04 Apr, 2010

Ceri Terengganu

Posted by: admin In: @Buah Nadir

ceri-terengganu2

Sejenis lagi buah nadir yang ingin saya ketengahkan dan mungkin ia tidak  asing lagi oleh masyarakat di Terengganu. Ya.. Buah Ceri Terengganu. Namanya sahaja menggambarkan pokok ini mungkin atau pasti banyak terdapat di Terengganu. Kunjungan ke Terengganu pada tahun lepas memang telah saya perhatikan terdapat pokok ini di sekitar perkampungan di Kuala Terengganu dan beberapa lagi tempat yang saya lupa nama daerahnya.

ceri-terengganu
Buah ceri terengganu kebiasannya bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya pula  seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini biasanya muncul pada dahan dan ranting kecil.  Rasa buahnya pula manis dan kadang-kadang rasa sedikit masam. Mengikut kajian MARDI, buah ceri terengganu sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya kandungan Antioksidan.

Cerita lain mengenai buah ini memang jarang sekali dijumpai. Menurut rujukan buah ini juga ada terdapat di sekitar Johor dan digelar dengan nama buah kelelek atau gegelek. Saya sendiri tidak pasti ejaan sebenarnya. Pada pandangan saya, pokok ini memang cantik dan sesuai dijadikan tanaman hiasan dan teduhan. Kegunaan lain buah dan pokok ini saya kurang pasti.

Mungkin anda di luar sana yang pernah makan atau menanamnya di perkarangan rumah, bolehlah berkongsikan cerita anda di sini. Mungkin banyak lagi rahsia tentang buah ini yang ramai orang tidak tahu..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5584

59 Responses to "Ceri Terengganu"

1 | yinna

April 4th, 2010 at 5:14 pm

Avatar

slu jumpa buah ni…
kat msjid ukm pun bnyk dtanam sbgai tnmn hiasan…
buah ni rs nye manis dan kelat2…

2 | mieza

April 5th, 2010 at 12:08 am

Avatar

dulu jiran mak saya dikampung ada menanam pokok ni…
tp skrg telah ditebang selepas dia melakukan kerja2 ‘renovate’ rumah. saya pun x pasti nama buah ni, mereka hanya memanggil dengan nama buah johor @ buah kerekuk diambi nama bersadarkan warna organ dalaman ayam. rasa buah ni kelat sekiranye tidak masak ranum. bila buahnya berwarna merah tua baru lah rasanya akan bertukar manis, tetap rase kelat tetap ada…

3 | jamilah

April 5th, 2010 at 1:09 am

Avatar

terima kasih, bertambah lagi pengetahuan saya, Alhamdullillah

4 | ct

April 5th, 2010 at 1:58 am

Avatar

Saya teringin nak tanam pokok ni. Kat mana nak dapatkan benihnya ya. Info yg menarik. TK

5 | zaliha

April 5th, 2010 at 2:49 am

Avatar

Salam….. saya pernah makan buah ceri ini, memang orang Terengganu panggil buah ceri, tapi tak tau pulak dipanggil ceri Terengganu, bijinya besar, rasanya manis kalau masak merah seperti gambar di atas, dulu kat rumah mak saya ada, kalau dia berbuah memang banyak seperti buah rambai. Itu saja saya dapat kongsikan, TK

6 | mnasir75

April 5th, 2010 at 2:56 am

Avatar

ini kali pertama saya mendengar nama pokok ceri terangganu. kajian perlu dilakukan untuk mengetahui khasiatnya. Kadang-kadang pokok yang sebegini banyak rahsianya yang boleh mengubati pelbagai penyakit.Mungkin pengalaman klinikal orang tua-tua dapat membantu masyarakat mengetahui rahsia sebenar pokok ini.

7 | adi

April 5th, 2010 at 3:29 am

Avatar

kak kampung aku (tumpat, kelantan) panggil buah buah kerkut. masih ada lagi pokok dia di depan rumah. rasa buahnya kelat sikit. kena gentel2 dulu buahnya sebelum makan untuk bagi dia lembut ckit. bila berwarna merah gelap, barulah rasanya manis sikit.

8 | roseni

April 5th, 2010 at 3:30 am

Avatar

Salam,
Rasanya pernah makan buah ini, tapi kurang mengemari rasanya.Sebelum makan perlu digelek2 supaya lebih juicy.Tapi ianya cantik kalau dijadikan pokok hiasan dilaman rumah.

9 | rosidahabdmanaf

April 5th, 2010 at 3:36 am

Avatar

PERNAH TENGOK DIKEDAH. IANYA DIPANGGIL BUAH GHEKUP (SEBUT MACAM ORANG KEDAH) MANIS KELAT.

10 | yati

April 5th, 2010 at 4:02 am

Avatar

salam. kali pertama tgok buah ni. Sungguh menarik kalau dijadikan pokok hiasan di laman rumah.ingin dapat kan benih..

11 | Med

April 5th, 2010 at 5:10 am

Avatar

Jika tidak salah saya, buah ini jika di Sarawak di panggil Engkilili.

Sebuah daerah :Engkilili mendapat namanya drpd buah ini kerana terdapat banyak Pokok Engkilili d kwsn tersebut.

12 | nor

April 5th, 2010 at 5:22 am

Avatar

kalu kat kelate, ni dipanggil buah kekkuk. kecik2 dulu byk ditanam diperkarangan sekolah. buahnya manis kalu masak ranum betul, tp kelat kalu blm masak. kena ketuk2 gelek2 sikit biar lembut kulit n isinya baru sedap dimakan. tp kami kecik2 dulu kalu dah berebut takde ketuknya, terus ngap jer. baru2 ni sy ada jumpa benih pokok ni dijual di pasar tani. makcik tu jual semua pokok eksotik dulu2 spt kekkuk, kemunting, bidara, etc. ramai org skrg dah tak kenal pokok2 ni.

13 | qamir

April 5th, 2010 at 6:11 am

Avatar

Salam.

Terima kasih atas info yg diberi. Tak perneh jumpa pun pokok ni kat Melaka.

14 | zulkifli

April 5th, 2010 at 7:10 am

Avatar

terima kasih diatas info ini. banyak org memberi komen, buah ini buah kerukup(Ghekup). kalau buah kerekup batangnya berduri…buahnya keluar melalui dahan2 nya tidak sejambak mcm ni.

saya rasa buah ini bukan buah kerekup. boleh tak en. fazlisyam masukkan keseluruhan cerita / gambar ttg pokok ini.

15 | aima

April 5th, 2010 at 8:40 am

Avatar

xprnah jumpe la buah ni? mcm sedap je.sape2 yang tahu kat mane boleh beli anak pokok ni sila lah beritahu saya…

16 | -alin-

April 5th, 2010 at 8:44 am

Avatar

Menurut kajian saya, ceri terengganu beza drp buah kerkup. nampak macam serupa tapi tak sama. memang cara makan lebih kurang sama tapi dari family yg berbeza. bentuknya pun beza skit di mana buah kerkup bawahnya rata manakala ceri terengganu bawahnya ada macam bucu tajam. rasanya lebih kelat dr buah kerkup. TQ

17 | Siti Zalikha Abdullah

April 5th, 2010 at 9:10 am

Avatar

saya tercari2 info tentang buah ini sebab ada ditanam di halaman jiran saya. Warna buahnya yg mula nak masak cantik sangat dan rasanya kelat sedikit.

18 | chah

April 5th, 2010 at 9:42 am

Avatar

Setuju dgn zulkifli……….
Buah rekup & ceri bkn buah yg sama…mgkin sbb rupa & warnanya sama kot…Apapun buah2 ni tergolong dlam keluarga buah berry.buah dari keluarga berry mmg kaya dgn anti oksida….

19 | waliz

April 5th, 2010 at 1:24 pm

Avatar

cantiknya buah ceri terengganu ni.memang sesuai dibuat hiasan..cuma nak tahu pokoknya besar ke tak?

http://walizgarden.blogspot.com/

20 | Amy

April 5th, 2010 at 3:36 pm

Avatar

Terima kasih atas info tu. Kalau kat sini, dia dipanggil gegelek. Nak makan, mengikut petuanya, gelek-gelek atas telapak tangan, barulah sedap isinya, manis dan juicy!

Masa kecik-kecik dulu, suka makan ni. La ni.. lama dah tak nampak. Kat mana nak cari yea?!

21 | RAZ STUDIO EXPRESS

April 5th, 2010 at 4:55 pm

Avatar

SALAM TUAN FAZLI, T.Q FOR U EMAIL ,CERI TERENGGANU TU DI PAT SYA PUN ADA ( KAT DESARU, JOHOR ) SATU CIKGU ORG TERENGGANU , PATUT LA DIA DPAT BENIH TU, DAN SYA PUN BARU TU LA TENGOK POKOK AND BUAHNYA JUGA, TAPI TAK TANYA PUN DIA CAMNANA NAK MAKANNYA ?? DAN APA RASANYA……….TAPI MEMANG CANTIK DI BUAT SEBAGAO LANKSAP TAMAN BUAHAN………

22 | daudjaafar

April 5th, 2010 at 6:47 pm

Avatar

salam fadly;ini lah baru saya tahu tentang buah ceri trengganu cantik juga rupa bentuk nya sesuai di jadj kan hiasan di samping buah nya juga bolih di makan.terima kasih

23 | zetty

April 6th, 2010 at 3:31 am

Avatar

tengok buah ni teringat saya masa kita kecik2 dahulu di bandaraya kuching masih ada di taman rekreasi Reservoir di kampung dah hampir pupus buahnya manis

24 | Rohani Leyaknalae

April 6th, 2010 at 6:15 am

Avatar

Tempat saya buah ni namanya kerekut kayu, rasanya masam-masam kelat,tapi yang peliknya bila nak makan kenalah digelek-gelek dulu biar dia lebam, baru dimakan baru rasanya manis-manis masam.

Dulu jenuh jugak belakang rumah tumbug meliar, tapi kerana dokong yang lebih laku,ditebang habis sampai tak tinggal baka lagi, nak cari buat benih pun susah pulak.

25 | Mahani

April 6th, 2010 at 7:54 am

Avatar

Salam….

Terima kasih kerana up-date kan saya dengan info2 cam ni. Saya memang minat pada kebanyakan jenis pokok. Semua info2 yg dah diemailkan kat saya sangat saya suka. Terima kasih tentang info anggur, epal, sayur2 kat C/Highlands, cendawan. Info2 begini berguna untuk saya bagi menambah pengetahuan pada hasil2 tanah. Terima kasih.

26 | nazli sadari

April 6th, 2010 at 11:40 am

Avatar

kat kampung saya buah ni namanya ” Buah Jendalun”.
Cara nak makannya dengan cara memicit-micit buah tersebut sehingga lembik kemudian barulah dimakan.

27 | bai

April 6th, 2010 at 12:51 pm

Avatar

buah ni kalau nak makan kena gentel/gelek-gelek biar lembut baru sedap. tak silap pokok ni ada ditanam kat TPU,UPM.

28 | assappaii ron

April 6th, 2010 at 3:39 pm

Avatar

saya makan buah yg dah masak dan daun muda yg masih merah

29 | wan

April 7th, 2010 at 7:41 am

Avatar

en. fazlisyam..

saya ada tanam bnih pokok ini. kami di sini panggil pokok Tas. saya dapat benih ini dari kuala kubu bharu. salah seorang makcik saya yang tua ada tanam mereka gelar kayu Tas. menurut ceritanya batang kayunya dijadikan kayu tongkat untuk bermain harimau dalam pertunjukan sarkas satu masa dahulu. oleh sebab harimau agak takut dengan tongkat kayu tersebut semasa pertunjukan itu maka kayu tersebut dikatakan ada kuasa penunduk harimau.
entahlah..
tapi saya bru sahaja 2 bulan semai dan sdg subur membesar, masalah buah ini satu sahaja. kadang mungkin ada serangga telah bertelur pada isinya maka apabila masak akan terkeluarlah ulat dalam buah itu apabila dikupas.

belum sempat hendak merasa tapi katanya memang sedap.

30 | Suhaila

April 8th, 2010 at 6:49 am

Avatar

Salam..tq for info dari u all semua..xprnh lak tau tentang buah nie..kekdg maybe pernah terpandang, tp x berani nk makan sbb tak tau..hmm jika benar buah nie mengandung antioksidan sprt yg di maklumkan oleh saudara Fazli, bagus utk tubuh kita. tq utk semua info. Wassalam..

31 | tn

April 8th, 2010 at 10:54 am

Avatar

pernah lihat pokok ceri in tapi pokok ini adalah sekadar hiasan sahaja dan buahnya cantik serta boleh dimakan rasanya manis…

32 | asnah

April 9th, 2010 at 7:46 am

Avatar

tak pernah jumpa d sarawak

33 | mohkita

April 9th, 2010 at 8:52 am

Avatar

saya ada menanam pokok ini,tapi tak minat nak makan
kerna buahnya kurang enak,klu nak makan buahnya mesti masak dan digelek supaya lembut.cantik melihatnya apabila pokoknya berbuah dan sedang masak.

34 | jamal

April 12th, 2010 at 3:36 pm

Avatar

Salam sejahtera, rata-rata orang terengganu panggil buah ni sebagai buah khekut, hanya sebilangan sahaja yang memanggil sebagai buah ceri, sebenarnya buah ceri lebih kecil, manis dan lemak rasanya. tapi kalau ceri, satu aje yang leceh, kelawar akan membawanya merata-rata, kalau terlekat kat dinding rumah ke, kereta ke, memang susah nak tanggalkan.

35 | zakiah

April 15th, 2010 at 12:33 am

Avatar

Tak silap saya di utm skudai ada terdapat pokok ini, dibangunan pentadbiran.pokoknya agak tinggi dan tidak begitu rendang.tak cantik dibuat tanaman hiasan kerana tidak rimbun.tapi terpulanglah kepada kreativiti seseorang untuk menjadikanya sesuai utk tanaman hiasan.

36 | sexy

April 18th, 2010 at 10:28 am

Avatar

sy xprnh juper buah ceri trg ni. mukin kat trg ada 2 jenis ceri. 1 yg ni n 1 lg yg lbh kecil mcm yg jamal34 critakan tu. jg stuju dgn alin15. sy prnh mkn buah kerkup tp buahnya x berbucu tajam mcm buah ceri trg. Ianya bulat licin sebesar ibu jari (sayala.. he2!).

37 | aza

April 23rd, 2010 at 3:52 am

Avatar

rasenye pokok ni mcm pernah dilihat di rumah arwah nenek sy kat trg..tp xpasti samada btol ke x..rasa buahnya agak masam n kelat ..tp buah nye xde laa besor mane pun

38 | saufi

May 2nd, 2010 at 4:51 pm

Avatar

Kalau pokok yang di panggil ceri yang banyak terdapat di pantai timur,warna buah hijau cerah, bila masak ranum warna merah. Tapi kalau makan tak masak pun tak kelat atau masam, yang masak memang manis.

Buah kerkut/kherkut pernah diceritakan oleh ayah, tapi memang tak pernah tengok sendiri. Berdasarkan cerita,keterangan rupa buah dan cara makan, buah yang dalam artikel ni menepati ciri ciri buah kherkut ni.

39 | cempaka

May 7th, 2010 at 6:18 pm

Avatar

salam… pokok ni ada dpn rmh saya.. kita org panggil buah ceri je.. tak tau nama yg betulnya… tapi betulla.. pokok ni banyak dekat terengganu, tak perlu nak tanam pun.. tumbuh sendiri je..

40 | yiebm

May 10th, 2010 at 1:06 pm

Avatar

salam…dulu masa kecik-kecik selalu makan buah ni. Org trgganu panggil buah ceri jer tapi bila dah dewasa dan tinggal kat luar trengganu ni baru lah tau org panggil ceri trengganu. Sebenarnya buah ceri dengan buah kerekut adalah berlainan . Balik kampung baru-baru ni bawak balik 3 anak pokok dan sekarang dah tinggi 2 kaki , tanam kat laman rumah.Kalau kat kampung tu anak benih nya tumbuh merata-rata kat bawah induk

41 | hakim

June 19th, 2010 at 8:01 am

Avatar

emmm ni buah kerkup..kat tepi tasik belakang bangunan JAS kat Putrajaya berhadapan Tasik Presint 16 banyak pokok ni. Kim tak tau pulak ia boleh dimakan. Jadi, Kim ambil dan main baling-baling kar kawan-kawan.

42 | admin

June 22nd, 2010 at 3:39 pm

Avatar

Nanti saya cuba cari di sana..

43 | mamat kelantan

July 2nd, 2010 at 2:59 pm

Avatar

di kelantan pun ada buah ni tapi jarang-jarang orang je taman… Sebenar nya buah ni tak sama dengan buah kerkuk tu. Buah kerkut atau org kelantan panggil buah kekut pedal ayam lebih sedap jika di bandingkan dengan buah ni… Setahu saya orang kelantan panggil buah ni buah Johor.. tak tahu la pulok org terengganu panggil cery terengganu. Kalu sapo-sapo nak tengok secara dekat buah ni sila datang ke Kompleks kota darul naim, ada di tanam ka situ 4,5 pohon.

44 | zai

July 10th, 2010 at 2:04 pm

Avatar

Aku nak beli anak benih pokok ceri siapa yg ada call aku 017-2396413. Aku ada jual benih pokok anggur dan epal merah besar

45 | SAB

September 16th, 2010 at 3:23 am

Avatar

banyaknya nama diye.. meh saya kumpulkan,,,,kerkut,ghekup,engkili,kekkuk, kerukup, jendalun, buah johor. wau…sapa sapa nak carik buah ni,,kena kenal nama2 nih….

46 | joe

October 4th, 2010 at 3:32 pm

Avatar

dulu masa kecik2 taun 70an aku rajin panjat pokok nie,dan main terjun2 dari atas ,namanya pokok kelelea orang johor cakap ,ada satu pokok jer kat tepi umah jiran aku…
selalu buat hadiah menang lumba lari dan main pondok-pondok dan jual-jual pakai duit siput best betul, tapi sekarang susah nak jumpa , kat johor banyak yang dah mati

47 | Shupei

October 20th, 2010 at 11:15 am

Avatar

Boleh beritahu saya di mana boleh dapat ceri terengganu di Terengganu? Jika ceri ini ditanam di kawasan perumahan persekitaran, boleh beritahu nama tempat atau alamat kepada saya?
Terima kasih…

48 | sya

October 30th, 2010 at 1:05 am

Avatar

salam, kalau nak info tentang buah ceri terengganu, sila klik blog saya. Dalam artikel ke-80 ada saya ceritakan tentang buah ceri terengganu. Ada seorang pengunjung blog ’shupei’ ingin membuat kajian tentang buah ceri terengganu ini. Sekiranya en. Fazlisyam mempunyai info yang lebih tentang pokok ini bolehlah menghubungi saya. Kepada pengunjung blog En. Fazlisyam, sila klik blog saya untuk melihat foto pokok ceri terengganu. Sekian terima kasih.

49 | akma

February 6th, 2011 at 4:01 pm

Avatar

salam semua…
kepada sesiapa yang berminat nak beli buah ceri terengganu ni boleh r contact sy…

50 | Norliza

February 8th, 2011 at 4:52 am

Avatar

Kat Sarawak pokok ini di namakan pokok Kelili. Namun saya rasa namanya yang sebenar adalah pokok engkelili (nama satu pekan di Sarawak). Rasa buahnya tidaklah berapa manis kecuali setelah berwarna kehitaman. Buah yang masih kehijauan dan kemerahan agak kelat. Ia mempunyai biji yang besar. Bentuk dan warnanya menarik seakan-akan gugusan buah anggur.

Di Kuala Lumpur pokok ini boleh dijumpai di Rimba Ilmu, Universiti Malaya.

Harap maklum.

51 | anakdesa

February 24th, 2011 at 6:39 am

Avatar

Saya pun first time nampak buah ni kat masjid ukm gak (sama mcm yinna). Selain dari masjid, kawasan lereng bukit belakang kamsis D juga ada pokok ni, tapi sekarang tak tahu ada lagi ke tak.
Pernah juga saya letak kat lidah nak rasa buah ni, ingat kan tak boleh dimakan. Rasanya masam-masam dan ada kelat sikit-sikit.

52 | rosmpkmn

June 27th, 2011 at 3:33 am

Avatar

memang banyak terdapat di terengganu, tak tahu pulak dipanggil ceri terengganu… sebab saya yang tggl kat terengganu ni pun panggil buah kerekuk. biasanya ditanam di kawasan rumah perkampungan tradisional di sini.

53 | JALALUDDIN ASRAM

June 29th, 2011 at 1:31 am

Avatar

Belakang rumah mak saya pon ada pokok ni di Muar. Mak saya kata ceri Malaysia he he….Sekarng ni tengah berbuah tapi tak banyak..Rasanya manis2 kelat..

54 | wan RED LAND

June 29th, 2011 at 4:03 pm

Avatar

klau d kelantan,buah n!e d pngil buah khekut… Mcm diorang bgthu,.. Nk mkn kna gelek2 ckt,bru rasanya man!s2 kelat… Tp klau nk tnam bt,prh!asan tp rmah,sy rasa xssua! la,c0z pokok n!e tngg!,dan btg pokok p0n besar,lbh krang sbesar pokok p!sang yg dh matang… Tq.

55 | ciku

July 21st, 2011 at 10:02 am

Avatar

@wan RED LAND - Buah ni selalu makan masa kekecik sebab ada sepokok kat depan rumah di Muar Johor. Anaknya senang tumbuh dari biji benih. Rasa isinya manis, kelat sikit jika belum cukup masak. Masa kekecik kita org panggil buah cirit. sebab sebelum makan kena gentel-gentel bagi lembut. Lepas tu gigit kulit sikit dan picit, maka terkeluarlah isinya yang putih kekuningan. Tak sempat masak sangat dah gondol kena tibai….hahahaha.

56 | musliha

February 22nd, 2012 at 1:37 am

Avatar

ada sesiapa yang tahu di mana boleh dapatkan buah ni?
saya ingin membuat kajian mengenainya… tq.

57 | emkay

March 6th, 2012 at 7:55 am

Avatar

Ada yang panggil rambai istana. Nama saintifiknya Lepisanthes alatas. Banyak di tanam di sekitar tasik UPM, dekat Bukit Ekspo.

58 | ipin

March 28th, 2012 at 2:54 pm

Avatar

buah ni kalau nak di makan perlu gentel2 sampai lembut n baru mudah dimakan…’
kawasan kemaman byk pokok ni

59 | ipin

March 28th, 2012 at 2:59 pm

Avatar

org ganu panggil buah kekkuk….
pokok buah ni cantik n daun halus2…
sesuai utk wat lanskap d halaman rumah..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17166 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8472 hits
Petua Tradisional - 8062 hits