08 Mar, 2010

Belimbing Hutan

Posted by: admin In: @Buah Nadir

belimbing-hutan

Belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata dipercayai banyak terdapat di Borneo. Ada juga yang menggelarkannya dengan nama Uchong dan ada yang menyebutnya sebagai Tampoi Belimbing. Di Semenanjung, ia memang ada ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik. Saya tidak pasti samada di bahagian lain Semenanjung ada di tanam pokok ini ataupun tidak.

belimbing-hutan3

Kalau mengikut rujukan, buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Memang dikatakan buah ini ada banyak dijual di Sabah/Sarawak. Saya pernah rasa buah ini sekali. Buahnya rasa masam-masam manis..

belimbing-hutan2

Kegunaan lain buah ini saya tidak pasti. Mungkin ia juga ada digunakan dalam masakan seperti buah belimbing buluh. Jika anda pernah melihat atau merasai buah ini diharaplah kongsikan sedikit pengalaman anda…

Related Posts with Thumbnails

36 Responses to "Belimbing Hutan"

1 | Noorlida Osman

March 8th, 2010 at 1:58 pm

Avatar

sekali nampak macam buah nipah atau buah putat sejenis ulaman. ini pendapat saya, kalau salah maaf kerana saya jarang betul jumpa pokok cam ni.

2 | Daudjaafar

March 8th, 2010 at 2:05 pm

Avatar

Salam fadli ;Kira saya pokok belimbing hutan tentu lah besar dan sekira nya pokok tersebut dapat di renek(direndahkan) sudah tentu ia nya mejadi rebutan pada penghias taman.

3 | FRANCISCA CLEMENT

March 8th, 2010 at 2:20 pm

Avatar

Di tempat saya ( Tuaran Sabah ) buah ini bukan belimbing hutan. Tahu kenapa? Sebab ia boleh digunakan dalam masakan, ia juga boleh dimakan mentah macam buah belimbing yang lain. Kalau mentah rasanya masam tapi kalau masak rasanya masam-masam manis.

4 | wan

March 8th, 2010 at 2:51 pm

Avatar

salam….buah ni kat sarawak di panggil buah ucong…memang masam2 manis…skarg tgh musim buah ni…

5 | yinna

March 8th, 2010 at 3:09 pm

Avatar

kat tempat saya pun x pgil blimbing ni blimbing hutan tapi belimbing api. isinya putih dan rasa masam manis.

6 | zackmd

March 8th, 2010 at 3:49 pm

Avatar

ermmmm…. tgh flash back zmn kecik2 dulu… suka mkn belimbing htn mse kcik2 dulu tpi buahnya tk sama lak mcm dlm gmbr… blmbing htn yg sy mkn dulu buahnya kecik2 je. tumbuh liar di kwsn rmh.. skrg ssh dh nk jmpa… pokok rndh je dlm 30cm.. rsa msm juge… ermm.. tpi tk tau le nama sbnr dia…. jika sy jmpa blh htr gmbr kt sdr fazli utk dianalisis…..

7 | Abdul Rahman Hassim

March 8th, 2010 at 5:55 pm

Avatar

Saya x pasti namanya, tapi pernah lihat dan makan yang seperti itu. Rasa manis. Isi hampir manggis.

8 | muhaini

March 8th, 2010 at 10:35 pm

Avatar

salam.tak penah tgk belimbing ni.ni kali prtma sy tgk.apa khasiat dia dlm prubatan tradisional..atau hanya utk mkn bgitu saja.

9 | wahob

March 9th, 2010 at 12:04 am

Avatar

tqasih, pertama i dgr.

10 | roseni

March 9th, 2010 at 1:08 am

Avatar

salam ,
First time tengkok buah ini, nampak menarik dan ingin nak rasa jugak.
Satu info yg sangat bagus.
TQ.

11 | SITI

March 9th, 2010 at 1:16 am

Avatar

saya biasa makan buah belimbing hutan jga,,, tp warna buahya berwarna hijau.. buahnya kcil n agak masam sdikit… ia juga boleh merawat penyakit darah tinggi… gambar yang tertera disini kesemuanya berwarna merah.. adakah ia sudah masak…

12 | Med

March 9th, 2010 at 1:17 am

Avatar

Kalau di pasar tani Satok Kuching, kalau dah nampak banyak buah tampoi atau buah belimbing tampoi ni dijual, org kata dh hampir berakhir musim buah.

Isi buah belimbing nih putih² macam buah rambai. Rasanya masam manis. Harganya juga tak mahal.

Jika nak buat kelainan dan jika kena dgn musim berbuahnya, boleh juga dibuatkan hantaran perkahwinan/pertunangan. ;)

13 | julie

March 9th, 2010 at 1:57 am

Avatar

nie 1st time dgr n gamba buah belimbing hutan…
menarik…klu blh dijdkan tanaman hiasan laman sy nak cuba tanam…

14 | rosli

March 9th, 2010 at 2:08 am

Avatar

salam, klu tak silap dulu pernah kawan dari sarawak bagi makan buah ni. itu pun dah 15 tahun yang lepas. isinya seakan2 buah rambai. rasa manis. kat semenanjung tak pernah lagilah jumpa buah ni

15 | ROHANI LEYAKNALAE

March 9th, 2010 at 2:10 am

Avatar

tak pernah tengok le buah ni, dengar aja nama belimbing terkecur liur saya tentu rasanya masam, tentu sedap makan buat mencolek kan - kasi gula,sedikit garam, belacan sikit ,tenyehkan lada burung beberapa biji, buat penyicahnya makan dengan belimbing ni sedap tentunya kan!!!!!!! berselera, makan pula ramai-ramai bawah pokok depan rumah ,atas gerai…wah seronoknya…….sambil bincang-bincang ……

16 | evy

March 9th, 2010 at 2:19 am

Avatar

evy tak pernah nampak lagi buah ni..
menarik juga buah ni…

17 | Dzien

March 9th, 2010 at 2:32 am

Avatar

Inilah pertama kali dalam hidup saya lihat buah ni. Kalau boleh saya teringin nak pegang buah ni secara realiti.

18 | asnah58

March 9th, 2010 at 3:28 am

Avatar

Ya memang banyak buah belimbing in di sarawak. Sekarang banyak di jual di pasar minggu. Buah belimbing ini keluar setelah habis musim durian. Rasa nya masam manis dan kebanyakan disi buah ni di bguat jeruk rasanya sedap dimakan dgn sambal. Pokoknya sya tak pernah lihat. Kebanyakkan buah ni dijual kaum bidayuh dan iban.

19 | ron27kr

March 9th, 2010 at 2:12 pm

Avatar

kami panggil buah uchong. kebiasaannya ditanam di kebun/dusun. disebabkan pokok ini sangat senang tumbuh, tak payah tanam. memang banyak di sarawak. tak boleh makan banyak, sakit perut. dalam isi ada biji. kalau makan terpaksa telan dengan biji. kalau telan banyak, nanti sumbat bila nak keluar. isinya memang putih dan rasa masam2 manis. kulitnya boleh diguna dalam masakan seperti menggunakan asam jawa…..
di sarawak, sekurang2nya ada 5 jenis pokok yang mengeluarkan buah dari batang sehingga ada mencecah tanah…

20 | Yazid

March 10th, 2010 at 1:09 am

Avatar

Salam, T. Kasih tuan tentang info buah-buahan yang diberikan, kalau tidak memang tak tahu langsung buah-buah yang jarang ditemui dan diketahui umum ini.

21 | HASNAH

March 10th, 2010 at 2:28 am

Avatar

Salam…
saya pernah makan buah belimbing buluh ni masa kecik2 rasa masam2 manis ckit

22 | HASNAH

March 10th, 2010 at 2:29 am

Avatar

tp sekarang ni saya x pernah jumpa buah ni lagi…

23 | Ainul Mardiah

March 10th, 2010 at 4:59 am

Avatar

salam 1 Malaysia,

klrga sy panggil buah belimbing merah. kebetulan sy dr srwk, bh ini amat popular di sini. selain dr mkn mentah ia amat sedap jika di buat jeruk dan di cicah dgn cili+garam+belacan (digaul mentah) @ cicah dgn kicap+gula+belacan+cili+bili - sedap tak terkata… klu mentah rsnya msm mnis (sy mkn buang kulit & ambil isinya shj), klu jeruk sy mkn dgn kulitnya sekali. buah ni skrg byk di jual di tepi2 jln s/a yg mentah @ telah dijeruk. biasanya penghujung musim buah ini muncul. bentuknya mmg cantik tetapi sy pnh jpa dlm 2 warna. st yg seakan merah hati, 1 lagi agak cerah seakn oren. apapn sy cdgkn rakan lain mencuba…

24 | mohamed ali othman

March 10th, 2010 at 11:52 pm

Avatar

saya tidak pernah melihat pokok ini, cuma fizikalnya macam buah putat yang saya tanam.
saya harap kalau berkunjung ke tapak MAHA 2010, pokok2 yang jarang2 dilihat boleh didapati disitu

25 | imanda

March 11th, 2010 at 1:35 am

Avatar

Salam,
terima kasih atas info2 yang baru. Hari ni saya baru tahu nama dan lihat buah tu (belimbing hutan ) sebelum ni memang tak pernah jumpa pun. Terimakasih atas info itu…

26 | ct

March 11th, 2010 at 4:15 am

Avatar

First time dengor namanye dan lihat rupanye. Kat sini tak pernah nampak melainkan buah jentik-jentik atau tampoi aje. Thks 4 info

27 | farid

March 12th, 2010 at 9:24 am

Avatar

xpnh jmpe..

28 | mimie

March 13th, 2010 at 2:06 am

Avatar

saya ada tanam pokok ni tp tak mau hidup,suami bawa balik dari Bukit Seraya.Mula tengok nmpk pelik sebab buah dia mcm tu.Terkilan pula x rasa buahnya..

29 | Y.B

March 17th, 2010 at 8:29 am

Avatar

Salam.

Buah ni sedap. Rasa isinya dan rupa isi nya semacam buah rambai. Saya difahamkan kulitnya dikeringkan untuk dibuat masakan. Kat Borneo ada buah ni.

30 | azhar

March 20th, 2010 at 2:00 pm

Avatar

ada dikomesialkan ke buah ni…

31 | Fatir

March 23rd, 2010 at 3:22 am

Avatar

Banyak sangat buah2 yg pelik2 tapi boleh makan.
Xde ke sesiapa yang jual benih pokok2 ni. berminat sangat nak beli n nak tanam pokok2 ni. Hampir semua buah2 dalam blog ni saya x pernah makan. Beruntungnya org2 yang dah makan.

32 | idaQai

April 18th, 2010 at 11:31 am

Avatar

baru je mkn buah ni td..sweer sour..ade kwn mak gtao,buah ni bagus utk org yg ada kencing manis.ye ke??.td cari gk dlm internet pasal buah ni.tp xde pown gtao pasal khasiat..

33 | rina

April 26th, 2010 at 7:22 am

Avatar

saya pernah makan buah ni masa pergi sarawak….isi sama macam buah rambai .. rasa pun lebih kurang buah rambai gak .. cuma kulit dan rupa bentuk buah aje lain …

34 | hashimah

May 7th, 2010 at 3:54 am

Avatar

rasa buah ni masam manis isinya putih macam rambai.. rasa lebih kurang. sedap buah ni dan ianya bermusim dan banyak di sarawak. kulitnya tebal dan rasa masam boleh buat asam masakan seperti ikan. sama seperti asam keping..

35 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 3:05 pm

Avatar

Buah Ucung dalam bahasa Iban punya beberapa varietas:
ada yang panjang, ada yang gemuk yang lain merah tua, ada lagi yang kuning kulitnya. Tengok gambar-gambar di site saya di bawah Sample Photos by Genera/Baccaurea

Frank

36 | wahid

July 23rd, 2010 at 9:43 am

Avatar

Wah….. pasti buah ni baik untuk orang yang sariawan,

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur