Powered by Max Banner Ads 

28 Mar, 2010

Buah Binjai

Posted by: admin In: @Buah Nadir

binjai

Maaflah sebab hampir seminggu tidak menulis artikel. Maxis Broadband asyik buat hal je..  So, kali ni hamba nak cerita serba sedikit tentang Buah Binjai. Cerita ni berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.  Gurau je !!

Masih lagi teringat semasa saya ke negeri Melaka tahun lepas. Kalau tak silap bulan 7 atau bulan 8. Waktu itu, memang banyak peniaga yang menjual buah binjai di tepi-tepi jalan kampung menghala ke Ayer Keroh. Saya berasa hairan mengapa buah binjai tidak sama harganya. Mengapa ada yang lebih murah dan ada yang mahal sedikit. Sempatlah bertanya kepada berniaga yang menjual buah tersebut. Katanya, buah binjai ini ada 2 jenis; ada yang masam dan ada yang manis. Kalau yang manis harganya lebih mahal. Begitulah ceritanya. Walau bagaimanapun, saya sendiri pun tidak membeli buah tersebut. Jadi tak sempatlah saya merasanya lagi.. Janganlah ditanya mengapa…

Anda ada cerita yang menarik tentang buah binjai. Adakah buah binjai ini hanya dimakan segar atau digunakan dalam masakan. Saya pernah dengar ada yang dijadikan jeruk dan ada yang membuat sambal cili ditumbuk bersama binjai. Mungkin anda ada lagi cerita di sebalik buah binjai ini. Mungkin anda juga ada menanam pokok ini di belakang rumah anda. Bolehlah dikongsikan bersama..

Related Posts with Thumbnails

133 Responses to "Buah Binjai"

1 | Jus Mate

March 28th, 2010 at 12:56 pm

Avatar

saya suka buah binjai, kalau balik ke kelantan dan musim binjai, saya pasti membelinya. saya suka yang masam, di makan dengan garam..umh..sedapnya..

skrg ni harga buah binjai agak mahal, sebab tak banyak di pasaran. last saya beli buah binjai RM10 sekilo!!! amat mahal…tapi kerana sedap..saya beli aje..

2 | junid

March 28th, 2010 at 12:57 pm

Avatar

Buah binjai ni kalau dibuat jeruk, fuhhhhh..!!!!! memang sodap.

3 | Jamian Said

March 28th, 2010 at 1:04 pm

Avatar

Salam. Sekarang buah binjai sukar diperolehi di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak masih banyak. Kalau teringin nak makan buah binjai pergi jer ke tamu-tamu pasti ada dijual disitu. Masa saya kecil2 dulu tahun 80an buah binjai ni dimakan begitu sahaja… tapi kalau dimakan bersama nasi putih pun nyaman….. atau pun dibuat sambal binjai…. di kampong saya sekarang ini memang sukar mendapatkan bekalan buah binjai… tak taulah di tempat saudara!!!!

4 | simoza01

March 28th, 2010 at 1:08 pm

Avatar

Buah binjai ni memang masam . Kalau yg manis tu pun ada jugak masamnya .

Pokoknya tinggi ( main 20ka. ke atas ) baru berbuah . Tak taulah kalau ada orang cuba buat tut atau cantum utk dapat hasil dari pokok yg rendah atau umur pokoknya 4 - 5 th. Ada ke ?

Kalau musim berbuah , banyaklah yg gugur bila masak . Bersepah-sepah jadinya . Sebab tu la org. tua-tua dulu selalu jeruk tak nak terbiar / membazir macam tu je .

Sikit-sikit tu makan cicah dgn garam je . Cair air liur …

5 | mohamed hashim

March 28th, 2010 at 1:13 pm

Avatar

Salam,

Buah binjai memamng ada dua jenis. Yang masam dan yang manis. Yang manis boleh dimakan begiti sahaja. Sedap…… tapi yang masam tu biasanya dibuat sambal belacan. Makan dgan ulam2 sedap. Tapi sekarang susah sangat nak dapatkan buah binjai ni. Kalau dikampung bolehlah di tanam di keliling rumah. Dibandar susahle kerana pokoknya besar dan tinggi. Macam pokok bacang….

6 | ridzuan

March 28th, 2010 at 1:17 pm

Avatar

Buah Binjai memang sedap bagi mereka yang meminatinya bagi ia buah buahan tempatan yang memang terkeluar air liur bila menyebutnya banyak cara,ada yang buat jeruk ada yang makan bila saja buah jatuh,ada yang makan (colik)di kelatelah,buahnya memang banyak di negara kita tapi ikut musim jugalah ada binjai manis ada binjai masam tapi semua boleh dimakan

7 | ezad

March 28th, 2010 at 1:24 pm

Avatar

binjai ni ada banyak kaedah untuk menikmatinya. ada yg makan begitu sahaja. ada juga yg buat jeruk.

tapi paling best adalah buat sambal belacan.. perghh!!
meleleh…:)

8 | nuri

March 28th, 2010 at 1:25 pm

Avatar

setahu saya buah binjai rasanya masam. walaupun saya duk di binjai, saya x pernah nampak pokok dan buah tu..yelah, kalau dah nama binjai mesti asalnya dari buah binjai kan..mesti berlambak kat kedaiii kan..tapi x der pun..time balik kampung pnah gak intai2 tengok kat kdai kot2 ada..nak rase jerr..betul2 masam ker @ ada gak yang maniss…

9 | zackmd

March 28th, 2010 at 1:26 pm

Avatar

thanks 4 d info…. tk tau lak ade buah binjai manis cz asyik trkna yg msm aje…sbb tu tk brp brminat sgt dgn buah ni…. tringin lak nk rase buah binjai yg manis…. cmne rasenya ye….????

10 | zamri

March 28th, 2010 at 1:31 pm

Avatar

buah binjai? memang ade dua jenis masam dan manis, namun buah yang masam lebih digemari. yang berkulit licin jenis manis..yang tak cantik tu masam.cara makan tak tahu pula selain dari makan masak dan jeruk dan dibuat air asam cecah ikan bakar tawar..fuhhhhhhh..terangkat…sekarang ni bukan musim…kabarnyer pokok ini tak akan berbuah selagi tuan yang menanamnya belum meninggal duni (tah betul @ tak, orang tua-tua kate ler….setakat yang saya tahu 3 biji untuk rm10 tapi melampau saya tak beli dah kat situ…saya terus ke rumah pemilik nyer..rm1 sebiji dapat lagi sedekah 2…3…biji,,beli untuk orang tua bila musimnyer….orang tua katakan….buah2 cam ni dia suka ler…

11 | aishah

March 28th, 2010 at 1:32 pm

Avatar

kalau tempat kami buah ini dipanggil buah belunu’ (sabah)

12 | Hadrawati

March 28th, 2010 at 1:43 pm

Avatar

ini buah favorite saya…saya sgt2 suka makan buah ni…kitaorg panggil buah belunu…dulu masa remaja saya selalu menunggu kat kawasan perkuburan kat area kampung saya sbb pokok2 buah ni byk kat area kubur…bila saya nak makan buah ni saya pergilah kubur tu…tinggi melangit pokoknyer…kena tunggu gugur lerr..masa ngandung anak ke 3 saya ngidam buah ni…..manalah saya tau namanya binjai sampailah saya terjumpa kat pasar tani waktu kandungan saya dah masuk 7 bulan…..nasib baik sempatlah merasa….

