02 Mar, 2010

Buah engkala

Posted by: admin In: @Buah Nadir

engkalak

Saya tertarik dengan buah ini lalu membuat satu artikel mengenai buah engkala yang unik ini. Ada juga yang menyebutnya sebagai buah engkalak. Saya sendiri belum pernah bertemu atau melihat secara live buah ini.  Jadi, saya membuat sedikit rujukan mengenai buah ini.

engkalak2

Nama saintifik bagi buah engkala ini adalah Litsea garciae dan ianya satu famili dengan buah avocado. Buah ini pada kebiasaanya akan keluar pada dahan-dahan kecil. Buah engkala muda bewarna hijau dan apabila masak akan menjadi merah. Diketahui, Buah ini sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan ada dijual di pasar-pasar tamu/tani. Tak tahulah samada di Semenanjung ada ditanam pokok ini ataupun tidak.

engkalak3

Menurut rujukan saya, nak makan buah ini ada caranya.. Buah ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5-10 minit. Kemudian boleh ditambah sedikit garam untuk mengenakkan lagi rasanya. Isinya lembut dan dikatakan hampir sama dengan buah avocado.

Anda pernah melihat atau mencubanya? Mungkin anda yang berasal dari Sarawak boleh kongsikan sedikit rahsia mengenai buah ini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :24802

79 Responses to "Buah engkala"

1 | SAPLI

March 24th, 2010 at 2:47 pm

Avatar

banyaknya buah pelik2 kt laman ni…mcm buah zaman dulu aje..sebab yg kenal dan yg penah makan semuanya dah berumur…kena letak kt muzium buahan ni..nanti takut pupus..anak cucu x kenal…skg ni buah kacukan banyak..

2 | chesoo

March 28th, 2010 at 6:06 pm

Avatar

saya tidak pernah melihat buah ini

3 | melly

April 1st, 2010 at 3:48 pm

Avatar

Mmg bnyk benar buah yang ada di SWAK tapi x ada di SM..
Lagi satu kalau org2 SWAK dah lupa ialah ‘asam purple’..Sebenarnya asam ni mangga di SWAK..Dah terlalu lama susah nya nak cari asam ni!!!Dulu kalau musim durian, asam ni pun ada..Tapi x lagi skrg…Kalau nak makan asam ni mesti di buat kerabu seperti kerabu mangga tapi kita org SWAK campurkan dgn belacan dan daun paku…….OHHHHHH bestnyer!!!!!!!!TERLIUR HABIS KAMEK TOK

4 | shaifull

May 4th, 2010 at 1:42 am

Avatar

Kepada tuan punya blog…tahniah sebab blog awak ni antara blog yang paling saya minati…..artikel buah engkalak ni memang bagus…..secara ringkas saya nak syer info tentang buah ini sebab saya ni Sarawakian. Buah ni bermusim(semusim dengan durian) rasanya lemak, cara nak makan buah ni rendam dengan air panas sehingga lembut pastu tus kan air nya dan gaulkan dengan garam halus secukup rasa…pastu bolehlah terus dimakan. Sebenarnya buah ni tak lah sampai perlu diketuk-ketuk seperti yang kawan-kawan kita tu bagitau…yang penting buah tu cukup masak dan direndam dengan air yg betul-betul panas. Buah yang muda memang boleh dibuat jeruk. Dijeruk pun sedap, bila dah boleh dimakan jeruk buah ni kita akan letak dalam bekas bersama-sama dengan air jeruk tu sekali, kita bolehlah pecahkan cili api kat dalam jeruk ni, buah boleh dimakan dan air jeruk boleh dihirup sekali pehhh masam, lemak dan pedas tu yang sedap tu, kat semenanjung memang takde buah ni janganlah letihkan diri nak mencari ye….buah ni hidup kebanyakan nya di tengah-tengah daratan dan bukan nya banyak ditepi sungai ok….tanah yang sesuai adalah tanah yang berkelembabpan yang tinggi. Saya cadangkan kepada tuan punya blog ni supaya buat kajian berkaitan dengan spesis cili di Sarawak. Spesis cili yang ada di Sarawak banyak yang sukar ditanam di semenanjung. Tip untuk tuan punya blog ( Spesis cili yang saya tahu : cili hantu, cili gerunong) ada lagi yang lain tapi saya lupa nama cili tu, 2 jenis cili yang saya sebut ni memang betul-betul pedas dan mempunyai aroma pedas yang yang menusuk hidung tapi pastikan anda dapat cili yang betul-betul ditanam tanpa menggunakan baja yang berlebihan kerana penanaman secara komersial yang menggunakan terlalu banyak baja akan mengurangkan rasa pedas sesetengah cili….harap tuan punya blog dapat menambah koleksi artikel….ada apa-apa email lah saya ok……

5 | admin

May 4th, 2010 at 12:52 pm

Avatar

Kalau ada benih cili tersebut bolehlah kirimkan pada saya di sini..

6 | roger

May 6th, 2010 at 7:35 am

Avatar

Kalau ikut tekak orang Semenanjung saya tidak mengemari buah engkalak berbanding buah dabai. Cara untuk menyediakan buah-buah ini sebelum boleh dimakan adalah sama iaitu direndam didalam air suam-suam kuku. Pokok buah engkalak ada ditanam dibelakang rumah emak mertua saya di Sibu, Sarawak. Pokoknya agak tinggi, buahnya boleh dikategorikan dalam gred A, lebih besar sedikit daripada yang di jual dipasar. Berbuah ikut musim iaitu hujung tahun sama macam musim dabai. Seperti saya katakan, saya lebih menggemari buah dabai baik dimakan dengan nasi atau dicicah dengan kicap. Satu kilo sekali makan tak terasa. Kalau di Sibu buah dabai yang gred baik boleh mencecah RM20 sekilo pada awal musim berbanding dengan buah engkalak yang harganya tidak berapa mahal. Pokok dabai juga tinggi dan bunganya sungguh cantik. Disana orang menjual buah baik buah dabai atau buah keranji masih dengan menggunakan ‘kong’. Selain itu terdapat satu lagi buah iaitu buah terap @ tarap yang tidak terdapat ‘di Malaya’ dan yang pasti pokok buah-buahan tersebut tak mau hidup di ‘Malaya’ ini.

7 | aza

May 17th, 2010 at 2:12 am

Avatar

macam penah makan jeruk buah nie….

8 | mat

May 21st, 2010 at 2:00 am

Avatar

Buah engkala ni di Sabah dikenali dengan nama pagalaban, penglaban atau pengeluban. Rasanya lemak dimakan begitu saja atau dibuat ulam. Caranya samalah seperti info kawan-kawan kita tu di rendam dengan air panas, kalau air kurang panas ianya jadi terasa pedar atau pahang. Sebab tu orang tua-tua dulu kononnya sebelum menuang air panas tu hendaklah dijampi dulu. Jampinya ‘ si pahang lari, si lemak ketinggalan’.

9 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 6:31 am

Avatar

Saya pernah jumpa jenis engkala liar di hutan, kawasan Ulu Kelantan, dekat Kuala Krai di Semenanjung. Ini memang mirip Engkala dari Sabah/sarawak, warnanya merah dan orang asli tempatan(Menriq-Semang) pangil “Kabeol Patong”.

mudah-mudahan kalau saya punya waktu nanti petang saya akan upload gambar-gambar di site saya di bawah Sample Photos by Families/Lauraceae

Frank

10 | laigd

July 18th, 2010 at 8:48 pm

Avatar

Emm, engkalak buah bermusim yang popular. Di Sarikei, Sarawak yang juga dikenali kawasan “Basket Food Of Sarawak”,ada pelbagai jenis dan masih banyak ditaman. Saya sendiri pun taman 5 pohon di kebun Minggu ni pun dah ada sedikit di pasaran. Sedap bergantung pada jenis yang diperolehi, rasa berlemak, cara makan ada pelbagai.Nak rendam dalam air atau ketuk sedikit baru digaul sdikit dengan garam. Yang muda paling sedap kalau pandai buat untuk dijadikan jeruk. Jang makan banyak sangat, cos berkolestrol tinggi.

11 | ari semenanjung

August 4th, 2010 at 6:54 am

Avatar

Saya mula kenal buah ini masa bertugas di kawasan Kapit. Pokok buah ini boleh membesar dan tinggi, ( saya telah merasa memanjatnya) namun awas dahannya mudah sekah dan patah seperti pokok belinjau.Keenakannya dapat saya rasai seperti ulam,di makan bersama nasi selepas beberapa minit direndam dengan air suam dan sedikit garam.Di Semenanjung ni saya belum lagi nampak orang menjualnya di pasar.

12 | wan

August 8th, 2010 at 7:00 am

Avatar

Saya penah mkn buah ni masa bertugas di lundu..boleh makan tp tak suka sgt..sy lebih suka buah dabai..buah ni mmg unik..pendek kata kt swak masih byk buah2 yg kita tak penah jumpa or lama tak jumpa..

izinkan saya pinjam gamba buah ni utk letak kt blog k..thanks

13 | fiza

September 12th, 2010 at 10:44 am

Avatar

Bagi kami org d sri aman sarawak, buah ni memang cukup popular..kalu baru masuk musim buah ni, harga sepinggan dijual dgn harga rm5…tapi kalu dah betul2 musim, peniaga akan jual rm1 je sepinggan..rasanya mmg sedap bagi yg reti mkn..tp dlm adk bradik saya yg sramai 5 org, cuma saya n adik bongsu sy je yg reti mkn buah ni..tghari td pun sy da beli utk mkn tgahari..yela..time raye ni, dah muak nak mkn daging..so, p pasar tamu n cari lauk utk ubah slera..hehe..kalu buah yg msh muda, org kat cni akan buat jeruk engkalak

14 | admin

September 14th, 2010 at 8:16 am

Avatar

saya teringin nak rasa.. bila agaknya musim buah ini di sarawak..

15 | almo

October 13th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

masyaallah.setelah lebih 30 tahun, barulah sekarang saya dapat melihat sejenis buahan tempatan yang selama ini apabila saya ajukan namanya tak seorang pun yang tahu dan pernah mendengarnya.memang selama ini saya cuba merncari maklumatnya,tapi tiada mungkin salah ejaan kot! terima kasih admin atas usaha anda.30 tahun dulu abg ipar ada memilikinya di sri medan batu pahat,johor.ia memang wujud di semenanjung,mungkin org2di sini kurang pengalaman tentang buahan hutan,menyebabkan mereka tidak cam pokok tersebut.sebab buah utan ni kalau salah gaya beracun. bagi saya rasanya memang spesil,setelah buah yg kemerahan direndam kat air suam bergaram(garamnya sikit je) ,saya makan dgn cara menyedut isinya,puhh…marvelusss, lemak tapi jauh sekali macam rasa avacado.kenal tak ulat sagu?dan andai dikeluarkan isinya samalah dgn isi buah ni(maaf sekadar untuk menerangkan) fuhh kalaulah sekarang ni ada orang yg bermurah hati nak bagi buah ni,alangkah nikmatnya.sepekara lagi biji buah ni agak besar.pokoknya pun besar sebesar pokok terap.terima kasih pada semua yg bagi maklumat.terkenang masa kecik2 dulu.

16 | izman

October 19th, 2010 at 1:48 pm

Avatar

Saya pernah makan buah ni di Sarawak dulu rasanya memang sedap,tetapi kalau tak kena cara membuatnya tekak akan terasa tidak selesa ,pokok ini memang tinggi,daunnya panjang dan lebar sekali pandang seperti daun pokok bunga cempaka putih….kalau dapat makan lagi buah engkalak ni seronoknya.

17 | ja

October 27th, 2010 at 7:12 am

Avatar

buah engkala ni dalam bahasa melanau kami panggil buah tebuluh..memang favorite satu keluarga la.berlemak je rasa.saya berasal dari dalat,sarawak dan buah ini hanya diperoleh ikut musim,tapi saya tak pasti bila. cara nak makan, kami pukul2 lembut buah tu untuk pisahkan dari tangkai, pastu rendam dalam air suam..tos letak garam.nak makan kalau ikut cara saya, cicah gula,..memang sedap gilerr..saya dah lama nak tahu nama buah ni dalam bahasa melayu rasmi akhirnya terjumpa kat blog ni..sapa2 yang bertuah p sarawak ada musim buah tebuluh ni try la.mgkin bagi kami org swak dah biasa mkn rasa sedap, tapi bg org tak pernah makan tekak mmg tak bole terima..mcm sushi jugak la kan..hihi

18 | Med

November 19th, 2010 at 2:05 am

Avatar

minggu lepas baru ja berulam buah engkalak nih bersama nasik dan sayur manis timun dayak. sedap berlemak. ^_^

InsyaAllah esok nak ke pasar minggu(pasar tani Satok), nak amik foto dan mencari buah engkalak untuk di makan bersama keluarga.

19 | miz

December 8th, 2010 at 1:39 am

Avatar

Uniknya buah-buahan di Malaysia.Ada yang belum dimakan dan tidak dikenali.Apalah sangat nak dibanggakan dengan buah-buahan luar negara sedangkan Malaysia kaya dengan buah-buahan yang unik dan sedap.

20 | Fakhri

January 16th, 2011 at 5:01 am

Avatar

Assalamualaikum.. sy brasal dr kpg. Hilir Kanowit, Sibu, Sarawak.. buah engkalak ni memang bersepah kat area sy.. murah hrganya.. sdpt dmakn dgn nasi, cmpo garam sikit.. kalo nak mkn pegi sarawak.. buah dabai pun ada..

21 | feydz

March 24th, 2011 at 4:34 pm

Avatar

nyamai mai buah tok jang/endun…fav ku mai buah tok…ba menua kami din mayuh buah tok…enti dah mansau,palu dulu ba bahagian kulit ia ngambi ke enda berasai pedar enti di empa,campur ngau garam mimit…enti asai perut masuk angin manah mai makai buah tok…lega asai ia

22 | Gambar Sekitar Mukah – Buah Engkala « my.Mustaffa

April 8th, 2011 at 10:37 am

Avatar

[…] memakannya. Buah yang sama spesis dengan avacado ini memang banyak terdapat di Sarawak. Sumber – Buah Engkala innity_pub = “bbf94b34eb32268ada57a3be5062fe7d”; innity_cat = “MALAY”; innity_zone = “10090”; […]

23 | aini

September 18th, 2011 at 12:35 pm

Avatar

@amjahsuhailisalleh
Buah kalak ni pun banyak di area kuching.selalu tgk nenek mkn buak kalak yg di rendam ngn air panas cmpur garam. cabik…fuh..

24 | june

March 7th, 2012 at 8:11 am

Avatar

assalamualaikum…

sudah lama tak merasa buah ni… rasa lemak2 manis… direndam dengan air panas dahulu sebelum dimakan… (kalau nak rasa yang lebih berlemak, ketuk dengan ‘kelido’ dahubu sebelum rendam) cicah dengan garam ataupun kicap masin. memang meletop… buah yang masih putik juga nenek saya biasanya akan buat jeruk… lepas tu patah cili api dan letak sedikit ikan bilis… makan dengan nasi mau habis 3 pinggan…
*kelido- senduk nasi yang dibuat daripada kayu.. rupa sama macam pendayung sampan. cuma kecik…

25 | nur khyra

March 31st, 2012 at 4:29 am

Avatar

sedap buah ni lemak berkrim ..cicah ngan sambal belacan sedap.cara makannya sama cam komen yg lepas tu boleh rendam dgn air suam jap supaya hilang rasa pedar (gatal getah buah ), boleh juga diketuk2 supaya x keras isinya atau pun bakar kat atas api dapur gas alas pakai tudung periuk utk ilangkan rasa gatal buah itu sebelum dimakan . sedap .

26 | Philip bin Kawi

February 9th, 2013 at 6:27 am

Avatar

saya kenal buah ni sejak kecik lagi. Ada banyak jenis. Yang paling sedap jenis yang berbuah kecil yg panggil engkalak padi. Rasanya manis dan berkrim. Boleh dimakan begitu sj tanpa perlu direndam dlm air panas. Jenis buah yg besar kami panggil engkalak bulan. Untuk memakannya perlu direndam dlm air panas dahulu kira-kira 20-30 minit untuk menghilang rasa pedarnya. Rasanya lemak berkrim dan dimakan dengan nasi. Buah engkalak muda boleh dibuat jeruk. Cara memakannya sama seperti kawan kita cerita itu iaitu sediakan dengan air jeruknya sekali, taruk cili dan sedikit bawang putih tumbuk. Lepas itu ambik ikan bilis dan garam secukup rasa kalau rasa air jeruknya kurang masin. Kalau makan tenghari lesap nasi tiga pinggan…. Buah engkalak yang cukup masak boleh juga dijadikan umpan ikan patin atau labang. Ikan-ikan ini menggemari buah ini kerana rasanya yang manis dan lemak. Daun engkalak pula boleh digunakan untuk membungkus nasi tapai kerana aromanya yang wangi.

27 | jieylla

June 9th, 2015 at 9:37 pm

Avatar

buah ni kalau dekat daerah/kg kota belud,sabah kitaorg panggil buah penggelaban.buah ni ikut musim dan berbuah setahun sekali.pokoknya ada jga d kg emak tanam..bila btukar warna pink/ranum kita boleh ambil dah.lepas tu cara masaknya,buka kepalanya warna hijau tu kemudian cuci dan rendam dgn air panas.rendam dlm masa 10minit mcm tu sampai buah tu lembit.kemudian toskan,xpayah pukul dgn senduk.lps tu,masukkn garam secukup rasa.garam je.boleh dah dimakan.

28 | Eda

July 31st, 2015 at 8:27 pm

Avatar

Akhirnya dpt juga tgk buah ni…kami panggil buah ni buah cengkalak…Dulu dlm tahun 80an di blakang umah sy ada 2 pokok ni…rasanya memang lemak….sy kurang berminat sbb rasanya memang sgt lemak…tp arwah bapak suka mkn bersama nasi panas…direndam dgn air panas dan garam…walaupun x suka rasanya..tp baunya wangi…

29 | Eda

July 31st, 2015 at 8:32 pm

Avatar

Lupa nak bgtau…pokok ni ada di blakang umah..kg sy di johor.. tp bila abg2dan kakak nak buat rumah semua pokok telah ditebang…yg tinggal hanyalah kenangan…

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1665
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014