05 Mar, 2010

Buah Rollinia

Posted by: admin In: @Buah Nadir

rollinia1

Satu lagi jenis buah yang unik yang perlu anda semua kenal. Jika anda sudah mengenali buah nona, tidak lengkap jika anda tidak mengenali buah ini. Buah yang dimaksudkan ialah buah Rollinia atau nama saintifiknya Rollinia sp. Kalau mengikut maklumat yang ada, buah ini memang banyak spesis.. Saya sendiri pun tak tahu Rollinia yang ini spesis apa? Pokoknya anda boleh lihat di atas dan daunnya adalah seperti gambar di bawah. Sebelum ini, saya pernah ke Kota Kinabalu dan memang banyak saya jumpa buah ini di jual di tepi jalan.

rollinia4

Tapi gambar ini bukan saya ambil di Sabah tetapi saya berkesempatan mengenali pokok ini semasa kunjungan saya ke Perak. Kalau tak silap dekat area di Kuala Kangsar. Walaupun pokok ini tidak sebesar mana tetapi banyak juga buahnya. Sempat la juga rasa walaupun sekadar secebis rasa.. Buahnya anda boleh lihat di bawah.

rollinia2

Rollinia merupakan buah yang tergolong dalam famili Annonaceae seperti buah nona serikaya , nona kapri dan durian belanda. Dipercayai buah ini diberi nama adalah sempena menghormati sejarahwan Peranchis Charles Rollin. Ramai yang menyangka buah ini adalah buah nona namun buah Rollinia biasanya lebih besar berbanding buah nona. Perbezaan juga ketara pada kulit luarnya. Buah Rollinia mempunyai kulit yang berbentuk bonjolon yang panjang seperti berduri.

rollinia3

Rasa buah ini memang seakan-akan buah durian belanda apabila sudah masak. Kebiasaannya, pembiakan buah ini adalah menggunakan biji benih seperti juga buah nona.

Anda dah pernah mencuba ke merasai buah ini? Mungkin juga anda ada menanamnya di rumah.. Bolehlah kongsikan di sini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :24667

49 Responses to "Buah Rollinia"

1 | chah

March 6th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

Waa…ganasnya rupa buah rollinia ni…teman blm pronah nengok lg nih…..!!

2 | chah

March 6th, 2010 at 1:59 pm

Avatar

Waa…ganasnya ropa buah rollinia ni…teman blm pronah nengok lg nih…..!!

3 | ejey hassan

March 6th, 2010 at 4:49 pm

Avatar

first time saya tengok buah ni, ingatkan spesies buah anona dari mana ni.. syabas!

4 | zaliha

March 7th, 2010 at 3:06 am

Avatar

Wah…. peliknya, kat mana En. Fazli dapat ni…. tak pernah tengok apatah lagi nak makan. Kalaulah terjumpa kat mana-mana, saya sangka buah ni orang tak makan, tapi sebaliknya. Boleh tak beritahu negeri mana terdapat buah ni, terima kasih info ini.

5 | farid

March 7th, 2010 at 5:57 am

Avatar

sy pnh tgk tp sambil lalu je smasa pjalanan ke kuantan…igtkn buah nona jns besar punyeee…

6 | mohamed ali

March 7th, 2010 at 6:24 am

Avatar

mcm buah kesusu laa…mana nak dapat benihnya ye?

7 | zackmd

March 7th, 2010 at 7:39 am

Avatar

tma ksih & tahniah ats info ini.. prnah tgk tpi tk prnah rasa… ingat adik bradik nona…

8 | fauzani bin Abd.Rahim

March 7th, 2010 at 8:11 am

Avatar

tak pernah tengok lah buah ni pokoknya pun tak pernah jumpa rasa buahnya apa lagi jauh sekali rupa buagnya macam takut nak makan tapi mungkin kalau dah rasa ok kot

9 | joe

March 7th, 2010 at 10:42 am

Avatar

Rollinia atau nama lain cerymoya ataujuga Custard apple.rasanya jauh bezanya dengan buah durian belanda .berasal dari Australia .sedap dimakan manis yang diminati oleh orang asia.cuma ia tidak boleh bertahan lama terlalu mudah menjadi lembik.sebaiknya petik semasa hampir tua bukan setelah masak.

10 | kartina

March 7th, 2010 at 3:24 pm

Avatar

Luar biasa. Tak pernah nampak. Tentu enak dimakan. Nak juga tanam jika dapat beli benihnya! Tq for the info, Sdr Fazli. Keep up the good work.

11 | rosli

March 7th, 2010 at 11:56 pm

Avatar

salam…memang buah ni biasa saya makan zaman kecik2 dulu. masa tu kat rumah ada pokok buah ni. memang sedap manis dan lemak. skrg pokoknya pun dah takde. dalam kg pun berkemungkinan dah pupus. Yang ada pun pokok nona biasa yang kemerahan bila masak. Kalau ada benih, berminat juga nak tanam pokok rollinia ni. encik fazli tolong bagi info kalau ada benih. terima kasih

12 | jamilah

March 8th, 2010 at 12:17 am

Avatar

tak pernah tengok pun buah ini, rasa macam pelik je

13 | azie

March 8th, 2010 at 12:33 am

Avatar

betul la sekali pandang macam nona serikaya tapi bila tengok gambar dekat tu macam duri tapi besarnya.tak penah tengok dan rasa teringin jugak nak dapatkan benihnya.

14 | siti

March 8th, 2010 at 1:18 am

Avatar

memang pernah lihat… dijual di pasaraya n pasar harian… tp kadang2 jer ada… saya tak pernah makan lag buah tersebut… agaknya isinya rasa macam buah nona…

15 | Noorlida Osman

March 8th, 2010 at 1:20 am

Avatar

Tak pernah tengok buah macam ni? kat selangor tak banyak buah pelik2.

16 | Fatir

March 8th, 2010 at 2:36 am

Avatar

Ada sape2 jual benih bual rilinia ni tak? Nak beli lah.
Macam sedap je.

17 | roseni

March 8th, 2010 at 2:47 am

Avatar

salam buat semua,
kalau sama dengan custard apple fr Australia,saya ada membelinya diPetaling Street few years ago.Sekilo lebih kurang RM40.Rasanya sesedap buah nona (yg berwarna merah) cuma buahnya amat besar lagi.

18 | HASNAH BINTI ISMAIL

March 8th, 2010 at 2:52 am

Avatar

Salam/Selamat pagi

Thanks 4 info….saya tak pernah tengok buah ni…seram la plak tgk…macam buah nona cuma panjang ke bawah… kalau jumpa mesti takut nak makan..hehehe tq

19 | Cmayau

March 8th, 2010 at 3:22 am

Avatar

amat mengaguman terima kasih saudara atas emel ini..
pertama kali melihat buah ini apalagi merasanya..

20 | hadi

March 8th, 2010 at 3:30 am

Avatar

aku kalu tengok kat kedai, memang panggil buah ni buah nona. sebab rasa dia sama je. tapi tak tau nama khas dia. ni baru tau. terima kasih lah sebab dapat gak tau nama sebenar buah ni…

21 | aishah

March 8th, 2010 at 5:33 am

Avatar

ada pokoknya di depan rumah kami. kalau masak sedap jadikan minuman campur susu dan sejukkan, rasa macam buah nona

22 | Norsiah

March 8th, 2010 at 2:53 pm

Avatar

Tak pernah lagi saya tengok buah . Terima Kasih info ini.

23 | Mustapah

March 9th, 2010 at 6:18 am

Avatar

salam. buah rollina ini adakah senang didapati, pernahkah buah ini diproses menjadi supplementary food?
Manalah tau boleh dijadikan bahan untuk menambah mineral dan vitamin dlm satu-satu produk. Pernahkah dianalisa kandungannya ?

Maaf ya bukan komen tapi nak tahu khasiatnya ?

24 | nor

March 9th, 2010 at 8:41 am

Avatar

Salam Sdra Fazli,

Hargai segala usaha dan minat sdra update blog utk kita share ramai-ramai info yang baru , seronok utk di baca…

Kiranya buah rollinia ni sama spesis dgn buah durian belanda ya? Buah durian belanda memang sedap, ada pokok durian belanda kat umah, skg memang tengah musim tapi sayang buah ni tak tahan lama….cepat lembik bila dah terlalu masak.
Saya nak share petua kpd mereka yg ada darah tinggi ,
buah ni elok di makan dan amalkan & cubala mana tau mungkin betul ?
Buah nona pun ada khasiat tersendiri utk kaum hawa kan?tapi rasa dan baunya kurang enak. Daunnya elok buat ubat kalau kanak-kanak kecil meragam waktu malam, InsyaAllah.

25 | KAK HUDA

March 10th, 2010 at 7:53 am

Avatar

suka tengok bentuk uniknya. Blh dapat biji benih tak

26 | ct

March 11th, 2010 at 4:12 am

Avatar

thks for info. satu lagi buah pelik yg menarik minat saya.

27 | asnah58

March 15th, 2010 at 6:28 am

Avatar

kalau kat sarawak kita panggil buah ni buah sekaya rasanya sedap manis.Jarang2 juga kita tengok tapi kakak saya ada menanan pokok ni tapi belum berbuah.

28 | rahim

March 16th, 2010 at 2:29 pm

Avatar

memang betul, orang di sana panggil buah sekaya, pernah rasa, sedap juga, kat sini susah nak dapat…
Terima kasih kepada pengendali blok ini. banyak manafaatnya..

29 | Y.B

March 17th, 2010 at 9:10 am

Avatar

Kalau nak dibandingkan rasa buah Nona Serikaya dgn buah ni, rasa Nona Serikaya lebih sedap dan isi nya halus dan manis. Tapi buah ni kurang sikit . Pernah saya makan buah ni dan biji benih nya dibawa balik dan semai. Pokok tumbuh dan buah x banyak. At last tebang.

Cuba cari info dan gambar buah Nona Jantung. Kalau tuan/puan disana ada harap dapat dikongsikan bersama. T. kasih

30 | Parbiyah

March 18th, 2010 at 12:16 am

Avatar

Sekali imbas macam buah nona, saya tak pernah melihat buah rolina ni..maklumat mengenainya amat berguna dan berkaitan dengan bidang tugas saya.

31 | Mukha Cronelo

March 19th, 2010 at 1:27 pm

Avatar

syabas…kerana anda telah mmperkenalkan sejenis buah yg amt jarang kita temui..bg saya pn inilah kali petama meliht buah yg sedemikian..namnya pn amt mnarik..jikalau ada kesmptn sya pn ingin merasai buah ini..

32 | Mohdnasir

March 22nd, 2010 at 1:04 pm

Avatar

sepanjang hayat tak pernah tengok buah seperti ini memang pelek.mungkin ada khasiatnya yang tersendiri disebalik keanehannya.

33 | lene

March 24th, 2010 at 4:22 am

Avatar

buah ni belum pupus lagi biasa tengok…..cuba cari buah terajang,buah mata ayam,buah batu pelir pelanduk,buah kerian,buah kemunting,buah sagu,buah serai ,saya rasa buah ni agak unik untuk tatapan bersama

34 | m.hadi aiman

April 6th, 2010 at 7:24 am

Avatar

KAT MANA NK DPT BUAH NI

35 | ali

April 9th, 2010 at 3:41 pm

Avatar

ada sepokok kat belakang rumah. buah sedap cam buah nona kecil manis berlemak. kena petik time belum masak sgt, kalau dah masak x leh simpan lama lama dlm sehari je dah penyek. kalau simpan kat pasar konfom lesap trus.

36 | sexy

April 19th, 2010 at 3:51 am

Avatar

lailahaillallah… Allah Maha Kaya. nnt call aishah21 tuk benih. alahai Y.B.29, mungkin Y.B. x ltk baja buah kut? he2! gurau jer.

37 | Janeesa Ainur

May 22nd, 2010 at 2:40 pm

Avatar

jika ada biji benihnya, bgi tahu kat sya, di mana boleh dapatkan….

38 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 3:14 pm

Avatar

Nama Rollinia di tempat asalnya, di kawasan Amazon, Amerika Selatan, iallah Biriba. Buah ini termasuk keluarga Annonaceae. Kalau mau tengok gambar-gambar jenis itu boleh dapat di site saya di bawah Sample Photos by Families/Annonaceae I-II

Frank

39 | ramli ahmad

June 30th, 2010 at 5:10 pm

Avatar

buah ni belum pernah saya jumpa.terima kasih kerana artikel ini

40 | aza

July 8th, 2010 at 2:01 am

Avatar

dgr namanya pn dh pelik dan memg stkt ni sy blum penah tgok lg buah ni.nama pn xpnh dgr..blog en fazli memg sgt2 berinformasi terutamanya kpd generasi muda spt sy yg xpernah kenal dan tahu mengenai buah2 pelik yg ada di malaysia ni..ble dh bace blog ni,baru lah sy tahu terdapatnya buah2an yg unik ni dan mungkin hampir pupus dek kerana kemodenan.

41 | fazian

July 21st, 2010 at 6:48 am

Avatar

itu ke nama buahnya…tak tau pun, kat rumah mak ada, tp lum berpeluang merasa…bunganya mmg byk, buahnya besar-besar…byk kerengga pulak tu kat pokoknya siap buat sarang lagi…

42 | Za

August 9th, 2010 at 4:54 am

Avatar

Kami kat kg panggil NONANDA, sb buah tu mcm buah nona, tapi rasa buah durian belanda, jadilah nama kami ciptakan nonanda, rasa manis dan sedap.

43 | Khairi

November 12th, 2010 at 8:33 am

Avatar

pernah dulu di tanam di UPM, 10 tahun dulu, mungkin dah tak ada lagi… pernah rasa, tak sesedap nona serikaya atau durian belanda

44 | fadzil

April 26th, 2011 at 5:38 am

Avatar

sesiapa yg ada benih atau tanam area KL, please please please bg tau saya. tgh nk tgk pokok ni mcm mana rupanya..mesej facebook sy pun takpa..ni ntah tmp k berapa sy tanya. susah btol nk cari..hehe

45 | REHAN

October 20th, 2011 at 10:23 am

Avatar

CARI BUAH KEMUNTING PLESSSSS…………….

46 | Kamaruddin

February 4th, 2012 at 6:04 pm

Avatar

Sy pernah beli buah ni kt R&R Tapah hampir 10 thn dulu. Itu la sekali pernah jumpa buah ni. Mmg sedap. Sy memang mencari buah ini dan kalau ada sesiapa boleh jual anak benihnya/buahnya pada saya, sila hubungi saya. Terima kasih.

47 | fathli

August 4th, 2012 at 5:52 am

Avatar

inikah pokknya..? mmg terdpt drumah saya.? saya pangil NONABELANDA besar mcm durian belanda kulit mcm nona isi mcm nona rasa tawar x sedap. Bila masak warna kunig pokok cepat besar buahnya mmg banyak dlm 1 pokok. saya dah tebang 2 pokok tingal 1 pokok saja drumah pkcik saya di Muar. Buahnya mmg tidak sedap. sedap lagi rasa asal buah nona dan durian belanda. kalo sapa2 nk tgk pokok ni boleh call saya fathli 0129256500.

48 | jijo

December 14th, 2012 at 3:19 am

Avatar

konfom… buah nona org negeri semilan panggil

49 | Azman

March 3rd, 2016 at 7:04 am

Avatar

3 tahun lepas saya tanam 5 pokok ni. Sekarang dah mula berbuah. Saya belum dapat rasa sebab belum masak. Masa beli dulu penjual kata ini pokok durian belanda kahwin nona. Namanya pokok ini saya tak tahu sejak beli sampai sekarang, bila buahnya mulai besar saya pun cari di internet apa dia pokok ni. Berdasarkan rupa buahnya dan daun saya pasti ianya pokok biriba atau rollinia.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1678
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014