44 am

Avatar

KAT KEBUN CILI SAYA ADA PENAH TERJUMPA SAYUR NI DI CELAH2 PARIT IANYA TUMBUH..KALU TAK SILAP ADA SALAH SEORANG PESERTA SAYA MENGAMBILNYA N BERKATA IANYA SESUAI UTUK UBAT RUAM2 GATAL BADAN..

41 | sabrina

April 30th, 2010 at 12:54 pm

Avatar

Tq utk mklmt psl kladi merawan ni.Ianya trt dikenali sbg paku rawan d sstgh tmpt.Saya biasa makan sayur ni, rasenya not bad tp saye krg suke.Kebiasaannya, ianya di rebus dan dicicah dengan sambal belacan dan boleh juga dibuat kerabu serta digoreng spt kangkung goreng blcn.Menurut kate org2 tua d kmpg sayur ini sesuai dimakan brktn mampu menyejukkan bdn.

42 | Mahadi

April 30th, 2010 at 1:10 pm

Avatar

Lepas baca articleni baru saya tahu keladi yg disekeliling kolam ikan saya tu keladi merawan yg boleh dimakan. Biasanya saya cabut dan buang saja. nak cuba buat kerabu macam kerabu buah beko. pasti sedap.

43 | Nani

May 3rd, 2010 at 4:21 am

Avatar

keladi merawan tu kalau di Pontianak namenye genjer. masaknya setelah dipotong2 lalu diremas dengan garam agar rasa pahit dan kelatnye hilang. setelah itu tumis dengan bawang putih, bawang merah, udang ebi, terasi dan cabe besar dengan minyak. kalau yang biase makannya enak, sayur ini enak dimakan dengan nasi anggat dan ikan asin. selamat mencoba

44 | osman

May 3rd, 2010 at 2:17 pm

Avatar

masak ape pun sedap keladi ni,kalu nak try rebus dan cecah dengan sambal budu/peda pasti terangkat hi..hi.Ianya banyak terdapat kat kawasan yang berair/paya.Tempat saya (Jtut)panggil keladi itik tak tau le nama sebenarnya,banyak sangat gelaran yang diberi.

45 | nazri

May 4th, 2010 at 8:44 am

Avatar

Masa kecik dulu semasa membuat kerja merumput kat sawah, Wan den selalu suruh kutip benda ni. Den tak tahu namanya tapi sodap buek masak lomak cili api campur ikan keli.
Di tompek den panggil keladi layar kot.

46 | Nor Haslinda...

May 5th, 2010 at 2:56 am

Avatar

hehe..banyaknye gelaran pokok nie, nama glamour dia paku rawan le kot sebab saya pun panggil paku rawan jugak tapi rasanya nama keladi rawan lagi sesuai sebab rupa dia memang macam spesies keladi takde langsung rupa spesies paku-pakis. Kat kebun saya pun banyak tumbuh..memang dia suka tumbuh tempat berair/berpaya. Saya selalu buat ulam cicah sambal belacan dan sesekali buat masak lemak cili api tapi kena celur dulu dan buang air pahitnya barulah ditambah santan dll…cuba la..memang sedap bagi peminat sayur macam saya.

47 | aza

May 5th, 2010 at 7:35 am

Avatar

erm,mcm penah tgok..tp ingtkan xleh mkn..hahaha.tumbuh di paya ataupun kwsn yg berair..tp seingat sy memg xpernah rase mkn benda ni..

48 | syada

May 5th, 2010 at 8:57 am

Avatar

bt kerabu….sedap giler ahhh…

49 | kak noor

May 13th, 2010 at 4:37 am

Avatar

Salam…1st time join…sronok baca komen2 d atas, saya pn nak kgsi crita atau apa2 info dgn smua nnt, tp ari ni nak ucap syabbas je pd en.fazlisyam krn usahanya mncari dn brkgsi mklmt ttg tmbh2an yg kdg2 kita tnm kliling rmh, kita mkn buahnya, kita buat ulam daunnya tp xtau namanya. Tahniah, truskn usaha anda. Saya xprnh merasa jemu melayari website anda krn minat dgn brcucuk tanam…skg ni saya tnm pkk herba dn sayur dlm pasu je…xde brmain ngan cangkul.

50 | Chairani Hanum

May 26th, 2010 at 11:28 am

Avatar

Di Indonesia tumbuhan ini diberi nama “genjer”. Merupakan tumbuhan air dengan berbagai jenis. Yang paling disukai adalah “genjer padi” dengan bentuk daun yang lebih kecil dari yang ditampilkan pada gambar. Teknik memasakknya terlebih dahulu dicelur dengan air panas baru kemudian diolah seperti ditauco, ditumis, atau sebagai bahan campuran pecal. Bagian yang paling disukai adalah bunganya yang belum mekar (bulat seperti sendok). Untuk menghilangkan langu pada sayuran ini juga dapat menggunakan garam yaitu dengan cara meremasnya, baru dicuci dan kemudian siap untuk diolah. Sayuran kampung ini memiliki nilai gizi yang cukup lumayan. Selamat mencoba

51 | lia

June 19th, 2010 at 1:01 pm

Avatar

lw tmpt kami sayur nie dipgl genjer,enk dimsk tumis,,,,,,,,,,uuuuhhhhhhhhh,sedapnye

52 | mdyie

June 26th, 2010 at 2:37 pm

Avatar

saya panggil ni keladi senduk.. bayak kat belakang rumah sya di kg.. sedap dicelur, pastu mkn ngan nasik cicah dgn sambal belacan or budu..pehhh..best giler..

