24 Apr, 2010

Buah Cermai

Posted by: admin In: @Buah Nadir

Number of View :4323

cermai
Cermai atau nama sainsnya Phyllanthus acidus merupakan salah satu buah yang biasa dijadikan jeruk. Sudah tentu ramai wanita di luar sana yang kecur air liur bila disebut tentang jeruk.
cermai2

Buahnya yang kekuningan menjadi tarikan sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun, jika apabila dimakan sudah tentu anda mengerutkan dahi dek kerana rasa masamnya.

cermai3

Kegunaan lain pokok atau buah ini saya sendiri tidak pasti. Mungkin daun pokok ini ada khasiatnya tersendiri. Kalau mengikut rujukan memang daun cermai ada khasiatnya tersendiri bagi mengubati batuk, menguruskan badan dan sebagainya. Mungkin ada petua anda sendiri.. Harap dapat dikongsikan bersama..

Related Posts with Thumbnails

66 Responses to "Buah Cermai"

1 | chah

April 25th, 2010 at 10:36 am

Avatar

Salam….

Dolu2 bila lepas musim kemarau,tika hujan mula turun,pucuk2 cermai bertunas dengan segarnya….Mak sy jadikan sayur lemak putih + udang.Buahnya plak buat pencuk(tumbuk pecah2 bersama garam,gula,blacan & cili padi..Peghh,sedap wei…!

Nenek plak pesan,daun cermai di tumbuk halus+bedak sejuk jadi penawar demam campak(chiken pox) sebab ia bersifat sejuk….Tapi awas!!!! jangan amik lepas hujan sbb air hujan tu pantang bg chiken pox…tq

2 | iemochi imaizumi

April 25th, 2010 at 11:12 am

Avatar

macammana cara nak kuruskan badan guna daun cermai??

3 | aryaya

April 25th, 2010 at 4:18 pm

Avatar

Salam,

Buah cermai ni sedap kalau buat jeruk. Masa kecik2 dulu memang feveret kami bebudak… seposen dapat lah dalam 20 bijik. Tengok gambar pun dah kejur air liur.

4 | jaya arjuna

April 25th, 2010 at 5:09 pm

Avatar

@iemochi imaizumi; kumpul tiap helai daun yang jatuh dari pohon ceremai siang hari sedang matahri bersinar kuat. guna tangan. Kalau tiap hari dibuat macam tu, boleh lah kurus sikit. hahahahaha
tak de lah, borak je

5 | mamat

April 25th, 2010 at 5:53 pm

Avatar

daun cermai boleh buat halau serangga kat lampu…..caranya gantung ranting yang ada daun kat lampu….dua minit selepas tu dah xda serangga

6 | yati

April 25th, 2010 at 11:44 pm

Avatar

Salam. Zaman budak2 dulu buah cermai ni sedap kalau buat jeruk.Buahnya pulak di buat pencuk (ni kawasan utaralah mcm Penang..(tumbuk pecah2 bersama garam,gula,belacan & cili padi..,sedap nya. Kat ofis saya pun ada pokok cermai sekarang ni…!

7 | jamilah

April 26th, 2010 at 12:01 am

Avatar

meleleh air liur aduh….. sedapnya

8 | zaliha

April 26th, 2010 at 12:13 am

Avatar

Salam… Buahnya dibuat jeruk, sebelum tu rendam dengan air garam selama 2 malam, jeruk dengan air gula atau berlada,… uh memang sedap. Daunnya boleh direbus untuk dimandikan kepada bayi-bayi yang kuning selepas lahir, amalkan dua atau tiga hari, Insya Allah.

9 | latifah

April 26th, 2010 at 12:27 am

Avatar

Assalamulaikum tuan,

Tak pasti dah lupa lama tak gunakan petua orang tua. Cuma yang ingat daunnya tu dibuat merawat demam panas, pucuknya diblad halus campur bedah sejuk lumuhkan pada badan seketika hingga kering bagi tujuan kurangkan panas badan. Buahnya pula sedap dibuat seperti rojak dan jem. Caranya, jika nak buat rojak, hiris buah cermai dan buangkan biji, tumbuk kasar sedikat dan perah air masamnya, gaulkan dengan cili tumbuk , udang kering tumbuk, bawang merah hiris halus, gula sedikit, garam sedikit ikut rasa sedap tekak sendiri, kalau jem hiris isi dan buangkan biji, tumbuk isi dan perah air buah cermai (jangan kering sangat), masak dengan gula, air, seperi membuat jem nenas, masuk gula hangus masak hingga kering seperti jem.

10 | ct

April 26th, 2010 at 1:29 am

Avatar

Saya juga memang peminat buah ni. Ia mengingatkan saya nostalgia di sawah padi dulu-dulu masa kecik sebab pokok cermai ni tumbuh dengan sihatnya dan berbuah banyak dibelakang rumah menghadap sawah padi dan saya suka ambil angin dibawah pohonnya. Tapi sekarang dan duduk kat bandar dah tiada nikmat tu dan pokok cermai ni pun susah nak jumpa. TQ

11 | yaakub

April 26th, 2010 at 1:45 am

Avatar

cara membuat jerok buah cermai,

untuk 3 liter air kuah jerok.

masak air 3 liter hingga mendidih.

biar kan air sejuk. masukkan 2 sudu makan sodium benzoit,

kacau hingga sodium benzoit hancur dan larut.

masukkan 10 sudu makan gula dan 2 sudu makan garam di kacau hingga larut. masukkan sedikit pewarna kuning.

setelah buah cermai di cuci di rendam dalam air di campur sedikit kapur selama 4 jam . kamudian di bilas dengan air bersih lalu di toskan hingga kering.

masukkan buah cermai ke dalam bekas bersih dan tuangkan air jeruk yang di buat tadi sehingga tengelam .
setelah lima hari boleh lah di makan.

resepi dari Pak Akob,

Selamat mencuba.

12 | masura

April 26th, 2010 at 2:04 am

Avatar

Dolu-dolu kalau demam, mak selalu amek daun cermai/daun nona untuk buat jaram kepala, utk sejukkan kepala yang panas… dan memang mujarab

13 | zulkifli

April 26th, 2010 at 2:07 am

Avatar

senang saja kalau nak buat jeruk.basuh buat tersebut dan toskan dan rendamkan dlm air aiskrim soda, kemudian masukkan dlm peti ais biar selama beberapa hari.selamat mencuba.

14 | waksudin

April 26th, 2010 at 3:02 am

Avatar

Buah ini sangat digemari oleh pekerja Bangladesh saya..
Mereka masukan dalam masakan kari ayam dan juga daging bersama buah limau purut. Saya dah rasa boleh terimalah. Kata mereka ianya sebagai penganti buah amra dalam masakan kari

15 | Faridah Ishak

April 26th, 2010 at 4:35 am

Avatar

Buah ni saya selalu makan masa kecil-kecil dulu kat kampung

16 | mohd hadi

April 26th, 2010 at 4:36 am

Avatar

buah cermai ni ni sedap kalu wat jeruk. mak aku pernah guna akar dia utk wat ubat orang beranak. campur dengan akar2 kayu lain. tapi aku tak pernah tanya mcm mana dia proses.

17 | effa

April 26th, 2010 at 5:05 am

Avatar

kat kampung saya ada banyak buah cermai. Saya selalu buat jeruk…hmmm…sedap sangat2…

18 | akil

April 26th, 2010 at 5:49 am

Avatar

camaner saya nak dapatkan benihnya di Johor Bahru

19 | Suhaila

April 26th, 2010 at 5:56 am

Avatar

Salam semua…hmm..buah cermai kalo mkn mcm tu jer.. masam..tp bila da dibuat jeruk..memg best..hehehe.. kecur air liur…pucuk dia memg org biasa tumbuk wat bedak sejuk..cmpur ngan beras la..utk demam campak pn org gunakan utk hilangkan parut..

20 | Raja Norkiah

April 26th, 2010 at 6:07 am

Avatar

Salam…dulu masa kecik2 ada makan sebab ada taman kat rumah…sekarang kalau nak makan cuma jmpa yg jeruk je,yg fresh dr pokok susah nak dapat…

21 | Tan Mee Eng

April 26th, 2010 at 6:22 am

Avatar

Saya pernah makan buah cermai ini, bagi saya ianya masam dengan sedikit pahit, saya tak berapa suka makannya.
Tapi adakah buah cermai ini mempunyai ciri2 pengubatan?

22 | aima

April 26th, 2010 at 7:04 am

Avatar

mase kecik2 dulu saya xminat mkn buah ni.masam giler. jadi buah ni kitorang buat peluru lastik je hehehe

23 | assappaii ron

April 26th, 2010 at 9:45 am

Avatar

tengok rupa memang best.. tak pnah pula saya rasa buah ni…tq for the info..

24 | ahmad

April 26th, 2010 at 10:26 am

Avatar

bagi pesakit darah tinggi, kisar daunnya lepas tu ditapis & minum. insya-Allah berkesan tapi jangan lebih nanti tekanan darah rendah pula, selamat mencuba

ps- buah amra tu buah apa?

25 | jentayubisu@yahoo.com

April 26th, 2010 at 10:28 am

Avatar

Buah cermai bukan takat makan rasa masam dengar je nama dia terus rasa ngilu gigi berkerut kening macam ziana zain hehehe…. Selain buat pencuk, jeruk buah cermai boleh diawet dengan garam kemudian jemur sampai kering boleh digunakan untuk campuran masakan acar limau. Daunnya direbus dipercayai boleh mengurangkan penyakit darah tinggi. Umum semua mengetahui buah cermai masam pianggg tapi kalau anda hendak merasa buah cermai madu ( manis )sila berkunjung ke rumah saya di No 63 Taman Kaya Selama perak.Tiada langsung rasa masam. Rasa dia manis-manis dan sedikit kelat. Saya dah cuba buat jeruk satu balang tapi spesis ni tak sesuai buat jeruk manis kerana hasilnya rasa payau.

26 | jentayubisu@yahoo.com

April 26th, 2010 at 10:35 am

Avatar

Buah amra tu orang panggil juga dengan nama buah kedongdong.

27 | daudjaafar

April 26th, 2010 at 1:30 pm

Avatar

Salam ;bila tenggok gambar buah cermai teringat dulu dulu
zaman kanak kanak makan buah ceramai sebagai makanan ringan .sekarang dah tinggal kenangan sebab dah banyak makanan ringgan yang lain.

28 | osman

April 26th, 2010 at 1:35 pm

Avatar

buat jeruk sedap,masak asam juga boleh ganti belimbing buluh kalau tak caya leh cuba

29 | mohamad idris

April 26th, 2010 at 1:43 pm

Avatar

sodium benzoat tak boleh diamalkan dan telah diharamkan oleh CAP, boleh gunakan cara traditional untuk buat jeruk. Daun buah nie boleh kurangkan tekanan darah tinggi juga, ambik segengam dan rebus airnya

30 | mohamed ali othman

April 26th, 2010 at 2:18 pm

Avatar

saya ni kalau makanan agak masam kurang suka. Cuma bila sebut khasiat seperti email rakan-rakan, saya pun tanam sepokok.

31 | zackmd

April 26th, 2010 at 3:41 pm

Avatar

ni yg den tk tahan bilo cito bab asam-asam ni.. automatically my mouth fully with my saliva… kat rmh den ado tnm pokok ni tpi dh bertahun2 tk ado buah… sapo2 ado tip tnm pkk ni blh le bgi idea kat den ni.. sodapnyo mkn jeruk crmai ni terutamo yg nk dokat msk dah..

32 | wan

April 26th, 2010 at 5:02 pm

Avatar

Buah cermai ni ada jugak jenis yg x brapa masam..Dahan pokok ni rapuh dan mdh patah..hati2 klau panjat pokok ni..

33 | Ainul Mardiah

April 26th, 2010 at 11:57 pm

Avatar

buah cermai klu wat jeruk yg plg sedap. tp setakat ni sy jumpa 2 saiz, yg kecik + yg agk besar. (mgkn yg saiz kecik tu tak tumbuh dgn baik). klu nk bli jeruk sy akan pilih yg saiznya agk besar, klu tak leceh sbb buah ni jenis bbiji… klu ms kecik2 dlu biji cermai ni bleh wat peluru sumpit, hehe…

34 | siti

April 27th, 2010 at 1:12 am

Avatar

tak tahu la pulak boleh kuruskan badan ni….
kat rumah ada la pokok cermai…..bila masak kuning tu petik makan jela…masam tu memang la tapi cicah dengan garam sedap….orang mengandung yang mengidam pun tak makan cam tu….hehe….

35 | jentayubisu@yahoo.com

April 27th, 2010 at 2:14 am

Avatar

Taruhla baja buah tak pun curah air ikan hari-hari dan jika berbuah rajin-rajinla bersedekah pada jiran-jiran atau sesiapa yang berhajat nak makan insyaallah rezeki akan bertambah.Amim….

36 | naharamin

April 27th, 2010 at 2:36 am

Avatar

buah cermai ni sy pernah makan masa budak2 dulu.kat rumah jiran saya ada tanam pokok ni,cuma sekarang susuh nak jumpa pokok ni,kalau ada pun dah dibuat jeruk,buat ni masam2 sikit dalam ada bijik kecil,kalau tak suka masam jgn makan pasti pemakan nya tak suka,bila cakap pasal buat ceremai teringat saya di zaman budak2 dulu,any way terima kaseh pada yg hantar email pasal buat ni,
t.kaseh byk2………..

37 | roseni

April 27th, 2010 at 3:01 am

Avatar

Salam semua,
Suka makan kalau dibuat jeruk, sampai sekarang pun kalau nampak saya akan beli.Dah tahu cara nak buat jeruk pasti saya akan cuba.
TQ

38 | cik sal

April 27th, 2010 at 4:22 am

Avatar

Assalamualaikum.

Dulu d blkg.rmh arwh ayah ada sepohon pokok cermai.
Kami sering buat jeruk,jem atau pincuk.Memang sedap…
Subhanallah.

39 | Roslan

April 27th, 2010 at 6:26 am

Avatar

cermai ni kalau dah matang rasaya masam + manis. kalau muda atau belum matang ppahit pula. tentu ada kasiat ubat…maklumlah yang pahit itu ubat……….

40 | azie

April 27th, 2010 at 2:39 pm

Avatar

Salam,buah cermai ada 2 jenis.satu hijau n satu lagi kuning.yg hijau ni kecik ckit buahnya banding yg kuning n rasanya masam2 kelat.jenis kuning buahnya besar (mcm dlm gmba) n rasanya masam n xkelat,isinya pun agak tebal,yg kuning tu tipis je,bukan kurang baja tp memang jenisnya,dari kaler batang,daun n bentuknya memang kecik n wanenya mmg hijau.kat umah mak dulu dua2 jenis ada..

41 | sexy

April 27th, 2010 at 3:16 pm

Avatar

ada 2 pokok depan rmh tp masamny!!! pakcik tu jer slalu amik ntah apa nk dbuatny.

42 | ainazurin

April 28th, 2010 at 3:41 am

Avatar

Best ape…
Mkn ngan kicap pas2 cmpur gula n garam… Letak cili hidup… Pergh… Yummy…

43 | Amy

April 28th, 2010 at 12:24 pm

Avatar

Satu lagi cara nak makan buah cermai ini.. rebus dengan gula melaka + gula + garam cikit + cuka sikit (untuk rangup), masak samai kering gitu.. try… emm menjilat jari!

44 | mohkita

April 29th, 2010 at 6:34 am

Avatar

BUAH CERMAI LA NI DAH TAK MASAM LAGI.SAYA ADA MENANAMNYA,BEHIH DIDAPATI DIUTARA RASANYA KELAT DAN ADA KEMANISANYA.SESUAI UNTUK DIJERUK.KALAU BENIH KAMPUNG YA MEMANG MASAM.DAUNNYA DIRAMAS DALAM AIR DIBUAT MANDIAN UNTUK MENGHILANGKAN
PANAS BADAN.

45 | hadi

April 29th, 2010 at 9:22 am

Avatar

BUAH MEMANG MASAM. TAPI KALAU CICAH KICAP + LADA JARUM+ BELACAN. MEMANG BEST….. LAGI PEDAS LAGI BAGUSSSSSSS……. CUBALAH………….!!!!!!!1

46 | Razmankasa

April 29th, 2010 at 9:25 am

Avatar

Memang best buah cermai……..saya suka dan juga daun-daunnya boleh melegakan kepanasan badan.
Kalau dikomersialkan tanaman cermai ni saya rasa
bagus juga kan ?. Apatah lagi kalau dijadikan jus
macam lain-lain buah-buahan.

47 | hasnah

April 30th, 2010 at 3:52 am

Avatar

Salam…
email saya ada problem ckit…tu yg x reply…buah cermai adalah kenangan masa kanak-kanak..hidup segar di tepi danau…kalau x masak warnanya agak hijau pekat..kalau masak macam hijau kekuningan n rasanya x lah masam sangat…tq

48 | sabrina

April 30th, 2010 at 1:06 pm

Avatar

buahnya mmg masam tp kalau dibuat jeruk mmg sedap sgt.

49 | mfmz

May 1st, 2010 at 3:23 am

Avatar

salam…bijik cermai yang dh dijeruk klu disemai pn boleh tumbuh….

50 | tntza

May 3rd, 2010 at 11:31 pm

Avatar

Buah cermai boleh di rebus dengan gula dan air biarkan sehingga bauah cermai bertukar warna hitam. Sedap dimakan dan rasanya masam-manis.Bolehlah cuba…

51 | Mansor Md Desa

May 4th, 2010 at 1:05 pm

Avatar

Buah cermai memang masam, tapi bila buat jeruk sedap juga bila makan. meleleh air liur bila sebut je. Selalunya orang nak kurus badan ambik daun 2-3 tangkai rebus dan minum. Kata orang tua boleh memecahkan lemak berlebihan dalam badan.

52 | estet

May 5th, 2010 at 7:38 am

Avatar

Buah cermai la ni ada yang tak masam rasanya tawar + kelat kalau ranum ada rasa sikit manis-manis buah macam juga buah asam jawa manis. saya ada tanam pokok cermai manis ni di rumah…

53 | Dr. Gy

May 16th, 2010 at 1:34 am

Avatar

Buat pincuk dengan buat cermai, itu cara orang Penang makan sebab cermai rasanya masam. Tumbuk buah cermai dengan cabai (sama ada cabai hidup atau melaka), masukkan secukup garam, belacan dan gula. Tumbuk kasar sekadar ramuan-ramuan tadi bercampur dan serata. Lagi satu kegunaan cermai ialah dalam masak lomak cili padi bagi menggantikan asam keping atau belimbing buloh. Selamat mencuba.

54 | MamaBoo

June 22nd, 2010 at 3:34 am

Avatar

sedapnyer.. tgk gambar pas tu baca lak komen rakan-rakan semua.. terliur dibuatnyer.. sib baik saya x mengandung kalau idak jenuh gak nak mencari…

55 | cliena

June 22nd, 2010 at 7:40 am

Avatar

salam..
dulu masa saya mengandung, memang teringin nak makan buah cermai ni.. memang sedap.. cicah dengan garam, kicap manis.. cili padi.. pehhhh…!!!1
huhh… gulp..memang kecur air liur…

56 | arbina

July 10th, 2010 at 12:51 pm

Avatar

getah dari kulit kayu pokok cermai mujarab dijadikan ubat sakit gigi..

kulit pokok itu di ambil, dikeringkan sedikit dan direbus.
air rebusan yg telah sejuk boleh digunakan untuk berkumur dan mujarab utk menghilangkan sakit gigi.. cubalahh.!

57 | mardiana binti kholid

July 27th, 2010 at 1:37 am

Avatar

salam..
kat rumah sesape ada buah cermai ni nak mintak beli cket..
saya teringin sangat nak makan buah ni..dah byk tmpat cari tp xjumpa2 lg…
aduh..kecur air liur saya tgk buah ni…

58 | fazian

August 5th, 2010 at 2:00 am

Avatar

Masa kecik2 dulu selalu tengok kakak saya buat bedak sejuk. Caranya ambil sedikit beras & rendamkan semalaman…basuh & toskan, sedikit ibu kunyit & tambah daun cermai + air sikit…blend sampai lumat…sedia ditepek di muka utk hilangkan jeragat - guna hari2…@ boleh dibuat scrub badan…mmg berkesan dan hasilnya kulit halus & bersih tanpa kesan jeragat..dah lama tak buat skrg ni…

59 | Rizkan

September 10th, 2010 at 8:36 pm

Avatar

Ingat lg ketika zaman sekolah menengah dulu, jeruk cermai lah jeruk yg paling digemari olh pelajar2 berbanding dgn jeruk buah2 yg lain.Sebab jeruk cermai mmg sedap.
Sampailah pihak sekolah tak benarkan lg pengusaha kantin sekolah menjual jeruk (semua jenis jeruk) kerana mengatakan jeruk ialah makanan yg tidak berkhasiat bahkan semmgnya menjejaskan kesihatan.

60 | admin

September 14th, 2010 at 8:18 am

Avatar

Memang betul.. jeruk bukannya ada khasiat pun.. hanya perasa semata-mata..

61 | alif

October 1st, 2010 at 2:16 pm

Avatar

buah ni wt jeruk sedap,kalo isi kuning best,tpi nk amik ssh ,pkok tingi,nk pnjt x leh coz btg pkok ni rapuh,sye pna jtuh pkok ni,daun dye wat ubat krus bdn,btg2 dye wat racun,kot la

62 | Ria

November 10th, 2010 at 7:03 am

Avatar

cermai….
cermai…
cermai…..

penelitian ku tentang cermai,, yg digunakan sebagai anti bakteri salah satunya berkhasiat sebagai obat sariawan…
lumayan sulit ngumpulin artikel ttg buah masam ini,,,krn kbanyakan info nya ya sama aja….

63 | cermai seeker

December 10th, 2010 at 6:37 am

Avatar

Salam..
Saya sedang mencari pembekal buah cermai..
Ada sesiapa di sini mempunyai kenalan yg boleh membekalkan buah cermai nih??

64 | mogana

December 29th, 2010 at 1:29 am

Avatar

I ada darah tinggi i minum air buah cermai hari 2 sebelum tidur.skrng darah tinggi sdh ok tak perlu mkn ubat lg…….

65 | Halimah Yusof

February 2nd, 2011 at 5:40 am

Avatar

Selain dimakan begitu saja atau buat jeruk, yang paling sedap ialah dibuat halwa. Halwa cermai manis dan terasa masam sedap. Boleh simpan sampai setahun. Daunnya boleh buat bedak untuk licinkan kulit atau hilangkan tanda demam campak. Kalau tengok buahnya macam anggur - Anggur Malaysia!

66 | Tiung

December 16th, 2011 at 2:32 am

Avatar

Baru saya tahu nama pencuk tu. Sebelum ni memang selalu mak buat. Tumbuk cermai, cili , belacan, gula. Memang mengalir air mata makan, tapi tangan tak boleh henti menyuap.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011