Powered by Max Banner Ads 

21 Mar, 2010

Buah Khiyat

Posted by: admin In: @Buah Nadir

buah-khiyat2

Beberapa minit yang lalu, saya membuat carian Google mengenai buah-buahan nadir yang masih banyak lagi yang saya tidak tahu. Tidak sangka saya terjumpa salah satu lagi jenis buah nadir yang disebut buah khiyat oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dipercayai juga buah khiyat ini memang banyak dijumpai di sebelah pantai timur terutamanya Kelantan. Di negeri lain saya tidak pasti apa gelarannya. Apa pun, terima kasih kepada tuan yang empunya gambar di atas. Memang menarik dan unik buah khiyat ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana caranya nak makan buah ini atau mungkin buah ini tidak sesuai dimakan segar. Mungkin juga perlu dimasak atau sebagainya. Setakat ini saya belum berjumpa lagi apa-apa rujukan mengenai buah ini.

Jika anda pernah melihat atau makan buah ini, diharap anda sudi berkongsi apa-apa informasi di sini. Semoga perkongsian anda memberi manfaat kepada semua pembaca.. Tenkiu..

Related Posts with Thumbnails

132 Responses to "Buah Khiyat"

1 | ron27kr

March 21st, 2010 at 1:32 pm

Avatar

soe, dah lupa pula saya pasal buah ni. rasa mcm dah makan. ada ulas dalam. biji besar. cuma sikit isi. tapi mungkin buah yg ni

2 | zamri

March 21st, 2010 at 1:32 pm

Avatar

buah khiyat ini dimakan cam tu je bila masak (merah) tapi buah ini akan memberikan masalah bila nak buang air besar jika dimakan banyak…maklum ler makan dengan biji. maka pedih ler……

nak makan hanya kopek jer…isi nipis, rasanya agak masam sikit bukannya manis sangat….

3 | murnihati

March 21st, 2010 at 1:34 pm

Avatar

wah..buah khiyat ni.. lama dah sy tk jumpa@makan..
buah ni makan macam tu je.. tk perlu masak..

4 | Nurul

March 21st, 2010 at 1:36 pm

Avatar

thanks for that info..
1st time tau ade spesis buah camni mgkin boleh tergolong
dalam buah hutan

5 | gmah

March 21st, 2010 at 1:39 pm

Avatar

emm.. buah kiat ni sedap kalau d makan cicah colek(garam+gula+cuka+kicap sikit). hirup dengan sudu..rasa meleleh air liur.. nak tahu trylah.. cuma buang air besar payah sikit. sembelit coz bijinya besar. tapi cayalah… sedap.

6 | zuki

March 21st, 2010 at 1:41 pm

Avatar

khiyat! selama ni sy tau sebut je. xtau pl eja dia mcm mana. sape yg suka masam mmg elok la try buah ni. mmg teramat2 masam. tapi walaupn masam, ada rasa dia yg mnyebabkan xboleh nk berenti mkn. mmg sy dh lm xmkn buah ni. last sekali masa 1994 rasanya

7 | umi

March 21st, 2010 at 1:41 pm

Avatar

emm.. rasanya masam. aii, tgok buah ni rasa kecur plak air liur. da lama x makan. best2

8 | bleach

March 21st, 2010 at 1:44 pm

Avatar

salam…1st time saya tngk buah ni…buah ni skang terdapat dimana?

9 | zaharibb

March 21st, 2010 at 1:45 pm

Avatar

Terlebih dahulu terima kasih atas kiriman email kepada saya. Jika tidak kerana email tersebut tentu saya tidak mengetahui tentang blog yang bernas ini. Syabas atas usaha sdra.

Inilah kali pertama saya tengok buah khiyat walaupun hanya gambar. Pada mulanya saya sangka ianya buah mengkula tetapi bila diamati betul-betul, tidak sama dengan buah yang saya maksudkan.

10 | keranaNYA aku di Sini

March 21st, 2010 at 1:56 pm

Avatar

salam..mcm pernah makan..if xsilap,buah ni isinye nipis tapi biji die besar n clr coklat.xsure plak,rasa msm2 manis..
Wallahu’alm..

11 | waliz

March 21st, 2010 at 1:58 pm

Avatar

first time tgk buah ni..nampak cantik walaupun dikatakan masam..geram!

http://walizgarden.blogspot.com/2010/03/blog-post.html

12 | kama

March 21st, 2010 at 1:59 pm

Avatar

dulu saye ade pokok buah ni kat belakang umah…bila kaler dia dah merah pekat boleh makan begitu saje..rasenye agak masam…best kalau dimakan dgn kicap campur gula taruk cili padi sikit kasi pedas…tapi kalau telan dgn bijik2 harap maklumla bila nak buang air besar…hehehe

org2 dulu cakap pokok dia org tak tanam pon…mungkin melalui burung atau melalui org…hehehe maklumlah org dulu2 sebelah pantai timur pakai toilet terbuka…hehehe kat tepi2 batas belakang pokok keladi je…

13 | hazman aka species1980

March 21st, 2010 at 2:01 pm

Avatar

HMMM…… buat yang unik nie….. tak penah dengar….

14 | aima

March 21st, 2010 at 2:01 pm

Avatar

xtau la nak komen sbb xpnah jumpe buah ni.

15 | fid yahya

March 21st, 2010 at 2:11 pm

Avatar

honestly, i x pernah jumpe @ makan buah nie… tgk sekali imbas cam buah kopi jerrr…

16 | ana

March 21st, 2010 at 2:18 pm

Avatar

rasa mcm pernah makan buah ni…x perlu masak
rasanya manis………. dan klu kat tempat sy blh dibeli di perkampungan asli ataupun mereka yang berniaga di tepi2 jalan

17 | Fadzli

March 21st, 2010 at 2:27 pm

Avatar

ni first time dengar buah ni..

- zamri - bijinya besar-besar ke? atau saiz macam biji langsat

18 | muhaini eroni

March 21st, 2010 at 2:27 pm

Avatar

buah khiyat ada 2 jenis,yg bulat dgn yg bulat lunjung,biasanya yg lonjung tu rasa manis,yg bulat rasa masam2 manis.masak merah,bleh d mkn gitu je atau pun d camour dgn sdikit gula,garam,cili api sikit n sikit blacan,campur dgn isi khiyat,pastu mkn la..sedap..

19 | DaHLia

March 21st, 2010 at 2:33 pm

Avatar

first time dengar, first time tengok biarpun diri ini asalnya Kelantan..huhuh maybe ade nama lain kut yang xtau…

20 | hatibebunga

March 21st, 2010 at 2:42 pm

Avatar

saya selalu makan buah nie terutama bila pulang ke kampung. buahnya masam cket, not totally manis. boleh d telan dgn biji, tp awas, akan ada masalah bila membuang air besar.
kulit ny nipis, isinya warna coklat.

21 | Abang Ngah

March 21st, 2010 at 2:48 pm

Avatar

Buah ni d mkn segar..kat umah mak sy di kelantan mmg ade pohon khiyat..sy la panjat kalau nak makan buah ni :)
sy xpasti ade orang masak atau x buah ni..

off topic: pernah bro makan bunga pohon durian?

22 | noodynad

March 21st, 2010 at 2:51 pm

Avatar

penah mkn la buah ni. sdp gak sbb rase die cam msm2 skit. tp namenye cam lain. x igt plak ape tp blh mkn trus cume jgn tln biji nnt skt perut plak

23 | ain

March 21st, 2010 at 2:53 pm

Avatar

saya selalu gak mkn buah ni……
buah ni biasanya dimakan sgar….
xperlu dimask tapi rasa dia msam skit…..
isi dia x tbal jdi lau mkn buah ni biasanya kita mkan skali ngan bji…..

24 | Mamat

March 21st, 2010 at 2:57 pm

Avatar

Ini pertama kali saya dengar nama buah khiyat,Tak pasti pasal buah ni.

25 | Norsiah

March 21st, 2010 at 2:59 pm

Avatar

Saya memang tak tahu buah ni.
Ini pertama kali saya tengok.
T.kasih. atas info diatas.

26 | Julia Amira

March 21st, 2010 at 3:04 pm

Avatar

Assalamualaikum…

trima kasih utk info ini… kali prtama melihatnye.. klu

mudah d dpti nk gak cube merasa buahnye…

27 | Adli

March 21st, 2010 at 3:06 pm

Avatar

Rasanya masam,ada 2 ulas di dalam, biasanya org perempuan mengidam suka.

28 | nuri

March 21st, 2010 at 3:11 pm

Avatar

buah khiyat…sy pnah tgok n pnah rasa..isinya nipis jer..biji besar..rasanya masamm..ermmm..kalu sesaper yg makan banyak, susah nak buang a..b….

29 | admin

March 21st, 2010 at 3:26 pm

Avatar

Buah Mengkula macam mana pulak agak rupanya.. pertama kali mendengarnya..

30 | man

March 21st, 2010 at 3:26 pm

Avatar

kt kg msh jumpa lagi buah nii.. last mkn bln januari hari tu

31 | Manusia

March 21st, 2010 at 3:31 pm

Avatar

Salam Ahad.

Wah!, hamba pun baru festaim tengok dan dengar cerita tentang buah ni. Tapi, nampak memang macam sedap je buah tu, yummy.

Elok juga Tuan Fazlisyam majukan artikel ini di laman-laman forum, Insya’ALLAH boleh dapat lebih banyak feedback ttg buah ni.

Salam Sepanjang Abad.

32 | admin

March 21st, 2010 at 3:34 pm

Avatar

Kat mana kampungnye tu.. benarkah buah ini banyak di pantai timur sahaja.. ada yg dari utara atau selatan boleh beri maklumbalas..

33 | simoza01

March 21st, 2010 at 3:47 pm

Avatar

Masa kecik2 dulu kat kg , saya selalu makan buah ni . Seingat saya , buat khiyat ni kulit buah warna hijau sebelum masak . Bertukar warna kuning kalau dah masak dan jadi kuning oren bila ranum . Tekstur kulit buah tak macam dlm gambar ni . Gaya kulit buah sukun tapi skel kecil , bentuk macam dlm gambar tapi lonjong / bujur lagi . Kulit ( nipis ) dicekik dgn kuku utk dapatkan isinya yg berwarna kuning ( nipis juga ) dan licin . Rasa manis kelat . Saiz bijinya mungkin 70-90% dari saiz keseluruhan buahnya . Zaman saya kecik tu dulu , buang kulit dan telan isi sekali dgn biji2nya . Keluang dan kelawar makan buah ni .

34 | zianlaboy

March 21st, 2010 at 4:36 pm

Avatar

Memang betul,buah khiyat ni banyak berada di sebelah pantai timur,khususnya di Kelantan dan Terengganu.. Kalau kita tengok buah ni, dia nk sama dgn buah kopi.. Tp rasanya berlainan ckit.. Rasa buah ni, masam-masam manis.. Isi dia nipis je,warna putih.. Biasanya penggemar buah ni dia telan dgn bijik-bijik skali.. Tp satu je, bila time nk melepas, dia jatuh mcm tahi kambing.. So,kat kawan2 yang nk cuba merasa buah ni,berkunjunglah ke Negeri Pantai timur.. Tanya kt saudara mara atau sahabat handai kt sana,mana nk carik buah khiyat ni..

35 | elyas

March 21st, 2010 at 4:40 pm

Avatar

buah ni mmg byk kt pantai timur..rasanya agak masam la sikit..tapi ada jgk yang manis ttp masam tu mmg masam lah..saya asal terengganu,jiran saya ada tanam dan setiap kali kuar buah mmg lebat..tapi sebab rasanya masam budak2 mmg xsuka sgtla..

36 | nadia

March 21st, 2010 at 4:55 pm

Avatar

cantiknye buah ni…cm sayang nk mkn

37 | Mahadi

March 21st, 2010 at 4:55 pm

Avatar

Buah khiyat…er mungking ada yg sebut sekiyat..ada yg manis ada yg masam. pokonya boleh setinggi 10-15 kaki. berbuah didahan dan juga dibatang. untuk memetik buahnya kita perlu memanjat. ..bijinya semacam biji kopi. …… buah dia seangkatan buah laghok dari segi penggunaannya. saya pernah jumpa buah ni djual dipasar siti khadjah, kota bharu.

38 | Amim

March 21st, 2010 at 6:26 pm

Avatar

xpenah dgr dan tengok pon buah nih..
huhuhu..
ni baru tau.. :)

39 | helmstore

March 21st, 2010 at 8:03 pm

Avatar

Buah ni memang sudah semakin pupus…patut ditanam untuk kekalkan agar generasi akan datang dapat mengenali buah ini.

40 | HASNAH

March 21st, 2010 at 11:42 pm

Avatar

Salam…

Thanks krn kirim maklumat kat saya…saya memang dari kecik makan buah khiyat…rasanya kalau masak manis tp kena telan dengan biji2nya sekali…kalau tak masak rasa masam sangat. kalau betul2 masak warna isinya macam coklat cair…memang buah khiyat banyak di kelantan

41 | HASNAH

March 21st, 2010 at 11:45 pm

Avatar

untuk pengetahuan admin saya tinggal di Utara tanahair ni dah dekat 5 tahun…tambah belajar kat cni 3 tahun tp x pernah jumpa buah khiyat ni…tapi di Kelantan memang banyak tapi buah khiyat ada musim… tidak semua musim buah ini ada di pasaran

42 | AIDA

March 22nd, 2010 at 12:28 am

Avatar

salam..sy xpernah dgr pulak pasal buah khiyat ni..n sy xtau plak ada nye buah ni..thanx 4 ur info k..

43 | Missa

March 22nd, 2010 at 12:38 am

Avatar

Rupa cam buah MUJAU kat Sarawak….hmm.. mengikut kengkawan kat sini, cam bukan. Kalau mujau tu, rupanya hampir sama tapi, isi dan bijinya lebih menyerupai rambutan cuma ininya nipis…

44 | Alie

March 22nd, 2010 at 12:47 am

Avatar

Bentuk ulas dalam dia cam buah rambai…cuma buah rambai ulasnya banyak dan bijinye kecik tapi buah kiat ni isinya nipis dan bijinya besar. Rasanye masam-masam tapi best. Dah lupe berape ulas kat dalam satu ataupun dua….

45 | Zaa

March 22nd, 2010 at 1:35 am

Avatar

Buah nie sedap, tp masam sket…byk laa kat tempat saya

46 | ScoreA

March 22nd, 2010 at 1:37 am

Avatar

Buah Khiyat …… waaaaaaa dah lama tak makan, semenjak pokok di depan rumah kena tebang sebab pokok kelapa di sebelahnya kena panah petir …….

semenjak itu …… ku kehilangan muuuuuuu (mcm iklan la pulak) …..

tapi buah ni mmg besh, couple dia kena lah ngan colek ……

http://www.score-a.co.cc/

47 | NIS

March 22nd, 2010 at 1:50 am

Avatar

Buah ni kalau tak silap, sebelah utara sana dipanggil buah setaq ( ejaan sebenar setar, tapi ikut loghat utara disebut setaq). Rasanya ada yang masam manis, masam masam….lebih kurang macam buan mempelam cuma saiznye kecik.

48 | roseni

March 22nd, 2010 at 1:59 am

Avatar

Salam buat semua,
First time dengar & tengok, looks interesting dan kalau di KL kat mana kita boleh dapatkan buah ini?

49 | atie

March 22nd, 2010 at 2:00 am

Avatar

buah ni bnyak terdapat di negeri kelantan terutamanya kat kampng,buah ni boleh dimakan terus kta hanya perlu buang kulit.bila masak ia akn warna merah..ia sgt masam w/pun dah masak.sedap.mkn dengan biji2 nya krn isi nya nipis aje.

50 | anis

March 22nd, 2010 at 2:00 am

Avatar

salam…

sy org kelantan.hehe..so mmg ade buah ni kt sane.kalo pegi pasar pg kt kampung2,mesti ade makcik yg jual…kalo kenal buah rambai..camtula isi dlm die..tp kulit buah ni tebal skit dr rambai n kecik skit isi die..

sgt masam n sy biasenye mkn lapisan kt luar je..x telan biji die sbb besar.huhu..

*tbe2 kecur air liur*

51 | Mohd Nasir

March 22nd, 2010 at 2:19 am

Avatar

pokok ini masih banyak terdapat dipinggir kampung di kelantan. Rasa buahnya masam. Biasa dimakan begitu saja atau dimakan dengan colek cuka atau kicap yang digaul dengan cili api.

52 | adi

March 22nd, 2010 at 2:24 am

Avatar

memang kat umah aku dulu adal sepokok. aku panggil buah KERIAT. tapi baru2 ni bapa aku dah tebang sebab nak buat garaj. kat kampung aku masih ada lagi 2, 3 pokok. boleh lh lagi kalu budak2 zaman sekarang ni nak tengok.buah dia seperti dalam gambar. isi dia warna kuning kemesan. rasa dia masam manis. besar biji daripada isi. cara makan dia, kopak kulit dan terus telan isinya. tu je.

53 | laura

March 22nd, 2010 at 2:31 am

Avatar

kecur air lior tingat buah neh ,,,

54 | mymoon zailan

March 22nd, 2010 at 2:32 am

Avatar

Emmmm…..dulu masa kecik2…tak de banyak jajan macam sekarang ni…..bila nak pergi mengaji Quran..buah kiyat ni la yang penoh poket…masa tu memanglah sedap..tapi sekarang ni…..lapar pun rasanya tak makan…kecuali mengidam kot….hehe..kat kampong i masih banyak pokok kiyat ni….tapi negeri2 sebelah selatan macam tak pernah jumpa….

55 | matju

March 22nd, 2010 at 3:03 am

Avatar

mleleh air liur tgk gambar
buah ni kami panggil buah khiat, buah yang paling besar pun sebesar 1 ruas hujung jari telunjuk
kulit dia +-1@2mm, isi +-2@3mm, yang selebihnya biji
kat kg saya d’klate masih ada, umah mertua d’kuantan pun ada, buah ni bukan jenis yg komersial dan jarang2 ada kat pasar
kalau tanya yg pernah kena penangan buah ni (makan chole’), bukan stakat tapak tangan, jabir plastik saya tadahkan
memang marvelous lah

56 | Nor Haslinda...

March 22nd, 2010 at 3:28 am

Avatar

Saya pun first time tengok…teringin jugak nak try…tanam buat koleksi pun bagus juga nie..t.kasih atas info ini..

57 | Matju

March 22nd, 2010 at 3:40 am

Avatar

Haha..nostalgia buah ni nih..selalu ‘rukas’ pokok ambik buah ni..
tapi kat kampung saye kat kelate ade lagi..
rasa die masam manis..

58 | aisyah

March 22nd, 2010 at 4:06 am

Avatar

sy xpnh tgk buah ni sblm ni.. myb kalo tanya orang dulu2 mungkin la tau… sbb sy sendiri xpenah tgk n rasa… anyway… info yang bagus untuk semua… keep it up..

59 | ROHANI LEYAKNALAE

March 22nd, 2010 at 4:11 am

Avatar

terimakasih kerna kirim gambar buah ni, saya dah lama tak makan buah ni, buat colek memamg sedap,terliur….tapi sayang , tak boleh makan banyak susah nak buang air nanti…kat Kelantan aja gamaknya ada buah ni, puas saya cari buah ni di tiga wilayah selatan Thai ni, tak ada lah……….Naratiwat ke Yala ke Pattani ke semuanya tak ada…tak tau lah kalau ada kat ulu tiga wilayah ni.

60 | AYIE

March 22nd, 2010 at 4:14 am

Avatar

Nak tahu, buah ni tak perlu masak. just buka je kulit n makan terus je, seperti makan buak duku ke rambutan ke, atau buah lain le….

61 | siti

March 22nd, 2010 at 4:15 am

Avatar

salam… buah khiat ini agak masam… ada sikit2 manis…nama dalam bahasa saya tidak tau apa namanya sebenar….

62 | mala

March 22nd, 2010 at 4:47 am

Avatar

pnh taw sal buah nie..
tp skang jarang jmpe pokok khiyat kat kelantan..
rasenye masam.. da la isinya kureng

63 | ida aremade

March 22nd, 2010 at 4:56 am

Avatar

hi salam,

thanks 4 ur email,….
beshnyer blog ni….i suke sgt….gamb r dan info yg menarik.

tp sy teringin nk mkn buah bidara?
kat mana nak cari?
blh ke buah tu dimakn?

64 | mohd zain

March 22nd, 2010 at 4:59 am

Avatar

Buah kiyat ni kalu dibelakang rumah saya belambak. sapa-sapa nak gi la ambik di kg kuala botor jelawat kelantan.
Buah ni memang sedap kalu dimakan dengan cuka, atau pun dimakan begitu saja.
buah ni ada yang manis dan masam.

65 | syifa

March 22nd, 2010 at 5:02 am

Avatar

salam,
saya tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi buah ni…
ada djual ke..
kalau ada nak dibeli…

66 | lloni

March 22nd, 2010 at 5:32 am

Avatar

sebutan yg betul ialah buah sekiyat atau skiat. Buah ini biasa ditanam berhampiran rumah sebab fizikal pokoknya yg kuat dan boleh menahan panas matahari. Buah ini sudah hampir pupus sebab sukar utk dikormesilkan sebab isi buahnya yg nipis. Di Kelantan pokok ini biasa didapati.

67 | mohamed ali

March 22nd, 2010 at 6:47 am

Avatar

saya seperti pernah melihat buah ini sewaktu membuat satu tugasan di Kelantan tahun lalu tetapi tak berani nak makan sebab khuatir jadi mudharat. Selepas membaca respon2 diatas, saya pasti akan merasanya bila jumpa kelak.Terima kasih Fazli dan rakan-rakan

68 | Suhaila

March 22nd, 2010 at 6:54 am

Avatar

1st time tgk buah ni…xtau la rasa, ngan bentuk dia secara live.

69 | Fiq

March 22nd, 2010 at 7:27 am

Avatar

Salam …

Erm ..ni first time la dengar psl buah ni.xpenh mkn lg pn..
ade jual ker kat kedai erk? ….

70 | huda

March 22nd, 2010 at 7:57 am

Avatar

buah khiyat ialah pokok buah-buahan hutan, sekarang sukar dijumpai. rasanya masam masam manis.satu lagi buah-buahan hutan ialah buah kamunting. buahnya merah apabila masak dan kecil daripada buah ceri. juga sukar dijumpai.

71 | wan

March 22nd, 2010 at 8:52 am

Avatar

buah ni dimakan gitu jer.. sy penah makan masa kecik2 dulu.. masa dok kat kelate

72 | aspalela

March 22nd, 2010 at 10:32 am

Avatar

hai…buah khiyat ade kt kg….dlu mase kecik ske mkn buah nih….hehe3.sape nk try sila dtg kt kg umh nenek ade pokok tuh….kelate jauh tue…

73 | awe

March 22nd, 2010 at 10:59 am

Avatar

Buah khiyat ni tak sedap, masam purit, boleh kemam je isinya tapi bijinya tak boleh makan, kelat..Kalu nak makan ngan kicap colek sesuai utk yg tekak2 pahit..

74 | hafizdanial

March 22nd, 2010 at 12:32 pm

Avatar

ni buah jentik2 kalau x silap..org kampung aku panggil la..

75 | suraya

March 22nd, 2010 at 1:53 pm

Avatar

buah khiyat.. atau kebanyakan eja kiat… mmg ada 2 jenis.. yg lonjong manis.. yg bulat masam.. masa kecik2 dulu slaly mkn yg manis.. tp thn lepas ada kawan bgi yg bulat.. masam.. tak best mcm yg lonjong.. isi dlm nak macam buah rambai.. cuma lebih kecik.. satu yg paling sy suka ialah baunya.. satu bau yg lain dari yg lain… tambah2 lau buah yg lonjong tuu.. bau je dah wat sy terliur…

76 | erliana

March 22nd, 2010 at 2:44 pm

Avatar

waahh…lamer da xmkn buah khiyat nih..time kecik2 dulu ader pokok ni kat blakang umah jer…skrg dah xder..kna tebang daahhhh…huhuu..da jrg jumpa pokok buah khiyat skrg…

77 | SAPLI

March 22nd, 2010 at 3:27 pm

Avatar

BUAH KIAT NI SEEDAP DI MAKAN..ZAMAN KEKANAK DULU.. KARANG NI MANA JUMPA LG..BANYAK DAH PUPUS.. MAKANAN BUDAK ZAMAN DULU..

78 | el-regina

March 22nd, 2010 at 4:43 pm

Avatar

salam sume..

ni kira 1st time gak saya dgr nama buah ni..mungkin jarang2 orang menjual di tempat awam..
kalo dapat diterima ramai,tak salah kalau komersialkan=)

79 | daudjaafar

March 22nd, 2010 at 6:07 pm

Avatar

Salam ; fazly
Mukin di masa hadapan biji nya akan di kaji untok dijadikan minuman.

80 | zaza

March 23rd, 2010 at 12:20 am

Avatar

buah khiyat….blkg umah sy ada….
adk2 gelar buah anggur merah..huhuhu
kami sume xsuka mkn buah ini…
sapa2 nk…meh pegi umah sy

81 | Lyn Gombak

March 23rd, 2010 at 1:05 am

Avatar

Penah la makan buah ni tapi tak tau plak nama nya camtu. Masa beli tu peniaga tu bagi nama lain..

82 | zetty

March 23rd, 2010 at 1:23 am

Avatar

buah ini mirip buah tampoi kat Sarawak tapi buah tampoi manis dan ada 2 spesis isi kuning dan putih yg isi kuning lebih sedap kaum Iban dan Bidayuh buat arak (tuak) mengguna buah ini hanya terdapat di kawasan hutan

83 | Dedaun Alam

March 23rd, 2010 at 1:26 am

Avatar

Salam en. fazli, buah keriat atau di tmpt saya dipanggil dgn nama chekiat ni dulu ada sepokok di dusun datuk. Pokoknya sebesar dua pemeluk tp sekarang dh kena tbg. Saya sndiri pn dh lama tak tgk dn mkn buah ni. Jika musim pokok ni berbuah, ada org yg jual di pasar tani.

84 | c-hexan

March 23rd, 2010 at 1:38 am

Avatar

dah belasan thn sy tak jumpa buah ni, dulu pernah gak mkn. rasanya masam ler skit.

85 | zaliha

March 23rd, 2010 at 1:53 am

Avatar

Salam….. di Terengganu pun ada buah khiyat, masa saya kecil dulu pernah makan juga, sekarang ni susah nak jumpa. Anak-anak sekarang doh tak kenal buah ni, saya pun tercari-cari jugak nak perkenalkan kepada anak-anak. Terima kasih kerana dapat juga walaupun sekadar gambar sahaja.

86 | Y.B

March 23rd, 2010 at 2:05 am

Avatar

Hah! Tudia lagi buah yang sya x pernah jumpa. Kat tmpat sya x ada buah ni. Suka sya dpt info ni from u-all.
Kalau yang ada buah tu kirim le sikit…. Tq.

87 | Pak_Tam

March 23rd, 2010 at 2:34 am

Avatar

Salam,

Buat ni di belah utara di panggil Buah Staq……..satu spisis juga dgn buah remia………cuma buah remia bijiknya warna unggu bila di belah…….rasanya mmg masam-2 manis……….ada kalanya mmg masam pon……..hehehe……..apa-2 pon nice info………

88 | samsul

March 23rd, 2010 at 5:01 am

Avatar

kali pertama nampak buah ni……

89 | adi

March 23rd, 2010 at 5:13 am

Avatar

to admin… boleh tak pihak admin bagi sedikit info pasal buah nipah, buah bertam, buah kelapa laut afrika dan yang spesis dengannya pula. sebab saya pasti ramai yang masih tak tahu mengenai buah2 dari spesis tersebut.

90 | ct

March 23rd, 2010 at 6:26 am

Avatar

Tak perasan pula samada dah pernah rasa atau belum. Tapi saya memang suka buah spesis pelik ni. Rasanya kena tanye kekawan kat kelantan kut-kut ada yang boleh pos kat saya. Thanks 4U info.

91 | zackmd

March 23rd, 2010 at 7:01 am

Avatar

ermmmm….. baca je dah kecur my saliva…. hehehe…
belum penah tengok buah khiyat ni… apetah lg nk rasa…

92 | chuain

March 23rd, 2010 at 7:06 am

Avatar

good info. first time tgk ni..thanks

93 | rohaida ariffin

March 23rd, 2010 at 7:28 am

Avatar

mmg buah ni terkenal kat neg klate. tmbhn sy pn asl dr sana. seingat sy masa zmn kanak2 dulu pnh pnjat pokok ni, lasak skit hehe.. tp pokok nya rendang jer xla tggi sgt. isi buah khiyat ni kecik dan nipis.. rasanya msm2 manis. biasa org mkn buah ni dgn mengemam.. bl dh hbs rasanya br buang tp ada jgk menelan skali dgn biji2 nya. almaklumlah isinya kecik je xrasa apa klau xtelan.. sy xbrani nk telan takut kna smbelit jer haha.. klau skit2 telan tu ok la. biasa sy mkn buah ni dgn pencicah nyer. kopek buah khiyat byk2 lps tu gaul dgn pencicah kicap. pencicah nye gula+kicap pstu ltk skit cuka mkn n klau nk sdp lg + belacan skit.

94 | sarai

March 23rd, 2010 at 12:23 pm

Avatar

kalu di tempat kami sarawak, ia dipanggil buah sarait kalu tak salah.. kalau mkn ngan biji mmg mcm kena buasir la jawbnya.. selalu mkn buang bijinya.. ia merupakan buah hutan..

95 | rahmat kb

March 23rd, 2010 at 3:49 pm

Avatar

Salam, buah ini masih ada di klantan, namanya ‘buah skiat’ kalau nasib baik ada dijual di pasar terutama pasar tani, tapi tidak selalu ada kerana kurang permintaan, dan pengeluaran oun kurang kerana pokoknya sudah ditebang. tak pasti pulak samada buah ini bermusim atau sepanjang tahun. Nanti kalau ada masa nak balik kampung cari pokok ni, minta-minta sedang masak dan ada anak benih.
tq

96 | wan

March 23rd, 2010 at 4:09 pm

Avatar

isi buah ni kaler oren kemerah merahan kan…kalau betul,kat tempat aku,buah ni dipanggil buah jentik.kat area kedah…sebab apa dipanggil buah jentik?sebab nak bukak kulit dia,kena jentik sikit..isi dia manis..ada musim2 tertentu untuk dpt buah ni..

97 | ain

March 24th, 2010 at 12:27 am

Avatar

buah ni dulu ada kt tepi rmh arwah nenek saya…tp skang dh di tebang pokoknya…saya pernah makan masa kecil dulu la…makannyer dgn cara kopek kulitnya,akn nmpk 2 ulas kt dlm tu…buahnya kecil jer & berbiji…makan fresh lg sdp xpyh mask pon…cuma ade yg masam & manis….bijinya jgn telan…mkn isi yang sikit jer…rasa dia bolehla tahan…

98 | SILZACK KHAIROL

March 24th, 2010 at 12:54 am

Avatar

Buah ni??? sedap ke?
hehehe.. kecur lak air liur aku… nak kena pi kelate ni.. nak rasa…

99 | Mohamad

March 24th, 2010 at 2:01 am

Avatar

En Fazli tak ada ke e-book tebu telor? Cara tanam etc. atau sesiapa boleh kongsi…

100 | lene

March 24th, 2010 at 4:10 am

Avatar

bila tengok buah ni terasa rindu sesangat ….maklumlah masa zaman kecik dulu saya memang membesar di bawah pokok kiat ,,, rasa buah ni masam masam manis bila makan kena hati2 jangan terlebih makan jawabnya sembelit

101 | farid

March 24th, 2010 at 10:00 am

Avatar

salam…buah kiyat ni biasenye org kelantan je knl…saya ank peneroka di pahang n parent asal dr kelantan,ayah saya bwk benih buah ni dr kg, skang ade tnam kt blakang umah n dh besepah2 tumbuh ank die…buah ni isi die cm buah kopi…tp rase masam giler but sedap….syok habisss…time musim bebuah skali pandang cm buah anggur lak…

102 | farid

March 24th, 2010 at 10:01 am

Avatar

en mohamad…tebu telo blh ditanam cm tebu biase je…nti die tmbuh…skang payah dh nk tgk pkok tu….

103 | ejey hassan

March 24th, 2010 at 11:27 am

Avatar

salam..
buah khiyat, dah lama tak makan.. rasanya masam2 manis.. bila makan kena telan dgn biji2nya.
kalau buah dah betul2 ranum mmg manis.
cara nak makan, picit jer kulitnya dan kulitnya akan pecah 2 mengikut garisan hitam (lihat gambar buahnya dan perhatikan garisan hitam itu). sangat senang dan mudah dimakan. pokoknya tak setinggi dan sebesar mana, sekadar saiz pokok kopi atau koko saja.
dalam buahnya ada 2 biji yang setiap satu mempunyai bentuk sebgmana permata cincin…..kemam dan telan je….tapi awas jgn makan terlalu byk nanti berak kesat (sembelit)

104 | Al Sahrin Aziz

March 24th, 2010 at 12:37 pm

Avatar

untuk pengetahuan saudara buah khiyat ni boleh dimakan begitu saja, buang kulitnya makan jelah. tapi rasanya masam dan mempunyai biji, cara makannya adalah dengan kemamnya saja kerna isinya melekat pada bijinya.masa saya kecil dulu selalulah makan buah ni,tapi ada kat kampung-kampung and tepi sungai,memang betulah buah ni bayak dijumpai kat kelantan, tapi pernah juga saya jumpai buah ni kat hutang negeri kedah semasa saya buat operasi kat hutang sana

105 | Fadir

March 24th, 2010 at 1:32 pm

Avatar

Buah nie agak masam sikit rasanye.. Pokoknya plak Dari jenis kayu keras.. Berbuah dalam 2 kali stahun… Berbiji besar dan berisi sedikit.. itu saje yg dapat saya kongsi buah masa ini..

106 | adriana

March 25th, 2010 at 2:39 am

Avatar

mmg sedap buah ni….sy tak pernah jumpa buah ni di negeri lain selain kelantan..buah ni masam.dan sedap di mkn klu cicah dgn pencicah buah-buahan….tp sy pun dah lama tak makan buah ni.dah bertahun-tahun lamanya…sy pernah makan pun hanya di kelantan.

107 | Hj Ahmad

March 25th, 2010 at 6:43 am

Avatar

Pertama kali saya tengok buah ini. Tahniah dan terima kasih info ini.

108 | lys

March 25th, 2010 at 6:44 am

Avatar

tanya org Gong Kiat, k, terengganu

109 | Abdul Malik

March 25th, 2010 at 10:28 am

Avatar

salam fazlisyam; buah khiyat masam2 manis rasa dia,cara makan hanya perlu dikopek/picit dengan jari sahaja jika perlu boleh telan dengan biji sekali jika tidak dikulum sahaja tapi ingat makan jangan banyak nanti bila ditelan terlampau banyak biji boleh menyebabkan sembelit;tq

110 | mat

March 25th, 2010 at 10:29 am

Avatar

Salam En Fazli,
All your info semua memang sukar ditemui sekarang ni. Bagus untuk generasi akan datang. En Fazli ada info tanaman tebu telur tak? Kalau ada boleh kongsi tak?

Terima kasih.

111 | Aliena Baker

March 25th, 2010 at 10:30 am

Avatar

Bagus… blog awak..

Sekurangnya byk info yg kita tak tahu jadi tahu…
Tahniah, pengumpul maklumat tak telan dek zaman…

112 | Qistinadarwisy@yahoo.com

March 26th, 2010 at 5:05 am

Avatar

Salam,
First time saya nengok buah nie…..hehehe
tak pernah makan pun..

113 | Hassin Abd Rahman

March 26th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

Salam Sejahtera

Sabenarnya ejaan buah Khiyat tu kurang tepat yang tepat lagi ialah “khiriat”. Pada masa tahun 1960an pokok ini banyak didapati ditepi pinggiran sawah pagi. Cara memakannya ialah dengan mengopeh kulitnya dan ditelan begitu sahaja. Cuma tidak bolih makan banyak takut sembelit susah buang air besar.

Satu lagi ialah buah “keriang”. Buahnya hitam kebiru-biruan/ungu. Boleh dijumpa ditengah sawah atau juga ditepi pinggiran sawah pagi. Buahnya kecil, pokoknya besar. Cara makan kumpul dalam tangan banyak- banyak dahulu baru makan. Maklumlah buahnya kecil. Buah ini boleh jadi pewarna, kalau buahnya pecah dalam poket baju baju kita jadi hitam kebiru-biruan.

114 | mansor

March 28th, 2010 at 1:32 am

Avatar

buah khiyat ni biasa dah. Rasanya sangat masam. Kalau zaman dulu, buah khiyat ini yang terakhir berbuah untuk musim buah. Kalau pokokm khiyat berbual menunjukkan musin buah dah tamat.

115 | Aisyah

March 29th, 2010 at 12:36 am

Avatar

Salam Sejahtera,
Buah buahan hutan? Kalau sebut pasal buah macam kemunting saya pernah makan. Okey la juga rasa dia. Manis..

116 | zaem

March 29th, 2010 at 5:09 am

Avatar

Buah khiyat..? emmm,,..pokok khiyat ni ada kat belakang umah saya,. 1 ketika buahnya lebat..time masak warna merah,nmpak cntik jer vpokok 2. saya & adik2 msti lumba petik buah 2,.pokoknya rendah jer..x tinggi sgt. tp syg skrg ni sy dh jarang tgk pokok 2 berbuah.. mungkin tanah dh x subur.. buah khiyat ni mmg byk terdapat di kelantan,.

117 | tokjogho

March 29th, 2010 at 5:23 am

Avatar

salam,
kat kelantan, buah khiat ni memang tipikal…depan rumah pun ade….kalau dah masak tu, buat khiat ni sedap dan agak manis jugak… makan ambik rasa dan terus telan.

seingat tok, masa2 kecik2 dulu kita makan kena berpada2, jgn terlalu banyak mcm makan rambai..sebab kalu tidak tak boleh nak buang air besar lah!! he..he.. bebudak skrg dah tak reti makan buah ni..sampai bersepah di depan rumah…

118 | tokjogho

March 29th, 2010 at 5:27 am

Avatar

sakali lagi…nanti tok buat 1 entri kat blog tok, kalau korang kenal dgn buah ni..tok tabik 3x!!

kat sekeliling umah tok ada 2 tiga jenis buah2 yg tok tanam, macam ciku, nanas, longan aka mata kucing dan yg banyak sekali pisang…jgn lupa lawat blog tok ya utk tengok buah yg tok maksudkan…

–>http://tokjogho.com

119 | adieela

March 29th, 2010 at 10:37 am

Avatar

salam…pernah mkn buah nie…tp lama dah la….buah ni mmg masam…bijinya jgn ditelan…hehhhe takt nanti sembelit….

120 | Pak da

April 1st, 2010 at 4:02 am

Avatar

buah ni sedap makan colek. tak payah masak, makan saja pun sedap. kelantan t’gganu & pahang pun ada. di gua musang belambak-lambak bila musim dia.

121 | zila

April 2nd, 2010 at 2:39 pm

Avatar

mmg sedap buah khiyat nih…yummy!!! kelantan byk pokok ni.. kalo manis telan ngan biji2 jer.. tp jgn byk sgt mkn pd 1 ms,,, ada kes kt kg. sy dulu, makan buah khiyat ni terlalu byk, sampai xleh buang air besar… lastly budak tu terpaksa minum minyak u licinkan..

122 | Jeni

April 3rd, 2010 at 8:14 am

Avatar

Salam semua,

Mmg best buat kiat. Rayanya ejaannya tak payah letak huruf k. Masa kecik2 dulu, saya mmg suka buah ni. Lani tak tau lak kalu ada lagi kat kelate. Rumah saya dulu ada pokoknya. Kalu makan yng buah muda pun sedap juga sebab isi dia boleh di buka gitu aje. Tak payah nak telan ngan bijinya. Masam2 manis gitu rasanya… cakap2 pasal buah ni, terliur kata org kelate. yummy.

123 | nisawannabisah

April 13th, 2010 at 10:21 am

Avatar

Buah ni memang banyak kat Kelantan. Tak pernah jumpa kat negeri Selangor atau sabah, sarawak. Makannya kena cicah dengan cuka,garam, gula, belacan atau dimakan begitu saja. rasanya masam manis tapi memang buah ni membangkitkan nostalgia di zaman budak2 dulu especially musim banjir, makan buah keriat sambil tunggu air naik!!

124 | HANISA

April 21st, 2010 at 4:54 am

Avatar

Buah ini dimakan mentah. Ianya seakan buah langsat tapi isinya keras dan berbiji.rasanya manis.sedap juga

125 | aza

April 23rd, 2010 at 3:35 am

Avatar

erk..buah ape ni??xpernah tgok pun..rase dia best ker?kat mane sy leh dptkan buah ni??

126 | ainazurin

April 28th, 2010 at 3:37 am

Avatar

Salam..
Kat rumah nenek saya ada buah nie..
Rasanya sedikit masam…
Buah nie mmng ada kat Kelantan sahaja…

127 | iena

May 25th, 2010 at 7:45 am

Avatar

buah ni memg best…rasa manis cmpur masam. cara makan: koyakkan jer kulit tu… mkn terus isi ngn bijik dia.bijik tu kecik je, blh ditelan. try lah…

128 | Azman

June 18th, 2010 at 2:32 am

Avatar

dulu, kat kampung saya ada sejenis buah nama “Kiyap”. bentuk macam buah Khiyat ni jugakle. tapi warna kuning terang dan berbintik2. isi macam rambutan cuma warna jingga. rasa manis sangat. saiz sebesar ibu jari. saya ingat buah Khiyat ni sama dengan buah Kiyap tu, rupa2nya tak sama.

129 | abdul halim

June 23rd, 2010 at 3:52 am

Avatar

Buah kiyat ni ada kat rumah saya. Rasa dia masam manis…tapi manis dia sikit masam dia lebih. Sesiapa pernah tgk biji kopi ..macam tu la lebih kurang isi dia. Pokok dia kecil2 pun dah ada buah…mungkin budak2 sekarang tak kenal pokok dia.

130 | laigd

July 18th, 2010 at 9:00 pm

Avatar

Di tempat saya ianya ada ditaman di Selalang dan dijual oleh orang iban , Pernah juga jumpa orang jual di pasar basah Bintulu. Nama tempatan di Sarikei ialah buah skaba, rasa berlemak paling sedap makan bila dicicah dengan sambal belacan atau tempoyak. Buah agak kering, biji besar. Tahun lepas saya ada juga tanam buah ni kebun, tumbesran okey , disemai menggunakan biji.

131 | wanie

August 16th, 2010 at 2:13 am

Avatar

aq pnah mkn buah ni……………klau k0rng nk dtg lah umah aq……alamat cri sndri

132 | pak dee

August 22nd, 2010 at 2:06 am

Avatar

To Admin,
buah buah nadir ni dah banyak lupus disebabkan perubahan zaman tadi saya tanya rakan kerja tentang buah remia pun dia tak tau. Saya rasa orang lam saja tau buah buah ni.

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • Best Agro Success: Kami menjual dan membekal syarikat atau individu yang berminat menanam STEVIA dengan harga yang berpatutan. sila sms atau call ke 0128325290 atau 088-
  • Wakman: Buah mentega ni ada 2 jenis, yg merah dan yg kuning.. Yg merah kurang sedap berbanding yg kuning..
  • Nurul Amirah: Saya harap kajian yang mengatakan buah belimbing buluh ini boleh rawat darah tinggi ini benar kerana saya berhasrat ingin membantu pesakit-pesakit yan

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur