13 Mar, 2010

Bulu Jagung pun ada khasiatnya

Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Makanan Kesihatan| @Tanaman Hiasan| @Tanaman Sayuran

jagung

Jagung atau nama saintifiknya Zea mays yang berasal dari keluarga Gramineae kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan mempunyai minyak yang baik untuk kesihatan. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Selain buah jagung, kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi kesulitan ketika membuang air kecil. Bulu jagung yang halus merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.

Anda pernah ke mencuba petua ini atau ada petua lain yang menarik tentang kulit dan bulu jagung bolehlah dikongsi bersama…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2502

39 Responses to "Bulu Jagung pun ada khasiatnya"

1 | waliz

March 13th, 2010 at 11:37 am

Avatar

semalam ada baca bulu jagung boleh buat biskut tp tak ingat baca kat mana.tq for the info

2 | chah

March 13th, 2010 at 11:44 am

Avatar

2,3 hr lepas ada baca paper….skarang ni bulu jagung tu di komesialkan….jd salah satu campuran dalam biskut kesihatan….lupa la plak brand biskut tu…

1 lg petua yg selalu org guna ialah parutan jagung muda disapu pada kesan cacar(chicken pox) untuk hilangkan parut.

3 | Abdul Rahman Hassim

March 13th, 2010 at 12:10 pm

Avatar

Thanks. Saya baru tahu. InsaAllah, saya akan cuba bila perlu

4 | ron27kr

March 13th, 2010 at 12:11 pm

Avatar

jagung muda saya biasa masak dan makan dengan kulit dan bulu nya sekali. tak tahu pula ada khasiat. sungguh bertuah!!…

5 | Hj Ahmad

March 13th, 2010 at 1:08 pm

Avatar

Terima kasih atas maklumat ini. Saya akan cuba mengamalkannya

6 | romisah bt yazid

March 13th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

Thank, ini kali pertama dengar khasiat bulu jagung.

7 | mohamed ali othman

March 13th, 2010 at 3:15 pm

Avatar

MasyaAllah…setiap yg dicipta ada sebabnya.

8 | ssalmi

March 13th, 2010 at 3:49 pm

Avatar

Anugerah sekeliling kita memang untuk menafaat kehidupan.,,Alhamdulillah. Di kampung semasa kecil-kecil, jagung dijadikan sayur-sayuran. Kulitnya, bulunya, mempulurnya terutama jagung muda digoreng, dibuat sayur bening atau sayur lemak. Enak dicampurkan dengan pucuk labu dll.

9 | muhaini

March 13th, 2010 at 11:43 pm

Avatar

biasa hanya tau mkn jagung muda atau jagung matang je.bulu n kulitnya tak tau pulak ada gunanya.trima kasih brkongsi info.tp minyak jagung amat bagus dlm rawatan kencing manis,mnrunkan tekanan darah dgn mengamalkan minum sesudu mkn minyak jagung skali sehari.dia jge mlembutkan kulit.sy mmg mengamalkan meminum mnyak jagung.sbb dia takda kelosterol.

10 | imanda

March 14th, 2010 at 4:04 am

Avatar

terima kasih atas info terbaru itu.. saya akan gunakan ilmu baru yang diterima. terima kasih

11 | zackmd

March 14th, 2010 at 5:18 am

Avatar

thanks for the valuable info…

12 | sueqs

March 14th, 2010 at 10:27 am

Avatar

selalu saya buang je kulit & bulu jangung sbb x tau manfaatnya, tq kongsi maklumat.

14 | Faridah Ishak

March 15th, 2010 at 12:39 am

Avatar

Tq baru tahu selama ini kulit dan bulu jagung ada khasiat sedangkan dah lama dah makan bulu jagung ni bila rebus hentam semuanya.

15 | roseni

March 15th, 2010 at 1:10 am

Avatar

Tak tau pun akan khasiatnya,nanti boleh cuba.
TQ

16 | mieza

March 15th, 2010 at 1:32 am

Avatar

masa muda remaja dulu selalu gak tolong mak siang sayur, jagung muda ni buat masak lemak. orang kelantan panggil ‘podok jagung’. memang ambik kulit & bulu dia sekali tp x pernah pulak th ada khasiat. selain drpd tu podok jagung ni sedap kalau dicelur dan dicicah dgn budu.

17 | osman

March 15th, 2010 at 8:41 am

Avatar

x tau lak bulu jagung ada banyak khasiat nt pas ni leh juga cuba,kalau ada info tentang cara mananam pokok delima dan macam mana nak dapat benih nya.

18 | jamilah

March 15th, 2010 at 8:42 am

Avatar

Terima kasih bertambah lagi maklumat saya. ALLAH saja yang akan membalasnya

19 | Izra

March 15th, 2010 at 4:05 pm

Avatar

tq info ini….

20 | Daudjaafar

March 16th, 2010 at 2:46 am

Avatar

Salam fazly ;Saya pun dah beranggggapan sesautu bahan campuran sayur baik rasa mutu nya. Olih yang demikian bulu jagung mukin harus diproses untok jadi kan perencah tambahan bagi merasakan keenakkan aroma nya dalam masakkan ,terutama masakkan berupa sup sayuran terima kasih.

21 | rahim

March 16th, 2010 at 1:53 pm

Avatar

kalau dah ubat tu macam-macam… semuanya jadi. janji baik…

22 | latty

March 16th, 2010 at 6:04 pm

Avatar

salam semua, terima kaseh menghantar info ini , setahu saya ia juga mengandungi hormon anti penuaan. tq

23 | Jeff

March 17th, 2010 at 12:51 am

Avatar

Jagung muda yang direbus bersama dengan rambut atau bulu jagungnya sekali dikatakan bermanafaat menghancurkan batu karang dalam pundi kencing dengan syarat di amalkan berulang kali seperti mana meminum teh.Kalau yakin boleh tuan/puan mencubanya.

24 | hajmi

March 17th, 2010 at 10:51 pm

Avatar

thanks, tapi bulu jagung yang usianya berapa?

anak, muda, atau tua!

25 | rina

March 18th, 2010 at 1:52 am

Avatar

very informative….x tau pun bnyk betul khasiat jagung ni.

selain makan jagung rebus, buat bubur pun sedap gak

26 | ct

March 19th, 2010 at 7:56 am

Avatar

TQ For info, saya memang suka makan kulit jagung yg putik atau masih muda tu sebab rasa manis bila direbus buat ulam atau boleh masak lemak dan masak tempoyak. Masa rebus jagungpun biasanya saya akan tinggalkan kulit yang didalam tu selapis dua utk dapatkan rasa manisnya dan rasa jagung lebih segar dan sedap, tak tahu pula berkhasiat rupanya

27 | theresia

March 20th, 2010 at 1:22 am

Avatar

terima kasih atas infonya.

kegunaan lain juga untuk mengobati kolesterol, disamping dibuat bakwan udang.

28 | samsul

March 23rd, 2010 at 5:59 am

Avatar

terima kasih

29 | mymoon zailan

March 24th, 2010 at 5:29 am

Avatar

Emmmm…..jagung muda selain masak lemak juga sangat sedap dibuat acar…bahan2nya cili kering,halia,bawang putih,bawang merah blend atau tumbuk,tumis hingga naik baunya campur sedikit cuka,garam,gula dan semangkok santan bila mendideh masukkan jagung muda dan dgn kulit yg masih lembut….layu angkat emmmmm sedap…..

30 | ahmadsaad

March 29th, 2010 at 11:37 am

Avatar

Terima asih atas maklumat terbaru

Maha Agung, Maha Kaya, Maha Mengetahui. Setiap apa yang Allah jadikan ada faedahnya. Manusia disuruh mengkaji apa yang Allah jadikan. Subhanallah.

31 | Mohd,Asri

April 11th, 2010 at 3:36 pm

Avatar

tak sangka saya, selama ini bendaAllah ini di buang begitu saja. Kalau kita amati betul-betul disekeliling kita penuh dengan ubat-ubatan cuma kita saja tak pedulikan, saya memang suka merawat diri dengan herba tapi taklah cekap sangat. tq kpd semua yg joint kat sini

32 | puja

April 26th, 2010 at 8:24 am

Avatar

jagung,,,,,,,,,,,,,,
hmmmmmmmmmmm,,,,,mmmmmmmm

selain enak

33 | puja

April 26th, 2010 at 8:25 am

Avatar

enak,,,,,,,,,,,,,

34 | azman sidek

July 16th, 2010 at 10:44 am

Avatar

sy slalu minum air jagung+soya.best!.tp xtau pe khasiatnye..tq for info..

35 | fatin

August 16th, 2010 at 6:24 am

Avatar

ni bulu jagung ke rambut orang???????????????

36 | fatin

August 16th, 2010 at 6:25 am

Avatar

ni bulu jagung ke rambut orang????????heheheheheheheheheheheh………….

37 | sharifah intan

August 30th, 2010 at 5:09 am

Avatar

sy suka mkn jagung rebus…kerana suka rasanya, tp pucuk jagung taksuka..tp rupanya2 byk khasiatnya…tkasih..krn info ni…emmm nant nak biasa2kan mkn pucuk jagung jga.

38 | YuYul

September 27th, 2010 at 8:27 am

Avatar

Amat bertuah ciptaan ALLAH kepada setiap kehidupan d muka bumi ini, masyaallah..

39 | aiseh

October 29th, 2010 at 10:08 am

Avatar

bulu jagung boleh ditampal pada ketiak yang mengalami keguguran atau menghidapi penyakit kebotakan di daerah ketiak….

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17166 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8472 hits
Petua Tradisional - 8062 hits