53 | Suhaili

July 20th, 2010 at 6:31 am

Avatar

Di tempat saya (Raub) sayur ini dipanggil selimpat, selalu mereka goreng taucu (seperti goreng kangkung ikan bilis). rasa agak kelat. Tidak perlu dicampur air, bila digoreng akan layu.

54 | fatim

August 18th, 2010 at 1:29 am

Avatar

kat kg saya dipanggil kelayar atau keladi layar..biasa la org negeri 9..masak lomak cili api..sodaaap….

55 | hajimas

September 13th, 2010 at 7:40 am

Avatar

Kelayar, keladi Rawan, Paku rawan.genjer(Jawa) sayur orang golongan bawahan boleh dapat free di lopak lopak paya , parit longkang. Zaman Lepas Perang Jepun 1945-1950 kawan rapat sayur ini ialah pucuk ubi, pucuk pakis, kankong air.
Genjer adalah lambang kepayahan ,protes golongan miskin ,gelandangan Komunis. Ada di citpa sebuah lagu Tajuk “Genjer-Genjer” Nyanyia Bing Slamet dan Lilis Suryani.

56 | admin

September 14th, 2010 at 8:14 am

Avatar

Wah.. tak sangka ada cerita di sebalik keladi merawan ini.. terima kasih..

57 | lekceria

September 16th, 2010 at 3:09 pm

Avatar

sayur ini kalau kt kedah di kawasan kg depa panggil paku rawan….memang sodap kalau masak lomak campur dgn udang bendang………..fuyoo..meleleh air liur ni……..

58 | shasha

September 28th, 2010 at 8:28 am

Avatar

firts time saya jumpa sayur ni ketika suami saya membawa balik dari kampung
dia kata sedap buat kerabu.Caranya sayur tu di potong dan dicelur, kemudia dicampurkan dengan kelapa goreng dan isi ikan rebus

59 | mohamad nizam

November 8th, 2010 at 4:22 am

Avatar

klu kt utara depa pnggil paku rawan…bg aku paling sedap buat kerabu..x pun buat ulam saja.cicah dengn sambal belancan…tp sebelum tu lenyekkan dulu telur aym satu biji dalam sambal tu…pas tu baru cicahkan…satu lg…air rebusan dia kena buang 2 3 kali…klu x nt sisa getahnya masih ada…itu yg sebabkn kerongkng gatal…….

60 | mohd zukri mohd ramli

November 20th, 2010 at 5:21 pm

Avatar

Di kenali sebagai selimpat atau pun kelayar di kampong saya raub,pahang. resipi masakan sama seperti diceritakan oleh 53. Suhaili, semasa berkerja di telok intan pokok ini juga dipanggil paku rawan dan genjer(jawa) . Pastikan kudup bunga pucuk ini masih belum terbuka , jika tidak akan berasa pahit.

61 | Lai GD

January 18th, 2011 at 3:08 pm

Avatar

Kamek Melayu di Sarawak madah toklah ‘Emparuk”. Nyaman bila disayor,kata urang tua-tua. Sidak urang tua ya jak minat dan pandey makannya, dak ndemiak muda nang sik kenal dan minat nak makan sayor kampong tok.

62 | suhadi

March 4th, 2011 at 3:42 am

Avatar

Di tempat saya (Kuching, Sarawak), tumbuhan ini dinamakan “Samsir”. Susah nak dapat kerana tak ramai yang tahu masak sayur ni. Kena pandai masak, sebab kalau tak pandai, rasanya menjadi pahit.

Kalau pergi pasar tani di Satok, tiap minggu ada nenek Bidayuh yang jual.

63 | zul

April 12th, 2011 at 9:06 am

Avatar

tempat saya plak di Kuala Lipis PAHANG, ulam/keladi ini dinamakan kelayar/kelayo..memang best colek ngan budu….

pergghhh

64 | seera

August 20th, 2011 at 10:41 am

Avatar

biasa pgil pucuk paku rawan…rebus buat ulam kalo rajin nak sedap lagi buat kerabu…kat dalam bendang memg byk..

65 | Segalanya Tentang Tumbuhan… » Blog Archive » Paku Rawan

September 22nd, 2011 at 2:08 pm

Avatar

[...] mengenai paku rawan ini pernah saya tuliskan pada April 2010 lalu. Masa itu, saya mengenali paku rawan di pasar tani di [...]

66 | siti

September 23rd, 2011 at 4:15 am

Avatar

agaknya goreng belacan ngan cili padi tumbuk sodap kot

67 | samsir

September 28th, 2011 at 2:37 pm

Avatar

favourite masa kecil, kalaya goreng belacan. kat pasar memang tak pernah jumpa. kutip sendiri tepi sungai

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011