06 Apr, 2010

Khasiat Daun Sirih

Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan

sirih

Tahukah anda! khasiat daun apakah yang sering ingin diketahui oleh orang ramai? saya baru sahaja check menggunakan Keyword Tool di Google.. Rupa-rupanya ramai yang ingin mengetetahui khasiat daun sirih. Saya tidak pasti mengapa daun sirih ini disukai ramai. Walau apa pun.. kepada yang ingin mengetahui khasiat daun sirih.. di sini saya ceritakan serba sedikit tentang khasiatnya..

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.
Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.
Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.   Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.
Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.

Jika ada khasiat daun sirih lain yang anda ketahui bolehlah dikongsikan di sini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :9577

18 Responses to "Khasiat Daun Sirih"

1 | waliz

April 7th, 2010 at 1:53 am

Avatar

salam..daun sirih ni memang orang2 tua suka guna untuk dimakan dan digunakan untuk rebusan. pokoknya senang tumbuh dan cantik untuk hiasan sebab bentuk daunnya yang hijau berkilat

http://walizgarden.blogspot.com

2 | sabri b hamzah

April 7th, 2010 at 1:58 pm

Avatar

salam. gambar diatas tu nampak lebih merupakan daun kadok?

3 | sarah

April 12th, 2010 at 1:31 am

Avatar

ya la..sah daun kadok, gambr kat bawah tu baru betul daun sirih.

4 | muhaini eroni

April 12th, 2010 at 1:22 pm

Avatar

Gambar atas tu mmg sah daun kadok,daun kadok pun boleh d mkn sbagai ulam dgn merebus terlebih dahulu,skejap saja dah emput,boleh d masak gulai bersama siput sedut,mnambahkan lg enak gulai siput td,boleh jge d campur bersama ulam2 sebagai kerabu sayur utk nasi kerabu,baunya wangi,rasanya sedap.cubalah.Khasiat,sy tak tau.

5 | hjhfaridah

April 13th, 2010 at 2:11 pm

Avatar

daun sirih yang dikeringkan sama ke khasiatnya.saya nak cuba keringkan dan simpan utk keperluan nanti

6 | remsa

April 19th, 2010 at 8:08 am

Avatar

Saya ada dengar, untuk buat jampi pengasih (seri muka-supaya muka berseri-seri) guna daun sireh bertemu urat,.. betul ke.. nak kena tanya tok bomoh ni..

7 | malik

April 22nd, 2010 at 7:19 am

Avatar

kalau bawa durian dalam kereta (boot belakang ..) jangan lupa bubuh daun sireh (kalau bolih dengan batangnya sekali) atau daun pandan atau arang >> ia akan menyerap bau durian .. kalau tidak durian dah lama habis tapi baunya yang tidak selesa akan tetap tinggal dalam kereta, untuk beberapa waktu, dan kalau cuaca panas, lebih lagi menggangu, terutamanya orang yang menumpang kereta kita tu …

8 | Raja Mansor Bin Raja Dollah

April 22nd, 2010 at 11:13 am

Avatar

Antara jhasiat daun sireh untuk membuang toksid dalam badan dengan mengirisnya seperti bunga rampai sebanyak lebih kurang 8 helai kemudian direbus dari 2 mug jadikan satu mug kemudian tapis minum airnya dan untuk tiga hari baju pakaian akan sangat berbau mungkin isteri atau suami akan tidur jauh kerana badan juga akan berbau juga akan lebih baik selepas ditapis campur dengan secekak daun kelompang air di kisar dan tapis baru minum kerana kelompang air baik untuk sakit GAUT. terima kasih.

9 | Raja Mansor Bin Raja Dollah

April 22nd, 2010 at 11:15 am

Avatar

Sah, yang atas tu daun kadok, harap perbetulkan.

10 | aiza

April 29th, 2010 at 2:12 am

Avatar

Assalamualaikum … tau tak apa itu buah majalawi n camane rupa buah tu? ingin tahu sangat2

11 | MAZ

May 14th, 2010 at 9:21 am

Avatar

klu daun sireh maz selalu uat ubat utk skit mata,lendir btg dauh sireh blh dgunakan utk mctkkn bulu mata serta lebatkn kening&bentukkn kening.

12 | ira

June 16th, 2010 at 3:38 am

Avatar

salam ..gambar diatas adalah daun kaduk ..ada bunga warna putih

13 | laddie

July 11th, 2010 at 4:36 am

Avatar

apakah sirih jg bsa dgunakan u/ mencuci muka,,,pd saat berjerawat sbg antiseptik?
trims

14 | ana

July 24th, 2010 at 5:24 pm

Avatar

hehe.. utk muke yg merah berseri, sireh mmg sesuai… daun tu buat jus ataw mkn cenggitu jerk… amalkan seminggu 2,3 kali.. pasni tak payah makeup muke dah berseri2… yg kt atas tu mmg daun kaduk…

15 | ZUL

February 14th, 2011 at 2:35 am

Avatar

Saya memerlukan daun sireh dan pinang kering dalam kuantiti yang banyak. Hubungi En.Zul @ 010-2911307. Terima kasih

16 | MawaR

April 13th, 2011 at 1:42 pm

Avatar

saya pun mengamalkan daun sireh ni.. air rebusannya.. sgt bagus diminum… saya pon ada menulis sket tntg daun sireh ni.. sgt bagus diamalkan oleh semua wanita… tak kurang juga, JRD yg sgt2 baik utk wanita… singgah2 blog saya ye.. utk berkongsi khasiat sireh.. (^_^)

17 | sahrid

August 15th, 2011 at 2:29 pm

Avatar

beza jelas antara sireh dan kadok ialah kadok hidup melata di tanah sementara sireh adalah sejenis tumbuhan memanjat (parasit?) Daun sireh lebih panjang (lonjong)

18 | taurus

January 1st, 2012 at 6:56 am

Avatar

terima kasih kerana berkongsi dan bagi lah petua-2 yang boleh dikongsi ..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13920 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9646 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9577 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits