11 Apr, 2010

Buah Kerdas

Posted by: admin In: @Buah Nadir| @Doktor Pokok

Number of View :3501

kerdas

Kepada peminat ulam-ulaman sudah tentu kenal dengan buah ini. Buah kerdas atau nama saintifiknya bubalinum sering dijadikan hidangan pembuka selera apabila dimakan bersama nasi. Kebiasaannya, bau kerdas ini memang agak kuat dan melekat pada bau nafas setelah dikuyah atau selepas memakan buah ini.

Bagi saya, saya sendiri pun kurang minat untuk memakannya disebabkan atas faktor bau tersebut. Saya lebih rela gigit buah petai dari mengunyah buah ini. He.. he. Mungkin anda yang meminati buah ini, faktor bau tentu tidak menjadi masalah.

Jika anda ingin berkongsikan cerita mengenai buah kerdas boleh beri komen di sini. Jika anda pernah melihat pokok ini atau ada menanamnya , diharap dapat kongsikan bersama..

Related Posts with Thumbnails

76 Responses to "Buah Kerdas"

1 | anis bussari

April 11th, 2010 at 1:25 pm

Avatar

Buah kerdas memang sedap untuk dibuat ulam. Rasanya yang lemak dan manis membangkitkan rasa selera semasa makan. walau bagaimanapun bau nua yang agak kuat memang sukar di sembunyikan.

2 | chesoo

April 11th, 2010 at 1:43 pm

Avatar

sedap sangat. makan dengan sambal belacan asam macang atau pun sambal belacan asam binjal

3 | Mahadi

April 11th, 2010 at 1:48 pm

Avatar

Dikebun saya terdapat beberapa pohon kerdas disamping pohon jering dan petai. Dulu saya tidak pernah memungut buah kerdas yg gugur bertaburan. tapi sejak ada org. datang membelinya dikebun saya, saya pun mula pungut buah ini. Oleh kerana buahnya keras saya rendam didalam air untuk beberapa hari. Kemudian saya potong halus-halus dan tumiskannya macam masak sambal petai. Rasanya memang sedap..rasa “in between” petai dan jering. tapi awas kepada pemakan kerdas ni…bau kencing dijamban pun nanti bau kerdas!!!

4 | aima

April 11th, 2010 at 1:59 pm

Avatar

buah ni buat ulam mkn dng nasi best la.tapi bau dia kuat n bila minum air rase pahit n payau

5 | juan

April 11th, 2010 at 2:03 pm

Avatar

yg muda lemak manis, yg tua keras dan kuat (bau). Lgi kuat bau kt jmban. Tp yg penting mkn jgn byk nnti sush kencing….

6 | maarof

April 11th, 2010 at 2:33 pm

Avatar

buah kerdas kalau dekat pantai timur,memang tip top,sebagai pembuka selera ,kalau dicicah bersama budu lagi la ngetop

7 | Anne

April 11th, 2010 at 2:46 pm

Avatar

saya suka makan ulam kerdas nie. best. Dia keras dan ada juga yang lembut. Masa makan ok tapi bila minum air akan rasa ngilu, payau sikit pada gigi atau lidah.. kerana kesan buah kerdas tersebut.

Buah kerdas boleh dibuat sambal (bahasa kampung sambal gesek) dan ini lagi sedap. Tumbuk dengan cili dan ikan bilis.. letak gaam sedikit.

Buah kerdas sedap dimakan jika dia dalam keadaan basau (maksudnye buah kerdas yang diletakkan pada tanah seperti kita ingin menyemainya. Ia akan kelihatan pecah dan berwarna hijau gelap) rasanyer lagi sedap

8 | ejey hassan

April 11th, 2010 at 3:08 pm

Avatar

juga dikenali sebagai buah genuak di sebelah utara. Di kelantan, kerdas adalah ulam bermusim sekitar Feb hingga Mac. Menjadi pembuka selera, mmg best bila dicicah dengan budu..

9 | jentayubisu@yahoo.com

April 11th, 2010 at 3:09 pm

Avatar

Antara petai, jering atau kerdas atau dipanggil juga dengan nama( genuak ) ramai yang akan setuju walaupun aromanya cukup kuat tetapi rasa lemak buah muda tiada tandingannya. Buah muda lembut jika sudah tua isinya keras sedikit. Untuk menyedapkan lagi isi biji kerdas yang tua ditanam dalam tanah bertujuan mencambah biji tersebut bahasa sains (kotilidan) memang sedap dimakan. Kini terdapat kerdas kacukan jering dimana buahnya agak besar serta berpintal macam buah jering manakala isinya besar serta lemak. Kalau kena musimnya anda boleh membeli di Pekan Sehari hari Jumaat di Sg Bayur Selama Perak. Untuk menghilangkan atau mengurangkan bau mulut selepas makan kerdas berus gigi dan disyorkan kunyah terung mentah dan telan. Selamat menjamu selera……

10 | Mohd,Asri

April 11th, 2010 at 3:15 pm

Avatar

buah ini kat tempat saya dipanggil buah genuaq, rasanya lebih sedap dari jering, kaki ulam memang tak kesah dgn baunya. Khasiat perubatannya pun ada terutama unt mencegah kencing manis dan darah tinggi

11 | effa

April 11th, 2010 at 3:18 pm

Avatar

Salam….sedap ke buah kerdas ni? tak pernah makan pun.

12 | chah

April 11th, 2010 at 3:44 pm

Avatar

Ada orang mencuba bermacam petua nak hilangkan baunya sebelum dijadikan ulam seperti rendam dengan air beras dan sebagainya….Tapi bagi saya,kalau xde bau,bukanlah kerdas namanya.Baik makan ulam timun,kacang botor atau daun selom je….baunya itulah yg memberi keistimewaan pada ulam ni….

13 | taha

April 11th, 2010 at 3:49 pm

Avatar

buah ni mmg sedap wat ulam,,tp xtau lg la,,ade lagi k ex buah,,mungkin susah nk cari skng..

14 | Farel Iskandar

April 11th, 2010 at 7:20 pm

Avatar

Salam sejahtera, saya baru je mkn mlm tadi dgn nasi. Sedap tak terhingga dan buah kerdas ni banyak dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco.

15 | zaliha

April 12th, 2010 at 12:06 am

Avatar

Salam… memang berselera makan nasi berulamkan buah kerdas dengan rasanya yang lemak dan rapuh, tapi baunya tu alahai… tak makan pun doh kuat. Saya cuba menyemai bijinya, doh tumbuh setinggi 1 kaki.

16 | Jee

April 12th, 2010 at 12:07 am

Avatar

Saya tak suka, sebab baunya alahai

17 | libra

April 12th, 2010 at 12:21 am

Avatar

buah kerdas, satu lagi spesis ulam-ulaman di negara kita. memang boleh membuka selera apabila dijadikan ulam semasa makan nasi. masalah bau memang menjadi satu faktor yang membuatkan orang tak suka makan. tapi klu rajin gosok gigi dan berkumur selepas makan, tak menjadi masalah. yang tak tahannya, bila buang air kecil, melekat bau tengit buah kerdas ni. Belasahhh….semua jenis ulam heheheheh…..

18 | puteri_kodok

April 12th, 2010 at 12:33 am

Avatar

kalau buah yang buat bau haring ni…anti oksidan dieer lagi tinggi..boleh cuci buah pinggang org kater…
tapi bilik air………tak leh nak cakap hancing cam setahun tak cuci.

19 | Missa

April 12th, 2010 at 1:02 am

Avatar

Sedap.. bau macam buah Jering.. tapi kalau ikut rasa .. dia lagi lemak manis … kahsiat? Setakat ni tak tau lagi…

20 | adenan bahari

April 12th, 2010 at 1:14 am

Avatar

Buah genuak/kerdas memang kegemaran saya, baunya memang macam tu kalau tak bau bukan buah genuak/kerdas. Sebelum makan elok direndam air garam bagi rapoh lagi! Untuk hilangkan bau selepas makan kunyah aja buah terung, terung pipit ke ,terung apa 2 aja ,pas tu boleh telan atau diluahkan saja, untuk hilangkan bau dibilik air hancurkan terung dan sepahkan ditempat buag air ,biarkan sekajap baru dibilas /bersihkan. Saya buat mudah aja kunyah terung sembur/luahkan kat mangkuk tandas biarkan sekejab 15 min. bilas…..selesai.KERDAS SEDAP ..tak terkata…

21 | Khairi

April 12th, 2010 at 1:16 am

Avatar

Salam, buah ni cicah budu mmg terangkat kain. perkgh! dia lemak2, lagi lemak dari petai wooo…

tapi bila kencing, bau neraka jahanam keluar.

22 | Arfah

April 12th, 2010 at 1:17 am

Avatar

saya pernah tengok buah kerdas ini tetapi tak pernah makan jadi tak tahu rasanya. Saya tidak makan kerana baunya terlalu kuat tidak seperti buah jering

23 | roseni

April 12th, 2010 at 1:26 am

Avatar

Salam semua,
Saya memang suka makan ulam tak kira apa, jering,petai dan etc.Buah kerdas pun sedap tapi rasa saya ia keras berbanding dengan yg lain.Bab bau tu bukan la masalah, kan sekarang ada macam2 penyembur /boleh ikut petua yg diberi oleh kawan kita - adenan bahari.Saya tak tau apa khasiatnya tapi setahu saya makan ulam ni memang baik utk kesihatan.

24 | zulkifli

April 12th, 2010 at 1:39 am

Avatar

buah ni saya mula kenali semasa bertugas dikelantan.baru mula merasa semasa berumur 20 tahun.memang sedap dan lemak terutamanya yang bercambah dan dicicah dengan sambal bacang.khasiatnya macam jering dan petai juga.

bau nya lebih keras lagi dari dua2 ulaman ini.disebelah utara dipanggil buah genuak.ada dijual dipasar2 tani dan pasar2 malam sekitar negeri disebelah utara.

25 | haris

April 12th, 2010 at 1:57 am

Avatar

buah ini banyak terdapat secara meliar dalam hutan negara kita.saya pernah melihat buah ini di kaki gunung tebu Terengganu dan kawasan hutan Belum di Perak.baunya sangat kuat.mengalahkan bau petai semasa kita buang air.Awas bg orang yang akan mendapat rawatan di hospital nanti dimarahi oleh kakitangan perubatan….(ujian air kencing).buah ini sedap dimakan bersama budu.bg orang pantai timur buah ini sangat terkenal..

26 | adi

April 12th, 2010 at 2:51 am

Avatar

kata orang tua2,buah kerdas dapat mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi…
saya suka makan yang muda je, sebab kalau yang tua tu kuat sangat baunya.

27 | ridzuan

April 12th, 2010 at 3:24 am

Avatar

Buah kerdas memang sedap dimakan buat ulam mentah kena dengan budu pula tu, tak tahu nak cakap lah meleleh air liur memang kena punya,sebelah utara dan pantai timur ulam seperti jering,petai,kerdas, dan sebagainya memang laris sebab makan nasi ngan budu.Jering pula direbus makan ngan kelapa parut.Kerdas ni bau tu memang kuat sikit tapi ianya sodap…………………………………………………………………

28 | Pohon Subur

April 12th, 2010 at 4:08 am

Avatar

Orang utara panggil buah ‘geduaq’ , mkn mcam tmp2 lain jga.

29 | Raja Norkiah

April 12th, 2010 at 4:16 am

Avatar

Pernah try sekali je tapi tak boleh terima rasa dia.Kalau buah kerdas ni saya lebih rela makan jering n petai…bau dia pun dh menyucuk kalbu..dua minggu lepas tengok kat pasar malam banyak org jual mingkin musim dia la kot…

30 | Taib Abdullah

April 12th, 2010 at 4:20 am

Avatar

As Salam,

Pernah tengok buah ni, tapi tak pernah try pun…

31 | johan

April 12th, 2010 at 5:24 am

Avatar

Dalam pencarian saya, buah kerdas tidak mempunyai khasiat tersendiri, kecuali menghasilkan bau yang tidak menyenangkan di tandas. Baunya sangat kuat menyamai jering. Saya juga meletakkan kerdas sebagai ulam ke tiga selepas petai dan jering. Sesiapa yang mengetahuinya sebagai ulam berkhasiat, sila nyatakan disini. TQ

32 | RAZ STUDIO EXPRESS

April 12th, 2010 at 7:21 am

Avatar

KLAU DI JOHOR MEMANG BANYAK BUAH KERDAS NI, TAPI SAYA SENDIRI PUN TAK MAKAN, TAK SEDAP TU JE, TAPI AWAS ORANG ADA ADA BATU KARANG JANAGN MAKAN KERDAS DAN JERING !!!! NANTI TAK BOLIH KENCING AAA… SENDIRI MAU INGAT TAPI NAK CARI BENIHNYA MMEANG TAK DAP ORANG TANAM PUN,, BOLE KATA SPESI POKOK HUTAN ……

33 | arifafizah

April 12th, 2010 at 9:26 am

Avatar

emm saya pernah cuba.uwek tak sedap.rase macam pedas pedas sikit..busuk.. sama r rela makan jering n petai daripada makan kerdas..emm bila buang air kecil rase urin macam pekat..busuk dah memang r.
he..

34 | cikgu ramli

April 12th, 2010 at 9:27 am

Avatar

kawasan utara buah ini dikenali sebagi buah genuak. Sesuai dengan namanya, baunya lebih kuat dari jering.Rasanya lebih lemak dan ranggup kalau siapa suka makan jering.Pokoknya pun lebih kurang spesis pokok jering. Sedap dan menyelerakan jika di makan dengan sambal belacan.

35 | cikgu ramli

April 12th, 2010 at 9:33 am

Avatar

khasiatnya: lawas kencing,cuci buah pinggang tapi berangin. Kalau tak kentut alamat kembung.

36 | Nor Haslinda...

April 12th, 2010 at 9:36 am

Avatar

Saya pernah makan tapi tak berapa gemar. Jering pun saya tak makan mentah, tapi makan kalau digoreng bersama ikan pekasam…sedap jugak. Di kampung saya masih terdapat pokok kerdas nie tapi orang kampung saya tak panggil kerdas..panggil genuak. Orang tua saya memang suka sangat makan buat ulam mentah…baunya sebatu dah tau buah genuak…esoknya siap la bau di tandas memang betul-betul bau tandas…hehehe…

37 | syedbabdul wadud

April 12th, 2010 at 12:22 pm

Avatar

en mahadi kampong kat mana. en fazli nak tau kalau makan banyak kena jerat. maksud sakit perut dan sakit ketika buang air kecil. ubatnya air kelapa

38 | farid

April 12th, 2010 at 1:43 pm

Avatar

kerdas ade 2 jenis,kulit bebulu n tidak…yng takde bulu org panggil kerdas minyak…tapi isi die same je…tu je info 4 this moment…tq….assalamualaikum..

39 | kc fahmy

April 12th, 2010 at 2:17 pm

Avatar

buah kerdas…juga dikenali sebagai buah geduak…memang sedap dibuat ulam, tapi pesan org2 lama, klu perempuan jgn makan lebih2 sgt….nt susah k buang air kecik…

40 | jamal

April 12th, 2010 at 3:39 pm

Avatar

salam sejahtera kerdas, jering dan petai di samping sedap dijadikan ulam-ulaman ianya juga adalah pewangi tandas yang asli dan semula jadi serta tahan lama.

41 | Suhaila

April 12th, 2010 at 5:24 pm

Avatar

Salam…, biasa tgk buah ni. Mak saya suka la mkn. Kira dia mcm seangkatan dgn ulam2 yg kuat bau spt petai dan jering. Bau dia…hmmm..bila masuk toilet..memg la kuat..heheeh

42 | daudjaafar

April 12th, 2010 at 5:31 pm

Avatar

Kerdas adalah diketogeri ulaman yang terbaik lebih lagi buah yang muda sekali gus kulit nya pun dapat di makan bersama .Pegalaman saya cukup sukar untok melihat buah nya bila pokok yang tinggi sebab warna buah dan daun sama sama hijau.terima kasih

43 | azmi

April 13th, 2010 at 12:41 am

Avatar

Buah genuak,kenuak/kerdas ,bagi mereka yang mengemarinya ia adalah ulaman yang sedap,rasanya yang lemak dan manis ditambah dengan bau menjadikan satu kelainan.pokok nya seakan pokok jering ,kulit luar buah kerdas bewarna hijau bentuk seperti kacang tanah,petua untuk menghilangkan bau nafas selepas menikmati ulam sedap ini ialah dengan mengunyah sedikit beras ,kemudian berkumur.untuk menghilangkan bau tandas pandai2 la gunakan kemudahan yang ade dalam tandas tu…Orang lain juga berhak mendapat tandas yang bersih selepas anda.

44 | sue faris

April 13th, 2010 at 2:59 am

Avatar

saya tidak pernah makan buah nie tp pernah tgk n kenal….tahu juga ia adalah ulaman…tp sebab baunyer yg kuat itu membuatkan saya tidak berkeinginan nk merasanyer….hehehehh

45 | zaiton

April 13th, 2010 at 5:18 am

Avatar

setelah berkahwin dengan suami barulah saya mengenaili buah tersebut, ini kerana ibu mertua saya sangat suka makan buah ini sebagai ulam. saya pernah juga mencuba rasanya lemak sedap juga kalau makan dengan sambal belacan..tapi baunya alahai..

46 | alkud

April 13th, 2010 at 7:39 am

Avatar

Petai didahulukan. xde petai cari jering. xde jering baru cari kerdas. Ulam-ulam ni memang umphhhh!

47 | MohdAzlanShahirBinKinjang

April 13th, 2010 at 8:23 am

Avatar

buah kerdas ni memang sedap tapi saya setuju dengan tuan laman… petai dengan jering lagi umph…
lagipun khasiat petai dan jering sudah diketahui ramai. buah kerdas ni masih baru lagi…belum tanya orang2 tua

48 | chullenmn

April 13th, 2010 at 9:20 am

Avatar

bagi saya kalo nak kurangkan “aromatherapy” kat bilik air pastikan pilih buah yang masih belum merekah (isi tidak kelihatan lagi) untuk dibuat ulam.

antara jering, petai dan kerdas, bagi saya bau kerdas nie sgt menusuk hidung apabila hasilnya dibuang kebilik air.. heheh.. dari segi cita rasa pula kerdas menjadi pilihan utama saya.. ehheh

49 | nazri

April 14th, 2010 at 2:28 am

Avatar

Saya tak suka ulam ini sejak saya kecil lagi kerana baunya yang teruk. Tetapi kalau saya balik ke rumah mak mertua saya, dia selalu buat gulai lemak cili api.
Buah ini ditanam sehingga hampir bercambah kemudian direbus sehingga empuk. Kemudian dititik pecah, baru digulai campur ikan bilis atau udang. Baunya hilang dan rasanya lemak.
Boleh tahan………………..

50 | mansor

April 14th, 2010 at 2:48 am

Avatar

Buah kerdas, seperti rakan-rakan lain katakan , iam memang membuka selera . Jadi kalau rasa tiada selera nak makan nasi bolehlah jadikan buah kerdas sebagai ulam. Insyaallah tiga pinggan makan nasi. Tapi awas.. tandas kita memang baunya sangat kau-kau….. Saya rasa ia digemari masyarakat melayu sahaja. Masyarakat lain bagaimana pula?

51 | chemud86

April 14th, 2010 at 2:56 am

Avatar

kepada yang tak suka tu cuba-cubalah merasainya,jangan jadi alasan yang tak boleh diterima akal.Setakat bau busuk atau aroma yang tak menyenangkan tu sekarang ni bermacam-macam pewangi tandas yang ada di pasaran.
Kalau generasi kita pun dah makan apatah lagi generasi anak -anak kita di masa hadapan tentulah mereka tak akan tahu apa itu buah kerdas atau buah genuak kata orang utara sebagai salah satu ulam-ulaman tradisional. Kalau nak cuba resepi ini boleh cuba iaitu goreng bercampur ikan bilis atau nak buat sambal ikan bilis ke, udang ke pun boleh. Tapi kena goreng buah kerdas dulu biar jadi keputihan sedikit atau tengok kalau kulit hitam dia dah merekah bolehlah di tumis atau di masukkan ikan bilis.

52 | ppoji

April 14th, 2010 at 3:44 am

Avatar

susah nak dapat buah ni dah…lagipun orang sekarang tak ramai yang tau. dulu saya kalau nak makan rendam dulu dalam air semalaman biar rangup,colek dengan sambal belacan memang sedap.

53 | khairul

April 14th, 2010 at 3:47 pm

Avatar

saya mmg peminat buah kerdas nie….. jika dapat makan buah nie masa makan nasi…. x payah lauk2 lain pun xper… ratah kerdas dgn nasi n kicap pun dah cukup….. yg pasti lepas makan buah nie……. bila kencing perghhhhh…. harummmmm…

54 | Hj Ahmad

April 15th, 2010 at 12:50 am

Avatar

Buah in sangat jarang dijumpa sekarang. Tahniah kerana saudara dapat mempromosikanya. Saya biasa maakan buah ini tetapi tidak tahan dengan baaunya.

55 | sabri b hamzah

April 15th, 2010 at 7:55 am

Avatar

salam. Kerdas dan genuak adalah buah yg sama.Enak bila dibuat ulam tapi baunya paling tidak disenangi.Benda yg dibuang kat toilet walaupun dh flush tp bau aroma kerdas macam melekat didinding.Saya biasa makan sekali buah ni dalam jumlah yg banyak, akibatnya semalaman perut sy jadi kembung.Dan sejak tu dh serik nak makan kerdas lg.Selain dari buah pucuknya juga bolih dibuat ulam mentah.Dulu ada berita tentang kerdas dan jering dikahwinkan dijohor dan product tu dinamakan KEJERI?

56 | beb

April 16th, 2010 at 6:23 am

Avatar

Fulamak !! ini lah ulam yang paling harum baunya.. ghau, ghaau baunya dan bunyi orang cuci bilik air,. bil tentu naik. Tapi kan ada satu cerita yang munkin orang tak tau bagi penggemar-penggemar ulam yang sewaktu dengannya ini.. ada sorang rakan kita yang terpaksa masuk wad emergency akibat terlalu fanatik ngan ulaman ini. nak tau pasal pe.. berguling-guling bagai nak putus nyawa akibat tak boleh buang air kerana saluran yang tersumbat ,, terpaksa disalurkan keluar, Rupanya buah ni mengandungi getah yang boleh menyekat saluran tertentu apabila diamil deangan banyak.. Betul ke tidak harap sesiapa leh komen.. so hati-hatilah yee.

57 | Mohd rizal

April 16th, 2010 at 6:54 am

Avatar

Bapa saya ade menanam pokok buah kerdas ini.. x berapa susah untuk menjaganya..

58 | jentayubisu@yahoo.com

April 16th, 2010 at 1:42 pm

Avatar

Sebenarnya ramai yang suka makan atau nak cuba-cuba tapi malu maklumlah ramai pakat dok kata benda tu busuk lebih-lebih lagi bagi pasangan yang hangat dok bercinta tapi percayala lepas dah kahwin busuk dari kerdas pun hentam hehehehe. Pucuk muda kerdas juga rasa lemak kalau di makan.Ingat pucuk je kulit pokok jangan hehehe . Buah muda makan banyak takpa tapi kalau yang tua awas pasal bukan dia punya getah tetapi buah tua ada sagu boleh tersumbat saluran kencing. Kalau nak makan banyak juga buah tua diketuk dulu kemudian rebus agak empuk toskan buang air rebusan kemudian masak sambal tumis udang bersama kerdas rebus tadi. Masa tu bantaila banyak mana pun tak sangkut punya.Insyaallah…….

59 | Dy

April 17th, 2010 at 1:44 am

Avatar

Salam…
Buah Kerdas nie mmg salah satu drp ulaman kat beruas nie. buah Genuak pun dia juge, spesis yg hampir sama ngan jering dan petai. Kuat baunya. Disini kalau nak umpan atau menjerat landak mmg org guna buah nie, landak pun suka.

60 | mohkita

April 19th, 2010 at 1:07 am

Avatar

pengemar ulaman tentu sekali berminat dengan buah
genuak ini.bagi saya x minat sangat, rasa dan baunya
kurang menyenagkan. banyak terdapat didalam hutan
teutama dinegeri Pahang.Mudah untuk mendapatkannya
dipasar malam.

61 | osman

April 19th, 2010 at 1:24 pm

Avatar

ulam kerdas ni memang sedap,tp awas bagi sesiapa yg ada sakit angin kemungkinan akan menghadapi masalah selepas memakannya.Boleh juga jd ubat bagi sesetengah penyakit.Buah ni ada bermusim

62 | zila

April 19th, 2010 at 2:33 pm

Avatar

buah kerdas ni, ramai wt ulam.. kt KB makan ngan budu, sambal ikan + mempelam muda.. tp, berbau… uhuhu

63 | malik

April 22nd, 2010 at 7:08 am

Avatar

ramai yang mungkin tak tau … petua/larangan makan tiga ulam yang popular ini (petai.jering,kerdas) dalam satu hidangan, dengan lain perkataan, jangan cuba makan kerdas dengan petai, atau jering sekali, atau makan petai dengan jering .. kalau nasib tak baik dia akan `menyepit’ >> perut akan sakit sebab kimia2 yang ada dalam satu2 jenis buah ini akan bergaduh dalam perut kita .. orang asli lebih arif dengan fenomena ini dan mereka tak akan langar pantang larang orang tua2 mereka ..

jadi kalau nampak kerdas dan petai dikedai makan, jangan makan dua2 sekali, makan satu saja untuk tidak menjadi mudarat … cuba sesapa confirm hal ini wallahualam …

64 | aza

April 23rd, 2010 at 4:07 am

Avatar

org ckp buah kerdas ni rasenye lg sedap dr petai dan jering..baunya..masyaAllah..memg reject tros la!sgt busuk..sy xpenah terfikir nk mkn buah ni sebb baunya pun dh bt sy pening..apetah lg kalo memakannya..rasenye 2hari pn xhilang lg bau mulut..tp syabas laa pd org yg ske mkn buah ni..anda org yg HEBAT!

65 | sexy

April 27th, 2010 at 3:19 pm

Avatar

malula nk komen. ihik! ihik!

66 | ana

April 29th, 2010 at 8:30 am

Avatar

dulu masa kat kampung aku suka sangat makan ni ngan nasi. memang best giler. kalau korang nak yg kurang bau kena makan yg muda tu yang colour die putih sikit tu kan…kalau yg tua tu bau die lagi kuat lah

67 | aween

May 5th, 2010 at 6:01 am

Avatar

ada tak yg menjual kerdas ni?husband sy nk beli utk kajian dia

68 | aza

May 5th, 2010 at 7:45 am

Avatar

kat pasar tani pun bnyk dijual pn aween..

69 | roger

May 6th, 2010 at 6:54 am

Avatar

Kerdas memang number one lah orang kata. Rasa dia lebih ummph dari petai dan jering dan baunya apabila ke tandas ataupun melepaskan bom angin memanglah tersangat power tak boleh celen lah. Menyengat. Bau mulut dapat dikurangkan dengan mengunyah beras atau makan kacang goreng tapi kalau belahak (sendawa) minta ampunlah mau termuntah orang kat sebelah.

70 | M Dzulkarnine

June 14th, 2010 at 1:57 pm

Avatar

first time makan masa pegi memancing 3 hari 2 malam di tasik kenyir. kawan bawak satu plastik. mula2 tak pasti nampak seakan2 asam jawa. selepas diberitau itu kerdas, mulalah jatuh cinta dengan aroma dan kesedapan buah ni. baunya memang PERGHHHHHHHH mengalahkan petai dan jering. baunya pun x hilang2 2-3 hari. tapi memang sedap di makan dan rasanya buah ni bermusim. sy semai 4 biji kerdas dan cuma 2 sahaja yang hidup. skg ni sy tengah kumpulkan ulam2an tradisional dari kepupusan. oh ya, siapa tau di mana bleh dapat jambu arang? sedap buahnya. masam2 manis dan hitam pekat airnya.

71 | pak choo

September 4th, 2010 at 2:43 am

Avatar

jgn tersalah sangka .. gambor yg kecik tu (warna kerdas nampak putih ..) tak semestinya kerdas muda .. sbb semua kerdas yg baru d keluarkan dari kulitnya (serupa macam kulit asam jawa bentuknya..) berwarna begitu, putih .. kuning puchat, tidak hitam, hanya selepas terdedah saja ia akan bertukar warna hitam/coklet tua .. atau buah yg gugur dan terkeluar dari kulit saja akan berwarna hitam ..

72 | mizan

September 14th, 2010 at 2:23 am

Avatar

buah ni memang seangkatan dgn petai & jering.sedap dimakan bersama nasi dicicah dgn budu (kalau kt kelantan la..) ermm..sedapnye..lama xmkn

73 | zkuanli

October 18th, 2010 at 1:49 pm

Avatar

pergggggh…bau dia kuat gila …kalu mak ana mkan dia suka letak dlm cawan …lpas tu memang x gna dh cawan tu utk minum..bau dia MASYALLAH..sapa yg x suka n xthan bau mmg pengsan

74 | zkuanli

October 18th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

buah ni kalu wat buah mulut lawk gila pecah perut… pergggggh…bau dia kuat gila …kalu mak ana mkan dia suka letak dlm cawan …lpas tu memang x gna dh cawan tu utk minum..bau dia MASYALLAH..sapa yg x suka n xthan bau mmg pengsan

75 | Mohd Shakir

February 18th, 2011 at 2:47 pm

Avatar

Setuju dengan Malik, Jangan makan sekali tiga jenis tu, petai, jering dan kerdas kerana boleh memudaratkan perut kita. Kalau tak jadi tak pe tapi bila jadi penyakitnya aduh seksa rasanya dan nyesal tak sudah. Kasiatnya memang banyak terutamanya mengawal darah tinggi dan lain-lain. Baunya janganlah dikira sangat sebab kasiatnya banyak, cuci saja tandas tu lepas guna habis cerita.

76 | wanseman

January 30th, 2012 at 5:41 pm

Avatar

Originally Posted By Pohon SuburOrang utara panggil buah ‘geduaq’ , mkn mcam tmp2 lain jga.

ada ka plak geduaq…bunyi mcm burung dlm rimba ja.genuak laa..nk ilangkan bau genuak selepAs makan,pepak(kunyah) 5-6 butir beras pulut.insyaallah..klau bau gak..hmm,pepak sirih pinanglah jwbnyer..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011