13 | Pak Ngah Perlis

March 28th, 2010 at 1:49 pm

Avatar

Bagi kami di Perlis, yang masam tu buah binjai dan yang manis tu buah binjot. Orang tua-tua ada pantun:

Buah binjai buah binjot
Buah belimbin ataeh pagha
Cukuaq misai cukuaq jangot
Nak sandin anak dagha ….

14 | doman

March 28th, 2010 at 2:18 pm

Avatar

Cakap psl binjai ni kecur liur dibuatnya… Bila tiba jer musim binjai, mak mesti beli dan pastu buat jeruk… Jarang bli yg manis sebab tak boleh buat sambal goreng. Kalau da jeruk tu, mmm… takyah cakap la, dok ratah bende tu je… Lagi sedap bila bau die melekat kat tangan… Perghhh!!!!!!!!!

15 | baina

March 28th, 2010 at 2:39 pm

Avatar

buah binjai yer..saya suka tgk buahnya cantik n geram jer kt pokok tu..tapi rasanya..hehehe..cantik buah jer..tapi sedapla klu buat sambal belacan..klu dulu terbuang kt tanah cz banyak sgt tp sekarang mmg susah sikit nk cari cz dh byk kena tebang..pokoknya besar..dulu2 org tua selalu takutkan kitaorg budk2, klu lalu kt pokok binjai ati2 da “benda” suka duk kt situ..so kitaorg pun klu lalu laju ajer la..hehe bkn apa agaknya takut dijatuhi buahnya..kn tinggi pokok tu..blh cedera tu..kenangan zaman bebudak..

16 | baina

March 28th, 2010 at 2:45 pm

Avatar

saya tak pernah tahu ada yg manis,mana jual klu ada bagitau la blh gak rasa..biasa yg masam jer buat sambal n jeruk..ataupun buat basuh ikan darat..klu nak pergi ke kg saya adala nampk sebatang pokok binjai drpd bermacam2 jenis pokok lain ditepi jln..dh semakin sikit pokok nie..klu ada kegunaan lain mungkin byk ditanam kot..xde ker org buat kajian pasl buah binjai nie??

17 | rashid

March 28th, 2010 at 2:51 pm

Avatar

Setahu saya buah binjai ni masam, ia boleh dijadikan gantian kepada tempoyak untuk dibuat sambal cicah ulam..

18 | gmah

March 28th, 2010 at 2:54 pm

Avatar

sebut aje buah binjai..oi..cair air liur. nampak selalu rasanya yang masam. memanglah buah binjai ada 2 jenis, manis dan masam.. tapi yang manis tu rasanya manis, masam dan sedikit pahit. biasanya org tua2 mereka hiris2 kemudian tabur garam dan gula, jeruk. sedap tau jeruk ni di makan dengan nasi .. nak-nak lagi dengan budu..best..

19 | Senty

March 28th, 2010 at 3:16 pm

Avatar

Buah ni kalau di Sabah, dipanggil buah ‘belunu’…memang kegemaran org2 Sabah mkn buah ni bila musim pokok dia berbuah…Selalunya buah ni manis…blm pernah termakan yg masam…Pokok belunu ni besar & jarang berbuah… Zaman budak2 dulu, bila pokok ni berbuah, org2 kg saya akan bergotong royong utk panjat & petik buah yg matang kemudian di bahagi- bahagikan kpd keluarga2 di kg….Buah yg mentah, selalunya diltk di dlm karung & disimpan di tempat gelap supaya cpt masak…buah yg masak di mkn begitu saja…Skg dkt kg saya ada tggl 2 - 3 pokok lg tapi skg dah tak berbuah lg…Kebiasaan pokok ini kalau di Sabah ditanam di atas bukit sebab pokoknya sgt besar & tinggi…Buat masa ni blm pernah nampak lg buah ni dijual dkt mana2 gerai…selalunya bila musim pokok ni berbuah cuma boleh nampak di jual dkt ‘pasar minggu’ atau lebih dikenali kalau di Sabah sbg ‘tamu’…selalunya di jual oleh penduduk2 kg yg dtg ke ‘tamu’ utk menjual hasil pertanian mereka…

20 | zulkifli

March 28th, 2010 at 4:23 pm

Avatar

saya biasa makan binjai masam,yg manis tak pernah pula, itu pun semasa dahulu. tahun sudah semasa pergi ke sabah saya ada membelinya, tapi masam. buah ni kalau dibuat sambal sedap.

pokoknya mmg tinggi,orang tua2 dulu kata pokok ni sering dihinggapi penungguvatau hantu raya. boleh caya ke ni?

21 | Daudjaafar

March 28th, 2010 at 4:24 pm

Avatar

Salam Fadly; Aik.. Hilang hilang tahu tahu bawa balik buah masam .Pasal binjai ni sebut saja nama power masam nya terasa di lidah.walau bagai mana pun ,dengan ada nya teknologi sekarang ni,buah yang macam mana rasa pun bolih bertukar rasa asal nya.Contoh buah asam jawa atau (celagi)sebutan masyarakat di sebelah pantai timur,dah tentu nya buah itu masam,tapi apa dah jadi manis jadi nya buah itu.bila dah manis mahal lah pula harga nya.Maka dengan itu tak mustahair binjai akan merasa manis pula buah nya.Saya percaya binjai yang manis akan medapat tempat kerana binjai mempunyai bau nya yang semula jadi.Terima kasih.

22 | Suhaila

March 28th, 2010 at 5:08 pm

Avatar

Salam, hhmm..saya pernah makan buah ni. Tapi kalo sempadan Melaka (sebelah Johor) panggil buang Kemang (kalo xsilap). Buah ni sekarang payah nak cari. Biasa kalo manis memg makan mcm tu aje. Yg masam, mak saya biasa buat jeruk untuk di makan bersama sambal belacan atau tempoyak.

23 | lAl

March 28th, 2010 at 9:49 pm

Avatar

Maaf, saya xpernah nengok buah bijai nih… tapi info kat sini berjaya memberikan saya inspirasi tentang buah binjai… :p

24 | Khairulpg

March 28th, 2010 at 10:46 pm

Avatar

Buah ni??? masamnye……. bau dia dah buat air liur meleleh..

25 | arzli

March 28th, 2010 at 10:51 pm

Avatar

Salam…saya pernah juga merasa makan buah binjai ni….rasanya masam,kalau nak dimakan terus mungkin ramai yang tak sanggup memakannya…kalau yang sudah dijeruk,saya belum pernah mencubanya..

26 | sweet

March 28th, 2010 at 11:49 pm

Avatar

sambal belacan + binjai = makan dgn nasi panas + sayur masak air (bening) + ikan pekasam/ikan kering = tak nampak org keliling sbb khusyuk menikmatinya…kalau tak caya, cobalah…

27 | ima

March 28th, 2010 at 11:50 pm

Avatar

Salam, terima kasih Fazli kerana mengingatkan saya tentang buah ni. memang sedap rasanya, tak kira masam atau manis. Tapi tulah…susah nak dapat sekarang ni…

28 | sayang

March 29th, 2010 at 12:03 am

Avatar

buat sambal belacan letak buah binjai sket..mkn ngan nasi panas2..sedap tuh…!!

29 | Aniq

March 29th, 2010 at 12:10 am

Avatar

Terima kasih masih ingat dengan buah-buahan yang masih dikekalkan hingga hari ini. Buah ini bermusim dan memang betul ia banyak terdapat dikubur di kampung. Masih teringat lagi dikampung saya di Bukit Baru Kampungku sayang, dihadapan rumah saya ada sebatang pokok binjai yang besar. Semasa sekolah rendah dulu, semasa musim berbuah, bila waktu pagi saya akan pegi kutip buah binjai ini. Sekarang dah kena tebang. Yang masam dibuat jeruk dan sambal belacan dan yang manis nya boleh dimakan begitu saja. Arwah nenek saya dikampung memang pandai buat jeruk dan berbotol-botol ada dirumah. Tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan.

30 | shada

March 29th, 2010 at 12:18 am

Avatar

salam…

eh nk tnye la..buah binjai ni bleh buat kerepek kan..
sbb aku penah mkn kerepek binjai (orang bagi)..
rasenye kelat2 pahit tp sedap..
btul ke bleh bt kerepek..nk tau la..

31 | ahmad

March 29th, 2010 at 12:22 am

Avatar

buat ayaq pun sodap bah, mok kawan royak kalau tanam kene tunggu 7 tahun untuk dapat hasil. masa tu pokok pun dah besau

32 | dan_kedah

March 29th, 2010 at 12:31 am

Avatar

salam,buah binjai…dah lama x rasa buah ni…suka juga kalau buat sambal belacan cicah dengan ulam…dulu selalu jumpa kat ‘pekan nat’…skarang ni dah x jumpa dah…pokok dah kena tebang kot???

33 | Kama

March 29th, 2010 at 12:39 am

Avatar

buah binjai masam tapi masa budak2 dulu aku selalu pegi beli kat tuan punye pokok…tunggu kat bawah pokok gugur je beli..mase tu harga rm0.50-rm1.50..ikut saiz…kite org kat kg (pasir Mas, kelate) buah makan dgn budu…

34 | zlee

March 29th, 2010 at 12:42 am

Avatar

saya rasa kan nie bukan buah binjai
klu tak silap nie buah kemang
klu buah binjai rasa nyer pahit,
dia biasa buat kerepek,
lagipun bila masak warna merah dan saiz nyer besar jari kelingking ajer….
wallahualam…

35 | SILZACK KHAIROL

March 29th, 2010 at 12:43 am

Avatar

Buah ni saya biasanya makan begitu sahaja kalau ia manis… dan masam pula , saya buat sambal belacan.. memang sedap!… atau saya cecah dengan mana-mana jenis kicap masin… memamg sedap!

36 | anak malaysia

March 29th, 2010 at 12:48 am

Avatar

tapi klu buah binjai kt kedah jenis lain ..bukan jenis tu..

37 | Aniq

March 29th, 2010 at 12:50 am

Avatar

gambar yang tetera diatas confirm buah binjai…ade sesiapa tahu kedai makan kat KL jual sambal belacan binjai..terasa pulak nak makan…kalu yang manis color dia gelap sikit..

38 | Zachary

March 29th, 2010 at 1:09 am

Avatar

Apa nama Inggeris binjai ini?

39 | evy

March 29th, 2010 at 1:15 am

Avatar

hi..buah binjai kalau d sabah panggil buah belunu atau bundu..
evy tak pernah lg mkn buah yg masam..kebanyakan buah binjai kt kg evy manis..kulitnya wrna kecoklatan dan tak cantik..
kat rumah atuk evy ada satu pokok…tinggi melangit pokok dia..pastu besar betul…teringat musim zaman sekolah dulu2 lagi..kalau musim binjai ni berbuah,evy dan sepupu2 evy akan menunggu bawah pokok..tunggu buah gugur…hehehee
skrng pokok binjai kat belakang rumah atuk evy tu tak pernah lagi berbuah..mgkn dah tua sangat…
menurut cerita atuk nenek evy..pokok binjai tak boleh potong sesuka hati nanti badan akan tumbuh biji2 gatal…pastu kalau nak makan buah binjai,tak ble luka kan biji dia nanti keseluruhan isi akan jadi pahit..

skrng tak pernah lagi nampak ada org jual buah binjai…

40 | siti

March 29th, 2010 at 1:15 am

Avatar

saya tinggal di binjai patah cuma sekarang nak gelemour sikit tukar nama ke binjai jaya…dulu kampung saya memang banyk buah binjai ni.masa kecik2 dulu orang tua cakap kalau nak buah tu jatuh duduk bawahpokok sambil tunjuk keatas…pelik kan….tapi kitorang ni budak2 ikut jela…sekarang dah besar ni bila pikir balik buah tu dah masak jatuh la…takkira la kita tunjuk ke tak………..

41 | Azhar

March 29th, 2010 at 1:16 am

Avatar

Dulu masa kecik kecik sukalah makan keropok binjai yang rasa nya agak agak pahit gitu. Taklah berapa suka tapi mak dah goreng makan ajer lah.

Keropok binjai ni makannya tak leh berebut macam makan keropok ikan. kemam kemam lepas tu diam sekejap merasai nikmat kepahitan nya . lepas tu makan lagi.

Sekarang rasa nya buah binjai ni agak susah nak dapat kat JOhor ni.

42 | roseni

March 29th, 2010 at 1:18 am

Avatar

Salam buat semua,
tengok je gambarnya, terliur pulak.Kalau diMuar,yg masam ,namanya kemang dan yg manis tu buah binjai.Kemang boleh dibuat jeruk,sambal dan dimakan gitu je ,taburkan sedikit gula memang sedap betul.Yg manis makan gitu je.Sekarang harganya memang mahal tapi berbaloi betul sebab sedap.Buah kemang ni ada dijual (bila musimnya) diSungai Choh menghala ke kilang Perodua ,sebelah kanan.Pokoknya pun kita boleh dilihat sebab betul2 tepi main road.

43 | Alie

March 29th, 2010 at 1:34 am

Avatar

Buah binjai ni kalau masa aku kecik2 dulu memang aku selalu makan. Kat kampung aku pokok ni tumbuh kat tepi sungai je. Tapi satu je nak pesan kalau makan buah ni jangan sampai tergigit bijinya nanti tekak kita akan jadi bengkak. Itu orang tua2 kat kampung aku selalu pesan. Tapi memang terbukti kalau betul2 tergigit biji dia tekak kita akan jadi bengkak. Apa yang pasti jangan kita kulum bijinya.Tak tahulah ianya secara kebetulan atau tidak..tapi ade 2 atau 3 kes yang jadi macam tu kat kampung aku mase tu.

44 | mymoon zailan

March 29th, 2010 at 1:37 am

Avatar

Fuhhhh…Pak Ngah Perlis tuuu…bukan main lagi pantun buah binjainya…..nak sandin anak dara aje…hehe….memanglah buah binjai ni kalau dulu2 tak dok rega langsung kato ore klate…main pijak je…..tapi la ni….hmmmm harganya kalah buah epal….yg masam buat jeruk dan make colet juga buat sambal…yg masam manis makan gitu aje…emmmmmkeluar air lior pagi2 ni….

45 | Razak

March 29th, 2010 at 2:02 am

Avatar

Kat utara buah tu, ada yang panggil binjai dan ada yang panggil buah lanjut. Setahu saya buah ni lebih daripada 2 jenis ada yang masam, ada yang manis dan satu lagi tu masam dan bau macam minyak tanah tak selera untuk dimakan.

46 | otapir

March 29th, 2010 at 2:16 am

Avatar

salam… lie.

buah nie juga t’dpt di serata negeri di malaysia. mahupun disebelah selatan tanah air..

di indon buah nie juga banyak di sebelah jawa barat, buah nie byk khasiat nya…

ia juga di jus yang bgitu sedap sekali….

47 | Zubir

March 29th, 2010 at 2:32 am

Avatar

Kat pejabat saya ni ada kawan bawak sejenis buah seperti katak puru dan buah ni juga di panggil buah katak puru. Ada sesiapa yang tahu berkenaan buah ni. t.Kasih

48 | ummu ahmad

March 29th, 2010 at 3:05 am

Avatar

Buah binjai ni baunya harummm..kalau yg masak tu dr jauh dh bau, say jarang makan buah ni, di Kelantan buah ini byk terdapat di Kuala Krai , biasanya ada deretan gerai di tepi jalan yg menjual buah ni.Nenek saya suka buat sambal buah binjai..kadang2 dia jeruk n makan dgn garam bersama nasi..boleh buat appetizer katanya.

49 | ummu ahmad

March 29th, 2010 at 3:08 am

Avatar

..hmm buah yg pahit tu bukab buah binjai tapi buah malinja, yg di buat keropok..mmg sedap keropok malinja ni walaupon pahit, harganya pon agak mahal.

50 | Faridah Ishak

March 29th, 2010 at 3:12 am

Avatar

Buah binjai ni campur dalam gulai pun sodap

51 | mardziah

March 29th, 2010 at 3:22 am

Avatar

kemang manis, binjai masam itu yang saya tahu, bila besan saya suruh ambil buah kemang dan saya rasa manis, buah ini bermusim. kat muar ni masih boleh tengok pokoknya. kalau kat kampong saya di Perak. susah nak tunjuk kat anak-anak pokok buah ini. keduanya sedap kalau dibuat air asam. cecah dengan ikan bakar , makan nasi panas-panas. kecur air liur nak tunggu musimnya

52 | admin

March 29th, 2010 at 3:23 am

Avatar

Kalau ada gambar.. bolehlah kirimkan ke sini..

53 | waliz

March 29th, 2010 at 3:23 am

Avatar

saya tahu buah ni..skali pandang mcm buah timun yang dah tua tu kan..rasanya masam..sedap buat sambal belacan..

http://walizgarden.blogspot.com

54 | Azeri

March 29th, 2010 at 3:32 am

Avatar

Alamak…aku langsung tak pernah makan cuma pernah dengar jer.Malangnya.Terima kasih Fazlisyam kerana memperkenalkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang kekadang tu tak kenal pun.

55 | zakiah

March 29th, 2010 at 3:32 am

Avatar

rasa-rasanya yang dibuat kerepek tu belinjau bukan binjai, tapi tak tau lah kalau memang ada kerepek binjai.tak silap saya ada tiga jenis binjai atau kemang ni, yang manis, masam dan juga yang masam manis.yang paling sedap ialah yang masam manis.yang masam tu rasanya tersangatlah masam dan elok dibuat jerok aje.yang manis tu sedap juga tetapi susah nak jumpa.

56 | ammierto

March 29th, 2010 at 3:42 am

Avatar

Aku orang Melaka nak bagi komen sikit. Buah binjai rasanya manis dan pahit-pahit sedikit. Yang masam tu buah kemang. Saiznya lebih besar dari buah binjai dengan kulitnya kasar sedikit. Buah kemang yang masam tu biasanya dijeruk dan dimakan bersama sambal belacan. Pokok kemang biasanya dalam hutan atau dipinggir tali air atau sungai. Setahu aku orang tak tanam ia tumbuh sendiri. Yang binjai tu ada orang tanam pasal nilainya lebih tinggi, Respon orang Teluk Kemang di N9 dan Binjai di Terangganu?

57 | adi

March 29th, 2010 at 3:46 am

Avatar

kecur air liur bila ckp pasal buah binjal. saya pernah makan yang masam je. yang manis belum lagi. tp kat kelantan, memang mahal gak harganya. setengah orang kata ia mahal sebab ia lambat berbuah. ambil masa yang amat panjang untuk berbuah. so, kalu yang dah berumur tanam ia, tak sempat nak merasalah makan buahnya.

58 | MATT ZIZZ ABBOOT

March 29th, 2010 at 3:55 am

Avatar

buah binjai ni segar kurang menyenangkan sbb mudah busuk & ianya tidak sesedap buah yang masam seperti mangga. untuk dikomersilkan tidak mendapat pasaran akan tetapi ianya boleh dibuat kajian dalam mengkomersilkannya di bidang industri makanan kerana di melaka terlalu banyak pokok ini. setahu saya jika khinzir boleh digunakan pelbagai bentuk gelatin dan industri tekstile mengapa buah binjai ini tidak boleh dimanfaatkan.

59 | orang kampung

March 29th, 2010 at 3:58 am

Avatar

Saya x pasti yang gambar binjai tu jenis manis… rasanya kalau x silap itu adalah jenis masam yg mana isinya juga boleh dijemur kering utk dijadikan asam utk masak gulai dsb. Juga dibuat kerabu sedap…

Buah yang manis pula di sarawak dipanggil buah belunu’ sama mcm sebutan orang sabah. Beberapa bulan yang lepas saya ada tanam drpd bijinya untuk menglak drpda kepupusan benih. Nak tggu berapa tahun sebenarnya boleh mengeluarkan hasil buahnya…..

60 | awin

March 29th, 2010 at 4:20 am

Avatar

salam,saya tgh mengandung 4 bulan ni, kat mana nak cari buah binjai masam kat area kl ni ek?? mengidam nak mkn dari bulan lepas. dah try cari sampai kampung kat melaka. tapi takde, yg ade cuma yg manis je. sedih. huhuhu….

61 | Dedaun Alam

March 29th, 2010 at 4:27 am

Avatar

salam, buah binjai kalau di Kelantan biasanya dimsukkn dalam budu utk mnambah rasa masam dn mjadikn budu lbh sedap dimakan.masa dok kat Kelantan saya biasa mkn buah binjai ni tp sejak pindah ke utara Semenanjung, buah binjai pn lama dh tak tgk..huhu.. Ramai org yg tkeliru antara binjai dan belinjau rupa-rupanya.

62 | Ibrahim Mustapa

March 29th, 2010 at 4:31 am

Avatar

Buah binjai kebiasaanya banyak di pantai barat semenanjong. Sememangnya terdapat dua jeni rasa iaitu manis dan masam. buah yang manis dimakan biasa, manakala yang masam di melaka dimakan bersama sambal belacan, dicampor dan masak sambal binjai dan untuk kuah kari binjai atau masak lemak binjai. Buah binjai kulitnya kuning dan pokoknya biasa besar dan tinggi. kepercayaan orang kita ada setangah kita tidak boleh dekat/terkena kayu/btg binjai dan kulit akan kemerahan dan gatal atau dipanggil kena sembor gota/gelagata. Orang kita juga memperbagaikan binjai masam dengan dijerok air garam dan dimakan untuk menarikan selera makan. Satu lagi buah serupa dengan binjai dipanggil buah lanjut tapi warna kulitnya hijau kekuningan dan sedap dimakan.

63 | Wak Din

March 29th, 2010 at 4:36 am

Avatar

Salam.
Kalau dulu hidangan demang,
Disaji dan dihidang sigadis manis,
Makan pula cara beradap,
Sopan dan santun jadi amalan,
Binjai atau lanjut atau binjot atau kemang,
Ada yang masam ada yang manis,
Apa cara makan pun memang sedap,
Ditambah pulak dengan ulam-ulaman.

64 | Wak Din

March 29th, 2010 at 4:41 am

Avatar

Salam.
Cadangan untuk Senty dan lain-lain pengujung Forum: Kalo pokok besar tak nak berbuah dan selepas umur tiga tahun, belikan hormon pembungaan yang mengandungi bahan aktif “Paclobutrazol”, gunakan ikut label. Jenama wak tak nak tulis kat sini sebab nanti kata promosi lak dan tak dapat apa pun. Mekasih sekadar kongsi maklumat je!

65 | ct

March 29th, 2010 at 4:59 am

Avatar

Saya suka la pantun pak ngah. Buah ni ada saya jumpa kat pasar tani. tertanya juga buah tu apa namanya. Lain kali kalau jumpa kena beli le nak tau rasanya masam tahap mana. Macam pelam atau sebaliknya. T. kasih atas info

66 | eda

March 29th, 2010 at 5:35 am

Avatar

buah binjai????? saya ni x pernah rasa buah tu…. kalo dapat mesti syokkan… kat kl ni ade jual ke???? kat mane

67 | Pak_Tam

March 29th, 2010 at 6:09 am

Avatar

Di sebelah utara………..kebanyakkan buah binjai ni masam………..jarang ada yg manis………kalau manis pon bukan la manis buah……….ada juga masamnya………..

68 | Taib Abdullah

March 29th, 2010 at 6:15 am

Avatar

Buah binjai ni atau kemang akan berbuah setahun sekali. Pokoknya tinggi, setinggi 5 - 6 tingkat rumah pangsa. Yang peliknya bila buahnya sudah masak ia akan gugur dengan sendiri dan jarang pecah cuma lembik sedikit. Yang pecah adalah kerana terlampau masak. Belakang rumah kampung Pakcik (kat Muar) ada lah sepokok tapi jiran sebelah punya. Seingat Pakcik, usia pokok ini ada lah lebih kurang 50 tahun lebih. Macam mana pun rasanya sangatlah manis. Memang tak dinafikan, oleh kerana buah kemang susah dicari mahal lah sedikit harganya.

69 | syira

March 29th, 2010 at 7:11 am

Avatar

salam,
dulu sy memang hantu buah binjai..tapi rasanya dah hampir 15 tahun tak pernah memakannya lagi… sebab utamanya, terlalu susah nak dapatkan di kg ku kini…

70 | ajmr

March 29th, 2010 at 7:35 am

Avatar

Salam,

Memang sedap buah tu, saya selain dicampurkan ngan sambal cili api kampong. Buat masak asam pedas lagi best la.(kalau nak dengan ikat darat lagi ngam).Nanti dah masuk musim nya,sapa2 duk dikawasan Bangi/Kajang/PutraJaya/Serdang boleh la cari kat Pasar Tani Pertanian Hari Jumaat di kawasan Masjid Jamek Komplek Pertanian Serdang Selangor. Dibawah khas dari Batu Pahat

71 | mohamed ali

March 29th, 2010 at 7:42 am

Avatar

dulu masa di kampung saya suka makan buah ini. Tingginya lebih kurang 7 meter. Tetapi skrg tak lagi sebab pokok tu dah ditebang atas alasan pembangunan

72 | mohammad syahril

March 29th, 2010 at 9:04 am

Avatar

Salam…buah binjai..dah lama tak makan buah masam ni masa zaman kanak-kanak dulu, bila musim buah ni, mesti pergi lastik untuk gugurkannya..sekarang dah takde masa nak pergi lastik lagi…

p/s: pokok binjai di kampung saya, berusia 90 ke 100 tahun lebih (menurut cerita orang paling tua dalam kampung saya), hingga sekarang masih berbuah bila tiba musimnya..

73 | mukha

March 29th, 2010 at 10:13 am

Avatar

mmglh agk jarang sekali kite meliht peniaga yg menjual buah ini..al maklumlh kebnyaknye buah ini berasal dan hidup liar di hutan…saya jg penah merasa buah binjai yg plg saya suka yg manis punya tp…jarang sekali nk dptkn yg manis kerana x byk yg jualnya kalau ada pun pasti mahal harganya…buah binjai jg mempunyai khasiat yg tersendiri dlm perubatan tradisional….kalau ada yg boleh membuat kajian tntg buah ini lbh mendalam itu memg di alu-alukan terutama dalam khasiat nya..

74 | aman

March 29th, 2010 at 11:29 am

Avatar

salam.
buah ni memeg sesedap rasela,enak dimakn begitu shj,tp kalau ditumbuk sekalai dengan sambal belacan makan pun sodap.hehehehehe

75 | Ismat

March 29th, 2010 at 1:31 pm

Avatar

Kalau yg manis tu kat Sarawak,Sabah dan Brunei dipanggil belunu, yg masam tu dinamakan binjai. Dari segi rupa bentuk memang sama.

76 | ejey hassan

March 29th, 2010 at 2:23 pm

Avatar

kat kelantan on d way from kuala krai to machang, kawasan kampung pangkal petai selalu jual buah binjai ni bila sampai musimnya, selonggok 3 biji, tak tahula plak brp ringgit RM5 ke RM10. Mana dtg buah ni, nak katakan dari pokok kat kampung tu.. nampak tak de sebatang pun pokok binjai.
Yang aku tahu, kat kampung aku ada sebatang pokok binjai, masa kecik2 dulu batangnya dah sebesar tiang elektrik tapi belum berbuah, sekarang aku dah 46 tahun, pokok binjai tu dah sepemeluk…pun dgr kabarnya belum jgk lagi berbuah..
Memang betulla kata org tua2, kalau tanam pokok binjai, cucu kita nanti baru tentu dpt makan buahnya…patutla mahal buah ni, walau rasa masam gerbang….

77 | yati

March 29th, 2010 at 11:47 pm

Avatar

Di Penang byak terdapat buah binjai. Tpi saya tak pernah makan sebab itu tak tahu nak komen rasanya..

78 | nik

March 30th, 2010 at 12:31 am

Avatar

terima kasih saudara keluarkan atikel buah binjai.
zaman sekarang ini berapa kerat shj yg kenal buah ne kalau knal pun tak pernh merasa.buah binjai mmg sedap d makan bgtu shj atau ape jua masakan mmg power buah binjai

79 | mafabd

March 30th, 2010 at 12:56 am

Avatar

Salam,
Saya mula dikenalkan dengan buah binjai ini oleh jiran saya, Pak Awang. Katanya, di kampungnya di Melaka hanya terdapat sepohon pokok binjai…so kalau pokok nie berbuah…ramailah org kampung berduyun2 datang nak ambil buahnya sampaikan ada yg sanggup tidur kat bawah pokok tersebut semata2 nak dapatkan buah binjai nie…yg bergaduh pun ada….

Saya pernah rasa kedua-dua jenis, yg masam & manis….rasanya macam buah mangga…yang manislah..yang masam ayoyo……manyak masam…terkenyit-kenyit mata….he,he

80 | shon

March 30th, 2010 at 2:37 am

Avatar

dikampung saya, area daerah yan..dulu ada satu ja pokok bijai nih..pokoknya tinggi dan rendang…kalo sebelah malam mau seram jugak kalo kat area pokok tuh….buahnya memang ada spesis manis dan masam..ikut rezeki masing2..kena yang manis okla..kena yang masam terkenyit la mata..tapi manis atau masam dua2 ok sebab boleh dibuat pengganti asam tempoyak digaul bersama sambal belacan….perrgghh..memang laayann….makan nasi boleh lajak 2-3 pinggan…

81 | makmur46

March 30th, 2010 at 2:54 am

Avatar

Kite panggil buah ni buah kemang, kecur nye…

82 | ppoji

March 30th, 2010 at 3:16 am

Avatar

dulu-dulu masa kecil pokok binjai ni kat tepi sungai, besar dan tinggi. pasi-pasi kena pergi check buah yang dah jatuh. klu lambat orang dah sapu dulu. memang sedap buat sambal atau kalau belum lembik sangat, makan macam tu je.nama tempat saya pon binjai patah, nama sekolah pon sk sungai binjai.

83 | cheryl esmuel

March 30th, 2010 at 7:27 am

Avatar

mmm.. lame dah tak makan.. dulu masa kecik - kecik adalah makan… rasa dia best makan dengan garam… tapi getah dia kalu kena badan bahaya… leh berkudis…. dulu masa kecik kecik selalu ambik buah nie yang tumbuh kat kawasan kubur… entah kenapa lah banyak pokok nie tumbuh kat kawasan kubur… sebab tu ada kubur yang di berinama kubur binjai… sinonim dengan pokok binjai kut… coz that kalu dengar pokok binjai terasa seram jer… huhu… you all tahu tak mane leh dapat buah nie???

84 | Rusni Binti Saleh

March 30th, 2010 at 8:10 am

Avatar

Buat air asam dengan ikan keli atau ikan daratCaranya potongkan cili api + air panas + potong/hiris kan binjai + ikan dibakar dan masukkan kedalam nya + garam secukup rasa.Makan dengan nasi panas.ummm tekinyam de buek eee..

85 | dr.aku.la

March 30th, 2010 at 9:08 am

Avatar

da lama dengar pasal buah ni,
tapi tak pernah rase.
p/s: teringat sekolah lama, nama pon sempena nama buah ni. hehehe…

86 | hjhfaridah

March 30th, 2010 at 11:46 am

Avatar

lamadah tak makan binjai sejak kecik dulu je arwah mak beli. dimana nak dapat kan di ipoh ni..?

87 | neesah

March 30th, 2010 at 1:44 pm

Avatar

Hai Fazli
tak pernah tengok buah binjai ni.. tapi pernah makan jeruk buah Melaka kat Penang sedap gak rasanya

88 | SRIAYU

March 31st, 2010 at 4:08 am

Avatar

buah ni memang banyak terdapat di Sabah. Rata-rata orang Sabah biasa melihat dan makan buah ni. Cara makannya ada pantang juga. Kalau makan jangan sampai terkupas bijinya nanti di jangkiti kudis.

89 | ballazi

March 31st, 2010 at 5:32 am

Avatar

di Melaka ia dipanggil buah binjai atau kemang. Memang ada banyak jenis masam, manis, kecil dan ada yang besar satu biji berat sekilo. Dikampung biasanya orang masak lemak ikan merah campur dgn hirisan buah binjai.

tq.

90 | whoOop!

March 31st, 2010 at 11:08 am

Avatar

salam…first time aku tngk buah binjai ni…bentuk mcm buah jambu batu je…sdap ke buah ni?

91 | Hj Ahmad

March 31st, 2010 at 12:33 pm

Avatar

Memang sedap dimakan samada yang manis atau masam. Macam-macam masakan boleh dibuat. Bertambah selera makan bersama buah binjai. Cubalah baru tau……

92 | khaldon

March 31st, 2010 at 1:12 pm

Avatar

Memang sedap buah binjai ni bagi pengemar makan makanan yang masam ni, kalau mak saya, dia suka buat sambal belacan binjai seperti membuat sambal belacan pelam.

93 | Ujee Awg Lie

March 31st, 2010 at 2:39 pm

Avatar

salam.. em buah binjai kalau kat tempat saya sempadan Sabah dan Sarawak, yang masam dipanggil binjai dan yang manis dipanggil belunu. buah binjai boleh dibuat jeruk, kalau kami di Lawas dimakan dengan ikan panggang dan ambuyat (tepung sagu dibuat seperti gam). buah belunu pula lebih besar dari buah binjai. memang manis dan sedap dimakan begitu sahaja. kat kampung memang banyak bila musimnya.

94 | azmi

March 31st, 2010 at 3:28 pm

Avatar

Salam…satu kesamaan buah binjai nih ialah bau nya…rasa nya masam dan manis…lebih sedap buah binjai dari sabah dikenali sebagai buah belunu rasanya manis dan isinya agak tebal warna kulit hijau cerah berbanding buah binjai disemenanjung bewarna coklat berkulit kesat bila masak.pokok belunu dan binjai banyak persamaannya besar dan tinggi.

95 | Pak da

April 1st, 2010 at 4:21 am

Avatar

buah binjai ni kalau bubuh dalam budu campur ikan haruan bakar sedap oiii…. pak mertua lalu di belakang tak nampak. Kalau tanam pokok ni belum tentu dapat rasa buah dia, krn makan masa amat lama utk berbuah. silap-silap tuan dia meninggal dulu baru berbuah. buat yang tak biasa makan tu…. cuba-cuba le. cuma satu binjai tak leh makan Kg Binjai kat kubang kerian kelantan.

96 | hantu buah

April 1st, 2010 at 6:20 am

Avatar

salam. sya ada tanam pokok ini beberapa pokok. saya semai dulu biji kemudian tanam kt kebun. lambat sungguh dia nk membesar…tak tau lah bila tahun dia boleh berbuah. harap harap lah dia berbuah sebelum saya mati…hehe. dengar kata pokok ni berbuah tiga tahun sekali betul ke?

97 | Hasimah

April 1st, 2010 at 7:41 am

Avatar

Dulu di jalan masuk kampung saya ada pokok binjai,tinggi.bawak pokok itu semak samun tiada siapa yang sudi membersihkannya,tetapi bila tiba musim buah bijai jatuh,sekelilingnya menjadi terang benderang…….entah siapa yang membersihkannya. Buah binjai didapati dengan mengutip buah yang telah masak dan gugur di tanah seperti buah durian….tidak ada sesiapa yang sudi memetik kerana faktor ketinggian pokok itu.
Bau buah binjai amtlah harum. Di Daerah Sabak Bernam ada sekolah yang dinamakan SK Binjai Jaya.

98 | abdul kadir

April 1st, 2010 at 8:32 am

Avatar

di sarawak buah ni ada dua jenis, yg masam dipanggil binjai dan yg manis dipanggil belunuk.

99 | taibwahid

April 1st, 2010 at 6:02 pm

Avatar

Salam en Fazli,
Saya berhasrat nak memulakan perniagaan menjual anak-anak pokok buah-buahan. Mintak tolong encik Fazli cadangkan anak pokok buah2an yang komersil dan di kehendaki di pasaran. Terima kasih saya ucapkan=)

100 | adilah abdul razak

April 2nd, 2010 at 1:41 am

Avatar

sayer rase,saye x brape tau buah binjai nih..
dan mgkin ramai lg yg x tau…

101 | Kartina

April 2nd, 2010 at 5:23 pm

Avatar

Salam Sdr Fazli,

Binjai jeruk dan binjai dalam sambal adalah cara makan buah binjai yg sedia maklum. Cubalah pula hirisan binjai dalam daging atau ayam masak bening ( sup tanpa rempah). Selamat mencuba.

102 | marina

April 4th, 2010 at 5:52 am

Avatar

saya biasa jugak makan buah ni. hiris nipis memanjang, taburkan garam n gula, simpan dalam peti ais 2-3 hari, sedappppppp

103 | hjazlan

April 4th, 2010 at 2:32 pm

Avatar

Buah lanjut buah binjai
Dalam capah ateh paro
Cukur janggut cukur misai
Nak nikah anak daro

104 | ain

April 4th, 2010 at 2:34 pm

Avatar

Wah handal tuan aji

105 | Gilabuah

April 5th, 2010 at 9:07 am

Avatar

Kalo tak silap di Penang dulu ada satu pokok kat greenlane, tepi wat siam. Pokok besar yg pangkal dililit kain merah-kuning, kononnya berpuaka. Tiba-tiba berbuah lebat masa saya sekolah rendah. Buahnya manis, kulit buah tu kuning-coklat cerah. Mak oi berebut-rebut orang ramai membelinya. Lepas tu, pokok tu ditebang. Ada satu lagi pokok kecil kat dalam wat siam tapi tak lama lepas tu pokok tu pun kena clear juga kalo tak silap. Ramai yg panggil pokok buah pelir lembu, sebab bentuk buahnya macam tu, terjuntai dr tangkainya.

Pokok binjai ada musim luruh daun, dimana pokok tersebut akan botak. Bila daun baru keluar, pelepah putik yg besar akan keguguran disekiling pokok.

Buah yang licin kulitnya dan warna kuning-coklat adalah binjai (Mangifera caesia) manakala yang kasar kulitnya dan lebih kusam warna adalah kemang (Mangifera kemanga). Ada juga pokok kacukan antara kedua-dua spesis tersebut. Ada yg berpendapat kedua-dua spesis tersebut patut digabungkan.

106 | bai

April 6th, 2010 at 12:43 pm

Avatar

memang buah binjai ada 2 jenis, satu masam dan satu manis, buah kemang lain sikit walaupun nampak serupa, buah kemang besar sedikit dari binjai, pokoknya hampir sama cuma daun saja sedikit berbeza, kalau tak silap boleh cam dari jauh masa dia berbunga, bunga warna merah dan bunga warna putih itu bezanya.

107 | aniluz88@gmail.com

April 7th, 2010 at 6:02 am

Avatar

buah nie sangat-sangat sedaap..buat jeruk dulu kemudian bila mau makan campur dengan cili dan bahan tumis bila makan dengan nasi panas…eemm…sedap

108 | Ju

April 9th, 2010 at 7:53 pm

Avatar

MasyaAllah, hilang rindu sy bila tengok gambar buah binjai ni. sampai sekarang sy masih terkenang2 baunya yg kuat dan sedap. Masa kecil dulu sy makan begitu saja. Jeruknya sy tak pernah rasa lagi. kerana pokok binjai ni juga sy pernah masuk hospital berminggu sbb terkena getahnya.

109 | min

April 12th, 2010 at 3:36 am

Avatar

salam, tk de ke tunjuk pokoknya….

110 | remsa

April 13th, 2010 at 7:04 am

Avatar

Buah binjai juga dikenali buah lanjut rasanya manis + kelat + sedikit masam, buah kemang yang manis memang sedap, (2 biji seorang tak cukup) tiada rasa kelat atau masam, keduanya bau wangi. Tapi buah kemang yang masam sepotong pun anda tidak tertelan, tersangat masam. Buah binjai dan buah kemang adalah dua buah yang berbeza. Sekarang saya tidak jumpa orang jual buah binjai. Buah kemang banyak dijual (dlm musim) di gerai (jual belacan, cencalok dll) sepanjang jalan dari Bandar Melaka ke Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka (sebelum masuk Plus, tepi jalan dekat Petronas)

Kemang yang manis tidak banyak dijual, mungkin banyak pembelinya, tapi yang masam banyak (saya rasa
yang dijual putik atau buah muda kerana saya lihat buah bersama tangkainya, kalau yg masak tangkainya tiada)

111 | mona

April 15th, 2010 at 7:54 am

Avatar

maaflah saya kurang pengalaman dalam pertanian buahan ini tp sye agak berminat dalam pertanian.ada seorng rakan saya dia pn dalam bidang pertanian saya berminat pertanian ini dari situ la.agak menarik so saya terus kan untuk mencari pelbagai tanaman yang agak menarik dan luar biasa dari yang saya jumpa…harap fazlisyam dapat mencari pelbagai jenis tanaman..

112 | sexy

April 18th, 2010 at 10:51 am

Avatar

amboi! kecur liur dibuatnya. cicah budu sedap nih! mau 3 pinggan nasi bertambah! nama jer sexy. tak dak makna nyer! **dulu masa kocik, nenek slalu pesan : tak boleh makan buah binjai macam tu jer.. kena kupas n hiris dahulu. nanti leher jadi macam ayam jantan, ada ‘tembolok’. punye la patuh. sampai skrg tak berani. ***kalau sy kawin (he2!), sy akan pesan kat anak sy : tak elok makan mcm tu.. tak sopan.. x elok mkn byk sgt, nnt sakit perut.. @ tak elok mkn sorang2, kongsila dgn org lain ckit.. slm.

113 | aza

April 23rd, 2010 at 3:28 am

Avatar

binjai.dulu sebut nama buah ni xsuke sgt..bau dia agak pelik..tp ble dh belaja mkn buah ni..teringat2 plak kesedapannya..kebiasaannya buah ni ade pd musim durian(mak sy laa yg ckp)..memg sush nk dpt,kalo ade jual pn harganya agak mahal..sedap dimakan mentah (cicah garam- untuk neutralkan rase masam) atau pun dijeruk..rasenye disekitar Melaka senang nk dpt kot..tp xkan sy nk g Melaka semata2 nk mkn buah ni??huhuhu..

114 | ianz

April 23rd, 2010 at 8:51 am

Avatar

selalu makan buah ni sedap manis, kami di kawasan kampung medong dalat sarawak banyak tanam pokok nie tapi bukan semua orang boleh makan kerana getah pokok nie boleh buat allergy, kadang-kadang gatal badan dan kembang muka, orang tua di kampung jika nak makan lama buah nie dia kupas ambil isi masukkan dalam daun insang, dan disalai, ada juga dibuat macam dodol.

115 | Ainul Mardiah

April 26th, 2010 at 11:52 pm

Avatar

stuju dgn ianz… buah ni kdg2 bleh wat gatal @ allegic. tp rsnya mmg sedap, isinya lembut dan manis tp klu nk mkn sy ambik skit je takut gatal muka..

116 | ainazurin

April 28th, 2010 at 3:39 am

Avatar

Sedap sgt…
Huhuhu…

117 | Mohd Asri

April 28th, 2010 at 3:33 pm

Avatar

kalau sapa-sapa nak tanam pokok binjai ni, agaknya cucu baru boleh makan. tak pernah lagi pokok binjai ni berbuah boleh panjat. pokok balak ni…sebab tu buah muda payah dapat,buat cicah garam belacan sedap ni. kecik2 dulu saya besa terbey (lastik) buah muda. Yg kita jumpa kat pasar tu buah gugur,sebabtu payah nak jumpa yg elok . kalau mai kedah musim buah, nasib baik jumpa kat pasar malam, di kg. singkir jalan tanjong dawai, tepi jalan ada jual buah binjai manis. taklah mahal sangat. aromanya yg buat saya terliur bila dengar namanya. campur dalam asam cabai cicah ulam….. mentua lalu kat belakang tak sedar

118 | Ramlan Said

May 1st, 2010 at 4:58 pm

Avatar

sapa kata kat kl susah nak jumpa..? kat klcc pun ader.. Tinggi.. cantek.. tapi jangan la ader sesapa nak panjat.. nanti guard klcc tangkap.. Orang singapore, arab dan jepun pun banyak beli.. laku sampai sold out.. memang betul best laa kot..

119 | aishah

May 3rd, 2010 at 8:36 am

Avatar

apsal sha tak pernah kenai buah ni

120 | Hassan

May 6th, 2010 at 6:08 am

Avatar

Dari ramai response tentang buah binjai ni jelas menunjukkan buah ini amat popular di kalangan orang Melayu.

Kita jarang ke pasar semata-mata untuk beli binjai. Tak tau kenapa. Tapi bila dah di pasar, baunya akan menarik kita untuk membeli. Yang tak kenal buah binjai akan bertanya buah apa ni? Itu lah daya tarikannya. Buruk rupanya, tapi rasanya…hemmmmmmm….!

Pada saya binjai memang sedap di buat sambal, campur dalam masak lemak cili padi ikan kembung atau makan begitu saja - bagi binjai manis le, binjai masam tak mampu le nak makan “raw” begitu, milu gigi (singkei gigi - kata Orang Utara). Belum pernah makan jeruk binjai lagi. Harap-harap satu hari dapat rasa kerana saya pun suka jeruk.

Semasa bekerja di Melaka kira-kira 2 bulan lepas saya terjumpa binjai di jual di gerai tepi jalan dekat Telok Mas. Saya berenti pun sebab berhajat nak beli kupang. Bila dah sampai situ terhidu bau binjai…! Apa lagi belilah 2 kilo. Tak tanya harga pun. Binjai ni berat, tapi bukan berat isi; berat biji. 2 kilo 7 atau 8 biji - tak ingat dah. Kat rumah saya dan isteri je yang makan. Anak-anak tak suka. Sebab saya beli banyak dan tak mau di kering saja kalau di biarkan begitu, saya pun megupas dan memotong semua bijai yang saya beli. Makan sikit dengan isteri dan selebihnya saya simpan dalam peti sejuk. Kerana saya banyak kerja luar 3 hari kemudian (tengah malam) baru saya “terjumpa” binjai dalam peti sejuk. saya ambil sekeping dan makan. Waduh sedapnya…………..!!!!!!!!! Cuba lah.

121 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 6:42 am

Avatar

Saya jumpa beberapa jenis buah yang orang Melayu dan Iban pangil “binjai”:

Bua Pawùk (Bidayu) Binjai pulas (Iban) (Mangifera torquenda Kosterm.)

Binjai pulas hutan [Ulu Akah] [Flat seed, thick flesh] (Mangifera torquenda Kosterm.)

Binjai pulas hutan [Ulu Akah] [Very thin aril] (Mangifera torquenda Kosterm.)

Binjai (Malay) Fruits: (Mangifera caesia Jack):

Botanical Varieties:

Binjai Manis (Malay) (Mangifera caesia Jack)

Binjai Masam (Malay) (Mangifera caesia Jack)

Belunu (Brunei, Sabah) (Mangifera caesia Jack)

Sila tengok gambar-gambar mereka di antara jenis mangifera di site saya: Sample Photos by Genera/Mangifera

Frank

122 | aza

July 8th, 2010 at 2:07 am

Avatar

skrg ni dh tibe musim durian..sy percaya buah binjai pun mesti ade time ni..sape2 yg ade nk jual buah binjai,leh bitau sy..sy nk beli..mgu lepas mase berjalan2 di pekan sehari temerloh,sy try jgk cari..tp xde..pulang ke ktn dgn hati yg hampa..:(

123 | werdhy

July 9th, 2010 at 10:27 am

Avatar

bisa beli buah binjai disini gak? klao bisa pesen 10 kg

124 | ibrahim

July 10th, 2010 at 11:35 am

Avatar

Di sabah binjai rasanya masam, yang manis di panggil ‘Belunu’. pokok nie belum lagi terusik oleh pakar pakar klon mahupun nikah kahwin, masih verieti asli. Cuma pokok nie liat sikit berbuah, tak bermusim, kalau dah tak berbuah, lama tunggu nak berbunga.

Di kmpg saya, kena panjat, batangnya kena pacak dgn buluh sampai atas utk jadi tangga. yang benar2 tak gayat saja boleh panjat.

125 | laigd

July 18th, 2010 at 9:24 pm

Avatar

Kampung saya buah ni disebut buah binjey. Skrang very rare dan jarang dijual di pasar.Memang ada yang rasa manis dan masam. Bentuk buah pun tak sama namun isinya putih berkrim. Pokok banyak yang dah terlalu old dan tidak produktif lagi.

126 | Mohamad Redza Hashim

July 20th, 2010 at 3:46 am

Avatar

Hi Semua
Saya biasa dgn buah binjai ni.Emak saya pun pandai buat binjai jeruk.Di kampung kawan saya di Merlimau Melaka ada pokok binjai yg mana kata kawan saya ni benih nya di bawa oleh nenek nya dari Sumatra.Pokok binjai yg di tanam nenek kawan saya ni besar pokok nya dan tinggi,buah nya juga besar tapi manis.Dah lama saya tak jumpa kawan saya ni.Setiap kali saya nampak buah binjai saya teringat kan kawan saya ni.

127 | pencinta buah-buahan tempatan

July 26th, 2010 at 3:10 am

Avatar

kt umah sy mmg ade pkk binjai ni..dua mggu ni, mak sy sllu g pasar tani - besut jual

128 | mardiana binti kholid

July 29th, 2010 at 6:16 am

Avatar

pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye…

129 | aza

August 3rd, 2010 at 2:54 am

Avatar

alhamdulillah..akhirnya sy masih dpt mkn buah ni untk thn ni,tp untk thn depan xtau la lg ade ke x..kakak sy belikan di pasar payang khas untk sy..hahaha(terharu plak rase) sebb dia tahu sy ske buah ni..xsabar rasenye nk balik kg dan mkn buah ni..penjual tu ckp skrg ni femes jus binjai kat seberang takir..sebb diorg dh start jadikan buah ni sbgi jus..mesti sedap rase nye & sy teringin nk try bila balik kg nti..

130 | sar

August 18th, 2010 at 1:33 am

Avatar

saya suka makan buah binjai dengan cara diperap dengan gula dan masukan dalam peti ais dan makan. atau boleh juga dikmakan dengan garam. tetapai yang palinga saya suka buah belunu yang banyak kat sabah.saya mula suka makan buah belunu semasa saya berada di Sabah sekitar tahun 1989.sekarang tak pernah lagi makan buah belunu,hanya makan buah binjai sahaja.sekarang musim binjailah.

131 | hasan siregar

September 8th, 2010 at 4:58 am

Avatar

kalau di indonesia namanya buah kemang, kalau sudah matang wanginya kemana-mana, enaknya dibuat jus

132 | hasan siregar

September 8th, 2010 at 5:04 am

Avatar

tambahan daunnya yang masih muda enak juga dibuat lalaban (ulam)

133 | pak choo

September 9th, 2010 at 3:15 am

Avatar

>> apa beza binjai dengan kemang ??

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur