20 Apr, 2010

Buah Markisa

Posted by: admin In: @Buah Nadir

markisa
Pernahkah anda merasai jus buah Markisa? Atau anda masih belum mengenali rupa buah Markisa yang sebenarnya. Artikel kali ini saya nak memperkenalkan serba sedikit tentang buah ini.

Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak. Maaflah, tak sempat nak belah buah ini. Jadi tak dapatlah nak lihat isinya..
markisa3

Di Malaysia terdapat 2 jenis markisa yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.

markisa2

Kegunaan lain pokok atau buah ini, masih kurang banyak diketahui. Jika ada kajian lain mengenai buah ini yang anda ketahui diharaplah kongsikan bersama. Pada yang pernah menanam pokok buah ini atau pada yang biasa makan buah ini, diharap dapat kongsikan pengalaman anda disini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :9647

102 Responses to "Buah Markisa"

1 | effa

April 20th, 2010 at 1:44 pm

Avatar

tak pernah rasa pun buah ni…apa rasanya? manis ke, pahit ke, atau masam?

2 | Rusnani

April 20th, 2010 at 1:51 pm

Avatar

rasa yang masaknya kuning bolehlah tahan masam 2 manis dan enak kalau di buat jus , bijinya banyak seperti jeli . masa zaman kanak 2 saya pernah makan buah ni , tapi sekarang agak sukar untuk di jumpai , pokok nya menjalar seperti pokok petola

3 | rusdi

April 20th, 2010 at 1:52 pm

Avatar

Buah markisa yang bewarna unggu ini ada saya tanam di tepi rumah yang dibiarkan memanjat sekeliling pagar kolam ikan saya. Buahnya saya beli RM 6.00/kg dari kedai seorang pengusaha cina di Kuantan dan saya ada menyemai benihnya. Agak lama juga menunggu pokok ini mengeluarkan buah. Enak sekali dimakan secara terus kalau buahnya cukup ranum. Jus markisa amat menyegarkan…

Kami sekeluarga sering membelek-belek dedaunan untuk mencari buahnya kerana jika lalai…alamatnya malam nanti si musang akan bertandang…Bijinya seperti biji buah ulat bulu sahaja…

4 | mohamed hashim

April 20th, 2010 at 2:06 pm

Avatar

Salam.
Ada juga pernah minum jus buah markisa ni. Enak juga rasanya, masam manis. Tapi ada bau sikit.
(Orang jawa boleh melawat blog saya mohakas.blogspot.com)

5 | chemud86

April 20th, 2010 at 2:22 pm

Avatar

salam tuan,
Tulah……macamana rasa dan buahnya pun tak tahu. Terima kasih kepada saudara kita yang bagi info ni dapatlah generasi kita dan anak-anak kita nanti dapat mengenali buah ini

6 | hjhfaridah

April 20th, 2010 at 2:38 pm

Avatar

saya pernah makan dan tanam pokok markisa rasanya masam tapi sedap.bijinya byk boleh telan terus.pokoknya subur pada awalnya daun lebar dan cantik.tapi tiba2 mati saya pun tidak tau apa sebabnya. kata kawan disebabkan air bertakung dalam pasu.saya ingin nk tanam lagi elok benih dr mana? dulu beli dr C. Highland. tolong beri pandangan.t.k

7 | aima

April 20th, 2010 at 2:46 pm

Avatar

xprnah jumpe pn buah ni.sedap ke?

8 | budi

April 20th, 2010 at 3:14 pm

Avatar

dulu saya ke bagan lalang, picnic, pastu dlm perjalanan balik jb, ada orang jual kat tepi jalan.

rasanya masam manis. bijiknya saya semai dan dah tanam dlm sebulan lebih tengah menjalar tapi belum berbuah. orang kata buat jus seap. ada tak yang boleh bagi tau macam mana nak buat jus,

9 | Jaya Arjuna

April 20th, 2010 at 4:14 pm

Avatar

Di Sumatera Utara kita boleh dapati jenis markisa ini dengan mudah. Yang berwarna ungu dan berwarna kuning harganya kurang lebih 3 s.d 4 RM sekilo. Jus markisa biasanya dibuat dari yang berwarna ungu. Yang kuning tidak dibuat jus, tetapi dimakan langsung karena rasanya lebih manis berbandingkan yang berwarna ungu. Di Medan harga jus markisa 1.50 RM sampai 4 RM.

10 | Mahadi

April 20th, 2010 at 4:30 pm

Avatar

Saya baru tanam dua pokok passion fruit ni. Baru dua kaki tingginya, menjalar diatas para buluh. Benih diberi seorang nenek tua berbangsa cina berumur 71 tahun. Rasa buah yg ditanam nenek tua yg saya panggilnya sebagai popo ni, macam rasa buah limau oren. Sedap jugak.

11 | Fauzi

April 20th, 2010 at 4:31 pm

Avatar

Baru je jumpa buah ni minggu lepas kat Sepang dalam perjalanan ke Sg Pelek. Sedap buah ni walau ada masam2 sikit.

12 | Wak Din

April 20th, 2010 at 6:59 pm

Avatar

Salam.
Pokok ni tak tahan banyak air atau terlalu kering. Kalau boleh guna baja organik tp kalau tiada, boleh juga guna baja kimia tapi jangan terlalu banyak.
Akar pokok ini biasa diserang kulat (bila terlalu lembab) dan kena penyakit “akar busu’ dan pokok akan mati layu.
Nak buah banyak ikut cara tanam petola iaitu dari pangkal pokok ke para / junjung jangan ada cabang, bermaksud cabang bermula dari para para/junjung tadi. Biasanya para dibuat 6 kaki tinggi supaya kita boleh lalu dibawahnya.
Lihat lah keindahan buahnya bila buat cara ini.
Terima kasih … Wak Din

13 | aniesz

April 20th, 2010 at 7:09 pm

Avatar

kordial markisa..sedap diminum..tapi tak pernah tengok buahnya..

14 | aspin

April 20th, 2010 at 7:14 pm

Avatar

sedap… kat umah ade tanam.. mengeluarkan buah yg bnyak.. n di kedai sye pn ade mnjual jus markisa…

15 | sufri

April 20th, 2010 at 11:43 pm

Avatar

buah ni kalu di sabah dijadikan jus.. sangat sedap..

16 | yati

April 20th, 2010 at 11:48 pm

Avatar

Pernah juga tanam melalui biji yang dikeringkan tapi tak menjadi. Buahnya masam manis. TQ di atas info yang menarik ini.Di Melaka saya tengok mereka tanam sebagai pokok hiasan. Menarik sungguh!

17 | Jee

April 20th, 2010 at 11:56 pm

Avatar

dulu kat rumah saya ada tumbuh, tak makan pun sebab masam sangat

18 | julie

April 21st, 2010 at 12:03 am

Avatar

sy suka buah nie…rase ye masam2 manis…..jus air dia pun sedap tp sy x th nak cr kat mana jus ye sbb sy dpt dr kwn sy yg pulang dari indonesia…..pokok nya jenis menjalar. boleh dikatakan ramai gak ramai mula tanam pokok markisa nie

19 | masura

April 21st, 2010 at 12:09 am

Avatar

Ya, saya pun pernah rasa jus nyer saja, mmg sedap dan anak2 pun suka juga rasanya. Kakak saya di UPM yang selalu beli jus buah di MARDI

20 | sarah

April 21st, 2010 at 12:22 am

Avatar

saya ada tanam pokok ni…rasanya masam2 manis. dan boleh di buat jus…bau yg harum. ia juga dapat menghilangkan stress…nyaman

21 | Patricia

April 21st, 2010 at 12:35 am

Avatar

pernah rasa jus, sedap. produk cosway.

22 | mohd noor kassim

April 21st, 2010 at 12:42 am

Avatar

Saya ada tanam pokok ni…rasanya masam2 manis. dan boleh di buat jus…bau yg harum.dah saya juga telah dapat menghasilkan markisa yang tekstur kulitnya saperti rock melon

23 | sexy

April 21st, 2010 at 12:55 am

Avatar

sexy mkn buah (yg wrn kuning) ni masa umur 12 thn (iaitu 3 thn yg lalu. he2!). ia juga dikenali dgn nama buah ‘oren’ sbb rupany mcm buah oren tp bauny lbh kurang mcm tembikai susu. rasany masam2 manis tp x masam sgt. dlmny mcm buah delima. pokokny ada djual di pasar tani, rm5-7 1polibeg. (jika nk tgk isi dlmny blh rujuk internet : buah markisa )

24 | yusniza

April 21st, 2010 at 12:55 am

Avatar

em.. sedap buah rasanya waktu panas macam ni memang sedap

25 | kak teh

April 21st, 2010 at 1:05 am

Avatar

saya bukan nak tanya ttg buah markisa. tpi pasai buah lain boleh x. apa nama buah yang kulitnya keras, isi kat dalam calor putih,bila msk calor coco sedap dimakan dgn santan.apa buahnya . boleh tlg bantu

26 | izan

April 21st, 2010 at 1:08 am

Avatar

Masa kecil2 dulu biasalah makan..abah tanam dihalaman rumah sebagai garage kereta…bila berbuah..tak sempat masak..dah kena rembat…rasanya masam2 manis tp sedap..bijinya mmg byk tp kecil dan boleh ditelan terus..dulu kami panggilnya bukan buah MARKISA tapi buah SUSU..tak tau kenapa..(abah yg britau)…

27 | alkud

April 21st, 2010 at 1:25 am

Avatar

masa kecik-kecik dulu saya pernah buat jus markisa ni, tapi tak sedap……maung.

28 | Taib Abdullah

April 21st, 2010 at 1:44 am

Avatar

belum pernah cuba, macam mana dapat benih atau anak pokok Markisa?

29 | Missa

April 21st, 2010 at 1:50 am

Avatar

Buah Markisa atau ada org panggil Buah Susu. Buah yang masak isinya berbiji-biji dan berjeli berbentuk seperti biji betik diselaputi jeli seperti selasih di rendam. Jika anda pernah meminum jus minuman berperisa buah-buahan campuran, baunya seperti itu. Rasanya masam. Jika dibuat minuman (tak sesuai di panggil jus kerana bukan di buat dari patinya), isinya di campur dengan air dan letak gula bagi rasa manis. Khasiatnya, ia boleh menyejukkan badan. Bagi yang ingin menguruskan badan, pun boleh amalkan minum airnya kerana bijinya itu berserat tinggi dan boleh melawaskan pembuangan air besar. Boleh cuba kalau jumpa pokok ni.

30 | juz

April 21st, 2010 at 1:58 am

Avatar

Salam,

Saya sukakan buah & jusnya, semasa saya diBrastagi & Kintamani Bali Indonesia (tempatnya sejuk cam Cameron Highland) banyak terdapat buah markisa, rasanya masam-masam manis.

31 | ainey

April 21st, 2010 at 2:26 am

Avatar

memang sedap tau jus markisa.

32 | mi

April 21st, 2010 at 2:42 am

Avatar

buah ni dulu kat Terengganu banyak tumbuh liar. Saya pernah makan dan pernah minum jus buah ni. Indonesia banyak keluarkan jus. Rasa boleh tahan juga. Kat terengganu orang sana panggil buah ‘oreng’ kalau tak silap. Orang2 terengganu tolong confirm betul ke panggilan buah tu.

33 | nailee ak manday

April 21st, 2010 at 2:59 am

Avatar

adakah ini disebut ‘passion fruit’?

34 | sue

April 21st, 2010 at 2:59 am

Avatar

Hmm buah markisa ni sedap…rase masam manis bile da masak..ingat mase2 kecik2 dlu, pnjat pokok kopi sbb dia menjalar kat situ…hehe…tapi skang da xde lagi pokok tu…baka pun da xde…

35 | sue

April 21st, 2010 at 3:01 am

Avatar

opps satu lagi, buah markisa ni bagus untuk sejukkan badan dan baik tok penghadaman…tu nenek kite bgtau la… :)

36 | nur173

April 21st, 2010 at 3:27 am

Avatar

kecur air liur tgk buah ni..

37 | jamilah

April 21st, 2010 at 4:14 am

Avatar

sedap memang sedap tapi masam sikit

38 | Suria

April 21st, 2010 at 4:45 am

Avatar

Rasanya sedap,dulu masa kecil kami panggil buah susu.Pokoknya menjalar dan ia boleh memanjat pada pokok yang tinggi

39 | Mohd Asri

April 21st, 2010 at 4:56 am

Avatar

saya tak pernah kenal, saipa ada benih d kedah ni

40 | Jin Tanah

April 21st, 2010 at 6:06 am

Avatar

Buah Markisa…kami di Cameron..dahulu memanggilnya “buah susu hutan”.Rasanya memang masam (air liur pun dh meleleh bila menyebutnya). Ianya banyak dijumpai di hutan2 semak Cameron. Kalau nak makan…kalanya kami taburkan dgn gula pasir sedikit. Baru sanggup telan.

Sejenis lagi…saya tidak pasti..kalau tak silap..kaum kerabatnya yang dipanggil “buah susu”..berwarna biru gelap semasa muda dan bertukar menjadi kuning adalah tersangat manis apabila masak.Memang ia seakan2 buah markisa. Cuma kini…setahu saya…beberapa penduduk Cameron masih ada yg menanam buah ini di belakang2 rumah.

Suatu masa dahulupun Ayahanda saya ada menanamnya dan rasa2nya…ia tidak putus berbuah.
Ianya begitu menguja saya terutama di bulan Ramadhan he he!

41 | ahmad kamal

April 21st, 2010 at 6:09 am

Avatar

Salam,

Memang best buah ni. saya baru saja dpt anak pokok buah ni .. tanam depan rumah. insyaAllah menjadi nanti akan upload gambarnya ….

Juga tanam pokok roselle … sedap untuk dibuat jus dan jem ….

42 | Abdullah Hj. Rashidi

April 21st, 2010 at 9:35 am

Avatar

Salam! DiSegamat terdapat 3 Ekar tanaman ini dibuat secara komersial.Tanaman yg. menguntongkan dan harganya Double A harganya RM 4/SeKg.Jika nak benihnya adadijual RM3.00 Sepokok. Okay !

43 | jentayubisu@yahoo.com

April 21st, 2010 at 12:51 pm

Avatar

Masa saya di Sekolah Menengah Merbok, Kedah, tapak projek untuk aliran pertanian ada menanam pokok markisa kalau tak silap masa tu ada lapan pokok. Cukup lebat bila berbuah.Rasanya masam masam manis isinya lembut macam isi buah letup. Untuk menyedapkan lagi rasanya jus markisa boleh dicampur dengan serbuk asam boi. Benih ada dijual ditempat saya tapi disebabkan rumah saya selalu dikunjungi beruk monyet so tak jadila nak menanamnya. Tak larat nak bergaduh dengan depa….

44 | jainudin bin ires

April 21st, 2010 at 5:55 pm

Avatar

dulu masa kecik2 kami panggil buah ni oren…ehehe…untuk pengetahuan semua,buah ini boleh juga d buat sambal,hanya perlukan garam secukup rasa dan cili padi secukup rasa…gaul dengan isi markisa yg dah masak…

45 | umar

April 21st, 2010 at 6:28 pm

Avatar

d institut pertanian ayer hitam johor ada menanam buah markisa secara komersial… di TKPM… lamejgk x menjenguk ke tapak projek markisa.. masih ade ke tidak..entah la… tpi buah ni pengusha buat jus je.. mahal jugk buah ni..rm 3.50-4.00/ kg.. kalau nak taye lebih.. dtg ke Istitut pertanian ayer hitam johor n rujuk pakar di sini…Hj. Mat .. sy student je..

46 | Arfah

April 21st, 2010 at 11:36 pm

Avatar

Saya pernah makan dan minum air buah markisa, rasanya memang sedap. Saya pernah melihat sendiri pokok markisa ketika saya menjalankan kajian terhadap Hutan Simpanan Kekal di Johor, yang mana hutan tersebut telah diceroboh dan ditanam dengan pokok markisa.

47 | Jeff

April 22nd, 2010 at 2:34 am

Avatar

buah ni tinggi kandungan vitamin c dan bersifat asidik, berpotensi untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan juga menurunkan kadar tekanan darah tinggi tetapi tak berapa baik untuk pesakit gout.

48 | aisyah

April 22nd, 2010 at 3:44 am

Avatar

saya pernah makan buah ni..manis..tapi ada masam2 sikit la…tapi sedap apa.buat jus lagi sesuai..saya makan buah merkisa yang warna kuning.dulu pokok dia ada dekat kampung.sekarang xda da..lama da x makan..tapi buah ni banyak biji…biji dia macam badam tau..bole makan biji juga

49 | wan mohd iswan

April 22nd, 2010 at 4:36 am

Avatar

salam…ini buah passion fruit…buah ni byk jugak eksport ke luar negara…

50 | lekceria

April 22nd, 2010 at 4:58 am

Avatar

saya rasa buah markisa ini …..org utara selalu ambil kulitnya untuk dibuat masak asam pedas dengan ikan keli……dulu saya adajuga makan sedaaaaaaap………

51 | zaliha

April 22nd, 2010 at 7:17 am

Avatar

Salam… Rasa buah markisa memang lah masam, tapi sedap dijadikan jus, dicampur sedikit gula.

52 | Mansor Md Desa

April 22nd, 2010 at 3:32 pm

Avatar

dulu ada la tanam kat depan rumah. airnya memang la masam sikit. taruh gula sikit kalau nak minum. pokok ni mudah di tanam, senang tumbuh dan tak cerewek

53 | Jasa

April 22nd, 2010 at 4:57 pm

Avatar

Salam….

Saya berasal dari sabah…….

Mengenai tumbuhan markisa ini tanya memang terkanal di negeri sabah di sekitar tahun 80an sebagai tanaman selingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada para pengusahanya. Pada masa itu buah markisa berharga RM1.20 grade A RM0.80 dan RM0.60 / Kg. Prodak markisa ketika itu ialah Jus markisa yang dibotolkan dan minuman kotak markisa. Rasanya memang sedap.

Di kampung saya buah markisa ini selain dibuat minuman ( jus ) buah markis juga di makan sebagai ulam dan amat sinonim dengan cili api camput belacan.

Pucuk pokok markisa boleh dibuat ulam dan sedap digulai bersama udang kering.

Saya pernah mengunakan pokok markisa ini sebagai media naungan di tapak semaian yang saya bina dibelakang rumah dangan menanam pokok markisa di setiap tiang dan didik pokok tersebut menjalar di bahagian atas propagator. kita cuma perlu melakukan penjarangan atau mengurangkan cabang-cabang pokok ini bagi mengawal peratusan cahaya yang kita kehendaki…..Jimat kos membeli shdding net disamping dapat buah markisa.

54 | daudjaafar

April 22nd, 2010 at 10:22 pm

Avatar

Salam buah pernah lihat tapi belum pernah makan ,pasal jus pernah juga meminun nya.

55 | aza

April 23rd, 2010 at 3:14 am

Avatar

1st time sy minum jus markisa ni pd bln puase thn 2008.mase tu kat umah abg kpd kakak ipar sy di Bangi.kat umah dia ade pokok ni..mula2 ingtkan dia saje je nk biarkan umah dia semak ngan pokok ni.maklumlah,pokok ini menjalar di pagar umah.rupa2nya buah markisa ni boleh dibuat jus.rasenye agak masam tp best jgk.dan dr situlah sy mulai kenal buah markisa kerana sblm ni xpernah dgr pun nama markisa nie..

56 | naz

April 23rd, 2010 at 11:01 am

Avatar

Salam…ni first time tengok buah tu! Tq dah bagi info, kalu jumpa nanti saya try makan.

57 | hani

April 24th, 2010 at 12:31 pm

Avatar

salam, sy dpt benih pokok ni secara percuma masa buat lawatan kt mardi kluang. tingginye sejengkal je. baru2 berbuah x tau nk makan macamana. cari info kt internet baru faham. skrg sy dh boleh menikmati keenakkan jusnye. sedap. x masam sangat.

58 | mohamed ali

April 25th, 2010 at 10:52 am

Avatar

Salam…saya kenal pokok Markisa sewaktu melawat Indonesia beberapa tahun lalu.Oleh kerana sukakan jusnya, saya pun tanam dan dapatlah hasilnya.
Saya dapati cara menjaganya cukup mudah berbanding anggur yang saya tanam.

59 | zackmd

April 25th, 2010 at 12:34 pm

Avatar

nice taste….. sweet n sour

60 | mza

April 25th, 2010 at 2:17 pm

Avatar

salam
buah ini ada masam ada manis, yang manis sedap dimakan terus tapi yang masam enak dibuat jus saja.
pucuk dia boleh dibuat ulam baik untuk orang perempuan yang memgalami masalah peranakan.

61 | mar

April 25th, 2010 at 4:51 pm

Avatar

oh, buah markisa..!sy baru saja selesaikan projek akhir sy mengenai genus Passiflora..5 spesies yg ad di m’sia sy telah kaji..slh satunye adlh markisa (Passiflora edulis). Buah letup2 (Passiflora foetida) juga berada di bwh satu genus dgn markisa..sy rse ad mklumat ttgnya dlm blog ni juge kn?=). 2 spesies ini boleh dimakan..rase pn lebih kurang same..masam2 manis..

62 | sbhj2001

April 27th, 2010 at 5:08 am

Avatar

pokok ni boleh ditanam dari ranting saja.

63 | mza

April 27th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

betul kata 62/sbhj2001 dan buah dia boleh dapat dekat tanah tinggi banyak.

64 | don express

April 27th, 2010 at 4:03 pm

Avatar

Adik ipar saya ada buat projek tanam buah markisa nie. dia buat kecil-kecilan, lebih kurang 2 ekar. dia jual kat cina peraih buah, utk dijual ke kilang buat jus markisa.
kalau dah cukup masak rasanya manis dan sedikit masam.

65 | mohkita

April 29th, 2010 at 6:44 am

Avatar

MAHAL HARGANYA 1KG RM 9.00.RASA MASAM SESUAI UNTUK JUS,BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PERASA DALAM MASAKAN TERUTAMA MENU IKAN,NAK CUBA! tunggu…
BIJINYA TIDAK SESUAI UNTUK DIMAKAN.

66 | zilawati

May 3rd, 2010 at 4:07 pm

Avatar

pertama kali dgr bauh markisa ni,, bile jumpe minuman yogurt Bliss (markisa+oren)… mula xbrani.. xpenah jumpe buah ni.. tp bile try,,, sodap… cuba la,,, ops.. markisa original belum rasa,,, xtau la camne…ehe

67 | zulfadli

May 6th, 2010 at 7:06 am

Avatar

salam Abdullah..saya memerlukan buah markisa. kuantiti dalam 1 tan seminggu.sila kol saya dgn segera.saya ada tanam secara komersial,tp kekurangan stok buah, permintaan tinggi skang ni.kebun saya di rengit,batu pahat.johor. 016-2027696 (zul).tq

68 | rini

May 6th, 2010 at 11:01 am

Avatar

markisa sedap :) nyum…nyum….
sy pun ada tanam tp susahlah buahnya nak melekat.
baru ada sebiji buah. tu pun tak masak lagi.

69 | Azzahar

May 8th, 2010 at 4:10 pm

Avatar

Salam. Terima kasih atas perkongsian info. Saya ada tanam, lebih 6 bulan rasanya. Pokok dah memenuhi para dan subur, tapi belum berbuah. Ada sesiapa tahu, bila markisa akan mula berbuah. Macam mana nak bagi buahnya lebat, petua penjagaan dsb. Terima kasih

70 | rusli yusop

May 25th, 2010 at 1:50 pm

Avatar

Sedikit info tentang buah markisa ni. Mengikut petua orang tua tua, jus markisa ni elok dimakan bagi wanita yang sukar memperolehi anak. Kebenaran kenyataan adalah tidak pasti. Jus markisa ini tinggi vitamin C dan bagus untuk melawaskan pembuangan air besar.

Boleh dijadikan campuran dalam masakan yang berasaskan masam seperti asam pedas atau masakan ikan 3 rasa.

71 | salamah

May 30th, 2010 at 3:54 pm

Avatar

ada tanam dan dah berbuah. Kebanyakan buah yang dpt dikutip, isisnya sangat sedikit.Buahnya ringan aje.

72 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 10:51 am

Avatar

Buah markisa sebenarnya bukan buah-buahan nadir Malaysia. Menurut pentapat saya buah-buahan exotik, yang dibawah dari luar, bukan buah nadir: macam abiu, markisa, buah nona, rollinia,kelapa laut, avokado, adalah buah exotik bukan buah nadir Malaysia.

Frank

73 | admin

June 2nd, 2010 at 12:46 pm

Avatar

Saya memang setuju dengan kenyataan Frank..

74 | syawal

June 16th, 2010 at 2:06 pm

Avatar

buah markisa ni rase mcm buah jentik2..bjik die telan trus..tap ak x suke sgt mkn sbb tkut plak jad apendiks..hehe…jus ni kat indon bnyak x pun korang tgk kat kedai2 runcit acheh mesti ade jual…tapi jus ni x ori sbb manis gile mcm tmbah gula…boleh potong kaki wooo kalau minum..huhu

75 | fazian

July 21st, 2010 at 2:21 am

Avatar

Di rumah saya ada tanam pokok markisa & tunggu masa nak berbuah. Semai dari biji buah yg masak ranum. Suka sangat makan @ buat jus. Di Melaka popular juga, masa tu makan Medan Ikan Bakar. Kalau di Kluang di pasar malam byk jual, & rasanya manis.

76 | fazian

July 21st, 2010 at 2:32 am

Avatar

Saya tengok AFC - Asian Food Channel….isi buah markisa dijadikan topping Pavlova….sangat mengiurkan…lum sempat nak cuba.

77 | Che Din

July 23rd, 2010 at 10:12 am

Avatar

Assalamualaikum.

Buah markisa memang tinggi nilai khasiatnya. Antioksidan dan phitokima daripada jus buah markisa mampu mengurangkan pertumbuhan sel barah. Ianya juga mengandungi plant sterols yang mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol. Bijinya mengandungi bahan glycosides dan flavonoids juga dapat membantu mengurangkan tekanan fizikal.

Syarikat kami adalah pengeluar produk jus minuman (ready-to-drink) jus markisa. Untuk menampong permintaan, kilang kami memerlukan bekalan tambahan buah markisa segar yang matang sebanyak 500 kg hingga 1,500 kg sebulan.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi kami di capville.food@ymail.com

Wassalam

P/S: Minta maaf Admin kalau posting ini bersifat pengikalanan.

Reply - capville.food@ymail.com\r\n\r\nWassalam\r\n\r\n\r\nP\/S: Minta maaf Admin kalau posting ini bersifat pengikalanan.’); return false;”>Quote

78 | azzaharaziz

July 23rd, 2010 at 11:23 am

Avatar

Salam.
Pokok markisa saya telah berbunga lebat, tapi hanya 1 biji sahaja yang lekat, yang lain tidak melekat. Ada sesiapa tahu punca dan cara mengatasinya.
Terima kasih.

79 | Che Din

July 23rd, 2010 at 2:01 pm

Avatar

Waalaikumusalam.

Berkemungkinan ada masalah debungaan (pollination). Kalau bunga berkembang dan waktu tu hujan atau pokok disiram air, terjadi masalah ini.

Untuk mengatasinya, cuba buat secara manual debungaan ini antara dua bunga berasingan (bab kata dalam bahasa English….. contact the stigmas…. dan jangan sampai tercabut pula bunga-bunga tu) dan lindungi bunga tersebut daripada terkena air selama 4 jam. InsyaAllah buahnya akan melekat.

Wassalam

80 | arbiha

September 19th, 2010 at 6:18 am

Avatar

salam

saya berminat untuk dapatkan biji benih markisa kuning.nak tanam kekadar hobi je.kalu sesiapa ada boleh membantu sila info kpd sy 01333352501.tkasih

81 | arbiha

September 19th, 2010 at 6:21 am

Avatar

sory no hp yg betul 0133352501

tkasih

82 | pak su gurun

October 27th, 2010 at 10:22 am

Avatar

yang tumbuh liar kat kampung nun di selatan kedah menghala ke Grik terdapat pokok ni tumbuh memanjat pokok lain. masam kalau masak di kampung panggil buah belewor..

83 | Azman

November 15th, 2010 at 3:42 am

Avatar

Assalamualaikum
Saya dan abang ipar saya taman Buah Markisa seluas 2ekar..tapi pemborong berbangsa lain sahaja inginkan buah berkenaan dgn harga tinggi…hairan…

84 | Che Din

November 17th, 2010 at 4:53 pm

Avatar

Waalaikumusalam.

Adalah perkara biasa untuk pemborong (tak kira bangsa) mengambil bekalan tertentu mengikut keadaan semasa… sekiranya mereka ada kontrak bekalan yang kena ditunaikan segera, mereka sedia membeli buah2an tersebut dengan harga lebih tinggi berbanding pada masa2 biasa.

Kalau mengikut pengalaman En Azman, adakah pemborong hanya memberi keutamaan untuk mendapatkan buah yang Grad “A” sahaja dengan harga yang disebutkan itu. Bagaimana pula dengan buah2 yang Grad “B” dan “C”…. adakah pemborong juga membelinya dengan harga tinggi ataupun mereka tidak mengambilnya.

85 | amirzain

December 10th, 2010 at 3:47 am

Avatar

Salam..sajer nak celah…saya nak bagitau yang saya ada membuat cordial habbatus plus kurma yang pertama diMalaysia ..tak der orang buat lagi…saper saper nak order boleh email saya atau call saya 0123957659…harga RM18 1liter

86 | Noreen

December 27th, 2010 at 3:51 am

Avatar

Salam bagaimana cara hendak membuat jus atau syrup buah markisa. terima kaseh wasallam

87 | Norshahamah Aziz

January 10th, 2011 at 12:16 pm

Avatar

salam ..saya ada tanam pokok markisa.dirumah baru saya di slim river.. saya dapat dari pengasuh anak anak saya di k.lumpur waktu nak pindah. tak sampai setahun berbuah dengan lebat . ada dua jenis ungu dan kuning.semua anak saya dan jiran suka buah markisa.sekarang saya menanamnya di belakang rumah lagi..

88 | MOHD TAJUL HAIRY ZAKARIA

February 7th, 2011 at 10:50 am

Avatar

Saya sekarang sedang menanam pokok anak markisa byk la jugak . nak juak.

90 | katy

April 8th, 2011 at 9:05 am

Avatar

@Abdullah Hj. Rashidi -

salam,

dulu2 blakang umah pokok ni tumbuh sendiri..skang dah xde.. skang dh keje ni bos suruh buat produk gune buah susu ni. masalahnye saya belum jumpa pembekal nak dapatkan secara pukal. sesapa yang boleh tolong saya email ke katy_cp@yahoo.com.. pls pa, nak secepat munkin

Reply - katy_cp@yahoo.com.. pls pa, nak secepat munkin’); return false;”>Quote

91 | pulzzahut

June 2nd, 2011 at 8:13 pm

Avatar

buah markisa banyak manfaatnya, wkt di tmpt nenek sering membuat jus markisa

92 | hjh.faridahibrahim

June 14th, 2011 at 3:25 am

Avatar

pokok markisa saya dah setahun umurnya tapi belum berbuah,biasanya berapa lama tanam baru berbuah?apakah baja yang sesuai?harap sesiapa beri idea pada saya.t,k

93 | Rosaini

July 23rd, 2011 at 6:55 am

Avatar

Buah ni makan macam mana? Adakah makan mcm epal atau kena kupas mcm limau? Kat rumah sy tanam baru 6 bulan da berbuah….tp duk tunggu dia gugur sendiri tak gugur lak…ke kena petik?

94 | khairul

August 1st, 2011 at 7:39 am

Avatar

@Wak Din -

salam….

saya berminat nak memulakan tanaman buah markisa di kawasan kebun saya secara besar-besaran.cuma saya kekurangan pengalaman untuk menanamnya.saya harap sesiapa yang boleh membantu untuk mengajar saya cara2 menanam buah markisa ni bolehlah email kepada saya khairuldoa@yahoo.com.terima kasih

Reply - khairuldoa@yahoo.com.terima kasih’); return false;”>Quote

95 | khairul

August 1st, 2011 at 7:51 am

Avatar

@mohamed ali -

salam….

boleh tak en mohamed ali kongsikan pengalaman menanam buah markisa dari menanam hinggalah ke pungutan hasil .saya berminat untuk mengusahakan tanaman ini di kebun saya seluas 1 ekar.email saya khairuldoa@yahoo.com terima kasih

Reply - khairuldoa@yahoo.com terima kasih’); return false;”>Quote

96 | ariey

August 1st, 2011 at 8:28 am

Avatar

Rosaini : Buah ni ble masak baru kulit b’tukar betul kuning @ ungu. nk mkn kena belah dulu.. klu nk buat air/jus campur ngan susu pun best gak.

97 | mdazreen

November 2nd, 2011 at 10:12 pm

Avatar

salam,jus dia sedap,saya ada tanam pokoknya,letak gula manis2 buah dan blend ngan ais,hilang haus,yg saya tau gelaran bagi buah markisa ni,syurga tidur di selatan amerika dan mexico,dahulu ,bagi org2 dayak dasaya dah cuba,dahulu kala,buah markisa adalah ubat tidur yg paling mujarab bagi sesiapa yg inginkan kepuasan tidur,saya dah cuba,rasa tidur dan mimpi yg sangat panjang dan tidur yg sgt lama,walaupun 6jam tidur,ssb tu digelar syurga tidur.caranya beli buah markisa try sekilo dulu.balik makan 3-4 biji tak kira la nak buat air ke atau lainya,6jam sebelum tidur,try tengok malam tu tidur camner,kalau tak rasa puas juga esok tambahkan bilangan 7-8 biji.lagi banyak makan buah markisa lagi panjang rasa tidurnya,best,selamat mencuba….

98 | dieba

December 16th, 2011 at 10:18 am

Avatar

@Abdullah Hj. Rashidi - @Abdullah Hj. Rashidi - asalammualaikum…
saya student uitm segamat, saya nak buat kajian tentang buah markisa.
jika tidak keberatan,boleh kah saya tahu dimana tempat tuan?

99 | zack

January 11th, 2012 at 4:16 am

Avatar

ada tanam 1 pokok tapi tak berbuah nak buat macam na

100 | md azreen

February 23rd, 2012 at 12:41 pm

Avatar

saya ada tanam pokok ni,benih beli kat c.highland,tak sampai 6 bulan berbuah lebat sampai konkrit yg saya buat patah,saya pakai npk blue 15.15.17 2 minggu sekali,yg saya tahu markisa ni org asli amerika panggil syurga tidur,sebab kalo dimakan banyak,mungkin 6 biji keatas sekali makan,7 jam sebelom tido,mesti terasa tidur yg sangat panjang,mimpi juga yg sangat panjang,cubalah,saya dah mencubanya.

101 | nor zie

April 6th, 2012 at 8:35 am

Avatar

saya selalu makan buah ni. kat kg nenek dulu kitaorg panggil buah oren. ade tumbuh meliar dalan kebun nenek saya…dulu kalu nak makan pegi amik je. sekarang baru tahu rupa-rupanya buah markisa. ade nilai komersial plak tu

102 | pok cad

April 19th, 2012 at 6:00 am

Avatar

slm, buah markisa berasal dri indon n kmboja tp skrng dh meluas di malaysia trutama di ngri.9 dan pahang… buah nie bgos utk kcihtn krane dpt mngurangkn pnyakit drh tnggi, gaout n kncing manis…. buah nie jge sng hdop tp lmbt ckit mngeluarkn hasil…. skng hrge psaran RM10/kg… sy sdh mngkaji dan selidik serba sdikit tntg buah nie kalau ade yg brmnat leh cri buah nie d sekitar kwasan temerloh,pahang dan sy cbe nk bt produk dri buah nie mnjadi jely….

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Markisa - 9647 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits